Anda di halaman 1dari 54

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KERANGKA KURIKULUM KEBANGSAAN

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PRINSIP KSSR

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

HASRAT

Kita perlu sediakan murid agar mampu berfungsi secara efektif di masa akan datang.

Contoh: cara berfikir, kecerdasan, Sikap dan nilai positif.


Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

MATLAMAT

Membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

FOKUS

Proses p&p matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari.
Penekanan kepada aspek perkembangan cara pemikiran murid secara matematik.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

membolehkan murid:

OBJEKTIF

Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sambungan ...

OBJEKTIF

Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian mereka.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

REKA BENTUK KURIKULUM MATEMATIK


Nombor dan Operasi Sukatan dan Geometri Perkaitan dan Algebra Statistik dan Kebarangkalian

Berkomunikasi Menaakul Membuat perkaitan Menyelesaikan Masalah Membuat Perwakilan

Tanggapan, minat, penghargaan, yakin tabah dan berdaya tahan Peribadi, interaksi, prosedur, intrinsik.

Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menggunakan teknologi

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

DEFINISI FIKRAH

Fikrah: daya berfikir dan pemikiran


(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)

FIKRAH MATEMATIK
berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, serta Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam matematik secara bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai dalam matematik.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

BIDANG PEMBELAJARAN

Kandungan matematik dirangkumkan melalui empat bidang pembelajaran: Nombor dan Operasi Sukatan dan Geometri Perkaitan dan Algebra Statistik dan Kebarangkalian
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

(TAJUK-TAJUK DI BAWAH BIDANG PEMBELAJARAN)

BIDANG PEMBELAJARAN

Nombor dan Operasi


Nombor Bulat Sukatan dan Geometri Penambahan Masa dan Waktu Penolakan Ukuran Panjang dan Algebra Pendaraban Perkaitan Pembahagian Timbangan Koordinat Isipadu Cecair Operasi Bergabung Perkadaran Bentuk Tiga Dimensi Statistik dan Pecahan Bentuk Dua Dimensi Kebarangkalian Perpuluhan Wang Perwakilan Data Peratus Purata

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PROSES
Dalam pendidikan matematik, proses berikut perlu diberi penekanan: Berkomunikasi Menaakul Membuat perkaitan Menyelesaikan Masalah Membuat Perwakilan
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

MENYELESAIKAN MASALAH

Mengupayakan murid untuk:


Membina konsep dan pengetahuan matematik melalui penyelesaian masalah. Menyelesaikan masalah yang timbul dalam matematik dan konteks lain. Mengaplikasi dan mengadaptasi pelbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Memantau dan membuat refleksi terhadap proses penyelesaian masalah.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PROSES: BERKOMUNIKASI

Mengupayakan murid untuk:


menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik mereka, menyampaikan pemikiran matematik secara koheren dan jelas kepada rakan, guru dan pihak lain, menganalisis dan menilai pemikiran matematik dan strategi pihak lain, dan menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

MENAAKUL

Mengupayakan murid untuk:


Menyedari kepentingan menaakul sebagai asas untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna, Membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik, Mengelakkan dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PROSES: MEMBUAT KAITAN

Mengupayakan murid untuk:


Mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural, dan mengaitkan topik-topik dalam matematik, serta mengaitkan matematik dengan bidang lain, Mengenal dan mengguna perkaitan antara idea matematik, Memahami bagaimana idea matematik saling berkait untuk menghasilkan idea matematik yang koheren dan menyeluruh. Membuat perkaitan antara dunia matematik dengan dunia sebenar.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PROSES: MEMBUAT PEWAKILAN

Mengupayakan murid untuk:


Mencipta dan menggunakan perwakilan untuk mengorganisasi, merekod dan mengkomunikasikan idea matematik. Memilih, mengaplikasi dan menterjemah perwakilan matematik untuk menyelesaikan masalah. Mengkomunikasikan pendekatan, pemahaman dan perdebatan matematik kepada diri mereka dan kepada orang lain.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan membina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat matematik dan TMK.
Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menggunakan teknologi
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN MATEMATIK

Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan mantik, menyatakan idea matematik secara jitu, membuat, menguji dan membuktikan konjektur, mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik, dan mengguna matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN MENGANALISIS

Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan seperti berikut: berfikir secara jelas, memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek, memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci, memahami penaakulan yang kompleks, mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik, dan mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

Kemahiran menyelesai masalah merujuk kepada keupayaan seperti berikut: membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama permasalahan, menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian yang dibuat, menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa masalah yang lebih kecil dan khusus, bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama, menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian tidak ketara, dan meminta bantuan sekiranya memerlukan.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN MEMBUAT PENYELIDIKAN

Kemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain, mengakses buku di perpustakaan, menggunakan pengkalan data, mendapatkan maklumat dari pelbagai individu, dan berfikir.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan seperti berikut:


mendengar secara berkesan menulis idea matematik secara tepat dan jelas, menulis esei dan pelaporan, dan membuat pembentangan

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMAHIRAN MENGGUNA TEKNOLOGI

Kemahiran mengguna teknologi merujuk kepada keupayaan mengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus, kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di Internet dan pakej pembelajaran untuk:

membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam, membuat, menguji dan membuktikan konjektur meneroka idea matematik menyelesaikan masalah.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif dalam pembelajaran matematik yang merangkumi antara lain:
Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan matematik Minat dan keseronokan mempelajari matematik Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik, Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik, dan Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

NILAI PERIBADI

Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait dengan pembentukan sahsiah dan keperibadian individu seperti jujur, sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap, bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

NILAI INTERAKSI Nilai interaksi berkait dengan pembentukan tingkah laku baik dalam konteks bilik darjah. Nilai ini merujuk kepada nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik seperti penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincangan dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka, dan hormat menghormati.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

NILAI PROSEDURAL Nilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik dalam matematik seperti menaakul, membuat perwakilan, menyelesai masalah, berkomunikasi, membuat kaitan, dan mengguna teknologi.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

NILAI INTRINSIK Nilai intrinsik berkait dengan pembentukan kandungan matematik dan disiplinnya seperti nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI


Nilai penaakulan mementingkan penghujahan dan penaakulan dalam matematik, termasuk membuat dan membuktikan konjektur, penggunaan pelbagai kaedah pembuktian, mantik dan penilaian. Nilai perwakilan menekankan perwakilan matematik dalam membentuk model, menginterpretasi fenomena fizikal dan sosial, menyusun atur, merekod, mengkomunikasi idea matematik, mengaplikasikan dan menterjemah matematik ke pelbagai mod dalam menyelesaikan masalah.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

Nilai penyelesaian masalah menekankan semua aspek dalam menyelesaikan masalah seperti pemikiran kreatif dan kritis, cekap, belajar dari kesilapan, tetap pendirian, kualiti, sabar dan tekun menyelesaikan masalah, berupaya membuat refleksi dan membina pengetahuan melalui penyelesaian masalah. Nilai berkomunikasi menekankan komunikasi matematik secara lisan atau bertulis, dengan mengambil kira kepentingan mengkomunikasikan idea matematik dengan jelas dan penggunaan laras bahasa matematik yang betul.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

SIKAP DAN NILAI

Nilai kaitan menekankan keupayaan membuat kaitan antara matematik dengan disiplin lain, dalam kalangan idea matematik sendiri, dan antara matematik dengan kehidupan dan pengalaman harian. Nilai teknologi yang menekankan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik, dengan mengambil kira kepentingan teknologi dan pengajaran dan pembelajaran matematik, dan kecekapan teknologi.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Perubahan perlu dalam paradigma guru matematik


Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Ke arah bilik darjah sebagai komuniti matematik dan menjauhi bilik darjah sebagai hanya suatu koleksi individu. Ke arah evidens matematik dan logik sebagai pentahkik dan menjauhi guru sebagai autoriti tunggal bagi jawapan betul. Ke arah penaakulan matematik dan menjauhi prosedur penghafalan.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Ke arah membuat dan membukti konjektur, mengemuka dan menyelesaikan masalah, dan menjauhi pencarian jawapan secara mekanikal, Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi matematik, dan menjauhi dari menganggap matematik sebagai satu kumpulan konsep dan prosedur yang terasing.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PERUNTUKAN MASA
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Respons murid tentang amalan pengajaran matematik yang berkesan Menyelesaikan masalah matematik lebih daripada yang disediakan dalam buku teks. Bekerja dengan seorang rakan atau lebih untuk menyelesaikan tugasan matematik yang mencabar. Sumbangsaran dalam kumpulan tentang bagaimana menyelesaikan masalah matematik. Membentang projek matematik secara lisan kepada kelas. Menerangkan kepada kelas bagaimana saya menyelesaikan suatu masalah matematik. Melakukan tugasan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan penimbang. Menggunakan kiub, piramid dan pepejal geometri lain. Menulis beberapa ayat menerangkan bagaimana saya menyelesaikan masalah matematik. Menerangkan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah matematik.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

STANDARD KANDUNGAN

Standard Kandungan (SK)


Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan afektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik. Disusun mengikut hierarki pembinaan konsep. SK yang ditulis mestilah realistik, sesuai dengan peringkat kebolehan dan umur murid.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

STANDARD PEMBELAJARAN

Standard Pembelajaran (SP) Kenyataan khusus tentang apa yang murid PATUT TAHU dan BOLEH LAKUKAN dari segi pengetahuan dan keupayaan melakukan sesuatu bagi membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. SP tidak menunjukkan langkah/kaedah pengajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran matematik yang kondusif.
Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

STANDARD PEMBELAJARAN

Standard Pembelajaran (SP) SP mestilah realistik, boleh dilaksanakan oleh murid di peringkat umur tersebut dan dalam persekitaran pembelajaran di Malaysia. SP menuntut murid melakukan matematik (tekankan proses matematik).
Kandungan SP mengikut hierarki dan berpadanan dengan SK.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

BIDANG PEMBELAJARAN TAHUN Standard Kandungan


Murid dibimbing untuk

Standard Pembelajaran
Murid berupaya untuk

Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan afektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik.

Kenyataan khusus tentang apa yang murid PATUT TAHU dan BOLEH LAKUKAN.

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PERBANDINGAN KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1 (KBSR DENGAN KSSR)


KBSR Nombor bulat hingga 20 Tambah hingga 18 Tolak dalam lingkungan 18 Wang hingga RM10 Masa dan Waktu KSSR Nombor bulat hingga 100 Tambah dan tolak Pecahan Wang hingga RM10 Masa dan Waktu

Ruang

Ukuran Panjang
Timbangan Isipadu Cecair Ruang

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 2

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PERBANDINGAN KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 2 (KBSR DENGAN KSSR)


KBSR Nombor hingga 1000 Tambah hingga 1000 Tolak dalam lingkungan 1000 Darab (2, 3, 4, 5) Bahagi (2, 3, 4, 5) Wang hingga RM50 Masa dan waktu Ukuran dan sukatan Tambah Tolak Darab Bahagi Pecahan Perpuluhan Wang KSSR Nombor bulat hingga 1000

Ruang

Ukuran dan sukatan Ruang

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 3

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

PERBANDINGAN KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 3 (KBSR DENGAN KSSR)


KBSR Nombor hingga 10 000 Tambah hingga 10 000 Darab (6, 7, 8, 9) Bahagi (6, 7, 8, 9) Wang hingga RM100 Masa dan waktu Ukuran dan Sukatan Ruang Tambah Darab Bahagi Pecahan Perpuluhan Peratus Wang KSSR Nombor bulat hingga 10 000

Tolak dalam lingkungan 10 000 Tolak

Perwakilan Data

Ukuran dan Sukatan


Ruang Perwakilan Data

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 4

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Unit Matematik Rendah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai