Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM AMAL TAMPAL RUMAH Insaf Malaysia akan mengadakan Program Amal Tampal Rumah bermula 1hb.

Oktober sehingga 31hb. Disember 2012. Program ini diteruskan pada 25 Januari 2013 dan akan berakhir pada Jun 2013. Program ini bermula dari tinjauan oleh sukarelawan-sukarelawan (Shelter Cluster) Insaf Malaysia ke Perkampungan Orang Asal di Kg. Gumum, Tasik Chini, Pahang dan Ulu Slim, Perak. Sukarelawan-sukarelawan ini akan masuk ke kawasan-kawasan tersebut membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk mengenalpasti kerosakan rumah yang dialami oleh penduduk-penduduk ini. Setelah mengenalpasti kerosakan, baik pulih akan dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan kami yang berpengalaman dalam bidang pertukangan dan seni bina. Oleh yang demikian, Insaf Malaysia menyeru pihak kerajaan, badan-badan korporat mahupun swasta dan juga individu agar dapat bersama-sama dengan kami. Bantuan kewangan amat diperlukan untuk membeli peralatan bagi membaik pulih kerosakan-kerosakan tersebut. Objektif Program Menghulurkan bantuan teknikal kepada masyarakat orang asal yang kurang berkemampuan Memberi keselesaan serta kemudahan kepada masyarakat orang asal Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat orang asal Memberi pendedahan teknikal kepada sukarelawan-sukarelawan Insaf Malaysia Meluaskan pengalaman sukarelawan-sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan Mewujudkan sifat prihatin kepada sukarelawan-sukarelawan agar dapat dijadikan contoh kepada individu lain dan pihak penerima (orang asal) bahawa mereka masih lagi diingati.

Perlaksanaan Peringkat Pertama Sesi tinjauan dan mengenalpasti kerosakan Peringkat Kedua Memohon bantuan dana Peringkat Ketiga - Operasi Tampal Rumah - Membaik pulih kerosakan tempat tinggal

Pencapaian Setelah tamat program ini, Insaf Malaysia berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban masyarakat orang asal ini dan mereka dapat hidup dengan selesa. Jika program ini Berjaya dilaksanakan mengikut rancangan, pihak Insaf Malaysia akan memperluaskan lagi di kawasan-kawasan perkampungan orang asal yang lain. * Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun: Nama Akaun: Insaf Malaysia No. Akaun: 1429-0000594-108 (CIMB Islamic)

Anda mungkin juga menyukai