Anda di halaman 1dari 2

APRESIASI SENI Apresiasi boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni

mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka. Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan hal ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978), If treat art if it were only a matter of learning acts and mastering technique, we deny its value and character. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa, every culture, differences in value and belief are espressed through language and art forms such as dress, architecture an decoration Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya denia rasa / sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk

berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI 1. 2. 3. 4. 5. Memahami dan bertindak terhadap aspek seni Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan Menghasilkan karya (produk seni) Memahami seni dan hubungannya Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN SENI

APRESIASI

DAN

KRITIKAN

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkairkan diri dan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. PENDEKATAN KRITIKAN SENI APRESIASI DAN

Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence, ada dua pendekatan apresiasi seni iaitu: a) b) Pendekatan secara logik Pendekatan secara psikologi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan / teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar. Analisa, penilaian, pertandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Membuat mengikut gaya artis / stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis / pandai tukang gaya konsep dan zaman.

Secara penerangan

Secara pemerhatian

Secara perbandingan

Secara penghasilan

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistic dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindak balas akan lebih terserlah bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerja seni Secara menyediakan setting / set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara kativiti permainan seni Secara lawatan / pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

Anda mungkin juga menyukai