Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN AL-MATHURAT DALAM KEHIDUPAN PELAJAR

Di dalam al-Mathurat ada himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi Muhammad S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas asar/magrib. Kelebihannya adalah seperti berikut : 1. Tidak dihampiri syaitan 2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 5. Selamat dari segala sesuatu. 6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 7. Allah berhak untuk meredainya 8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 9. Terhindar daripada syirik. 10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Anda mungkin juga menyukai