Uhukkss…uhukkss…..
Assalamualaikum cu.
Hari tu Kasyah ada tanyakan Tok pasal senaman untuk mereka yang dah berumah tangga
ni sebab musim-musim cuti sekolah ni ramai benor yang bakal menjadi raja sehari.
Ni biar la Tok nak cerita sikit salah satu senaman orang-orang Melayu dulu-dulu.
Namanya Senaman Harimau. Haaa…tapi untuk jantan-jantan saja ye.
Senaman ini sesuai bagi mereka yang lemah tenaga batin, ada masalah itu…masalah
ini….Uhukkss…uhukkksss.
Kalau yang muda pun boleh cuba buat, memang terjamin berkesan, Insya-Allah. Jangan
tanya Kasyah, dia tu bawah umur lagi.
Tok ada sekip-sekip 2-3 langkah. Sebelum cucu-cucu teruskan membaca, Tok nak
ingatkan bahawa kena azam yang tinggi untuk buat ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam
ye.
Padi Bukit
Gerakan ini dilakukan di kala subuh bagi mengeluarkan segala udara kotor yang
terperangkap ketika tidur apabila nafas disedut dan dihembus separuh penuh.
Ia berfungsi memasukkan udara baru yang bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru
dan serta segala urat saraf dengan menyerapkan udara baru hingga ke urat biji ranting
(avioli) yang berada di hujung urat paru-paru. Ia melatih paru-paru agar mengembang ke
peringkat optima.
Langkah gerakan.
Nafas Pertapa
Gerakan ini menolong melatih otot kendalian zakar (levator ani) supaya dapat menarik
zakar menuju ketegangan seimbang. Ia dapat menambah kemampuan kendalian urat
peha. Ia juga dapat menguatkan dada, membesarkan zakar, mengeluarkan biji zakar dan
membesarkan kepala zakar serta mengurangkan rasa ngilu pangkal zakar.
Langkah gerakan.
Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan bawakan hampir dengan kemaluan.
Tegakkan belakang, tarik nafas hingga penuh paru-paru, tariklah dengan tempo yang
perlahan.
Semasa menarik nafas, sila tekan kedua-dua lutut dengan kedua tapak tangan agar kedua-
dua lutut itu dapat mencecah lantai.
Jika tidak boleh, buat setakat mampu dulu.
Kedua-dua lengan patut diluruskan bagi mencapai piawai gerakan.
Bahu sepatutnya tegak seimbang.
Pada masa yang sama, kemutkan otot zakar anda agar kepala zakar kembang.
Tahankan nafas 7 detik.
Hembuskan nafas dengan perlahan.
Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.
Rentak Urutan
Gerakan ini bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan
membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di situ. Ia juga
membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan agar urutan menggunakan minyak
urut.
Tarik Sepadan
Keseimbangan otot peha serta lutut adalah amat perlu dalam kes-kes lemah syahwat.
Otot-otot ini pul berhubung secara langsung dengan urat-urat di kaki. Otot-otot di
belakang sepatutnya menjadi kuat. Pada tulang belakang, iaitu di bahagian pinggang,
terletak urat-urat yang menegangkan zakar apabila mendapat rangsangan otak atau
rangsangan sentuhan. Gerakan ini dapat membantu kea rah meningkatkan kemampuan
bahagian-bahagian tersebut.
Langkah gerakan.
Rentak Lentang
Dari posisi sebelum ini, tarik kedua-dua jari kaki agar tumit terbuka kea rah depan, tetapi
tumit tetap ditemukan.
Tarik nafas dengan perlahan-lahan dan dalam.
Dengan perlahan-lahan maka rebahkan badan ke depan dengan keadaan tangan masih
memegang ibu jari kaki.
Jejakkan kepala ke lantai.
Jika tidak boleh dijejakkan usahlah dipaksa, buat sekadar termampu.
Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas.
Gerakan ini dapat menseimbangkan otot peha, belakang dan baik untuk pinggang.
Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.
Tepis Jengking
Langkah Gerakan.
Matahari Naik
Gerakan ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tenkuk dan
leher dan dalam masa yang sama merangsang pengaliran darah yang lebih lancar.
Langkah Gerakan.
Lenjang Gajah
Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin. Tenaga akan tertumpu
kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketiak gerakan ini dilakukan. Lutut bagi
kaki yang diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan, juga kedua tangan.
Langkah Gerakan
Cakar Harimau
Langkah Gerakan
Tarik nafas perlahan, dengan perlahan juga cuba pusingkan badan kea rah kiri dan
jangkau tangan kanan itu sejauh yang mungkin ke kiri.
Jari-jari kanan itu harus mencecah lantai.
Gerakan pusingan ini diulang 7 kali.
Hembus nafas.
Sila ulangi gerakan untuk sebelah kanan pula.
Tok rasa cukuplah setakat ini dulu petua dari Tok. Kasyah bilang tangannya sudah lenguh
menaip.Tulah, Tok suruh buat senaman harimau dia buat tarian ‘berak’. Tulah cepat
lenguh tu. Cucu-cucu kalau nak kuat dan sihat macam Tok, cubalah amalkan Senaman
Harimau ni.
Nanti Insya-Allah orang rumah kata, “Super…..Power!!!!” macam iklan kopi kat tv tu.