Anda di halaman 1dari 7

3.0 - RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH): PENDIDIKAN KESIHATAN.

3.1 - Pendahuluan
Saya memanfaatkan 5 Fasa Needham di dalam RPH saya. Saya berpendapat, fasa ini amat sesuai dibina bagi menunjukkan kelestarian
KBAT di dalam PdP ini, di samping isi pengajaran yang dijalankan. Fasa ini merupakan suatu proses yang aktif yang mana pelajar membina
pengetahuan atau konsep baharu berasaskan pengalaman. Pendekatan ini adalah berdasarkan pandangan konstruktivisme yang bertanggapan
seseorang itu dapat membina pengetahuan sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baharu dengan pemahamannya yang
sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea demi mencapai pemahaman baharu.
Needham (1987), telah memperincikan strategi tersebut kepada lima fasa dalam proses pembelajaran berasaskan konstruktivisme iaitu
fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Beliau berpendapat strategi PdP yang berfasa ini
membolehkan pelajar membuat pertimbangan semula idea mereka dalam proses pembinaan pengetahuan yang baharu.
Para konstruktif berpendapat bahawa, pelajar-pelajar berupaya membina pengalaman baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar bagi memberikan penjelasan berdasarkan pemerhatian mereka, situasi tersebut bermakna
pengetahuan akan dibina oleh individu dengan menambah atau mengubah suai idea yang sedia ada.
Sebagai guru, idea pelajar yang terdahulu perlu diambil kira dalam proses PdP yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk
membantu mereka menstruktur semula idea yang baharu. Menurut Johnson dan Gott, (1996), konstruktivis juga percaya bahawa pelajar
membina realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan
pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami.
Justeru, untuk sesi kelas ini saya menjalankan PdP di Makmal Komputer sekolah agar mudah pelajar mengakses CD interaktif yang
disediakan oleh saya sebagai bahan utama pengajaran, serta memanfaatkan masa yang diperuntukkan sebaik mungkin. Bahan, nota, lembaran
tugasan dan kerja rumah pelajar disediakan di bahagian Lampiran di TUGASAN 1 (Esei), sebagai sumber rujukan.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Mata pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Tunjang

: Gaya Hidup Sihat

Tajuk

: Pengurusan konflik dan Stres

Sub-tajuk

: Pengurusan Stres

Tarikh

: 3 November 2014

Masa

: 10.15 - 10.45 pagi (30 minit)

Tahun

: 6 Cemerlang

Kelas

: di Makmal Komputer

Bil murid

: 25 orang (12 lelaki dan 13 perempuan)

Hasil pembelajaran

: Pada akhir sesi PdP, murid-murid dapat;


1. Kognitif:
i.
menyatakan maksud stres, faktor stres, simpton stres, kesan stres dan cara mengatasi stres dengan
baik.
ii.
memahami maksud stres, faktor stres, simpton stres, kesan stres dan cara mengatasi stres dalam
kehidupan.
2. Afektif:
i.
pelajar menunjukkan rasa minat dan seronok sepanjang PdP serta memberi tumpuan sepenuhnya
kepada Klip Video Stres dan konsep i-think, untuk tugasan berkumpulan.
3. Psikomotor:
i.
membentangkan hasil tugasan menggunakan petai-think dengan jayanya.
2

Penerapan nilai

: Menghargai diri, bertanggungjawab, berkerjasama dan menepati masa.

KBAT

: 1. Memupuk nilai jati diri dan berkongsi masalah orang lain di dalam kehidupan seharian, di samping
memberikan idea yang bernas, bermutu serta penyelesaian stres dengan baik.
2. Membina pengetahuan sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baharu dengan
pemahamannya yang sedia ada.

Strategi utama

: KBAT, i-think, dan Konstektual.

Kesepaduan

: Nilai-nilai moral yang diadaptasi daripada Klip Video Stres yang disediakan dan konsep i-think.

Bahan sumber (PdP) :


BIL.

BAHAN SUMBER PdP

KUANTITI

BIL.

BAHAN SUMBER PdP

KUANTITI

1.

PC

6.

Marken pen (pelbagai warna)

2.

LCD

7.

Masking tape

3.

CD Interaktif

8.

Kertas warna (pelbagai warna)

1 rim

4.

Lembaran Kerja

25

9.

Gunting

10 set

5.

Kertas majong

10.

Buku Rujukan STRES

10 set

12 batang
1

FASA/
MASA

Orientasi
(3 minit)

ISI PELAJARAN

KEMAHIRAN
KBKK/ KBAT

1. Gambar kartun
espresi muka
yang
menggambarkan
STRES.

Menghubungkait

AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Guru menunjukkan beberapa keping


gambar kartun espresi muka,
sepintas lalu kepada pelajar, dan
bertanya kepada pelajar:
i.

2. Kad Abjad
S.T.R.E.S.

ABM/ BBM/
CATATAN
1. Gambar kartun yang
menggambarkan STRES.
(rujuk Lampiran 1 di
TUGASAN 1).

Apa yang kamu faham apabila


melihat 5 keping gambar
tersebut?

2. Guru memuji semua pelajar kerana


menjawab pertanyaan guru dengan
baik.
3. Seterusnya, guru menyusun Kad
Abjad S.T.R.E.S tanpa mengikut
urutan ejaan yang betul di white
board.
4. Guru meminta seorang pelajar untuk
menyusun apakah perkataan sebenar
yang terpapar di white board tersebut.
5. Guru memuji pelajar tersebut dan
meminta semua pelajar menepuk
tangan kerana menyusun perkataan
S.T.R.E.S dengan betul.
6. Guru memerihalkan topik yang akan
dipelajari hari ini, iaitu S.T.R.E.S.

Jawapan pelajar;
Kartun sedih, kecewa, marah,
geram, keliru, stres, susah hati,
sakit hati, dan lain-lain.
2. Kad abjad S.T.R.E.S.
(rujuk Lampiran 2 di
TUGASAN 1).

Pencetusan
Idea
(5 minit)

1. CD Interaktif
Pengurusan
Konflik dan
Stress.

Menghubungkait

1. Guru menggunakan CD Interaktif


Pengurusan Konflik & Stres untuk
sesi PdP.
2. Guru meminta pelajar memberi
perhatian sepanjang penerangan
berkaitan topik ke-2 iaitu, Stres.

Cover CD Intreaktif
(rujuk Lampiran 3di
TUGASAN 1).

3. Guru meminta pelajar mencatat


sebarang nota penting sepanjang
penerangan guru.
4. Guru juga membekalkan Buku
Rujukan sebagai panduan dan
rujukan pelajar.

2. Buku Rujukan
Pengurusan
Konflik dan
Stress.

Cover Buku Rujukan


(rujuk Lampiran 4 di
TUGASAN 1).
5

1. Nota-nota Stres dalam


CD Interaktif:Definisi Stres, FaktorFaktor Stres, Simpton
Stres, Dan Cara
Mengatasi Stres.
(rujuk Lampiran 5) di
TUGASAN 1).

Penstrukturan
Semula Idea
(10 minit)

1. Bentuk 5
kumpulan.
2. 5 keping CD
Interaktif
Pengurusan
Konflik & Stres.
3. Menjawab soalan
tugasan
kumpulan.

Mengalami,
memanfaatkan
ICT dan KBAT

1. Guru meminta pelajar membentuk 5


kumpulan dan setiap kumpulan terdiri
daripada 5 orang sahaja. (boleh
bercampur lelaki dan perempuan)
2. Guru menamakan kumpulan pelajar
dengan nombor 1 hingga 5.

1. Paparan slaid Klip


Video STRES di dalam
CD Intreraktif berdurasi
3 minit, dan antara scene
yang terdapat di dalam
klip video.
(rujuk Lampiran 6) di
TUGASAN 1).

3. Guru memberi penerangan kepada


pelajar berkaitan tugasan yang akan
dilakukan di dalam kumpulan masingmasing sebelum Klip Video STRES
di klik.
4. Guru mengedarkan CD Interaktif dan
meminta pelajar membuka Klip
Video STRES yang berdurasi 3 minit
di dalam CD Interaktif, dan meminta
pelajar menonton serta memahami
apa yang ditunjukkan di dalam klip
video tersebut.
5. Guru meminta setiap kumpulan
berbincang dan menjawab soalan
tugasan yang diberikan oleh guru
berkaitan klip video tersebut dengan
masa yang diberi adalah 7 minit.
6. Guru membimbing pelajar sepanjang
pelajar menyiapkan tugasan.

2. Soalan Tugasan
Kumpulan:
(rujuk Lampiran 7 di
TUGASAN 1).
3. BBM:
- Kertas majong
- Marken pen
(pelbagai warna)
- Masking tape
- Kertas warna
(pelbagai warna)

Aplikasi Idea
(10 minit)

1. Pembentangan
kumpulan.

Mengaplikasi,
Kooperatif, dan
KBAT

2. Ulasan guru.

1. Guru meminta pelajar


membentangkan hasil tugasan
masing-masing dengan masa yang
diberikan selama 2 minit setiap
kumpulan di hadapan kelas.
2. Guru memberikan ulasan
pembentangan kepada setiap
kumpulan dari segi isi i-think dan
KBAT, penyampaian, kerjasama
kumpulan, hasil dapatan dan kreativiti
kumpulan.

Refleksi
(2 minit)

1. Latih tubi.

KBAT

1. Guru mengedarkan Latih Tubi kepada


pelajar sebagai kerja rumah.

2. Kesimpulan guru.
2. Guru juga mengingatkan pelajar agar
menyiapkan kerja rumah dan hantar
di PdP akan datang.

Nota:
1. Pelajar menjalankan
pembentangan dengan
masa yang telah
ditetapkan.
2. Guru memberi komen
yang membina kepada
pelajar.
1. Soalan Latih Tubi
disediakan.
(rujuk Lampiran 8 di
TUGASAN 1).

3. Guru bertanya kepada semua pelajar


apakah yang dipelajari pada hari ini
sebagai kesimpulan.
4. Guru mengucapkan tahniah, dan
terima kasih kepada pelajar sebagai
tanda tamatnya PdP pada hari ini.
Refleksi guru:
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________
7

Anda mungkin juga menyukai