Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PAMERAN PELAKSANAAN PBS OLEH SK BANTAYAN TAMPARULI SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR PERINGKAT NEGERI SABAH BERTEMPAT

DI SMK AGAMA TUN AHMAD SHAH KOTA KINABALU SABAH PADA 19.DISEMBER.2012 PENDAHULUAN Selaku sekolah mentor pelaksanaan PBS peringkat PPD Tuaran, SK Bantayan Tamparuli telah dijemput untuk mengadakan pameran pelaksanaan PBS sempena Majlis Pengumuman Keputusan PMR Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan SMKA Tun Ahmad Shah Kota Kinabalu Sabah pada 19.12.2012 yang lepas. Berikut merupakan laporan serba sedikit berkaitan pameran tersebut. OBJEKTIF Pameran pelaksaan PBS itu diadakan dengan tujuan, 1. Membudayakan pelaksanaan PBS di peringkat sekolah dan negeri. 2. Menyemai semangat cintakan bidang pendidikan di kalangan guru dan ibu bapa. 3. Menjadi panduan bagi sekolah-sekolah lain yang menghadiri majlis tersebut. 4. Menyemarakkan lagi semangat sekolah-sekolah mentor untuk mendahului kecekapan dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah. 5. Memupuk kerjasama di kalangan guru sekolah. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Encik Salgaring Bin Wahit (Guru Besar) Pengerusi : Puan Nafsia J Badin (Penolong Kanan 1) Timbalan Pengerusi : Puan Lucy Jimoh (Penolong Kanan Ko Kurikulum) Naib Pengerusi : Encik Vespha Dusup (Penolong Kanan HEM) Penyelaras : Puan Foo Yee Fui (Setiausaha Peperiksaan) Setiausaha : Encik Dumeh Bin Gimbot Bendahari : Puan Dorinah Binti Gibah

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

AJK : Latihan : Puan Jalilah Sabin Penyelarasan : Puan Masiah Dungkin / Puan Nor Hazsliza Mahidzir Pemantauan : Puan Aliceysia Wadilius Penilaian Pusat Dan Penilaian Sekolah : Puan Dayang Norizan Binti Suhaimi Penilaian Psikometrik : Encik Muhamad Farijan Bin Jaimee Penilaian Amali, Jasmani, Sukan, Kokurikulum : Puan Lucy Jimoh MAKLUMAT PELAKSANAAN PAMERAN Tarikh : 19.12.2012 Hari : Rabu Masa : 7.00 Pagi 11.00 Pagi Tempat : Dewan SMKA Tun Ahmad Shah Kota Kinabalu Sabah Sempena : Majlis Pengumuman Keputusan PMR Peringkat Negeri Sabah Tetamu Kehormat : Datuk Dr Hj Muhiddin Bin Yusin (Pengarah Pelajaran Sabah) KRONOLOGI PAMERAN Tarikh 10.12.2012 Masa Tempat Aktiviti 09.00 Bilik Guru Mesyuarat kali pertama dihadiri Pagi SK Bantayan oleh Guru Besar, Guru Penolong 11.30 Tamparuli Kanan dan AJK PBS Sekolah. Pagi 11.12.2012- Setiap SK Bantayan Persediaan pameran dari segi 14.12.2012 Hari Tamparuli papan pameran, fail pameran, dan gambar-gambar 17.12.2012 09.00 SK Bantayan Persediaan terakhir ke pameran Pagi Tamparuli PBS. 12.30 T.Hari 18.12.2012 08.00 Dewan SMKA Tun Lawatan ke tapak pameran Pagi Ahmad Shah 10.0 Pagi 19.12.2012 08.00 Dewan SMKA Tun Pameran PBS Pagi Ahmad Shah 11.30 Pagi

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

ANALISIS Buat julung-julung kalinya SK Bantayan Tamparuli menyertai pameran PBS, malah ia dianjurkan di peringkat negeri Sabah. SK Bantayan Tamparuli berasa bertuah terpilih ke pameran ini. Justeru berikut merupakan analisis penuh penglibatan SK Bantayan Tamparuli ke Pameran PBS Sempena Pengumuman PMR Peringkat Negeri Sabah. Kekuatan 1. Pengalaman Taklimat Hands On PBS bertembat di Bilik Mesyuarat PPD Tuaran yang melibatkan 7 buah sekolah daripada 3 PPD iaitu Kota Belud, Ranau Dan Tuaran yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Pengalaman pemantauan yang telah dibuat oleh Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Sabah dan Pemantauan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Penyediaan Bilik Sepakat sebagai pusat pengumpulan maklumat PBS bagi sekolah. Kelemahan 1. Pameran ini diadakan semasa cuti sekolah, ajk PBS sekolah yang lain bercuti dan ada yang menghadiri kuliah serta peperiksaan universiti. 2. Beberapa maklumat dalam fail perkembangan murid belum dikemaskini seperti tandatangan ibu bapa/penjaga dan gambar passport murid. 3. Sistem SPPBS telah ditamatkan dan tidak dapat dipaparkan sewaktu pameran diadakan. Cadangan Penambahbaikan 1. Tahun 2013 merupakan kesinambungan pembudayaan PBS di peringkat sekolah. Justeru setiap bulan proses pengemaskinian data dan fail akan diadakan di Bilik Sepakat. 2. Pihak sekolah akan melipatgandakan lagi bahan-bahan pembudayaan PBS di peringkat sekolah. 3. Mesyuarat ajk PBS akan diadakan mengikut takwim.

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

PENUTUP Pengalaman menghadiri pameran PBS ini telah menyuntik semangat para guru dan pentadbir sekolah untuk membudayakan lagi pelaksanaan PBS di peringkat sekolah dan sejajar dengan penganugerahan sekolah mentor yang disampaikan sendiri oleh Datuk Dr Hj Muhiddin Bin Yusin iaitu Pengarah Pelajaran Sabah sendiri kepada En Salgaring Bin Wahit iaitu Guru Besar SK Bantayan Tamparuli sempena majlis tersebut.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

.. MUHAMAD FARIJAN BIN JAIMEE Guru Penerangan Dan Dokumentasi SK Bantayan Tamparuli Tuaran

.. SALGARING BIN WAHIT Guru Besar SK Bantayan Tamparuli Tuaran

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

LAMPIRAN BERGAMBAR

Puan Rohani Abdullah Pengetua SMK Sri Nangka Tuaran sedang mengambil gambar fail-fail PBS SK Bantayan Tamparuli.

Mr Lim Pengetua SM Shan Tao Kota Kinabalu sedang menerima penerangan daripada Cikgu Foo Yee Fui berkaitan fail PBS SK Bantayan Tamparuli.

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

En Ali Sandis Ketua Unit PBS PPD Tuaran sedang menurunkan tandatangan dalam buku pelawat pameran PBS SK Bantayan Tamparuli.

En Salgaring Wahit Guru Besar SK Bantayan Tamparuli menerima cenderahati daripada Datuk Dr Hj Muhiddin Yusin Pengarah Pelajaran Sabah selaku sekolah mentor pelaksanaan PBS daerah Tuaran.

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

Puan Tah Nia Hj Jaman Pegawai Pelajaran Tuaran memeriksa dan menelaah fail PBS SK Bantayan Tamparuli

Datuk Dr Hj Muhiddin Yusin Pengarah Pelajaran Negeri Sabah sedang memeriksa dan menelaah fail PBS SK Bantayan Tamparuli sambil diperhatikan oleh Tuan Hj Zaini Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, serta menerima penerangan daripada En Salgaring Wahit Guru Besar SK Bantayan dan Tuan Rafly Hj Mukadim Pegawai PBS SPP Jabatan Pelajaran Sabah.

SK BANTAYAN TAMPARULI NO 1 : KOMITED DAN POSITIF

Anda mungkin juga menyukai