Anda di halaman 1dari 18

BMM 3117: Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Nama Ahli Kumpulan: Aina afifah yahaya Noorasmad mat ripin Nur shuhadah safiee Nama Pensyarah: En. Helmi bin Hussin

Pembelajaran berasaskan situasi/senario

Pembelajaran berasaskan aktiviti

Pembelajaran berasaskan permainan

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti


Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Di bawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid unutk mencapai objektif pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti-mengandungi segala tindakan dalam p&p Aktiviti-suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden

John Dewey (1910)- pelajaran harudlah berasaskan aktivti murid Melalui aktivti murid, JERIS dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah (cth: aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi & sebagainya)

Penggunaan pelbagai aktivti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkan beberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah erbincangan dan sebagainya. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

Pembelajaran Berasaskan Situasi/Senario


Mackey (1965), salah seorang pengenjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa peryataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul

Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behavioris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran tertentu.

Prinsip pendekatan situasi/senario


Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Setiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi Murid-murid tidak bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi beri mereka peluang untuk bertutur

Latih tubi

Latihan pandang dan sebut

Aktiviti pengajaran bertutur bagi pendekatan situasi

Dialog dan nyanyian

Latih tubi
Dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid haris ulanginya lagi Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyian fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid Pasangan perkataan yang mempuyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna yang digunakan Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu

Dialog dan Nyanyian


Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog Aktiviti nyanyian dapat membantu muridmurid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyibunyi yang betul

Latihan Pandang dan Sebut


Gambar-gambar yang boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambargambar yang dimasukkan dalam teks latihan Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik

Pembelajaran Berasaskan Permainan


Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan Penglibatan dalam permainan telah memberi ruang kepada pelajar memperolehi latihan intensif , pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis Permainan dapat menimbulakan situasi pembelajaran menggembirakan murid

Kelebihan Teknik Permainan


Memupuk semangat bersaing di antara murid Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan Melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa

Objektif Permainan Bahasa (bertepatan dengan kemahuan FPN)


Merangsang interaksi verbal pelajar Menambah kefasihan dan keyakinan Menyediakan konteks pembelajaran Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

Tujuan Teknik Permainan


Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat pengantaraan semasa bermain Meneguhkan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid Mewujudkan situasi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya Mendorong minat murid untuk belerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi

Permainan berasaskan pemerhatian atau ingatan Permainan berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu

Permainan berasaskan huraian atau meneka

Permainan kad

Permainan dam

Anda mungkin juga menyukai