Anda di halaman 1dari 10

AKADEMI

AWESOME ARCHERY
Sistem Memanah Tradisional
Hungary Di Malaysia

Disediakan
AKADEMI AWESOME ARCHERY

PENGENALAN
Aktiviti memanah tradisional, berkuda serta memanah berkuda
merupakan aktiviti yang cukup popular di peringkat antarabangsa dan
juga di dalam negara Malaysia. Memanah tradisional dan berkuda
mempunyai nilai tarikan tersendiri kerana ia melambangkan tradisi dari
zaman turun temurun, bangsa serta adat seni budaya tertentu dan kini ia
menjadi salah satu sukan moden yang kian popular di era digital.

Di Malaysia khususnya, terdapat lebih ratusan kelab, persatuan dan NGO


yang bergiat aktif mempromosikan acara pertandingan memanah
tradisional dalam dan luar negara dan kini Malaysia juga tersenarai dalam
tahap sepuluh tertinggi (top ten ranking). Atlet pemanah dan berkuda ini
juga sentiasa menyertai pertandingan di peringkat dunia dan dalam masa
yang sama berjaya membina hubungan dengan badan memanah dan
berkuda tradisional dunia.

Aktiviti ini juga berjaya menarik minat di kalangan masyarakat untuk


menggalakkan generasi muda terlibat dengan acara sukan ekstrem yang
unik ini. Kejayaan ini adalah menerusi promosi yang berterusan menerusi
media sosial, pertunjukkan, demonstrasi serta acara pertandingan dalam
dan luar negara.
AKADEMI AWESOME ARCHERY

PROFIL RINGKAS
JEMPUTAN
ANTARABANGSA
NÉMETHY CHRISTOPH, KETUA JURULATIH

C H R I S T O P H N É M E T H Y I A L A H J U A R A E R O P A H T IG A K A L I D A L A M M E M A N A H
K U D A , P E N G A J A R M E M A N A H Y A N G B E R K E L A Y A K A N , J U RU L A T IH
M E N U N G G A N G K U D A , J U R U L A T IH S U K A N R E K R E A S I D A N A H L I L E M B A G A
I H A A . B A H A S A : I N G G E R I S , J E R M A N , H U N G A R IA .

S E J A K 2 0 0 8 , T E R D A P A T L E B IH D A R IP A D A 1 1 6 P E N A M A T P O D IU M , D I M A N A
6 3 D I T E M P A T P E R T A M A . K E P U T U S A N P E R T A N D IN G A N P IL IH A N :

2008 - JUARA EROPAH MEMANAH MENUNGGANG KUDA


2009 - JUARA EROPAH MEMANAH MENUNGGANG KUDA
2 0 1 8 - T R A C K H U N G A R Y J U A R A D U N IA M E M A N A H B E RK U D A D A L A M
KATEGORI SENIOR – POMÁZ
2019 - JUARA EROPAH MEMANAH MENUNGGANG KUDA
AKADEMI AWESOME ARCHERY

MEDIA SELURUH DUNIA

DAN BANYAK LAGI LIPUTAN. BOLEH KE WEBSITE RASMI

http://www.nemethy.info/media_eng.html
AKADEMI AWESOME ARCHERY

JEMPUTAN & PROGRAM


SELURUH DUNIA

DAN BANYAK LAGI LIPUTAN. BOLEH KE FACEBOOK NEMETHY

https://www.facebook.com/christoph.nemethy/photos_of
AKADEMI AWESOME ARCHERY

PERTANDINGAN &
PERTUNJUKKAN SERATA
DUNIA
AKADEMI AWESOME ARCHERY

VISI MISI AKADEMI


Mewujudkan pusat kecemerlangan memanah tradisional kebangsaan yang
berprestij di Malaysia dan di Nusantara.

MISI AKADEMI
Memiliki pusat kecemerlangan memanah tradisional peringkat kebangsaan
dengan konsep TRADITIONAL ARCHERY VILLAGE supaya melahirkan para
pengamal memanah tradisional di Malaysia yang mahir dan kompeten.
Melahirkan 100 jurulatih/ pemimpin berdaftar di bawah sistem Akademi
Awesome Archery dan 10,000 kadet (bermula 7 tahun dan keatas) berdaftar
menjelang 2025.
Membina jaringan yang baik dengan persatuan, kelab dan badan-badan
sukan di Malaysia khususnya memanah.
Mempromosikan pusat kecemerlangan memanah tradisional sebagai pusat
pelancongan-edukasi-riadah yang popular di Malaysia dan Nusantara.
Menawarkan dan menganjurkan program memanah dengan sistem
pentauliahan 3 tahap bagi tujuan menggalakkan lebih ramai penglibatan
pemanah baru tidak kira usia, bangsa dan agama.
AKADEMI AWESOME ARCHERY

PERLAKSANAAN
Akademi Awesome Archery & ASQ Equestrian menjadi francais bagi sistem
latihan memanah dan berkuda pertama di Asia Tenggara dengan
menggunakan sistem latihan Hungary.
Sekolah memanah tradisional dengan sistem latihan dari Hungary yang
pertama diwujudkan di ASQ Equestrian Kampung Rawa Lenggeng Negeri
Sembilan.
Sasaran penyertaan dan pengambilan kadet di Akademi Awesome Archery
meningkat sehingga 300 kadet dalam setahun.
Pensijilan dan pentauliahan dari Akademi Awesome Archery dikeluarkan
dan menjadi piawai untuk Malaysia.
Kerjasama dari agensi Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Sumber
Manusia diperkukuhkan lagi agar mengiktiraf sukan dan kemahiran
memanah dan berkuda ini sebagai sukan dan kemahiran yang
berketerampilan.
Lebih ramai pemanah dan penunggang kuda dari luar Malaysia masuk ke
program yang disediakan dan diiktiraf oleh akademi.
AKADEMI AWESOME ARCHERY

SASARAN JANGKA
PENDEK & PANJANG
Pihak kami mensasarkan pasaran dan aktiviti memanah dan berkuda
tradisional dengan sistem dari negara Hungary ini diterima ramai
pengunjung luar Malaysia.
Negara terdekat seperti Singapura, Indonsia, Brunei dan Thailand
adalah sasaran utama.
Pengunjung akan mengikuti latihan dan berada di sepanjang kursus
yang disediakan dan boleh menarik minat untuk melancong di
sekitar Malaysia.
Negara rantau ASEAN (Tenggara) adalah sasaran jangka panjang dan
Homestay Kampung Rawa akan terkenal sebagai salah satu destinasi
pelancongan dan edukasi memanah berkuda terbaik.
AKADEMI AWESOME ARCHERY

HARAPAN
Semoga perancangan dan perlaksanaan
sistem memanah ini berjaya dilakukan
dan meraih sokongan dari pelbagai
pihak demi mempamerkan keunikan
dan keistimewaan industri sukan
berkuda dan memanah tradisional.

Akademi mampu memberikan impak


yang besar kepada masyarakat untuk
menceburi bidang sukan ini di masa
akan datang.

Syamil Yusuff
Pengasas Akademi Awesome Archery
Coach Memanah Tradisional Hungary

Anda mungkin juga menyukai