Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MELAYU

TAHUN 5

DISAMPAIKAN OLEH :
CIKGU HALIM
PENULISAN:
BAHAGIAN A
TAJUK : TEKNIK MENULIS LIMA AYAT
BERPANDUKAN GAMBAR

COPYRIGHTS CIKGUHALIM2021
Pengenalan.
Teknik menulis lima ayat berpandukan gambar.

Assalammualaikum murid-murid semua……


Hari ini, Cikgu akan menyampaikan Pdpr dengan belajar menulis ayat berpandukan
gambar. Kita perlu faham teknik menulis dengan melihat keseluruhan soalan.
Penulisan Bahagian A.
Tulis lima (5) ayat berdasarkan gambar.

Apa yang kita perlu faham dengan ayat di atas?


Ayat di atas adalah satu stimulus. Dan berikut adalah beberapa jenis stimulus yang
biasanya ada dalam soalan peperiksaan penulisan pada Bahagian A.

Tulis lima ayat lengkap tentang gambar.

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar.

Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar.


Syarat-syarat dalam penulisan.
Berikut adalah syarat-syarat dalam menulis lima ayat.

1. Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5.


(Biasanya sudah disediakan dalam ruang jawapan.)
2. Idea mesti menepati bahan grafik.
3. Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang sedang berlaku.
4. Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa,
dua orang.
5. Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja.
6. Ada huraian.
Syarat-syarat dalam penulisan.
Berikut adalah syarat-syarat dalam menulis lima ayat.

7. Mula membina ayat pada gambar di pertama dahulu.


8. Bina satu aktiviti sahaja dalam satu 8 -12 patah perkataan supaya
mendapat pengskoran cemerlang.
10. Bilangan ayat diambil kira 5 ayat sahaja. Jika tulis lebih daripada
lima ayat – penilaian turun, markah akan dipotong. Tulis ayat gramatis.
9. Bilangan perkataan sekurang-kurangnya satu ayat satu titik.
(Dalam satu nombor ada dua titik maka dikira telah wujud dua ayat.)
12. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita guna penanda wacana.

*gramatis – ayat yang menarik dan sesuai untuk diberikan markah.


Memahami soalan yang diberi.
Gambar di bawah menunjukkan Amin sedang bersiap untuk pergi ke sekolah.
Tuliskan lima (5) ayat tentang aktiviti yang dilakukan oleh Amin berpandukan
gambar berikut:
Langkah-langkah menulis.

1. Baca arahan dan soalan serta fahamkan.


2. Lihat gambar dengan teliti.
3. Gunakan beberapa soalan panduan seperti yang berikut :

a) Siapa? = Amin
b) Buat apa? = mandi
c) Di mana? = di dalam bilik air
d) Bagaimana? = menggunakan air dan sabun
e) Mengapa? = supaya bersih
Langkah-langkah menulis.
4. Lengkapkan Lembaran Bijak Mengurus Grafik pada setiap maklumat yang
diperolehi seperti berikut :

Siapa Buat apa? Kata Sendi / Keterangan /


Kata Hubung Huraian peluasan predikat
Amin mandi di dalam bilik air
Dia memakai baju sambil tersenyum
Amin menyikat rambut dengan kemas
Amin bersarapan sebelum ke sekolah
Ibu melambai tangan kepada Amin
Langkah-langkah menulis.
5. Salin semula ayat-ayat seperti di atas dan meletakkan
tanda bacaan.

1. Amin mandi di dalam bilik air.


2. Dia memakai baju sambil tersenyum.
3. Amin menyikat rambut dengan kemas.
4. Amin bersarapan sebelum ke sekolah.
5. Ibu melambai tangan kepada Amin.

(Kaedah ini dapat membantu murid untuk mendapat pengskoran lulus.)

6. Baca semula ayat-ayat yang ditulis dan semak semua ejaan dan tanda
bacaan supaya betul.
Kesalahan yang selalu berlaku.
Dalam menulis, kebiasaannya murid-murid akan melakukan beberapa
kesalahan. Berikut adalah kesalahan biasa yang berlaku.

1. Tidak tulis huruf besar pada permulaan ayat.


2. Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat.
3. Menulis ayat melebihi lima ayat. (markah akan dipotong)
4. Menulis dua ayat dalam satu nombor. (Ayat dikira dua)
5. Menulis ayat tidak berdasarkan maklumat yang tersurat dalam gambar.
6. Ayat yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.
(Jawapan lari daripada kehendak soalan yang diberikan.)
Rujukan dan kredit penulisan.

http://laipenglim66.blogspot.com/2012/11/teknik-menulis-ayat-berdasarkan-
gambar.html
Kesimpulan
Murid-murid. Dalam menulis, kita perlulah belajar mengolah kreativiti dan
berimaginasi agar penulisan kita tampak hidup dan maklumat yang kita
sampaikan jelas serta bertepatan dengan kehendak soalan. Ini akan diambil
kira sebagai ukuran permarkahan kita.

Gunakan nota ini sebagai panduan dalam menulis ayat semasa menghadapi
ujian atau peperiksaan di sekolah.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai