Anda di halaman 1dari 28

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 HALAMAN PENGAKUAN

Adalah di sini saya mengakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja yang disediakan oleh saya. Saya mengakui, bahawa : a) Semua kerja dan idea yang terdapat dalam tugasan kerja kursus ini adalah diambil atau dirujuk atau berpandukan atau bersumberkan bahan-bahan yang diterbitkan melalui cetakan mahupun elektronik; b) Tidak menyalin semula atau meniru dari sebarang bahagian sumber atau dari pelajar lain; c) Tidak membenarkan pelajar lain menyalin atau meniru hasil tugasan saya; dan d) Saya mengakui setiap petikan yang diambil daripada sumber telah saya nyatakan nama penulis asal petikan tersebut dalam tugasan saya ini. Oleh itu, saya faham bahawa sekiranya terdapat penyataan/pengakuan yang didapati tidak benar, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, adalah dibenarkan untuk mengambil sebarang tindakan tatatertib/disiplin yang difikirkan perlu oleh pihak institut dan menganggap ianya adalah tepat untuk tugasan.

............................................. RUPINI A/P MANOHARAN (0610/1740) 19 MAC 2012

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428

JUDUL

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


ii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN SOALAN TUGASAN 1.0 PENGENALAN 2.0 FAKTA-FAKTA & HURAIAN 3.0 REFLEKSI 4.0 KESIMPULAN 5.0 SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

i ii iii iv v-vi 1-2 3- 15 16-17 18 19-20

iii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kerja kursus pendek falsafah dan pendidikan di Malaysia dapat disiapkan tepat pada masanya.Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Saya

ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada

pensyarah sayai En. Zulkarnain bin Ismail yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya berterima kasih kepada beliau kerana bimbingan dan tegurannya yang sangat berharga kepada saya semasa membuat kerja kursus ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada rakan-rakan di kelas saya yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga berasa bangga terhadap rakan-rakan saya kerana atas komitmen yang diberi oleh mereka sangat berharga untuk berjaya menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zulkarnain bin Ismail kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak hasil kerja kursus kami ini.

Sekian, terima kasih.

iv

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428

vi

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428

1.0 PENGENALAN Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum baru ini bagi murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahuntahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan pengisian pendidikan yang bersifat holistik.Antara pembaharuan

dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).Selain itu, fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR telah ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. KSSR digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua adalah Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
vii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 Antara tujuan Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard adalah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Selain itu, untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan dan mengukur

ilmu,kemahiran dan nilai dengan jelas lagi. Seterusnya, bagi pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Program KSSR adalah dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan matlamat Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau

mereformasikan sistem pendidkan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal secara rapid dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspekyang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu.Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan sejagat. Peranan guru juga berubah mengikut perubahan kurikulum ini. Peranan guru tidak seperti zaman dahulu iaitu hanya penyampai maklumat sahaja. Sekarang kurikulum telah berubah berpusatkan murid. Oleh itu, peranan guru juga turut berubah sebagai fasilitator sahaja iaitu memimpin murid-murid kea rah yang positif.Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsurunsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi Negara dijelmakan sebagai

penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat dirancang, direformasikan dan

dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

viii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 2.0 FAKTA-FAKTA DAN HURAIAN SOALAN ( i ) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah

dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Berdasarkan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
ix

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memulakan transformasi yang melibatkan perubahan proses holistik ke arah kurikulum persekolahan sekarang. Perubahan ini melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi KSSR ini adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga berasaskan prinsip KBSR iaitu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dari segi intelek,rohani dan jasmani dan juga memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid. Selain itu, menggalakkan pendidikan seumur hidup dan menggunakan pendekatan bersepadu.Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan pelajar dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Antara transformasi pertama berlandaskan perkembangan KSSR adalah dari segi bentuk. Bentuk KSSR seimbang merangkumi enam tunjang

insan

utama.Tunjang yangutama adalah kerohanian,sikap dan nilai.Pendidikan Moral dan Islam diajar di sekolah bagi menanamkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar. Pendidikan agama sangat penting kepada para pelajar supaya mereka menjadi insan yang sentiasa menghayati dan memiliki ilmu dan berakhlak mulia.Mereka juga mempunyai kepercayaan yang teguh kepada tuhan. Selain itu, para pelajar juga mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta dan mereka akan menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya. Oleh itu, melalui pendidikan ini para pelajar akan menjadi insan yang sentiasa mengikut dan mengamalkan ajaran agama dan menghindari diri mereka daripada melakukan kejahatan.
x

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 Tunjang yang kedua pula adalah literasi Sains dan Teknologi. Pengajaran Sains, Matematik dan Teknologi diutamakan kepada pelajar di sekolah supaya mengukuhkan penguasaan dan meningkatkan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik di dalam kalangan mereka. Selain itu, melalui pendidikan ini juga mereka dapat mengukuhkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran matematik dan mahir dalam bidang teknologi. Pendidikan ini akan membantu para pelajar untuk berusaha dalam memajukan ekonomi ke arah perkembangan Negara dengan menggunakan sains dan teknologi serta ICT dengan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif. Tunjang yang ketiga adalah komunikasi.Semua bahasa-bahasa yang dituturkan oleh kaum Malaysia diajar di sekolah yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahasa merupakan alat komunikasi di antara kaum-kaum yang lain. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kepada kita.Bahasa memainkan peranan yang paling penting di antara pelajar dan ditekankan di sekolah kerana bahasa merupakan penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi antara mereka.Oleh itu, KSSR menekankan pendidikan bahasa perlu diajar kepada para pelajar dan memastikan pelajar dapat memahami dan memberikan respons yang betul secara lisan dan bukan lisan. Tunjang yang keempat pula perkembangan fizikal dan estetika. Pendidikan jasmani dan Kesihatan,Pendidikan Seni dan juga Muzik diajar di sekolah bagi memupukkan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi dalam kalangan pelajar. Melalui pendidikan ini pelajar dapat berupaya memberi tumpuan kepada perkembangan anggota-anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Selain itu, pelajar juga akan mempunyai perasaan jiwa yang sihat serta berupaya memperkembang kecerdasan emosi ke tahap yang matang. Perkembangan jasmani dan kesihatan penting bagi kesejahteraan diri iaitu mereka akan mempunyai daya ketahanan dan kesabaran kendiri yang kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.Oleh itu,melalui pendidikan ini juga para pelajar dapat menunjukkan bakat mereka dalam bidang tertentu dan berjaya dalam kehidupan mereka.Tunjang yang kelima adalah keterampilan diri.Penglibatan pelajar dalam aktiviti

xi

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 sukan dan kokurikulum diwajibkan bagi melahirkan individu yang berkepimpinan yang tinggi.Aktiviti kokurikulum ini memberikan banyak faedah kepada para pelajar. Para pelajar dapat memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang sesuai dalam pelaksanaan tugas.Para pelajar juga dapat melaksanakan tugas mereka penuh dengan dedikasi, cekap dan sempurna.Seterusnya, mereka juga memiliki semangat berjuang dan berani menghadapi segala masalah dan rintangan. Mereka juga dapat peluang untuk bergaul dengan pelajar kaum-kaum yang lain dan merapatkan silaturahim di antara mereka.Oleh itu, aktiviti kokurikulum dan sukan ini memainkan peranan penting dalm memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati di antara para pelajar. Tunjang yang keenam dan terakhir adalah kemanusiaan.Pendidikan Sejarah dan Sains Sosial mula diajar kepada para pelajar bagi menanamkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri mereka.Pendidikan Sejarah sangat penting kepada para pelajar kerana mereka boleh mengetahui asal usul mereka ke negara ini dan zaman silam Negara kita.Melalui pendidikan ini, kita dapat melahirkan pelajar yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum.Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan penguasaan ilmu dan amalan mereka dalam bidang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Oleh itu, para pelajar akan sedar dan bertanggungjawab bagi memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Berlandaskan kepada keenam- enam tunjang utama bentuk KSSR ini yang telah dihuraikan di atas, dapat mencapai matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

memenuhi aspirasi negara Malaysia. Kesemua tunjang bentuk KSSR ini telah memberi penekanan kepada pendidikan agama dan moral dengan proses penerangan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan semua mata pelajaran dan juga kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih banyak tenaga kerja dalam bidang ini selaras dengan matlamat FPK. Selain itu, pemupukan semangat patriotisme melalui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, di samping melalui aktiviti
xii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 kokurikulum.Oleh sebab itu, bentuk KSSR ini dapat memenuhi segala ciri-ciri dan matlamat FPK dalam melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Selain daripada itu, dokumen kurikulum KSSR mempunyai dua bahan iaitu satu adalah bahan kurikulum dan bahan sokongan kurikulum.Bahan kurikulum dikenali sebagai dokumen standard kurikulum.Bahan sokongan kurikulum pula adalah seperti buku teks, modul pengajaran dan buku panduan kreativiti.Dokumen standard kurikulum memastikan semua pelajar melepasi standard yang ditetapkan. Selain itu, dokumen strandard ini akan mengatasi masalah pelajar keciciran dalam pembelajaran. Dokumen KSSR ini dibentuk selaras dengan FPK bagi mencapai tujuannya iaitu menyediakan pendiikan secara berterusan. Seterusnnya, pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan untuk memantau kemajuan murid dari segi dan

pengetahuan,kemahiran dan nilai berdasarkan kepada standard kandungan

standard pembelajaran yang ditetapkan. Sebelum pentaksiran ini dilaksanakan guru perlu mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam standard

pembelajaran yang telah dipilih. Murid boleh ditaksir dengan menggunakan sama ada pentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya. Pentaksiran formatif boleh dilaksanakan bertujuan untuk mengukur prestasi murid semasa P&P dan ianya ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan menyediakan ujian yang sesuai untuk menguji pencapaian pembelajaran.Selain itu, pentaksiran KSSR juga berasaskan modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan.Kaedah pentaksiran ini berlandaskan matlamat dan tujuan FPK bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga
xiii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Selain itu, murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan diri, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara. Tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama ke arah membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari ini adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains.Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Tambahan pula, pedagogi KSSR pula terbahagi kepada sembilan strategi pengajaran dan pembelajaran.Strategi pertama adalah pembelajaran

masteri.Pembelajaran masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu pekara yang dipelajari. Sebagai contoh, pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Masteri di bilik darjah amat bergantung kepada kecekapan dan ketrampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
xiv

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 Pembelajaran Masteri bukanlah perkara yang baru kerana langkah yang terlibat dalam Pembelajaran Masteri sudah pun disarankan dalam KSSR. Adalah penting guru mempunyai kemahiran tertentu untuk menangani murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan aras pembelajaran. Oleh itu, guru bersama muridnya perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Sesungguhnya peranan dan tugas guru amat penting dalam melaksanakan Pembelajaran Masteri. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Strategi kedua pula adalah pembelajaran berasaskan akses kendiri.

Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri membolehkan murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga memndapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui pembelajaran akses kendiri.Pada amnya diakui bahawa murid perlu proaktif dalam proses pembelajaran. Murid tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respons kepada rangsangan guru. Sebaliknya, murid sendiri harus menjana idea dan memberi peluang belajar. Pemikiran baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran mendapati bahwa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini telah mengakibatkan peranjakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri. Pembelajaran Akses Kendiri dibentuk untuk menggalakan pembelajaran kendiri agar murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pembelajaran akses kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Strategi yang lain adalah bagi mengukuhkan kemahiran berfikir dan juga mengaplikasikan teori kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
xv

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 aspek pembelajaran secara kontekstual dan konstruktivisme ditekankan dalam pedagogi KSSR ini. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Di samping itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan aspek penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta melibatkan pengajaran berasaskan kajian masa depan. Strategi yang lain pula adalah belajar cara belajar. Belajar cara belajar membawa bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2001). Belajar cara belajar lebih menekankan usaha pelajar sendiri untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelajar perlu menentukan hala tuju sendiri dalam menuntut ilmu. Mereka boleh menggunakan bahan sedia ada, kawan dan sumber lain untuk memperoleh ilmu.Bagi menjayakan pembelajaran tersebut, pelajar perlu berperanan sebagai,mempunyai satu strategi pembelajaran yang berkesan, mempunyai motivasi kendiri yang jitu bagi meneruskan pembelajaran, mempunyai satu matlamat yang jelas dan dirasakan dapat dicapai, melakukan semua perkara sepertimana yang telah dirancang, mempunyai satu rekod pencapaian kendiri bagi analisis diri,merefleksi diri sendiri dan berbangga dengan diri sendiri atas kejayaan yang dicapai.

Kesemua strategi-strategi ini sangat berguna kepada para pelajar bagi melahirkan murid yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan bagi mencapai matlamat FPK.Proses tranformasi
xvi

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) boleh dapat mencapai matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). KSSR dapat memenuhi segala aspek dalam mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, mencapai berketerampilan, dan berakhlak memberi mulia, bertanggungjawab, untuk berupaya dan

kesejahteraan

sumbangan

keharmonian

kemakmuran.

xvii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 SOALAN ( ii ) Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah memberikan impilikasi yang besar dalam peranan yang dimainkan oleh para guru. Bagi melaksanakan KSSR ini dengan jayanya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya.Di samping itu, guru harus mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi murid-murid pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Di samping merancang dan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya,melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. Guru berperanan sebagai pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya.Peranan mereka amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.Antara peranan dan tanggungjawab guru adalah guru berperanan sebagai
xviii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.Guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluaraga mereka. Guru berperanan sebagai perancang pengajaran. Mereka seharusnya

menyedari semua muridnya mampu belajar. Dengan ini, guru akan memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu Hasil Pembelajaran. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategi yang digunakan oleh guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid

memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula lebih kepada sebagai seorang fasilitator. Guru merancang dan mengenal pasti Hasil Pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai. Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran, contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara asas diajar di peringkat awal dan juga mereka memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus pembelajaran dalam pembelajaran masteri, guru bukan sahaja berperanan untuk menguruskan pembelajaran bagi memastikan Hasil Pembelajaran dicapai, tetapi juga mengurus muridnya. Selain itu, guru juga berperanan sebagai mentor dalam KSSR ini. Mentor

merupakan pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman dalam bidang tertentu.Dalam sesebuah bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sosio-emosi. Oleh itu,selain mengajar guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah sosio-emosi, seperti rasa takut,
xix

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murrid-murid ini supaya mereka dapat membina sifat kenyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain. Untuk memainkan peranan mentor kepada murid-muridnya dengan berkesan guru hendaklah mengutamakan kebajikan,kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Oleh itu,guru sentiasa bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, social, keturunan atau agama. Tambahan pula, guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi.Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.Oleh itu, peranan sekolah adalah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Sehubungan ini, guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sematamata, tetapi menjadi sebagai pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Oleh itu, guru di sekolah juga memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan m embawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan KSSR masa kini. Selain daripada itu, juga guru menjadi guru penyayang.Seseorang yang dikatakan penyayang mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja. Ini bermakna guru yang penyayang menunjukkan ciri- ciri seperti sentiasa melakukan jasa baik kepada murid, mengambil kira dan menimbang dengan hati terbuka terhadap pandangan, harapan dan keperluan orang lain serta sering bertindak untuk kebaikan. Guru yang penyayang suka dan memuja kanak-kanak, berminat mengajar serta berdedikasi, dan melaksanakan aktiviti pengajaran dengan bersungguh-sungguh.Maka,intelektual penyayang untuk

menyampaikan pelajaran yang terbaik, guru harus sentiasa mengejar ilmu dan memainkan peranan sebagai agen perubahan,professional reflektif dan pengamal mahir dengan teknik mengajar yang berkesan.
xx

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 Guru pula berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid memperoleh kemahiran yang diperlukan dan teknik belajar untuk belajar. Pendekatan murid berdikari ini adalah berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Guru,walau bagaimana cemerlang pun, tidak mungkin dapat melakukannya untuk murid. Ini dikukuhkan lagi melalui pemerhatian bahawa murid berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah sangat penting bagi murid menentukan strategi pembelajaran yang terbaik yang sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid telah semakin diterima dan dipraktikan dalam bidang pendidikan. Peranan guru yang secara tradisinya lebih cenderung kepada peranan sebagai penyampai maklumat sahaja telah berubah dan peranan mereka sebagai fasilitator, jurulatih dan kauselor semakin diterima. Seterusnya guru juga berperanan sebagai pemimpin.Guru perlu mempunyai kefahaman dan kebolehan yang tinggi dalam kepepimpinan untuk menjadi pemimpin berkesan supaya dapat memastikan sekolah boleh terus berfungsi dengan baik walaupun tanpa pengetua dan semasa ketiadaan pengetua. Guru yang mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi berupaya mnggunakan kekuatan dan kemahiran akal fikiran serta potensinya secara menyeluruh. Melalui penggunaan akal dan kemahiran ,seseorang guru itu dapat memimpin dirinya melalui cara yang paling baik kerana mereka amat rasional dalam melakukan sesuatu tugas atau agenda terutamanya

aktiviti yang melibatkan orang lain dan dalam kuantiti yang ramai. Selain itu, mereka juga dapat mengawal keadaan bilik darjah secara senang dan dapat memberi arahan dengan cara yang betul yang boleh dipatuhi oleh semua pelajar. Guru juga memainkan peranan sebagai penyebar ilmu untuk menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Guru merupakan pelita kepada murid-muridnya. Oleh itu, guru haruslah menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.Guru juga haruslah memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Guru juga memainkan peranan sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah
xxi

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 dengan menentukan corak penyusunan meja kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pencapaian matlamat Wawasan 2020 mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kualiti guru. Pertalian antara kualiti guru dan mutu pendidikan sekolah dan impaknya terhadap pembangunan insan dan sumber manusia sangatlah besar. Pengorbanan jiwa raga seorang guru dalam mendidik anak bangsa amat besar. Sebagai guru, mereka harus mempunyai kebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kepakaran mendidik akal budi pelajar. Jika ini tercapai generasi muda akan terhindar daripada gejala sosial seperti salah laku, ponteng sekolah, menghisap rokok, penyalahgunaan dadah, gangsterisme, buli, melawan guru dan ibu bapa. Akhirnya ,kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

xxii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 3.0 REFLEKSI Saya bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Zulkarnain kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat tugasan yang penuh bermakna ini. Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga, transformasi membawa maksud perubahan bentuk sifat, rupa dan keadaan. Erti kata lain, ia transformasi adalah mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan:Utusan Malaysia).Merujuk Kamus Dewan edisi Ketiga, kurikulum

bermaksud isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai pendapat definisi tentang kurikulum. Merujuk dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007), menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala Taba (1962), kurikulum adalah suatu pelan pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan Tanner & Tanner (1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit, 2007). Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007), menyatakan KSSR sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan muridmurid mencapai objektif yang telah dirancang. Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003). Transformasi kurikulum membawa perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman, di bawah
xxiii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 naungan sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007). Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada pelajar disekolah. Di mana, rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang mengandungi pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi Ahmad, 2007). Melalui tugasan ini saya mendapat tahu bahawa KSSR adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Akhirnya, saya juga mendapat tahu peranan guru sangat penting bagi merealisasikan matlamat KSSR ini. Guru memainkan peranan bagi merealisasikan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia, demi dapat mencapai matlamat FPK dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di serantau. Guru perlu melengkapi dirinya dengan ilmu pengetahuan baru mengikut peredaran masa. Guru perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

xxiv

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 4.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini membantu meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar rebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. KSSR memberi penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. Guru merupakan pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Guru memainkan peranan yang paling penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Tranformasi merupakan satu perubahan holistik yang mengambil kira keperluankeperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-lain seterusnya dapat membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal kanak-

kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia. Dapat dilihat, sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan bagi

mempertingkatkan modal insan supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,ibu bapa serta pihak berkepentingan.

xxv

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 5.0 SENARAI RUJUKAN Abd. Fatah Hasan (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1987). Falsafah Dan Konsep Pendidikan.(edisi kedua). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan: Falsafah pendidikan progresif. (2nd ed.). (pp. 66-69). Selangor Darul

Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. A.M.Ee.(1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Kementerian Pelajaran Malaysia .(2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah:Dokumen Standard Kurikulum. Mazlan Ismail.(2006). Pengurusan Perubahan Kurikulum :Kajian kes di dua Buah Sekolah Menengah Daerah Rompin. Tesis Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya. Mohamed Nor.(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd.Daud Hamzah.(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Noriati A.Rashid,C.K.Lee, Zulkifli Mahayuddin, Zakiah Noordin. (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. S.S.Mok.(2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

xxvi

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428 Norzilawati Abdul Halim.(2012). Artikel Pendidikan : KSSR Bakal lahir Minda Kelas Pertama. [Online]. Diambil pada: Mac 17,2012 daripada (www.mymetro.com) Pengendali (2010 ). Kemahiran Komunikasi Guru. [Internet ]. Diambil pada : Mac 16,2012 daripada (http://kheru2006.i8.com/EDU3106/6_kemahiran_komunikasi_ guru.htm) Sifoo Sidee. (2009). Strategi Belajar Cara Belajar. [Internet]. Diambil pada:Mac 15,2012 daripada (www.mudahbelajar.com) Wan Mohamed Wan Ibrahim, Hazlina Awang Lah,Zakarna Jusoh, Zaril Ibrahim. (2002). Tahap Keperluan Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Kalangan Guru-Guru Di Beberapa Buah Sekolah Di Jajahan Kota Bharu Kelantan. (Internet). Diambil pada: Mac 17,2012 daripada (http://www.mizanis.net/edu3105/artikel/ICT.htm) Wink, W. (2010). Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. [Online]. Diambil pada: 25 Julai, 2011 daripada (http://mydegreeinmajorandminor.blogspot.com/2010/10/perkembangan-pendidikan-dimalaysia.html)

xxvii

RUPINI A/P MANOHARAN 920418-04-5428

L A M P I R A N

xxviii

Anda mungkin juga menyukai