Anda di halaman 1dari 5

PUSAT TEKNOLOGI PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) NO.6, JALAN BAKAR ARANG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

PROPOSAL PERTANDINGAN MENCIPTA LAYANG-LAYANG


20 NOVEMBER 2012 DEWAN RAFFLESIA KOLEJ PTPL SUNGAI PETANI

ANJURAN : KELAB SCHOOL BUSINESS MANAGEMENT AND PROFESSIONAL (SBMP)

1.0

PENGENALAN Perkataan layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti, berdasarkan catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang dengan pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut wau. Hal ini kerana perbezaan wau di utara, saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil dari segi motif hiasannya. Secara umumnya, layang-layang di negeri-negeri ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang hiasan. Musim permainan layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah hampir sama dengan negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Menurut sumber di negeri Johor misalnya Wau Merak atau nama asalnya layang-layang kipas dimainkan oleh orang bugis selepas waktu musim menuai padi. Pertandingan mencipta layang-layang ini akan dikendalikan oleh pelajarpelajar Kelab School of Business Management and Professional atau SBMP Kolej PTPL Sungai Petani. Merekacipta adalah satu cabang seni dan budaya dalam penghasilan seni. Ia perlu sentiasa dipelihara dan diperkembangkan setiap masa. Pertandingan ini diadakan adalah satu programpersaingan yang sihat untuk menanam semangat untuk mencuba dan mencungkil bakat kreativiti masing-masing. Selain itu, pertandingan ini berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang. Malah dari sejak kecil mereka telah membiasakan diri dengan keadaan setempat. Oleh itu, amat penting bagi kami menganjurkan pertandingan ini untuk mengenali tradisi dengan lebih dekat yang mungkin hampir dilupakan oleh pelajar. Kami berharap anjuran pertandingan kali ini dapat membentuk keperibadian pelajar untuk lebih menyayangi budaya serta tradisi turun-temurun.

2.0

MATLAMAT Pertandingan ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mengenali budaya serta mempunyai nilai tradisi yang mampu memperkenalkan kembali permainan yang dimainkan pada masa dahulu. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenalpasti kebolehan mereka disamping mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir diluar kotak norma.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif. Mengembangkan dan mengcungkil bakat terpendam. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih berminat dalam aktiviti seni. Membentuk kreativiti pelajar dalam menggunakan IQ mereka terhadap rekaan dan ciptaan. Memberi peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali budaya serta mempunyai nilai tradisi yang mampu memperkenalkan kembali permainan yang dimainkan pada masa dahulu.

4.0

TARIKH PERLAKSANAAN TARIKH MASA TEMPAT : 20 November 2012 : 2.00 PM 4.00 PM : Dewan Rafflesia

5.0

GOLONGAN SASARAN Sebanyak 40 orang peserta yang terdiri pada seluruh pelajar Kolej PTPL Sungai Petani terutama kepada pelajar Kelab SBMP.

6.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 6.1 6.2 6.3 6.4 Penganjur hanya akan menyediakan bahan asas untuk mencipta laying-layang. Peserta boleh membawa bahan mereka sendiri seperti pewarna, riben atau apaapa barang yang boleh digunakan mengikut kreativiti masing-masing. Penyertaan adalah secara berpasukan seramai 4 orang. Terbuka kepada semua pelajar Kolej PTPL Sungai Petani terutama kepada pelajar Kelab SBMP.

7.0

AHLI JAWATANKUASA

KETUA SETIAUSAHA BENDAHARI JURUGAMBAR TUGAS KHAS PEMARKAHAN HADIAH PROMOSI

: : : : :: : : : : : :

SOO SENG ENG NUR FARHANAH BINTI AHMAD HANAFI MOHD ASWAD BIN ABD RAHMAN AME ASHRAF BIN AME HAMZAH

MOHAMAD AKASHAH BIN MOHAMAD SURI NUR SHAFINAZ BINTI MD KASA NORAIDA BINTI OSMAN NORHIDAYAH BINTI MD NANYAN NUR HIDAYAH BINTI CHE AZIAD MOHD HILMI FITRI BIN HISAN NUR BHAITI BINTI ABDUL RAHMAN

8.0

BAJET PENDAPATAN BUTIR YURAN TABUNG KELAB KUTIPAN (RM) 4 X 10 KUMPULAN JUMLAH PERBELANJAAN BUTIR BAHAN HADIAH JUMLAH JUMLAH (RM) 22 44 66 JUMLAH (RM) 40 26 66

9.0

KESIMPULAN Kesimpulannya, pertandingan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar mengenali budaya serta mempunyai nilai tradisi. Malah dapat memperkenalkan kembali permainan yang dimainkan pada masa dahulu kepada para pelajar. Para pelajar juga dapat mengenalpasti kebolehan mereka disamping mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak norma. Kami juga mengharapkan objektif kami tercapai dengan adanya penyertaan dari kalangan pelajar bagi pertandingan ini. Tambahan pula, matlamat kami turut tercapai iaitu mendedahkan pelajar bukan sahaja kepada tradisi dan budaya, malah kepada pemikiran yang kreatif serta inovatif.

Anda mungkin juga menyukai