Anda di halaman 1dari 5

1.

Etika biasanya didefinisikan sebagai A. nilai-nilai moral yang diamalkan oleh professional. B. nilai-nilai moral yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan faktor semasa. C. kepercayaan peribadi seseorang individu berkaitan gelagat yang betul dan salah. D. prinsip yang saling berkait antara keputusan dan tindakan.

2.

Menurut Kant, the right of freedom of conscience menerangkan bahawa A. Manusia bebas untuk menyatakan pendapat dan mengkritik etika oeganisasi. B. Manusia berhak menolak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan. C. Manusia berhak untuk diadili jika hak mereka dicerobohi.

3.

Golden Rule adalah... A. Berasaskan ajaran Kristian. B. Berasaskan kepercayaan bahawa manusia mesti melakukan yang baik dan meninggalkan amalan yang buruk. C. Sama dengan prinsip enlighted self-interest. D. Suatu pandangan bahawa suatu tindakan yang bermoral adalah tindakan yang tidak mencerobohi hak mana-mana individu.

4.

Dalam teori Universalism, suatu tindakan yang bermoral bergantung kepada... A. Sama ada tindakan itu menghasilkan kebaikan yang banyak kepada ramai orang. B. Prinsip kebebasan. C. Nilai keadilan. D. Nilai individu yang melakukannya.

5.

Dalam Teori Distributive Justice, A. Tindakan yang melanggar hak individu perlu ditolak. B. Tindakan yang beretika bergantung kepada hasil tindakan itu. C. Agihan boleh berasaskan kepada agihan sama rata, keperluan, usaha, sumbangan atau kecekapan. D. Tindakan yang bermoral bergantung kepada niat individu.

-1-

6.

Kelemahan Eteral Law ialah... A. Setiap agama mempunyai piawai moral untuk penganut masing-masing. B. Mustahil untuk mengimbangkan kebaikan kepada majoriti dengan keburukan kepada minoriti. C. Usaha individu tidak diambil kira. D. Terlalu bergantung kepada interprestasi niat individu.

7.

Etika setiap individu dipengaruhi oleh... A. Budaya, keluarga, agama, masyarakat dan pengalaman hidup. B. Keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan agama. C. Keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, faktor situasi semasa dan niat individu. D. Faktor situasi semasa, nilai peribadi, pengalaman hidup, rakan sebaya dan keluarga.

8.

Perbuatan pecah amanah adalah... A. Salah dari segi moral dan undang-undang. B. Salah dari segi moral tetapi tidak menyalahi undang-undang. C. Tidak menyalahi moral tetapi menyalahi undang-undang. D. Bergantung kepada hasil perbuatan itu sama ada memberi kebaikan kepada majoriti atau tidak.

9.

Untuk dipertanggungjawabkan terhadap suatu tindakan yang diambil, seseorang itu... A. Tidak perlu melakukannya dengan niat dan sengaja. B. Perlu memahami apa yang dilakukannya dan juga akibat daripada tindakannya. C. Boleh dipaksa melakukannya oleh orang atasan. D. Tidak perlu melakukannya dalam keadaan sedar.

10. Dalam kes diskriminasi, A. The Natural Law menghukum perbuatan diskriminasi dibolehkan sekiranya perbuatan itu berbentuk formal cooperation. B. Utilitarian menghukumnya sebagai tidak bermoral. C. Culturalist menyatakan bahawa perbuatan itu tidak bermoral jika masyarakat menghukum diskriminasi sebagai tidak bermoral. D. The Natural Law menghukumnya tidak bermoral jika ia berbentuk material cooperation.

-2-

11. The Natural Law menyatakan bahawa... A. Perbuatan itu berbentuk formal cooperation. B. Perbuatan itu berbentuk material cooperation. C. Perbuatan itu memberikan yang banyak kepada majority masyarakat. D. Masyarakat menghukumnya sebagai perbuatan bermoral. 12. Seseorang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang nuklear... A. Melakukan pekerjaan tidak bermoral kerana pekerjaan itu berbentuk formal cooperation. B. Dipaksa melakukan pekerjaan itu dan oleh itu pekerjaannya tidak bermoral. C. Tidak melakukan kesalahan moral jika kilang beroperasi secara sah. D. Melakukan perbuatan tidak bermoral kerana pekerjaan itu berbentuk material cooperation. 13. The Entrepreneurial Era... A. Berlaku pada era 1930-an di mana organisasi-organisasi besar mendominasikan ekonomi Amerika Syarikat. B. Berlaku pada lewat 1800-an. Beberapa orang pelopor industri mengaut keuntungan yang amat banyak. C. Wujud dalam tahun 1960 di mana organisasi-organisasi besar.

14. Formal cooperation... A. Bermaksud seseorang diminta melakukan sesuatu yang bermoral tetapi membantu orang lain melakukan sesuatu yang salah. B. Bermaksud seseorang dipaksa bersubahat dengan orang lain untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. C. Bermaksud seseorang itu mengetahui apa yang dilakukan dan bertindak secara bebas melakukannya. D. Adalah perbuatan yang tidak bermoral dalam apa jua keadaan. 15. Seseorang dianggap bertanggungjawab secara moral terhadap perbuatannya jika dia melakukannya... A. Secara terpaksa. B. Dalam keadaan ignorant (jahil). C. Dengan suka dan menyedari apa yang dilakukan. D. Secara tidak sengaja.

-3-

16. Tanggungjawab sosial sebuah organisasi adalah terhadap... A. Kebajikan sosial, politik dan persekitaran semula jadi. B. Masyarakat, kebajikan sosial dan alam semula jadi. C. Kerajaan, pelanggan dan pekerja. D. Persekitaran semula jadi, kebajikan sosial dan constituents. 17. Sesebuah organisasi dianggap tidak perlu dibebani dengan tanggungjawab sosial kerana... A. Ia mencipta masalah dan oleh itu perlu bertanggungjawab menyelesaikannya. B. Ia juga adalah sebahagian daripada warganegara (citizens). C. Ia mempunyai sumber-sumber utnuk menyelesaikan masalah. D. Ia kurang kepakaran untuk menangani program sosial. 18. Sesebuah organisasi yang menjalankan operasi perniagaan dengan mematuhi semua undangundang tetapi tidak mengambil sebarang tanggungjawab sosial dikenali sebagai... A. Social Obstruction. B. Social Obligation. C. Social Response. D. Social Contribution. 19. Social Response adalah lebih baik berbanding Social Obligation kerana firma yang mengambil tanggungjawab social response... A. Merupakan tahap tertinggi tanggungjawab sosial. B. Melakukan sedikit tanggungjawab sosial berbanding social obligation. C. Mematuhi semua undang-undang. D. Menyembunyikan sebarang salah laku moral. 20. Kerajaan telah mempengaruhi organisasi melalui cara... A. Melobi, personal contacts dan jawatankuasa bertindak politik (PAC). B. Penggubalan undang-undang berkaitan alam sekitar, pengguna dan pekerja. C. Langsung dan tidak langsung. D. Memperkenalkan insentif cukai kepada organisasi yang memikul tanggungjawab sosial. 21. Pendekatan organisasi secara formal... A. Adalah sejauh mana organisasi mematuhi undang-undang kerajaan. B. Sejauh mana ahli-ahli organisasi mematuhi tingkah laku beretika. C. Penganugerahan dan sumbangan kepada badan-badan kebajikan. D. Semua yang di atas.

-4-

22. Masalah etika wujud dalam pengurusan kerana... A. Organisasi terpaksa memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kes. B. Wujud konflik antara prestasi ekonomi sesebuah organisasi dan tanggungjawab sosial. C. Organisasi hanya mengutamakan keuntungan. D. Organisasi hanya mengutamakan tanggungjawab sosial. 23. Kebanyakan tindakan etika mempunyai pelbagai pilihan... A. Seperti patutkah seseorang pengurus memberi rasuah atau tidak. B. Seperti patutkah sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak. C. Seperti patutkah sesebuah syarikat mengeluarkan produk tidak selamat atau tidak. D. Melibatkan banyak pilihan lain selain daripada ya atau tidak. 24. Penetapan harga melibatkan masalah etika kerana... A. Harga yang terlalu tinggi menguntungkan syarikat. B. Harga yang rendah merugikan syarikat. C. Harga yang terlalu tinggi membebankan pengguna. D. Harga yang terlalu tinggi boleh merugikan syarikat. 25. Mekanisme untuk menganalisis masalah etika dalam pengurusan termasuk analisis... A. normatif dan positif. B. ekonomi dan undang-undang. C. etika dan undang-undang. D. undang-undang, etika dan ekonomi.

-5-

Anda mungkin juga menyukai