Anda di halaman 1dari 22

CONTOH SOALAN MURID & ALAM BELAJAR (EDU 3103) PGSR BAHAGIAN A (20 MARKAH)

Jawab semua soalan 1. Faktor kemanusiaan dalam alam belajar boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu suasana sosial dan suasana emosi. Suasana sosial dapat dirujuk sebagai (A) (B) (C) (D) suasana emosi bilik darjah yang kondusif keadaan dan kebersihan kawasan sekolah perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid

2.

Secara amnya, tujuan utama main adalah untuk memperkembang potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek dan sosio emosi secara seimbang dan menyeluruh. Melalui main simbolik dan main sosio dramatik, kanak-kanak dapat (A) (B) (C) (D) membentuk kemahiran fizikal membentuk kemahiran intelek membentuk konsep abstrak dan pembelajaran hukum serta prinsip matematik menguasai situasi kehidupan harian, membuat persediaan untuk kehidupan harian dan peranan alam dewasa

18

3.

Pembelajaran Bukan Formal (Non-Formal) adalah satu proses (A) yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. (B) penilaian yang tidak digunakan untuk menentukan pencapaian pelajar.

(C) pembelajaran yang memakan masa beberapa jam hingga beberapa hari sahaja. (D) bahan-bahan pembelajaran yang tidak dirancang dan tidak dikelolakan secara khusus. 4. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat dicapai sekiranya guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran yang disarankan oleh Bruner. Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru adalah (A) memulakan pengajaran tanpa mengambil kira keperluan

(B)

memulakan pengajaran dari tahap mudah kepada tahap sukar

(C)

memulakan pengajaran dari tahap sukar kepada tahap mudah

(D)

memulakan pengajaran dari tahap konkrit kepada tahap abstrak

5.

Anda ingin menerapkan Teori Pembelajaran Behaviourisme dalam pengajaran anda. Peranan yang perlu diberi pertimbangan adalah (A) (B) (C) celik akal dan persepsi rangsangan dan gerak balas keperluan dan kesempurnaan kendiri

19

(D)

tingkah laku, persekitaran dan personal

6.

Menurut Bandura, manusia belajar menerusi pemerhatian, peniruan dan pemodelan. Pernyataan di atas dapat dihuraikan dengan lebih lanjut dengan mempelajari (A) (B) (C) (D) teori konstruktivisme teori pelaziman klasik teori pembelajaran sosial teori pemprosesan maklumat

7.

Melalui pemerhatian Aminah, berupaya melakukan semula tingkah laku membaca novel yang ditirunya daripada rakan sekelas. Menurut Bandura, penyataan di atas dapat dikaitkan dengan unsur pemodelan (A) (B) (C) (D) perhatian mengingat reproduksi peneguhan

8.

Teori Pembelajaran Humanis Maslow menekankan bahawa setiap individu memerlukan keperluan asas berbanding dengan keperluan sekunder. Keperluan asas yang paling utama adalah (A) (B) (C) (D) fisiologi keselamatan kasih sayang penghargaan diri

20

9. Amin adalah murid berkeperluan khas. Setelah berkali-kali memerhati rakannya menumbuk patung berisi udara, akhirnya dia turut sama menumbuk patung tersebut dengan gembiranya.

Berdasarkan situasi di atas ,tingkah laku yang ditunjukkan oleh Amin hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditunjukkan oleh orang lain adalah merujuk kepada Teori (A) (B) (C) (D) Kognitif Piaget Sosial Bandura Humanis Roger Behavioris Pavlov

10. Kanak-kanak berkeperluan khas selalunya hanya dapat menumpukan perhatiannya kepada satu situasi dalam satu masa tertentu sahaja kerana mereka tidak berupaya untuk menggambarkan proses transformasi. Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, kanak-kanak ini berada dalam peringkat kognitif (A) (B) (C) (D) praoperasi deria motor operasi formal operasi konkrit

21

11. Jadual 1 di bawah adalah model-model pengajaran yang dikemukakan oleh Joyce dan Weil (2003). Manakah antara berikut merupakan padanan yang betul? Pembelajaran adalah hasil daripada interaksi pelajar dengan persekitaran pembelajaran yang dikenal pasti dan disediakan oleh guru. Pembelajaran melibatkan pembinaan unitunit kecil pada pelbagai peringkat untuk menghasilkan tingkah laku yang diingini. Perancangan pengajaran mengambil kira fungsi kognitif pelajar dan memberi penekanan kepada pemerolehan pengetahuan dan pemerosesan maklumat. Hubungan interpersonal murid dan guru adalah mesra di mana mereka berkongsi idea secara terbuka dan berkomunkasi secara ikhlas.

Personal

Sosial

Pemprosesan Maklumat

Behavioris

Jadual 1

22

12 . Telitikan empat situasi pembelajaran dalam Jadual 2 di bawah : Cikgu Suhaila memastikan kerja-kerja muridnya diperiksa dan diberi maklumbalas yang sepatutnya agar mereka dapat membaiki bidang kelemahan masing-masing. Jamal mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam Tutorial Power point cara menyelitkan tayangan video klip dalam persembahan slaidnya. Azilah, seorang pelajar pendidikan jarak jauh membuat Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam Unit Pembelajaran sebagai cara memantau kemajuan dirinya dalam kursus tersebut. Cikgu Ali menentukan dengan jelas objektif pembelajaran pada awal pengajaran supaya pelajarnya tahu kriteria pembelajaran yang perlu dicapai. Jadual 2

Model pengajaran yang tepat menjelaskan keadaan di atas adalah (A) (B) (C) (D) model sosial model personal model behavioris model pemprosesan maklumat

13. 23

Pembelajaran satu proses aktif dan dinamik

Strategi berasaskan Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Rajah 1 Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penyataan dalam Rajah 1 merujuk kepada strategi (A) Pemusatan Guru (B) (C) (D) Pemusatan Murid Pemusatan Bahan Pemusatan Tugasan atau Aktiviti

14. Salah satu ciri personaliti manusia mengikut model pengajaran personal ialah tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh realiti peribadinya. Manakah antara berikut yang membawa kepada pengertian tingkah laku tersebut? (A) Pengamatan realiti diperoleh daripada pengalaman peribadi dan perasaan individu. Setiap orang mempunyai kecenderungan menjadi individu yang menyeluruh, sihat dan cekap melalui kawalan diri. Kita mengetahui diri sendiri melalui pengalaman secara langsung serta mengintegrasikan pandangan orang lain terhadap kita. Cara yang paling baik untuk memahami tingkah laku seseorang ialah mengambil kira pendapat dirinya sendiri melalui komunikasi terbuka.

(B) (C) (D)

24

15.

Di antara berikut yang manakah tidak benar mengenai implikasi model pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? (A) Membantu guru membangkitkan tingkah laku positif dalam kalangan murid-murid.

(B) Guru bersifat penyayang untuk meningkatkan konsep kendiri murid-murid. (C) Guru sentiasa memberi ganjaran sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. (D) Guru memberi peluang kepada murid-murid untuk menikmati kejayaan secara berperingkat-peringkat.

16.

Di antara kemahiran berikut yang manakah diterapkan dalam kurikulum Sekolah Bestari? I II Kemahiran kreatif Kemahiran berfikir

III Kemahiran peribadi IV Kemahiran Teknikal V Kemahiran berkomunikasi

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, II dan IV sahaja

(C) I, II IV dan V sahaja

(D)

I, III, IV dan V sahaja

25

17. Seorang guru Sains memberitahu muridnya, Serangga mempunyai tiga bahagian badan, tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Selepas itu sesi pembelajaran diteruskan dengan meminta murid-murid mengkelaskan serangga mengikut ciri-ciri yang telah dinyatakan oleh guru tersebut. Apakah pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut? (A) (B) (C) (D) tematik induktif deduktif integrasi

18. Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai, seseorang murid yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dan peka terhadap perasaan orang lain dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai gaya pembelajaran (A) (B) (C) (D) muzik interpersonal intrapersonal verbal-linguistik

26

19. Jadual 3 menunjukkan usaha pembelajaran dua orang murid. Ahmad berusaha bersunguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Ema sanggup menghabiskan masa lapang di Pusat Sumber dan di rumah untuk mencari maklumat berkenaan dengan tugasan Sejarah bagi memperolehi Gred A

Jadual : 3 Manakah faktor motivasi yang mendorong usaha pembelajaran mereka? (A) (B) (C) (D) Aspirasi sekolah Harapan keluarga Matlamat pendidikan Pencapaian cemerlang

20. Dalam mesyuarat Panitia, guru-guru mata pelajaran Sains Tahun Lima sedang berbincang mengenai kesan persekitaran pembelajaran yang kondusif ke atas pencapaian murid-murid. Persekitaran pembelajaran tersebut adalah menjadi tanggungjawab (A) (B) (C) (D) guru-guru kelas pentadbir sekolah staf sokongan sekolah Persatuan Ibu Bapa dan Guru

27

BAHAGIAN B (40 MARKAH) Jawab semua soalan 1. (a) Susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengaruhi faktor psikososial murid-murid,bahkan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru. Nyatakan lima bentuk penyusunan bilik darjah yang dapat membantu pembelajaran murid. (i) ________________________________________________ (ii) ________________________________________________ (iii)________________________________________________ (iv) ________________________________________________ (v) ________________________________________________

( 5 Markah)

28

(b)

Dalam konteks institusi pendidikan, nyatakan lima ciri-ciri komuniti pembelajaran. (i) ________________________________________________ (ii) ________________________________________________ (iii) ________________________________________________ (iv) ________________________________________________ (v) ________________________________________________ (5 Markah)

2.

(a)

Lengkapkan satu ciri bagi kategori main sosial berikut

Kategori Main Sosial (i) Solitari

Ciri-ciri Main Sosial

(ii)

Sebagai Pemerhati

(iii) Main Selari

(iv) Main Gabungan

(v) Main Koperatif

29

(5 markah) (b) Anda memerhatikan sekumpulan murid-murid anda sedang bermain batu seremban.

Nyatakan satu kepentingan bagi setiap aspek yang dinyatakan di bawah:

Aspek

Kepentingan pemainan batu seremban terhadap proses pembelajaran kanakkanak

(i) Emosi

(ii) Psikomotor

(iii) Sosial

(iv) Moral / Nilai Murni (v) Kognitif

30

( 5 markah)

3.

(a)

Berdasarkan kepada fahaman anda mengenai gaya pembelajaran Field Dependence dan Field Independence. Nyatakan lima cara memaksimumkan pembelajaran murid Field Independence. (i) (ii) (iii) (iv) (v) ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________

31

( 5 Markah)

(b)

Menurut Gardner, setiap individu mempunyai pelbagai kecerdasan yang dimanifestasi pada tahap yang berbeza-beza. Nyatakan lima jenis kecerdasan pelbagai. (i) (ii) (iii) (iv) (v) ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________

4.

(a)

( 5 Markah) Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah memberi fokus bagi melahirkan pelajar yang kreatif, berfikiran kritis, inovatif serta futuristik. Nyatakan enam cara guru boleh memotivasikan murid-murid dalam bilik darjah (i) _______________________________________________

(ii) _______________________________________________

(iii)_______________________________________________

(iv)_______________________________________________

32

(v) ______________________________________________

(iv)______________________________________________

( 6 markah)

(b)

Strategi berpusatkan murid adalah antara elemen penting yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari dalam bilik darjah. Berdasarkan penyataan di atas, terangkan maksud dua elemen berikut: (i) Pembelajaran akses kendiri _____________________________________________ _____________________________________________ (ii) Pembelajaran kadar kendiri ______________________________________________ ______________________________________________

33

(4 markah)

BAHAGIAN C (40 MARKAH) Jawab mana-mana dua soalan sahaja

1.

(a)

Skinner telah mengemukakan teori Pelaziman Operan. Beliau telah membuat kajian ke atas tikus, burung, merpati dan manusia. Berdasarkan hasil kajian itu Skinner membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia.

Berdasarkan rumusan oleh Skinner itu, berikan lima cara pembelajaran manusia. ( 10 markah ) (b) Teori pembelajaran Celik akal dikemukakan oleh W. Kohler. Beliau menyatakan dalam proses pembelajaran murid perlu disedarkan dengan pembelajaran celik akal agar mereka dapat menyelesaikan tugasan tanpa mengharapkan bantuan guru sepenuhnya. Berdasarkan teori Kohler ini, nyatakan lima cara bagaimana guru boleh menggunakan pembelajaran celik akal ini kepada muridmuridnya.

34

(10 markah)

2.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek dan jangka panjang seterusnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. (a) Gagner kemudiannya mengenal pasti dan menyarankan lapan frasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran. Bincangkan sekurang-kurangnya lima daripada lapan frasa tersebut.

10 markah)

(b)

Konsep kemahiran berfikir manusia amat perlu diketahui oleh guru menggalakkan pelajar berfikir dengan menggunakan kedua-dua belah otak manusia. Huraikan lima kemahiran berfikir secara kritis dan lima kemahiran berfikir secara kreatif.

35

(10 markah)

36

3.

Cikgu Linda baru dilantik sebagai guru kelas Empat Cempaka. Beliau merancang untuk menyediakan satu pelan tindakan yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi murid-murid kelas tersebut.

(a) Huraikan lima kepentingan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (10 markah) (b) Bincangkan lima aspek yang harus dipertimbangkan oleh Cikgu Linda dalam pelan tindakan tersebut. (10 markah)

Anda mungkin juga menyukai