Anda di halaman 1dari 8

BAHASA MELAYU UPSR (KERTAS PENULISAN)

BAHAGIAN A
Tulis lima ayat - tentang gambar/situasi/aktiviti
Panduan
1

Lihat gambar/rajah/jadual yang diberikan dengan teliti

Kenal pasti situasi/aktiviti/data yang dipaparkan

Kenal pasti lima sasaran yang hendak ditulis

Jawapan ditulis begini:


_____________ + _____________ + _______________
siapa
buat apa
keterangan/huraian
Ayat biasa: Seorang pemuda menebar jala.
Ayat cemerlang:
Seorang pemuda menebar jala di sebatang sungai.
Seorang pemuda menebar jala untuk menangkap ikan.
Bagaimanakah dengan ayat ini?
Seorang pemuda menebar serawan jala untuk menangkap ikan di sebatang
sungai.
Siapa

- watak/orang yang terlibat (kata nama)


- boleh bersifat perkara atau peristiwa, jika perlu dan sesuai, misalnya:
Kegiatan gotong-royong diadakan di sebuah taman perumahan.
Buat apa
perlakuan/perbuatan/tindakan (kata kerja)
- lazimnya, ada imbuhan ber dan meN..., misalnya:
Seorang lelaki menebas semak samun
(siapa)
(buat apa)
dengan sebilah parang.
(huraian)

Rumus Mudah:
Siapa + Buat Apa + Sokongan
Kata Nama + Kata Kerja + Keterangan

Gunakan teknik 5W1H


Who siapa yang terlibat (cth: seorang guru wanita)
What apa yang berlaku (cth: menyampaikan ucapan)
Where di mana (cth: di atas pentas)
When bila (cth: semasa majlis perhimpunan)
Why mengapa (cth: untuk melaporkan sesuatu)
How bagaimana (cth: dengan menggunakan mikrofon)
Isu-isu Bahagian A
1
Nama khas untuk orang boleh digunakan dan tidak menjadi kesalahan, namun begitu
lebih baik digunakan nama am, seperti seorang murid, sepasukan anggota polis,
beberapa orang guru, dan sebagainya.
2
Penggunaan perkataan atau rangkai kata pada permulaan ayat seperti Kelihatan,
Terdapat, Pada suatu petang, Tiba-tiba, sebaik-baiknya dielakkan.
3
Perkara atau peristiwa yang tidak ditunjukkan dalam gambar tidak perlu ditulis. Murid
tidak perlu menokok tambah cerita. Tulis apa-apa yang ditunjukkan sahaja.
4
Permulaan ayat mestilah huruf besar dan diakhiri oleh tanda noktah. Tanda seru (!)
dan tanda tanya (?) tidak perlu sama sekali.

5
6
7
8
9
10

Jika banyak aktiviti atau kegiatan yang ditunjukkan, pilih lima aktiviti yang penting dan
paling menonjol.
Jika kehendak soalan ialah aktiviti, pastikan setiap ayat ada kata kerja. Jika tidak
ada kata kerja, markah akan terjejas.
Jika kehendak soalan ialah situasi atau tentang gambar, murid boleh menulis ayat
yang sesuai dan berkaitan dengan gambar. Namun begitu, kata kerja masih perlu
digunakan.
Jikalau gambar bersiri, elakkan menulis lima ayat tersebut seolah-olah karangan
cerita. Penggunaan penanda wacana seperti selepas itu, kemudian, tidak lama
kemudian, selain itu dan sebagainya pada permulaan ayat hendaklah dielakkan.
Jikalau gambar kitaran (misalnya kegunaan pokok kelapa), tulis bahagian pokok
tersebut diikuti oleh kegunaan atau fungsinya.
Jikalau rajah atau jadual, terjemahkan data yang dipaparkan dalam bentuk ayat yang
lengkap. Murid tidak perlu menambah fakta yang tidak terdapat dalam rajah atau
jadual itu.

LATIHAN 1
SIAPA
BUAT APA (AKTIVITI)
- imbuhan meN- imbuhan berKETERANGAN
- di mana
- bila
- bagaimana
- mengapa

JAWAPAN
1
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

LATIHAN 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti aktiviti berdasarkan gambar di
bawah.

JAWAPAN
1

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

LATIHAN 3
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

JAWAPAN
1

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

BAHAGIAN B
Panduan Penulisan
1
2
3
4

Baca dan fahami ketiga-tiga soalan yang dikemukakan


Pilih satu soalan yang paling mudah
Bina rangka karangan yang ringkas
Menulis karangan dalam enam perenggan
a) pendahuluan
- dua hingga tiga ayat yang berkaitan dengan situasi (cerita) atau isu-isu semasa
(fakta)
- kaitkan dengan tajuk/kehendak soalan (fakta)
b) isi penting
- mesti dihuraikan dan jika boleh, berikan contoh (fakta)
- ada empat isi penting
- tiga hingga lima ayat satu perenggan
- gunakan teknik penulisan
Teknik Tindakan (Cerita)
Teknik Persoalan (Fakta)
c) penutup
- menyudahkan cerita (cerita)
- membuat kesimpulan (fakta)
- dua hingga tiga ayat
Aspek tatabahasa yang perlu dititikberatkan:
a) ejaan dan imbuhan
b) tanda bacaan
c) struktur ayat
Tulisan perlu kemas, bersih, dan mudah dibaca

Teknik Tindakan
Soalan 1
Kamu telah melihat seorang murid Tahun 1 sedang menangis semasa kamu hendak pulang
dari sekolah. Dia telah ketinggalan bas. Ceritakan tindakan kamu untuk membantu murid
tersebut.
Soalan 2
Kamu telah bercuti di suatu tempat pelancongan yang menarik. Tulis sepucuk surat kepada
seorang rakan untuk menceritakan pengalaman kamu itu.
Teknik Persoalan
Soalan 3
Amalan menabung amat penting dipupuk dalam kalangan murid. Tulis sebuah karangan
tentang faedah amalan menabung.

Contoh Soalan Pilihan:


1) Cara-cara berjimat cermat
2) Kepentingan perpustakaan
3) Kepentingan kegiatan kokurikulum
4) Cara-cara menghormati guru
5) Kebaikan kegiatan gotong-royong
6) Ucapan majlis perpisahan murid tahun enam
7) Ucapan bersempena Hari Guru
8) Laporan kempen membaca
9) Laporan perkhemahan unit uniform
10) Cerita tentang peristiwa yang menggembirakan kamu

Contoh Soalan untuk Perbincangan


Tulis karangan yang bertajuk Kebaikan Kegiatan Gotong-royong.
Pendahuluan
- gotong-royong merupakan amalan turun-temurun yang masih diwarisi
- perlu dilestarikan kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat
Isi Penting 1
- dapat membina ikatan silaturahim yang lebih utuh dan teguh
- bertanya khabar dan berbual-bual mesra semasa bergotong-royong
- dapat membina masyarakat yang sejahtera dan harmoni
Isi Penting 2
- dapat meringankan beban tugas
- dilakukan secara bersama-sama dan saling membantu
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Isi Penting 3
- dapat menjimatkan wang, masa, dan tenaga
- tugas dilakukan tanpa sebarang upah atau bayaran
- sesuatu majlis atau kegiatan akan berjalan lancar
Isi Penting 4
- dapat memupuk perpaduan kaum
- mewujudkan hubungan yang lebih erat
- tugas dilaksanakan tanpa mengira bangsa dan agama
Penutup
- generasi muda perlu dididik untuk mengamalkannya
- banyak manfaat yang akan diperoleh daripada amalan ini
- tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

BAHAGIAN C
[20 markah]
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan.
Panduan
1) Bilangan patah perkataan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
2) Baca dan fahami teks yang diberikan, sama ada petikan biasa atau puisi.
3) Kenal pasti dan garisi nilai murni atau pengajaran terlebih dahulu. Nilai, sama ada yang
positif atau yang negatif.
4) Ulasan anda mestilah jelas dan menggunakan ayat yang gramatis.
5) Tulis ulasan yang mengandungi lima nilai murni atau pengajaran dalam satu perenggan
sahaja. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
7) Semak ejaan, tanda baca, dan struktur ayat.
LATIHAN 1
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Latif berumur 12 tahun tetapi dia berasa dirinya sudah dewasa. Dia tidak berminat ke
sekolah kerana dia lebih suka bekerja mencuci kereta di tempat cuci kereta. Dia ingin
akan kebebasan. Oleh itu, dia tidak mendengar nasihat ibu bapanya.
Pada suatu malam, oleh sebab kepenatan, Latif terus tertidur. Dia bermimpi terjatuh
ke dalam sebuah gaung. Keadaan gaung itu sangat mengerikan. Terdapat banyak ular,
burung hantu dan kala jengking. Tiba-tiba seorang lelaki tua menepuk bahunya. Orang
tua itu berjanji mengeluarkannya dari gaung dengan syarat Latif pergi ke sekolah, belajar
dan sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa.
Dalam ketakutan, Latif bersetuju dengan syarat tersebut. Dia insaf lalu menangis. Latif
memanggil-manggil orang tua itu tetapi ibunya yang muncul di hadapannya. Latif terus
memeluk ibunya dan memohon maaf.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LATIHAN 2
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
8.00 pagi
Kami berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Amsyar
bin Ahmad, Guru Penasihat Kelab Keselamatan Jalan Raya, Sekolah Kebangsaan Taman
Seri Mutiara, Kluang. Aku dan 24 orang ahli kelab ini akan menyertai ekspedisi berbasikal
ke Gunung Berlumut. Aktiviti ini mendapat bantuan daripada Jabatan Keselamatan Jalan
Raya (JKJR) dan Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Kluang. Cikgu Amsyar mengingatkan
kami agar sentiasa mematuhi isyarat dan papan tanda keselamatan jalan raya.
9.00 pagi
Sebelum bertolak, kami telah diarahkan untuk memeriksa basikal masing-masing supaya
basikal kami berada dalam keadaan baik. JKJR Daerah Kluang telah menyumbangkan
jaket keselamatan secara percuma kepada semua peserta ekspedisi ini. Beberapa orang
pegawai polis trafik bermotosikal telah mengiringi ekspedisi ini untuk menjaga
keselamatan para peserta.
10.00 pagi
Kami tiba di bandar Kluang dan berehat di sebuah dataran yang terletak di situ. Cikgu
Amsyar telah menegur beberapa orang peserta yang mengayuh basikal secara beriringan
kerana boleh mengundang bahaya. Seorang daripada peserta hampir kemalangan
apabila gagal mengawal basikalnya dengan baik semasa menuruni jalan yang agak
curam. Cikgu Amsyar berpesan kepada kami agar tidak tergesa-gesa untuk sampai di
sana. Yang paling utama ialah keselamatan kami semasa di jalan raya. Kami berdoa agar
kami sampai di sana dengan selamat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai