Anda di halaman 1dari 4

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


( MINGGU 1)
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:
Pada 06 April 2015 yang lalu merupakan hari pertama saya
berpeluang mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang
Sebang, setelah mendapat tugasan Internship yang perlu dijalankan
selama sebulan di sekolah ini. Fokus pengajaran dan pembelajaran
saya pada hari ini ialah memastikan murid mengecam sepenuhnya
huruf abjad a hingga z dengan baik.
2. Analisis isu / perkara yang di fokus.
2.1 Kekuatan
Dapatan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang saya
lakukan kepada murid kelas prasekolah pada hari ini ialah masih ada
murid yang belum mengecam sepenuhnya huruf abjad. Saya
mengajar murid-murid prasekolah pada hari ini menggunakan teknik
nyanyian lagu abjad, semasa menyanyi saya sangat berpuas hati
kerana kedengaran semua murid boleh menyanyi dengan baik.
2.2 Kelemahan
Namun begitu hasil daripada pemerhatian saya ke atas respon murid
apabila disoal secara rawak, saya dapati masih ada murid yang tidak
dapat menyebut huruf abc dengan baik.
3. Cadangan penambahbaikan
Saya perlu menyediakan lebih banyak latihan berkaitan

mengecam

huruf abjad seperti permainan huruf, menulis huruf dan membina bahan
inovasi bagi membantu mengatasi maslah murid ini.
(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( MINGGU 2 )
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:
Pada 17 April 2015 yang lalu merupakan kali kedua saya mengajar kelas
Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang. Fokus pengajaran dan
pembelajaran saya adalah untuk mengajar murid mengenal huruf u dan n
dengan baik.
2. Analisis isu / perkara yang di fokus.
2.1 Kekuatan
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya telah mengajar
murid menyanyi lagu huruf u dan n. Saya mereka lirik lagu yang mudah dan
berfokus kepada bentuk huruf u dan n. Saya boleh berpuas hati dengan
pengajaran pada kali ini kerana murid mudah mengingati lagu yang saya
ajar dengan bantuan anggota badan murid sendiri iaitu jari mereka . Pada
akhir sesi pengajaran dan pembelajaran saya meminta murid mewarna huruf
u dan n.
2.2 Kelemahan
Kelemahan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini, ialah saya
berasa sakit tekak dan letih kerana terpaksa mengulang-ulang menyanyikan
lagu huruf u dan n, bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran
menyanyi lagu huruf u dan n. Keadaan ini terjadi kerana saya tidak
merakam suara nyanyian saya terlebih dahulu. Oleh itu saya terpaksa
menyanyi secara manual.
3. Cadangan penambahbaikan
Saya perlu merakam lagu terlebih dahulu bagi membantu murid menyanyi
dengan baik dan bersemangat.
(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( MINGGU 3)
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:
Pada 22 April 2015 yang lalu merupakan kali ketiga saya berpeluang
mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang. Pada kali ini
saya telah merancang untuk menggunakan Teknik KUPIN bagi membantu
murid mengecam huruf u dan n dengan baik. Fokus pengajaran dan
pembelajaran saya pada hari ini ialah memastikan murid mengecam
sepenuhnya huruf n dan u. Pada akhir pengajaran saya memberi latihan
pengukuhan dengan meminta murid membulatkan huruf u dan n yang
terdapat di dalam perkataan yang diberi.
2. Analisis isu / perkara yang di fokus.
2.1 Kekuatan
Saya dapati pegajaran dan pembelajaran pada hari ini mencapai objektif
yang disasarkan. Ini kerana murid yang lemah dalam penguasaan huruf u
dan n telah dapat mengenal pasti huruf u dan n. Hal ini dibuktikan apabila
saya meminta murid tersebut menyebut huruf pada kad imbasan yang saya
pamerkan, murid ini telah boleh menyatakan huruf u dan huruf n dengan
betul.
2.2 Kelemahan
Murid sukar dikawal kerana teruja dengan kereta u dan n saya "KUPIN".
Namun begitu hasil daripada pengalaman saya mengajar kelas prasekolah
sebelum ini, membantu saya untuk mengatasi masalah kawalan kelas ini.
3. Cadangan penambahbaikan
Saya perlu menyatakan peraturan pemainan sebelum menggunakan
Teknik "KUPIN" supaya semua murid dapat bersabar dan bertoleransi
dalam permainan ini.
(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( MINGGU 4 )
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Pada 24 April 2015 yang lalu merupakan hari terakhir saya mengajar kelas
Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini, saya telah meminta bantuan Juruteknik
Komputer sekolah untuk merakam proses pengajaran dan pembelajaran
yang saya jalankan. Fokus pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini
ialah memastikan murid mengecam huruf u dan n serta boleh memadankan
huruf u dan n yang sama di dalam lembaran kerja . Pengajaran pada hari ini
menggunakan sepenuhnya teknik KUPIN dalam membantu murid
mengecam huruf u dan n.
2. Analisis isu / perkara yang di fokus.
2.1 Kekuatan
Dapatan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan
kepada murid kelas prasekolah pada hari ini ialah 90 peratus murid telah
menguasai kemahiran mengecam huruf u dan n dengan baik.10 peratus lagi
tidak dapat dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
kerana murid tersebut tidak hadir ke sekolah.
2.2 Kelemahan
Segala kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat di atasi
dengan baik. Ini kerana bahan inovasi ini dipraktikkan

berulang kali,

justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya


hasil daripada latih tubi.
3. Cadangan penambahbaikan
Saya berasa gembira dengan pengajaran dan pembelajaran hari ini kerana
saya tidak perlu melabel bentuk huruf u dan n lagi, kerana murid sudah t
ahu bentuk huruf u dan n berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan. Pada
masa akan datang saya boleh menggunakan Teknik "KUPIN" untuk
mengajar abjad lain pula.
(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai