Anda di halaman 1dari 6

TIPS UNTUK LESSON PRACTICE (TEORI) CIAST

PERSEDIAAN

1) Beri Salam dan beri masa kepada pelatih untuk jawab salam.

Tips: Relax, rekod masa dan jangan rushing!

2) Tanya khabar. Selesakan Pelajar. Contoh:

“Dah makan ke belum? Sarapan penting untuk badan kita bagi membekalkan tenaga
sepanjang hari, kalau boleh jangan tinggalkan sarapan pagi supaya dapat membentuk
sistem imun badan yang kuat dalam melawan sebarang penyakit, in shaa Allah.”

Atau

“Bagaimana perjalanan pulang ke kampus? Baru-baru ini kita mengalami wabak


Covid19, makanya diminta para peserta menjaga kebersihan diri, pakai mask jika
selesema atau batuk, dan sentiasa mencuci tangan ataupun menggunakan hand
sanitizer.” (isu semasa)

Atau

“Saya minta semua dapat silentkan phone masing-masing supaya tiada gangguan
Ketika kelas.”

Atau

“Saya nak titikberatkan tentang kebersihan, kalau nampak sampah ke apa sila kutip.
Kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Sila amalkan 5s ya.. Sisih, Susun,
Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal. Ni saya tengok meja pun senget, boleh betulkan
sikit supaya nampak tersusun. Disiplin dari segi kebersihan ni penting sebab ia
melambangkan peribadi kita dan peribadi ini juga yang kita akan bawa ke alam
pekerjaan nanti malah bila dah berkeluarga mesti kita nak lihat persekitaran rumah
sentiasa bersih kan.”

Tips: Ikut Pelan Mengajar dan bergantung pasa situasi semasa/persekitaran.

3) “Sebelum saya mulakan kelas, perkenalkan nama saya Bilkis Bt Taib.” Sambil tulis di
bahagian kiri papan putih;

Nama: BILKIS BINTI TAIB


Kod Bidang: IT-058-3:2014
4) Kemudian, ambil kedatangan dengan bertanya berapa orang yang hadir. 6/6 cikgu!

“Baiklah, walaupun saya dah kenal nama kamu, apabila saya panggil nama seorang-
seorang, saya minta nama yang disebut angkat tangan ya.”

5) Tulis pada bahagian kanan papan putih

Tarikh: 4/9/2020
Kehadiran: 6/6

6) Timbulkan minat pelajar dengan bertanya soalan yang berkaitan. Pastikan anda ikut
semua tatacara dalam Pelan Mengajar. Jika ada tulis War Cry, sila buat War Cry, markah
boleh dipotong jika perkara dalam PM tidak dilaksanakan.

7) Tulis tajuk dengan huruf besar di tengah-tengah papan putih, contohnya;

KAJIAN ELEMEN REKA BENTUK

Tips: Tajuk WAJIB ditulis dengan huruf besar supaya satu kelas boleh nampak.
Pastikan Pelatih faham dengan JELAS Tajuk yang akan disampaikan pada hari
tersebut.

8) Kemudian tulis Tujuan Pengajaran, sama seperti dalam Kertas Penerangan dengan
penggunaan Kata Tugas.

1. Terangkan fungsi seni visual.


2. Jelaskan lapan (8) elemen reka bentuk.
Tips: Jangan padam Tajuk dan Tujuan Pengajaran, apabila satu tujuan sudah dicapai,
tick () pada nombor Tujuan tersebut.

9) Kemudian ceritakan kepentingan / faedah dari pelajaran hari tersebut.

10) Siasat pengetahuan pelatih berkenaan tajuk yang akan dipelajari melalui sesi soal-jawab.
PENYAMPAIAN

1) Kaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru, PENTING!


2) Tekankan aspek keselamatan.
3) Kekalkan eye contact, gesture dan posture yang sesuai, dan menggunakan Bahasa
standard yang jelas.
4) Kurangkan membaca slide, slide bergambar sahaja lebih baik. Gunakan saiz tulisan yang
sesuai pada slide.
5) Kaitkan topik yang diajar dengan contoh-contoh yang relevan. Contoh:

“Lukisan Mural merupakan contoh Ruang Ilusi yang dibentuk oleh pereka grafik/pelukis.
Seperti gambar Mural Dr Noorhisyam yang diabadikan pada dinding oleh pelukis baru-
baru ini bagi mengingati jasa beliau dalam melawan wabak Covid19.”

6) Libatkan pelatih dalam aktiviti pembelajaran seperti bertanya pendapat tentang gambar
yang dipamerkan dalam slide.
7) Tanda tick () pada Objektif Pengajaran yang telah dicapai.
PENGGUNAAN

1) Edarkan Kertas Penerangan sambil beritahu masa yang diperuntukkan untuk membaca.
2) Maklumkan kepada kelas Tujuan Kertas Penerangan dan berapa halaman yang ada.

“Baiklah, seterusnya saya akan edarkan Kertas Penerangan kepada kamu semua.
Saya beri masa kepada kamu semua selama 3 minit untuk baca dan fahamkan. Kalau
ada apa-apa soalan mengenai topik hari ni, boleh angkat tangan dan bertanya.” Sambil
mengedar kertas penerangan kepada pelatih.

“Okey, Kertas Penerangan ini bertujuan untuk…blablabla.. Kertas Penerangan ini


mengandungi 14 mukasurat bercetak, kamu boleh semak jika ada halaman yang
kosong atau salah cetak, boleh beritahu saya.”

“Jangan lupa tulis nama masing-masing pada Kertas Penerangan ni, Saya hanya bagi
satu Salinan, kalau hilang pandai-pandailah pinjam kawan, fotostat sendiri, saya
takkan berikan salinan baru, harap semua peka dan bertanggungjawab dengan
barang masing-masing.”

“Baiklah, masa yang diberi sudah tamat, ada sesiapa nak bertanya soalan? Kalau tak
ada soalan, saya nak tanya pemahaman kamu semua mengenai topik kita hari ini.”

Tips: Jangan lupa tanya soalan yang terdapat dalam Pelan Mengajar kepada pelatih.
Dalam slide cuma tulis sesi Q&A. Bagi persediaan awal sebelum LP, tulis soalan dan
jawapan dalam kertas kecil, beri kepada kawan-kawan yang hadir pada hari tersebut
supaya mereka boleh bantu respond apabila soalan ditanya kepada mereka. Kawan-
kawan juga akan gelabah apabila ditanya secara tiba-tiba kerana mereka juga sedang
memikirkan presentation LP masing-masing, jadi anda perlu bersedia awal dan
maklumkan kepada kawan-kawan tentang topik anda.
PENGESAHAN

1) Edarkan Kertas Tugasan sambil beritahu masa yang diperuntukkan untuk membaca.
2) Maklumkan kepada kelas Tujuan Kertas Tugasan dan berapa halaman yang ada.

“Baiklah, seterusnya saya akan edarkan Kertas Tugasan kepada kamu semua. Saya
beri masa kepada kamu semua selama 3 minit untuk baca dan jawab. Kalau ada apa-
apa masalah, boleh angkat tangan dan bertanya.” Sambil mengedar kertas
penerangan kepada pelatih.

“Okey, Kertas Tugasan ini bertujuan untuk…blablabla.. Kertas Tugasan ini


mengandungi 4 halaman bercetak, kamu boleh semak jika ada halaman yang kosong
atau salah cetak, boleh beritahu saya. Untuk pengetahuan semua, Kertas Tugasan ini
mengandungi 2 Seksyen. Sekyen A merupakan Soalan Aneka Pilihan dengan 5
soalan. Bagi soalan ini, bulatkan jawapan kamu. Seterusnya Seksyen B merupakan
Soalan Isi tempat Kosong dan seksyen ini mengandungi 5 soalan. Sila jawab di
bahagian yang disediakan”

“Baiklah, masa yang diberi sudah tamat, saya minta seorang tolong kutip dan hantar
ke hadapan. Syahirah boleh bantu?”

3) Semak Kertas Tugasan sambil berikan ulasan.

“Alhamdulillah, saya lihat kebanyakan kamu boleh menjawab dengan baik.


Maksudnya kamu faham apa yang saya sampaikan hari ni, bagus!” (Beri galakan
kepada pelatih.)

4) Berikan kesimpulan untuk topik tersebut.

“Kesimpulan dari pembelajaran hari ini, Seni Visual dapat menjadi alat telekomunikasi
yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan dan pernyataan bertulis.
Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual
tersebut. Elemen-elemen visual ini dapat membantu seorang pereka graphic untuk
menghasilkan graphic yang menarik minat pembaca mahupun penonton.”

5) Beritahu tajuk pelajaran yang akan datang dan minta mereka bersedia.
6) Tulis Tajuk akan dating di papan hitam
7) Sebelum tutup kelas boleh sudahi dengan Surah Al-Asr atau kata-kata semangat.
8) Jangan lupa padam papan putih (kekemasan).
BONUS TIPS

1) Pengenalan – letak point-point sahaja


2) Tujuan – Buat Transation supaya pelatih dapat focus pada satu2 tujuan pembelajaran.
3) Gambarajah pun sama, better buat transation.
4) Jangan Pegang pen atau kertas kerana akan menampakkan anda gementar di
hadapan. Letak kertas di atas meja. Kalau pegang sekejap masa nak tulis Tujuan
dibenarkan.
5) Apabila menulis Tajuk dan tujuan di papan putih tidak boleh menggunakan perkataan
short form. Tulis ayat penuh dan kemas.
6) Tambah video jika berkaitan sahaja.
7) Kalau ada tulis War Cry dalam PM, mesti buat. Kalau tak nak buat, jangan tulis dalam
PM.
8) Jadual Pembahagian Waktu (JPW) tak boleh ada kata hubung seperti dan, serta.
Pecahkan kepada dua tajuk.
9) Tulis tujuan dengan jelas.
10) Jaga loghat/dialek semasa penyampaian.
11) Hati-hati pada tajuk (Teori atau Amali). Kalau present Teori, make sure pada Kertas
PM, KP, dan KT menggunakan ayat teori. Kalau ayat “buat” dah menjadi Kata Kerja
untuk Amali.
12) Lampiran C07 Portfolio perlu ada:
i. CoCU
ii. Jadual Bersemuka
iii. Jadual Pembahagian Waktu (JPW)
iv. WIM (PM, KP, KT)
v. Slide
13) Jika CoCU yang sama untuk Teori 1, Teori 2, dan Amali, tak perlu print dua/tiga
salinan, guna CoCU yang sama.
14) Untuk Amali, ambil gambar Poster dan masukkan dalam Portfolio untuk Bukti
Keterampilan.

Anda mungkin juga menyukai