Anda di halaman 1dari 5

KELEBIHAN DAN KEBERKATAN DARI ILMU

1. Jika ada orang yang mencabar untuk berbahas dengan anda atas sesuatu
perkara, maka untuk kejayaan dan petunjuk bacalah surah Fatihah (3 kali)
dan surah Al-Ikhlas (3 kali).

2. Barangsiapa baca pada pagi dan petang (3 kali) dari 3 surah yang akhir dari
Al-Quran, maka dia akan dipelihara dari keburukan bumi, langit, manusia
dan jin.

3. Barangsiapa baca pada pagi dan petang ALLAHUMMASALLI ALAA


MUHAMMAD BI ADADIKULLIDAAI maka Allah Taala akan pelihara dia dari
perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan khilaf syara’.

4. Barangsiapa membaca ALLAHUMMASALLI ALAA MUHAMMAD WA ALAA


ALIHI WABARIK WASALLIM (100 kali) selepas solat Zuhur, maka Allah Taala
selamatkan dia dari hutang piutang dan akan dibayar oleh Allah Taala dari
khazanah ghaib untuk hutang piutangnya serta dia dikecualikan azab atas
dosa2nya.

5. Barangsiapa membaca YAA MALIK, YAA QUDDUS sebanyak (11 kali)


selepas solat Subuh, maka Allah swt akan pelihara dia dari wabak penyakit
70 kawasan.

6. Barangsiapa membaca ALLAHHUMMA SALLI ALAA SAIDINA MUHAMMAD


ABDIKA WA RASULIKA WA SALLI ALALMUKMININ WALMUKMINAT
WALMUSLIMIN WALMUSLIMAT (100 KALI) dalam sehari, maka Allah Taala
akan tambahkan dalam harta bendanya. Jika barangsiapa membacanya
sesudah solat Isyak, maka dia akan dapat nikmat ziarah daripada Rasulullah
saw.
7. Barangsiapa membaca SALLALLAHU ALAA SAIDINA MUHAMMAD (11 kali)
setiap hari, maka Allah Taala akan memperlihatkan kedudukannya dalam
Syurga sebelum mati.

8. Barangsiapa membaca Lailaahailla anta subhaanaka inni kuntu


minazzaalimeen (doa Nabi Yunus) sebanyak (40 kali) setiap hari, dia akan
sembuh dari segala penyakit dan jika dia mati, matinya adalah syahid. Jika
dia sihat maka dia bersih dari segala dosa.

9. Barangsiapa membaca Surah Al-Kausar sebanyak (41 kali) dan hembus atas
barang-barang runcit, maka ia tidak akan habis.

10.Barangsiapa membaca Surah Quraisy sebanyak (41 kali) dan hembus pada
masakan yang sedia untuk majlis kenduri, maka masakan itu akan
mencukupi bagi keseluruhan para jemputan.

11.Barangsiapa membaca Wajaalnaa mimbaini aidihim saddaaun wamin


khalfihim saddaa faagshainaahum fahum laa yubsiruun, maka ALLAH SWT
akan mengubah sifat derhaka anak2 dan isteri kepada sifat taat.

12.Barangsiapa membaca Ayatul Kursi sebanyak (41 kali) setiap hari, maka
ALLAH SWT akan perkukuhkan semula Iman dan Yakin yang lemah.

13.Barangsiapa membaca Laailaahaillallah hulmalikulhaqqulmubiin sebanyak


(100 kali) selepas solat Subuh, maka :-

- Akan dijauhkan dari kesusahan rezeki.


- Zahir dan batinnya dikayakan.
- Dia akan mendapat pertolongan ALLAH SWT dalam kubur apabila disoal
oleh malaikat Munkar dan Nakir.
- Untuknya pintu Syurga akan diketuk2.
14.Barangsiapa membaca Kalimah yang Empat iaitu SUBHAANALLAH,
WALHAMDULILLAH, WALAAILAAHAILLALLAH, ALLAHUAKHBAR sebanyak
(3 kali) selepas setiap Solat Fardhu, maka ALLAH SWT akan beri pada setiap
rakaat satu tahun pahala Ibadah.

15.Barangsiapa membaca Kalimah Toiyibah dengan ikhlas (1 kali) setiap hari,


maka diampunkan:-

- Seluruh dosanya yang lampau.


- Akan diberi 4000 kebaikan.
- Keamanan dari ALLAH SWT
- Syurga diwajibkan keatasnya.

16.Barangsiapa baca Ayatul Kursi setiap selepas solat Fardhu, maka antara dia
dan syurga, mautlah penghadangnya.

17.Barangsiapa membaca Kalimah yang empat SUBHAANALLAH,


WALHAMDULILLAH, WALAAILAAHAILLALLAH, ALLAHUAKHBAR ketika
berada di pasar, maka dia dikurniakan ALLAH SWT 10 juta kebaikan dan
dihapuskan 10 juta dosa dan diberikan satu mahligai di dalam Syurga.

18.Barangiapa membaca Jazaa Allahu Taala Huaa Muhammadan maahuwa


Ahluhu, maka 70,000 malaikat selama 1000 tahun akan menulis kebaikan
untuknya.

19.Barangsiapa membaca Laailaaha illallaahu wahdahulaasharikalahu


A’hadan samadaan lamyalid walam yulad walam yakullahu kufuwan Ahad
sebanyak (1 kali) siang dan malam maka Allah swt kurniakan sebanyak 20
juta kebaikan untuknya.
20.Barangsiapa membaca ayat 1 hingga 3 dari Surah Al An am pada waktu
pagi atau petang :-

a) seramai 40,000 malaikat beribadah sampai kiamat maka pahala akan


diberikan kepada pembaca.
b) Allah swt sediakan seorang malaikat untuknya bagi menghalang syaitan
dari mengganggunya, malaikat itu akan pukul dengan cemeti
kemukanya maka jadilah penghadang antara syaitan dengan pembaca.
c) Pada hari kiamat Allah swt seru pada hambaNya, datanglah bawah
ArashKU. Aku beri mu makan buah-buahan dari SyurgaKU dan Aku beri
minum air dari telaga Khausar dan Aku mandikan kamu dari air terjun
Salsabil.

21.Barangsiapa membaca Selawat ke atas nabi sebanyak (10 kali) pada setiap
hari selepas solat subuh maka :-

a) Rohnya akan dikeluarkan oleh malaikat seperti dikeluarkan dari jasad


para nabi dan sadiqeen.
b) Melintas titian sirat dengan mudah.
c) Malaikat dalam keadaan sujud akan masukkan dia ke dalam syurga.
d) Memudahkannya meminum air dari telaga Khausar.

22.Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak (19 kali) pada


setiap pagi, maka 19 siksaan jahannam dan 19 malaikat azab dikecualikan
selama 24 jam iaitu sehari semalam untuk beri peluang dia membaca lagi.

23.Barangsiapa keluar dari rumah pada setiap pagi sambil membaca


Bismillaahi tawakkaltu Aalallah Laahaula walaa quwwata illa bilah maka,

a) Dia akan dipelihara.


b) Dijauhi dari syaitan.
c) Dia akan diselamatkan.
d) Dia akan diberi Hidayah.
24.Barangsiapa membaca sebanyak (300 kali) surah Al-Ikhlas pada setiap hari
maka,

a) 300 pintu rezeki akan dibuka untuknya.


b) 300 kesusahan akan dijauhkan darinya.
c) 300 tahun pahala ibadah diberi kepadanya.
d) Dia akan diampunkan dosa sebanyak 50 tahun.
e) Dia akan mendapat pahala membaca Al-Quran.
f) Dia akan diberi 20 mahligai dalam syurga.
g) Dia akan dikurniakan ilmu dan kefahaman.

25.Barangsiapa menetapkan satu masa yang khusus untuk membaca


Allahumma sale Aalaa Muhammaden wa Alaa Aale Muhammadin
Salaatan Daa imaan Abadaan sebanyak (50 kali) maka Allah swt akan
kurniakan sifat istiqamah dalam Agama dan dunia.

FADHILAT SURAH AL-IKHLAS

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas dengan berwuduk sebanyak (200


kali) sehari semalam, maka ia akan mendapat (9) kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai