Anda di halaman 1dari 10

2.

1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


2.1.1 pengenalan Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli ahli psikologi dan sosilogi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi.

Di Malaysia , beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ).

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, ( KBSM ) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989.

KBSR menitik beratkan penguasaan kemagiran membaca, menulis dan mengira serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.

2.1.2 Konsep dan Matlamat fpk

Umum mengetahui bahawa FPN yg dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi :Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejatheraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

2.1.2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPK adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. FPN merangkumi falsafah aliran epistemology, metafizik, dan aksiologi, yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realism, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. FPK adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideology Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara FPK ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan Negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia islam dan pembangunan Negara Malaysia. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau consensus sedunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac sehingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. 2.1.2.2 Matlamat Falsafah Pedidikan Kebangsaan Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Percaya kepada tuhan. Berakhlak mulia. Berilmu pengetahuan. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara.

Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya. Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan..kemakmuran. 2.1.3 Peranan FPK

Dalam sistem pendidikan Malaysian , Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti : Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat Pendidikan Negara. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan Negara. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Sabagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi P&P Sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada sistem pendidikan Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas.

2.1.4 Faktor-faktor pembentukan FPK

Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal GPK ialah : Faktor agama yang dianuti oleh rakyat Negara Faktor social yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya Faktor politik yang menentukan ideology Negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan Negara. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan, potensi dan kemajuan Negara Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan atarabangsa dan keupayaan kewarganegaraan memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa

2.2 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan arah : Guru yang berpekerja mulia, berpandangan progresif dan santifik,bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan indidvidu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin 2.2.1 Matlamat FPG

Berdasarkan kepada FPG yang tersebut di atas, maka Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social, dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke -21.

2.2.2 Konsep Falsafah Pendidikan Guru

Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi Ketuhanan Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan

tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu

kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Kemasyarakatan Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Kendiri Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.

Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu : Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu. FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

2.3 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.
2.3.1 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bereti pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos ( bermakna kecintaan ) dan Sophia ( bermakna kebijaksanaan ). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 ( Kementerian Pendidikan, 1999 )

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 berbunyi :Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejatheraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara

Dengan adanya FPG yang telah sigubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pedidik memainkan pernan utama dalam merealisasikan FPK.

Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.3.1.1 Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan berpandu. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan social dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa kea rah perpaduan Negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan Negara. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jeyanya.Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususnya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-peelajar pelbagai kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktf dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

2.3.1.2 Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan prasarana supaya kemudahan atau sumber P&P dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangun insan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, social dam jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai Contoh, sistem teknologi yang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. Manakala penyediaan bahan-bahan rujukan , bahan P&P disediakan agar aktiviti P&P dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG , seorang guru harus melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus . Antara tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas; mengurus murid-murid supaya mematuhi segala

peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti P&P ; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

2.3.1.3 Pelaksaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar ( smart partnership ) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. Guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpa mengira kedudukan social dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga perlu membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan maklumat keadaan keluarga atau murid kepada orang yang tidak berhak. Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat . Guru juga perlu menggalakan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

2.3.1.4 Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru harus nmemperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar mahupn pengetahuan am. Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekiling melalui suratkhabar, radio, televisye dan internet. Guru juga melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan. Ikthisas ialah sesuatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Pengetahuan ini dapat meningkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasikan P&P yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

2.3.1.5 Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG. Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakua orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara untuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ilah melalui contoh teladan. Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi.

2.3.1.6 Menyempurnakan tanggungjawab dan akaunbiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamaikannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupaakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada pengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Salah satu matlmat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejatheraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat mencapai.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara meyeluruh dan seimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai metlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan beridiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki sikap kenegaraan. Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Oelh itu, guru harus menekankan unsur perpaduan dalam semua aktiviti P&P termasuk aktiviti kokurikulum.

3.0 RUMUSAN D a l am m e n uj u k e ar a h pe nd i d ik an b er t ar af dun i a g ur u s er t a s et i ap l a p is a n m a s yar ak at m ah up un i nd i vi d u ha r u s la h m em a ink a n p er an a n m as ing - m as i ng . K it a per l u b ek er j as am a d a n b er g a nd i ng b ahu d a lam m el ak sa n ak an da n m er e a l is as ik a n wa wa s an neg a r a dem i un t uk m e l ah ir k a n i n s an ya ng be r ilm u p e ng et a h ua n, b er t ang g u ng j a wa b, in o vat if , k r e at if , p r og r e s if da n b er akh l ak m u l i a s e lar as de ng a n f al saf a h p en di d ik a n Neg ar a 4 . 0 K E SI M P U L AN Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaaan (FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri, aspekaspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai