Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN Merujuk Kamus Dewan edisi Keempat (2007:806), kolonialisasi bermaksud dasar atau amalan oleh sesebuah Negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah Negara yang lain. Perkataan kolonialisasi berasal dari kata colonia dalam bahasa Latin yang bermaksud tanah keuntungan kepada Negara yang menguasai Negara lain. Hal ini kerana, Negara yang menguasai Negara lain ini akan turut menguasai rakyat serta segala sumber hasil kekayaan tersebut dan masih kekal berhubung dengan Negara asalnya. Secara amnya, pengamal kolonialisasi lebih mementingkan kehendak sendiri tanpa mengambil kira kepentingan, kesejahteraan dan pendidikan rakyat. Malaysia atau dikenali sebagai Tanah Melayu satu ketika dahulu, turut menjadi salah sebuah Negara kolonialisasi sebelum mendapat kemerdekaan. Tanah Melayu telah dikenali bermula pada tahun 1400 Zaman Kegemilangan Melayu Melaka, kemudiannya Melaka akhirnya telah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511 sebelum dijajah oleh Belanda. Setelah itu, bermulanya kemasukan kuasa-kuasa barat ke Tanah Melayu sehingga akhirnya seluruh Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah British. Namun, berkat perjuangan pejuang-pejuang Tanah Melayu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah, akhirnya Tanah Melayu diberikan kemerdekaan oleh pihak British pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini merupakan penamat bagi kolonialisasi di Tanah Melayu. GARIS MASA
1402 - Zaman Kesultanan Melayu Melaka 1641 Zaman Belanda 31 Ogos 1957 Kemerdekaa n Tanah Melayu 1800 1900

1400

1500

1600

1700

1511 Kedatangan Portugis

1786 Zaman British

1.1 KOLONIALISASI BRITISH DI TANAH MELAYU British merupakan salah satu kuasa besar yang turut berminat untuk menakluki Tanah Melayu. Hal ini kerana, Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik untuk menopoli perdagangan di Asia Tenggara. Melaka khususnya pernah menjadi terkenal sebagai pelabuhan enterpot dan bahasa Melayu satu ketika dahulu merupakan bahasa yang sangat penting sehingga dikenali sebagai Lingua Franca. Selain itu, Tanah Melayu juga amat kaya dengan hasil hutan dan bumi sehingga menjadi rebutan kuasa-kuasa besar seperti China, Belanda, Portugis, Amerika Syarikat dan Perancis. Pada tahun 1874, British secara rasminya berjaya menempatkan diri di Tanah Melayu melalui perjanjian Pangkor yang ditanda tangani oleh Sir Andrew Clark bersama Raja Muda Abdullah. Setelah itu, British melebarkan jajahan taklukan membentuk Negeri-negeri Selat ((NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), dan Negeri Melayu Tidak Bersukutu (NMTB) sehingga akhirnya seluruh Tanah Melayu diletakkan di bawah kekuasaan British.

2.0 NEGERI-NEGERI SELAT

PULAU PINANG SINGAPUR A MELAK A

NEGERI-NEGERI SELAT

Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah ditubuhkan dan ditadbir sebagai Negeri-negeri Selat (NNS). Penubuhan NNS dapat menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Pulau Pinang merupakan ibu NNS yang pertama manakala pada tahun 1832, Singapura pula menjadi ibu NNS. Pulau Pinang telah diperintah oleh Leftenan Gabenor tetapi Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor Jeneral yang berada di India. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di Tanah Melayu. Residen Konsuler telah dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan pentadbiran di NNS. Penduduk tempatan menentang pentadbiran NNS kerana mereka merasakan bahawa NNS seperti tanah jajahan India. Oleh itu, pentadbiran NNS telah merayu kepada British untuk meminda pentadbiran NNS ke London. Pada 1 April 1867, NNS telah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. Majlis Perundangan juga telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang yang dibuatnya sendiri.

2.1 PULAU PINANG (PERJANJIAN INGGERIS-KEDAH) Pada asalnya Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah. Kegemilangan Kedah yang merupakan kuasa maritim telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). SHTI memerlukan sebuah perlabuhan di Timur untuk digunakan sebagai tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan pengkalan tentera. Kedudukan Pulau pinang yang stategik dan memenuhi keperluan SHTI merupakan matlamatnya. Ruang SHTI memiliki Pulau Pinang terbentang apabila berlaku perebutan takhta di Kedah. Pada awalnya, Sultan Muhammad Jiwa telah meminta pertolongan SHTI dan satu perjanjian telah dilakukan. Tetapi perjanjian ini telah dibatalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa kerana SHTI tidak menepati perjanjian. Kemudian, Sultan Abdullah pula telah meminta bantuan daripada SHTI kerana Kedah menerima ancaman dari Siam. Menurut perjanjian ini, Sultan Abdullah telah menawarkan Pulau Pinang sebagai balasan sekiranya SHTI melindungi Kedah dari ancaman Siam. Francis Light yang menyedari kelebihan Pulau Pinang, akhirnya menerima tawaran Sultan Abdullah. Satu Perjanjian Inggeris-Kedah antara Francis Light dengan Sultan Abdullah telah ditandatangani pada tahun 1786. Berdasarkan perjanjian, SHTI akan membantu Kedah sekiranya di serang musuh, SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah dan 30 000 dolar setahun akan dibayar oleh SHTI kepada Kedah sebagai pampasan memiliki Pulau Pinang. Francis Light telah menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island dan penempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England. Kejayaan Siam menakluki Patani telah mengancam Kedah lalu Sultan Abdullah telah menagih janji yang telah dibuat oleh SHTI. Namun, SHTI enggan memberikan bantuan seperti yang termaktub dalam perjanjian. Keengganan SHTI telah menyebabkan Sultan Abdullah menuntut semula Pulau Pinang tetapi gagal. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah telah menyediakan angkatan tentera di Seberang Perai untuk mengambil semula Pulau Pinang. Rancangan baginda telah diketahui oleh Francis Light maka, dengan bantuan British, Fancis Light telah menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai. Serangan ini telah menewaskan Sultan Abdullah

dan baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791. Syarat perjanjian ini ialah, SHTI secara rasminya menduduki Pulau Pinang dan SHTI akan membayar ganjaran sebanyak 6 000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah. Selain itu, George Leith juga telah dilantik menjadi sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Setelah SHTI yang di bawah kekuasaan British dapat bertapak di Pulau Pinang, SHTI akhirnya mula memperluaskan kuasanya. SHTI telah mengambil Seberang Perai semasa pemerintahan Sultan Dziuaddin ketika baginda meminta bantuannya untuk menghadapi ancaman Siam. Baginda telah menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada Jun 1800. Antara syarat perjanjian ini adalah :
a) Sultan

Kedah

menyerahkan

Seberang

Perai

yang

kemudiannya

dinamakan Province Wellesly. b) SHTI akan membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun. SHTI turut tidak memberikan bantuan apabila Siam menyerang Kedah pada bulan November 1821 sehingga kahirnya Kedah ditawan oleh Siam pada Jun 1826. Raja Siam iaitu Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney dengan Henry Burney di Bangkok. Isi kandunagn Perjanjian Burney 1826 ini adalah : a) British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah. b) Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. c) British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya. d) British akan menghantar pulang Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah perlu membayar ufti bunga emas kepada Siam. e) Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Walaupun telah mendapat Pulau Pinang dan Seberang Perai, SHTI masih mencari jajahan baru untuk ditaklukinya. SHTI kemudiannya telah mencari tempat untuk bertapak di Singapura.

2.2 SINGAPURA Lokasi Pulau Pinang yang jauh ke utara Selat Melaka mengakibatkanya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Tanah Melayu. Kebanyakkan kapal-kapal dagang berlabuh di kawasan yang berdekatan dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan Lingga.

2.3 MELAKA (PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA)

Perjanjian Inggeris-Belanda juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan London telah ditandatanggani pada 17 Mac 1842 antara British dengan Belanda di London. Pihak British telah diwakili oleh George Canning manakala Belanda diwakili oleh Charles W. Wymn. Perjanjian ini dibuat untuk memastikan penguasaan penuh British di Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain. Syarat perjanjian ini terbahagi kepada dua perkara iaitu syarat berkaitan dengan kewilayahan dan syarat yang berkaitan dengan perdagangan. Berdasarkan perjanjian ini, British dan Belanda berdamai dan saling mendapat keuntungan masing-masing. Antara syarat-syarat perjanjian ini adalah:

i. ii. iii.

Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

iv.

British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura. Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua

pengaruh iaitu British dan Belanda. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura terletak di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. British dapat mencapai impiannya memiliki Melaka berdasarkan perjanjian ini. Manakala, Johor terbahagi kepada dua bahagian iaitu Johor-Singapura di bawah kekuasaan British dan Johor-Kepulauan Riau dan Lingga di bawah kekuasaan Belanda.

3.0 NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

Faktor-faktor penubuhan 1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial. 2. Menghadkan kuasa Residen Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk

kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.

Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri. 3. Masalah kewangan Pahang Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah 600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada 800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini. Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British. Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat

juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah 800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan. Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan. Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung. 4. Keselamatan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. 5. Dasar British Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation Decision of 1895 dan Jagjit Singh dalam bukunya Administration of the Federation Malay States 1896-1920. Syarat-syarat perjanjian persekutuan

i.

Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai Ngeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

ii.

Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu.

iii.

Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

iv. v.

Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi

Persekutuan. vi. vii. viii. ix. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan. x. xi. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undangundang. xii. xiii. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan. xiv. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.

Kesan-kesan 1. Politik Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan

keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau

berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909. Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2. Ekonomi Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.

Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negerinegeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah 8.5 juta telah meningkat kepada 24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3. Sosial Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undangundang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orangorang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

2.0 NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

3.0 PERJANJIAN PANGKOR Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Sebab Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 1876Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak. Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah. Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Syarat Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut: Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan

tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkaraperkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British. Kesan Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu. Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876. Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles. Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu. Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Anda mungkin juga menyukai