Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB BASIKAL KSAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI

PETANI, KEDAH.

ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH.

1.0 PENDAHULUAN

Sukan berbasikal adalah sebuah aktiviti sukan yang telah wujud sejak berdekad lamanya. Sejak dari awal penciptaannya, basikal telah melalui banyak evolusi dalam penciptaannya sehingga melahirkan beberapa jenis basikal seperti basikal bukit, basikal lumba, basikal bmx dan sebagainya. Setiap jenis basikal tersebut mempunyai keistemewaan tertentu. Sukan berbasikal kini telah menjadi trend dan berjaya menarik minat dari semua lapisan masyarakat dari golongn muda sehingga golongan tua. Sukan ini telah dimainkan dari pelbagai peringkat, dari yang amatur sehingga kepada golongan profesional di peringkat antarabangsa. Aktiviti berbasikal boleh dijalankan di pelbagai tempat samada di jalanraya ataupun kawasan bukit.

2.0 RASIONAL

Kewujudan kelab ini diharap dapat mendedahkan guru pelatih dengan aktiviti yang berfaedah dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan sukan berbasikal. Selain itu, sukan berbasikal juga mampu meningkatkan tahap kesihatan fizikal serta menambah jaringan sosial guru pelatih dengan komuniti luar semasa menyertai acara-acara berbasikal yang dijalankan di seluruh malaysia.

3.0 MATLAMAT

Memenuhi

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi guru pelatih secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Objektif utama penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan bakatbakat baru dalam sukan berbasikal lasak di IPG KSAH disamping untuk memenuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Ahli-ahli jawatankuasa kelab terdiri daripada mereka yang sememangnya arif tentang sukan lasak ini. Segala khidmat nasihat serta tunjuk ajar akan diberikan kepada ahli dari masa ke semasa.

4.0 OBJEKTIF

Selepas penubuhan KELAB BASIKAL KSAH di kampus ini, bakal guru dapat: 4.1 Mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 4.2 Menambah ilmu dan kemahiran berhubung sukan berbasikal secara menyeluruh. 4.3 Meningkatkan kemahiran diri guru pelatih agar dapat diaplikasikan dalam aktiviti kokurikulum ketika bertugas di sekolah kelak. 4.4 4.5 4.6 Menggalakkan aktiviti bepersatuan di kalangan guru pelatih. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

5.0 TAPAK DAN MASA LATIHAN

Rujuk lampiran 1.

6.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN MENJADI AHLI

Rujuk lampiran 2.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan dibuka kepada semua guru pelatih, staf sokongan dan pensyarah IPG KSAH.

8.0 BORANG KEAHLIAN KELAB

Rujuk lampiran 3

9.0 PERMOHONAN PERALATAN UNTUK AKTIVITI KELAB

Kelab kami ingin memohon kerjasama dari pihak institut bagi menyediakan beberapa alatan untuk basikal yang dirasakan perlu untuk menjalankan aktiviti kelab. Peralatan yang diperlukan adalah seperti yang disenaraikan dalam lampiran 4. Rujuk lampiran 4

10.0 KESELAMATAN

Keselamatan adalah di atas tanggungjawab ahli persatuan. Pihak institut tidak bertanggungjawab atas keselamatan ahli persatuan.

11.0

AHLI JAWATANKUASA PENAJA

PENASIHAT

: EN. NURIZAN BIN ABDUL RASHID

(Penyelaras PULAKO Tunku Putra dan Penyelaras kurikulum tambahan) PENGERUSI : KU MUHAMMAD ASLAM BIN KU ABDUL HALIM

T/PENGERUSI: MUHAMAD AMERHAKIM BIN CHE RASHID SETIAUSAHA : AZINUDDIN MUHAMMAD BIN ZAINUDIN BENDAHARI AJK : KHAIRUL IMRAN BIN KAMARUL ZAMAN : GOPINATH A/L KUMARASAMY : SITI ALIA BINTI SANUDIN : MOHAMED ALAFIQ BIN ISMAIL

12.0

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja penubuhan Kelab Basikal KSAH ini diluluskan. Diharap kelab ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan yang diberikan samada dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

--------------------------------------------------------(AZINUDDIN MUHAMMAD BIN ZAINUDIN) Setiausaha Penaja, Kelab Basikal IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

LAMPIRAN 1

Kayuhan dijalankan pada setiap hari dan kayuhan jarak jauh akan dijalankan pada waktu hujung minggu. Jadual latihan akan dipinda dari masa ke semasa

BILANGAN 1. 2.

MASA 5.15 petang 7.00 petang 5.15 petang 6.30 petang

HARI Isnin-khamis jumaat@sabtu

KAWASAN KAYUHAN Kawasan Sungai Petani Mengikut perancangan

kelab (kayuhan jarak jauh atau off-road)

LAMPIRAN 2 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN MENJADI AHLI 1. 2. 3. Tiada had umur. Sihat tubuh badan. Terbuka kepada semua guru pelatih, staf sokongan dan pensyarah IPG KSAH. 4. Semua jenis basikal dibenarkan(sesuai dengan aktiviti kayuhan). 5. 6. 7. Pemakaian topi (MTB helmet) dan kasut adalah WAJIB. Lampu depan dan belakang untuk kayuhan malam. Membawa kelengkapan MTB sendiri seperti air yang cukup (1

liter/jam), snack, tiub simpanan, penampal tiub dan pencungkil tayar. Lain-lain alatan seperti pam, multi-tool (allen keys), chain tool, spoke key, spanar 15 mm jika tidak memakai Quick Release hubs, dan lain-lain adalah digalakkan membawa sendiri. 8. 9. Penggunaan sebarang jenis dadah adalah dilarang sama sekali. Yuran keahlian kelab sebanyak RM30 dikenakan hanya sekali

setahun (tidak dikembalikan). 10. Bayaran-bayaran lain seperti kutipan perkemahan, makanan,

lawatan, yuran pertandingan dan sebagainya akan diberitahu dari masa ke semasa. 11. Ahli hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan disiplin diri. 12. Ahli-ahli kelab terdiri dari perbagai lapisan umur dan latabelakang. Oleh itu ahli adalah disarankan menjaga tatasusila pergaulan, hormatmenghormati, dan sama sekali tidak menyinggung perasaan ahli lain

dan masyarakat sekeliling amnya. 14. Pihak kami akan mengambil tindakan bagi mana-mana ahli yang melanggar peraturan atau membuat sesuatu dengan sengaja

menjatuhkan imej kelab serta IPG KSAH seperti bergaduh atau cuba memecah-belahkan kalangan ahli.

LAMPIRAN 3

BORANG KEAHLIAN KELAB BASIKAL KSAH


NO. AHLI

GAMBAR

(A)

PERMOHONAN

NAMA

: JANTINA : SAIZ BAJU: S / M / L / XL UMUR :

PANGGILAN : NO. K/P ALAMAT : :

NO. TEL

(rumah)

(hp)

(B)

JIKA BERLAKU KECEMASAN

NAMA ALAMAT

: :

NO. TEL PERTALIAN

(rumah)

(hp)

(C)

SEJARAH KESIHATAN

1. ADAKAH ANDA MENGHIDAPI APA-APA JENIS PENYAKIT? JIKA YA SILA NYATAKAN :

2. ADAKAH ANDA MEMPUNYAI ALAHAN PADA UBAT-UBATAN? JIKA YA SILA NYATAKAN :

3. PERNAHKAH ANDA MENGALAMI KECEDERAAN YANG TERUK? JIKA YA SILA NYATAKAN :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(D)

DEKLARASI

SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN SEGALA BUTIRAN YANG TERCATAT DI ATAS ADALAH BENAR DAN BERJANJI TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA BERLAKU APA-APA KECUAIAN YANG BERPUNCA DARI SAYA SENDIRI SEBELUM, SEMASA ATAU SELEPAS APAAPA AKTIVITI YANG SAYA SERTAI DI DALAM KELAB.SAYA JUGA BERSEDIA UNTUK MENERIMA BANTUAN ATAU PERTOLONGAN KECEMASAN DARIPADA PIHAK KELAB JIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN. SAYA AKAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN DAN PENALTI YANG DISYARATKAN OLEH KELAB INI.

PEMOHON,

DI SAH TERIMA OLEH,

--------------------------------(T.TANGAN PEMOHON)

------------------------------------------(PENGERUSI KELAB BASIKAL KSAH)

LAMPIRAN 4 Senarai tempat dan alatan yang diperlukan adalah seperti berikut. BIL 1 2 3 ALATAN Tapak menyimpan basikal Rak basikal Rantai JUMLAH 1 1 10

Senarai alatan di atas adalah perlu bagi kemudahan ahli kelab untuk menyimpan basikal.

Anda mungkin juga menyukai