Doa Majlis Perhimpunan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)


Ya Karim , Ya

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan


kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah
kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada
nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hatihati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya
kami mudah menerima dan menghayati serta
mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.








.

Anda mungkin juga menyukai