Anda di halaman 1dari 11

MOHAMAD KHAIRUL ASHRAF BIN MOHAMAD SAID MUHAMAD SABRI BIN ABDUL RASHID AHMAD FAKHRUL RAZI BIN

ABD MANAP

GEJALA SOSIAL 1 : GURU DENGAN GURU

GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi kung fu antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu. Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya. Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba naik angin sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

APA YANG BERLAKU?


Pelajar bising walaupun guru berada di dalam kelas. Guru besar menyedari perkara itu dan menegur guru tersebut. Tidak dapat menerima teguran tersebut mungkin atas faktor-faktor tertentu. Tindakan guru besar merakam suasana kelas untuk tujuan tertentu menyebabkan guru merasa kurang senang. Pertengkaran seterusnya pergaduhan berlaku.

RAMALAN PUNCA KEJADIAN


Masalah dalaman antara guru kelas dan guru besar yang masih tiada penyelesaian. Guru besar bertindak merakam suasana kelas mungkin sebagai satu jenis ugutan, peringatan menunjukkan ketegasan, ataupun atas sebab untuk lain seperti untuk mengata, mengutuk, memerli guru kelas seterusnya menimbulkan kemarahan guru. Guru kelas merasa tercabar kerana teguran dibuat dihadapan pelajar-pelajarnya

RAMALAN PUNCA KEJADIAN


Guru kelas tersebut sering ditindas dan dipulaukan oleh guru-guru lain, termasuklah guru besar. Guru besar mungkin lebih bersifat optimistik dalam hal-hal melibatkan sekolah. Manakala guru bersifat pesimistik dalam mempercayai kata-kata orang lain.

MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI GURU


Kecaman daripada pelbagai pihak : Masyarakat Ibu-bapa Pendidik Dikenakan tindakan disiplin Hilang kepercayaan dalam melakukan sesuatu perkara atau aktiviti khususnya yang melibatkan sekolah.

MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI GURU


Hubungan guru dengan guru lain akan bertambah tegang akibat daripada tindakan luar batasan yang telah berlaku. Komitmen untuk mengajar merosot. Perasaan kurang senang dan tidak puas hati mungkin tertanam dalam diri guru sehingga jangka masa yang lama. Dipindahkan sekolah untuk berkhidmat disekolah lain. Diberhentikan kerjaya sebagai seorang guru.

MASALAH YANG DIHADAPI PELAJAR


Pelajar mudah terikut sifat negatif yang ditunjukkan oleh guru. Perasaan bimbang dan takut akan dirasai oleh sesetengah pelajar. Kurang fokus semasa sesi pengajaran guru. Timbukan masalah sosial lain seperti : Ponteng sekolah Melawan Guru Buli Tidak menyiapkan kerja Pergaduhan

PENYELESAIAN MASALAH
Tindakan tatatertib diambil sebagai pengajaran kepada guru yang terlibat dalam kejadian. Meminta maaf secara terbuka. Menghadiri sesi kaunseling. Melakukan perbincangan meja bulat antara guru-guru dan pihak sekolah. Guru tidak menyembunyikan masalah yang melibatkan guru lain.

PENYELESAIAN MASALAH
Menjaga emosi supaya tidak mudah marah atau melenting ketika ditegur. Memastikan kelas berada dalam keadaan yang terkawal dan berdisiplin. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan guru supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama guru.

Anda mungkin juga menyukai