Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI 2: TEMUBUAL TIGA GENERASI (T1A2) Aktiviti ini adalah kesinambungan kepada Aktiviti 1.

Dalam Aktiviti ini, anda perlu menemubual SATU orang daripada SETIAPkumpulan generasi berikut:

Kumpulan 1 : Kumpulan 2 : Kumpulan 3 :

mereka yang berumur 55 tahun ke atas mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun mereka yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun

Panduan temubual: 1. 2. 3. 4. Setiap temubual dihadkan kepada 3-7 minit sahaja. Temubual boleh dirakam secara audio atau video. Maklumat peribadi mereka yang ditemubual terutama umur mesti dinyatakan. Maklumat utama yang perlu diperolehi daripada setiap kumpulan: 4a. Untuk Kumpulan 1 & 2:

Bagi diri mereka, apakah tujuan sambutan ini? Penting/tak penting? Bagaimanakah sambutan pada zaman mereka kanak-kanak berbanding dengan masa kini? Apakah berlaku kemerosotan/kehakisan nilai dan/atau amalan-amalan semasa sambutan tersebut? Perlukah/sesuaikah nilai/amalan ini dikekalkan?

4b.

Untuk Kumpulan 3:

Bagi diri mereka, apakah tujuan sambutan ini? Penting/tak penting? Perlukah amalan-amalan atau nilai-nilai tradisi sambutan diteruskan? ( Contohnya: Sambutan makan bersama sekeluarga malam sebelum Hari Raya Cina? Amalan menziarahi kaum keluarga terutama mereka yang lebih tua semasa perayaan Hari Raya?

5. Lain-lain maklumat yang anda fikirkan perlu.

Laporan Temubual: Temubual perlu ditranskripsikan dan satu rumusan menyeluruh dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi. Upload laporan; transkripsi perbualan, rakaman (audio/video) pada Assignment Page di portal EPIC.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan & rakaman Aktiviti 2 sebelum atau pada 15 Januari 2013. Namakan faillaporan anda sebagai T1A2.

TIP untuk penulisan Jurnal Reflektif:

Hakisan nilai/amalan mungkin berlaku. Apakah tindakan anda? Adakah anda akan berusaha untuk memupuk semula nilai/amalan yang baik dan patut dikekalkan dalam kalangan murid-murid, rakan sekerja, masyarakat setempat? Mungkinkah gambaran/pandangan serupa berlaku untuk perayaan/aktiviti keagamaan anda? Apakah reaksi anda? Mungkinkah secara tanpa disedari, anda turut terlibat dengan hakisan nilai-nilai dan/atau amalan-amalan dalam perayaan/aktiviti keagamaan sendiri? Apakah tindakan anda? Dan lain-lain perkara yang anda fikirkan.

AKTIVITI 3: RAKAMAN SUASANA SAMBUTAN (T1A3) Aktiviti ini adalah kesinambungan kepada Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Anda telahpun melalui proses mencari maklumat secara membaca dan menemubual. Bagi aktiviti ini, anda perlu mengalami sendiri sambutan perayaan dan/atau aktiviti keagamaan yang telah anda pilih. 1. Ziarah rumah seorang teman yang menyambut perayaan/aktiviti keagamaan yang anda pilih. 2. Videokan suasana sambutan meliputi pakaian; jenis juadah yang dihidangkan; amalanamalan yang dilakukan dan lain-lain. 3. Upload rakaman anda pada Assignment page di portal EPIC.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload rakaman Aktiviti 3 sebelum atau pada 1 Mac 2013. Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.

TIP untuk penulisan Jurnal Reflektif:

Adakah suasana sambutan yang anda alami sama dengan gambaran yang anda dapat daripada pembacaan dan juga temubual? Jika berbeza, kenapa ianya berlaku? Apakah tindakan anda sebagai seorang guru dalam perkara ini? Mungkinkah perkara sama berlaku untuk perayaan/aktiviti keagamaan anda sendiri? Dan lain-lain perkara yang anda fikirkan.

AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF (T1A4) 1. Sebagai penamat kepada Tugasan 1; anda perlu membuat aktiviti terakhir ini iaitu menulis Jurnal Reflektif. 2. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat Aktiviti-aktiviti 1 hingga 3; dan secara terus mengalami peristiwa sambutan perayaan atau aktiviti keagamaan yang berbeza. Malah sepanjang anda melakukan Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3; anda telah diberikan tip-tip untuk mencatat perkara-perkara penting yang anda alami. 3. Tuliskan semua catatan anda dalam bentuk karangan esei; dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangan-cadangan atau tindakan susulan dimana perlu.

4. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu; seorang ibu/bapa; seorang anak; seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia; dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. 5. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja. 6. Upload Jurnal Reflektif anda pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload Jurnal Reflektif sebelum atau pada 1 Mac 2013. Namakan fail laporan anda sebagaiT1A4.

Anda mungkin juga menyukai