Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah untuk menulis ayat :

1. Baca arahan dan soalan serta fahamkan.


2. Lihat gambar dengan teliti.
3. Gunakan beberapa soalan panduan seperti yang berikut :

a) Siapa? = Amin
b) Buat apa? = mandi
c) Di mana? = di dalam bilik air
d) Bagaimana? = menggunakan air dan sabun
e) Mengapa? = supaya bersih

4. Lengkapkan Lembaran Bijak Mengurus Grafik pada setiap


maklumat yang diperolehi seperti berikut :

Siapa Buat apa? Kata Sendi / Keterangan /


Kata Hubung Huraian peluasan
prediket
Amin mandi di dalam bilik air
Dia memakai baju sambil tersenyum
Amin menyikat rambut kemas
dengan
Amin bersarapan sebelum ke sekolah
Ibu melambai tangan kepada Amin

5. Salin semula ayat-ayat seperti di atas dan meletakkan


tanda bacaan.

1. Amin mandi di dalam bilik air.


2. Dia memakai baju sambil tersenyum.
3. Amin menyikat rambut dengan kemas.
4. Amin bersarapan sebelum ke sekolah.
5. Ibu melambai tangan kepada Amin.
(Kaedah ini dapat membantu murid untuk mendapat
pengskoran lulus.)

6. Baca semula ayat-ayat yang ditulis dan semak semua


ejaan dan tanda bacaan betul.
Kesalahan yang selalu dilakukan oleh murid :

1. Tidak tulis huruf besar pada permulaan ayat.


2. Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat.
3. Menulis ayat melebihi lima ayat.
4. Menulis dua ayat dalam satu nombor.
5. Menulis ayat tidak berdasarkan maklumat yang tersurat dalam gambar.
6. Ayat yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.

Anda mungkin juga menyukai