Anda di halaman 1dari 22

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

SELAYANG PANDANG WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN merupakan mata pelajaran teras bagi kami untuk semester ini. Penekanan bagi tugasan kerja kursus pada kali ini banyak disasarkan tentang penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang menerapkan 3 aspek seni iaitu seni muzik, seni visual dan psikomotor iaitu seni pergerakan. Memandangkan saya dan rakan-rakan dalam semester 4 ini bakal menjalani praktikum bagi semester hadapan, tugasan ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kreativiti dalam menghasilkan sesi P&P yang menarik dan berkualiti dapat dilaksanakan. Sebagai bakal guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, saya perlu bijak dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemahiran, untuk merancang strategi bagi mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Ini untuk memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektif pelajaran yang dirangka di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Secara umumnya, kerja kursus pada semester ini berkaitan dengan proses membuat membangunkan satu RPH yang mempunyai pengaplikasian antara ketigatiga elemen seni tersebut dalam proses P dan P di dalam kelas. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk melampirkan sebarang Bahan Bantu Mengajar yang disarankan penggunaanya di dalam RPH yang disediakan. Akhir sekali, tugasan dilengkapkan dengan serba sedikit huraian mengenai Kemahiran diaplikasikan dalam RPH tersebut. Secara keseluruhannya, tugasan ini sememangnya memberi seribu satu manfaat yang berguna bertujuan sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri saya dan rakan-rakan menjadi guru yang cemerlang, kreatif dan inovatif. Berfikir dan Penerapan Nilai yang

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

1.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN DENGAN APLIKASI SENI MUZIK, SENI VISUAL DAN PSIKOMOTOR 1.1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3 KELAS: BILANGAN PELAJAR: TARIKH: MASA: BIDANG: TAJUK: PENGETAHUAN SEDIA ADA : 3 Sepakat : 3O Orang murid : 30 September 2011 : 8.30 9.30 pagi ( 60 MINIT) : Membentuk dan Membuat Binaan : Topeng : Mengetahui jenis jenis pekerjaan dan watak yang digemari HASIL PEMBELAJARAN :

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat: i. Mengetahui cara cara menghasilkan topeng muka. ii. Menghasilkan topeng muka mengikut watak watak yang digemari iii. Mengetahui penggunaan warna daripada bahan kering. iv. Menghias hasil karya menggunakan kertas dan warna v. Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

BAHAN BANTU MENGAJAR ALAT BANTU MENGAJAR ALAT DAN BAHAN

: Contoh topeng muka : Komputer, LCD : gam, gunting,pinggan kertas, warna pensil, krayon,marker, tali atau gelang getah, penebuk lubang, gambar- gambar dari majalah, surat khabar,buku latihan.

LANGKAH P&P/MASA Set Induksi (10 min) Pengenalan Topeng muka Guru melompatlompat meniru gaya arnab sambil memakai topeng arnab. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama lagu lompat si arnab lompat. Bahan bantu mengajar: Contoh topeng muka daripada pinggan kertas

ISI PEMBELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

BBM Murid menyanyi dan melompat bersama guru. 1) Murid melihat contoh topeng muka yang telah siap. 2) Guru memaparkan lirik lagu pada skrin LCD. 3) Guru meminta murid menyanyi bersamasama lagu lompat si arnab lompat. -Radio - Paparan dari LCD -contoh topeng muka Kecerdasan pelbagai: - Verballinguistik - interpersonal - Kecerdasan muzik

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Langkah 1 (10 min )

Membuat topeng arnab

Murid memerhati dan mendengar penerangan daripada guru tentang caracara yang betul untuk menghasilkan topeng arnab 1) Guru menunjuk cara menghasilkan topeng arnab menggunakan pinggan kertas. 2) Guru menunjukkan cara cara menggunakan warna daripada bahan kering dengan betul.

Kecerdasan Pelbagai Visual ruang Naturalis

Langkah 2 (4 min) 1. Murid-murid menyediakan peralatan masing masing. 2. Murid murid melakar gambar yang mereka gemari.

1) Melakar dan melukis Aras 2 2) Guru memberi arahan supaya murid-murid menyediakan peralatan masing masing. 3) Guru mengagihkan pinggan kertas, pen marker, tali,kertas lukisan, kertas warna, surat khabar. 4) Guru meminta murid murid untuk melakar gambar haiwan dan watak yang mereka gemari.

Kecerdasan pelbagai: -Naturalis, - Visual ruang - Menciri dan membezakan - Bekerjasama, - Kekemasan - Menjana idea, kreatif dan inovatif

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Langkah 3 (25 minit)

Aras 3 1) Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan. 2) Murid menyiapkan topeng masing masing 3) Murid murid membuat kemasan dangan menambah hiasan lain pada topeng masing masing.

Kecerdasan pelbagai: Kontekstual Konstruktivisme Bekerjasama, Ketelitian, kekemasan. Menjana idea

Langkah 4 (8 minit)

1) Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak pada topeng yang mereka hasilkan. 2) Beberapa orang murid melakonkan watak pada topeng yang mereka hasilkan dengan gaya yang sesuai. Rumusan . 1. Murid menilai keupayaan dan pendapat diri sendiri a. Hasil kerja dipamerkan. b. Guru meminta murid menilai keupayaan dan pendapat tentang karya sendiri dan rakan. 2) Adakah mereka seronok melakukan aktiviti tersebut?
5

Penutup (3 Minit) Sesi Apresiasi dan refleksi

Verbal-linguistik, Interpersonal.

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

3) Kenapa? 4) Apa pendapat kamu tentang warna/ media yang digunakan? 5) Guru membuat rumusan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurang yang terdapat pada hasil kerja muridmurid.

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

1.2 APLIKASI ASPEK SENI MUZIK, SENI VISUAL DAN PSIKOMOTOR DALAM RPH 1.2.1 Seni Muzik Aspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi P&P itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara menyeluruh. Dalam penulisan RPH di atas, aspek ini telah diterapkan pada awal sesi P&P lagi iaitu dalam set induksi. Pada awal pembelajaran, guru masuk ke dalam kelas dengan memakai topeng dan terus memaparkan lirik lagu Lompat Si Arnab Lompat pada skrin untuk dinyanyikan beramai-ramai sambil menggayakan pergerakan yang sesuai.

1.2.2 Seni Visual RPH yang telah saya sediakan merupakan Rancangan Mengajar bagi subjek Pendidikan Seni Visual iaitu bidang major yang saya pelajari di IPG. Oleh yang demikian, sudah tentulah aspek seni visual digunakan secara menyeluruh dalam setiap sesi P&P bagi subjek ini. Bagi penulisan RPH untuk topik ini, saya telah menerapkan Kecerdasan Pelbagai : Visual Ruang bagi mencungkil kemahiran seni visual dalam diri murid-murid itu sendiri. Untuk bidang Membentuk dan Membuat Binaan, ia merupakan topik yang berkaitan dengan penghasilan karya 3 Dimensi dan saya telah memilih topeng sebagai karya yang perlu dihasilkan.

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

1.2.3 Psikomotor Aspek psikomotor terbahagi kepada 2 iaitu psikomotor kasar dan psikomotor halus. Aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap sesi P&P bagi mana-mana subjek sekalipun. Ini merupakan elemen yang dapat membentuk kemahiran asas bagi setiap murid seperti kemahiran menulis, pergerakan dan sebagainya. Bagi penulisan RPH ini, saya telah menerapkan aspek psikomotor di dalam beberapa bahagian dalam langkah pengajaran. Antaranya ialah semasa menyanyikan lagu Arnab Si Arnab Lompat, saya menyelitkan unsur pergerakan melompat sambil menyanyi diiringi lagu.

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Selain itu, selepas sesi menyiapkan karya selesai, saya menitipkan satu lagi konsep psikomotor dengan mengarahkan murid melakonkan watak dengan gaya yang sesuai mengikut watak topeng masing-masing.

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

1.3 Aplikasi Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai dalam Penulisan RPH 1.3.1 Kemahiran Berfikir yang Berkesan dan Bermakna Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mempunyai fungsi yang penting dalam memastikan murid mampu mengasah kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekitarnya dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara: Terpisah

Strategi pengajaran kemahiran berfikit secara terpisah merupakan, KBKK yang diajarkan secara berasingan dan tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran. Dalam penulisan RPH saya ini, penerapan strategi ini telah saya lakukan di awal proses P&P dengan mengadakan sedikit sesi soal jawab. Antara persoalan yang saya laksanakan secara spontan adalah seperti Tahukah kamu apa yang sedang cikgu pakai pada muka ini?, Apakah watak kartun yang paling kamu gemari? dan pelbagai persoalan lain yang mampu meningkatkan potensi muridmurid untuk berfikir. KBKK Penyebatian diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata

pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir. Jenis-jenis penyebatian: Penyebatian Penuh Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut: 1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK, Pada awal P&P, saya membuat penulisan RPH dengan merangsang kemahiran berfikir murid-murid melalui set induksi yang menarik di mana, guru akan masuk ke dalam bilik darjah dengan memakai topeng arnab sambil melompat-lompat.
10

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Melalui strategi seperti ini, pastinya persoalan-persoalan; mengapa, kenapa, apa dan bagaimana akan berlegar-legar di dalam minda murid-murid. 2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK Alat bantu Mengajar (ABM) juga telah saya rancang dalam penulisan RPH sebagai set induksi yang akan merangsang pemikiran murid. ABM seperti topeng arnab yang cantik ini akan menarik minat murid sekaligus membuat mereka berfikir bagaimanakah topeng tersebut dihasilkan. 3. Refleksi dan metakognitif, Sebelum mengakhiri sesi P&P, dalam RPH saya telah meletakkan sesi apresiasi dan kritikan pada langkap penutup, Murid disuruh untuk membuat perbandingan hasil karya sendiri dan rakan. Selain itu, aspek yang cuba dibiasakan dalam diri murid juga dijadikan bentuk-bentuk persoalan yang dikemukakan. Antaranya ialah pengaplikasian unsur-unsur seni seperti warna, ruang dan garisan. 4. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian. KBKK seterusnya dirangsang lagi dalam langkah 4 dimana guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak topeng masing-masing. Murid akan berfikir tentang apa yang pernah dialaminya dan kisah yang ada disebalik watak topeng tersebut untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dalam bentuk lakonan. Penyebatian Separa KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.

11

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

1.3.2 Penerapan Nilai dalam penulisan RPH Penerapan nilai dalam sesi P&P mestilah disampaikan secara bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah

melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana: " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan." Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai sememangnya cuba saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan semasa sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual ini ialah kasih saying terhadap haiwan, kerjasama dalam melaksanakan tugasan, prihatin terhadap rakan-rakan dan

sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain.

12

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

REFLEKSI
Disediakan oleh : Sri Mulyani binti Embok Epek Saya telah menerima tajuk tugasan iaitu tugasan individu tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang merangkumi 3 elemen seni iaitu muzik, visual dan pergerakan ini pada 28 Jun 2011 daripada pensyarah saya, Encik Umran bin Samsudin. Tugasan tersebut merupakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) PISMP bagi Semester 4. Oleh kerana masa yang diberikan pada masa itu boleh dikatakan suntuk dan tambahan pula banyak lagi tugasan tugasan lain yang perlu disiapkan dan dihantar segera, saya berasa agak risau dan khuatir tentang kekangan masa yang bakal dihadapi. Namun, saya tetap memulakan tugasan ini secara perlahan-lahan. Perkara utama yang perlu saya lakukan ialah memahami kehendak soalan. Perbincangan tugasan bersama pensyarah dan rakan-rakan mengenai kaedah yang sesuai untuk membuat penulisan RPH yang menarik dan berkesan. Setelah mendapat kefahaman tentang kehendak soalan, saya memulakan tugasan dengan membuat draf serta mendapatkan bahan dari pelbagai sumber seperti daripada internet, buku- buku dan majalah. Selai itu, catatan maklumat- maklumat penting, membuat nota ringkas, dan catatan bibliografi juga terus saya laksanakan. Seusai itu, saya beralih kepada langkah penyusunan maklumat, Dalam proses ini, saya mengmabil pendekatan untuk menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan disamping menghubungkaitkan maklumat yang relevan, serta membuat huraian terperinci berkaitan soalan tugasan. Seterusnya, saya terus menjalankan penyemakan pada tugasan yang telah ditaip dan membuat pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Disamping itu, saya juga cuba melengkapkan segala maklumat, memasukkan segala maklumat yang perlu ada, menjilidkan tugasan dengan kemas, menghubungkaitkan maklumat yang relevan, membuat huraian terperinci, menaip draf dan memastikan tiada kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam penulisan KKBI ini.
13

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Tugasan WAJ 3107

ini meliputi dan menepati skop perbincangan soalan

yang digariskan dan dikehendaki. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan kreativiti guru dalam menerapkan unsure-unsur seni dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Pada awal tugasan, penumpuan diberikan pada tugasan untuk membuat penulisan RPH yang mengandungi pengaplikasian seni muzik, seni visual dan psikomotor. Seterusnya saya diminta pula membuat huraian ringkas berkaitan aplikasi Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai yang berkesan dan ringkas. Tugasan kali ini benar-benar mencabar kebolehan saya sebagai seorang pelajar dan bakal guru. Dalam kehendak soalan ini, saya dikehendaki menjelaskan sebab-sebab kaedah, teknik dan strategi tersebut dipilih. Saya telah berusaha mencari maklumat yang berkaitan melalui buku-buku di perpustakaan dan juga maklumat-maklumat tambahan daripada internet. Sesungguhnya, bukan mudah untuk menjumpai sumber rujukan yang saya kehendaki bagi menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan sempurna. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Encik Umran serta rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus membantu samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

14

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

BIBLIOGRAFI SUMBER BUKU RUJUKAN Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk Menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London SUMBER RUJUKAN INTERNET http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83 diakses pada 10 Ogos jam 2.03 ptg http://zaifbio.wordpress.com/2010/01/14/konsep-dasar-strategi-pembelajaran-3/ diakses pada 10 Ogos jam 2.13 ptg http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatan-kaedahteknik.html diakses pada 13 Ogos jam 2.40 ptg diakses pada 13 Ogos jam 3.00 ptg

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

http://www.potralpendidikan.com.html diakses pada 20 Ogos jam 2.10 ptg http://www.scribd.com/doc/49197959/PEMBELAJARAN-BERASASKAN pada 20 Ogos jam 2.24 ptg http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ Ogos jam 3.03 ptg diakses pada 20 diakses

15

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

LAMPIRAN

16

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

ALAT BANTU MENGAJAR


LAMPIRAN 1 : TOPENG ARNAB

17

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

LAMPIRAN 2 : LIRIK LAGU ARNAB SI ARNAB LOMPAT (melodi lagu Katak Si Katak Lompat) Lompat si arnab lompat Lompat sampai berdiri Cepatlah adik cepat Pergi mandi cuci gigi

Lompat si arnab lompat Lompat di tepi pagar Sekolah lekas dapat Adik mesti rajin belajar

Lompat si arnab lompat Lompat di tengah padang Pergi sekolah pesan diingat Ibu bapa hati senang

Lompat si arnab lompat Lompat di rumput muda Belajar kuat-kuat Buat ilmu hari tua

18

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Jadual Pelaksanaan Tugasan BIL. 1 2 3 4 5 TARIKH 28 JUN 2011 29 JUN 2011 30 JULAI 2011 6 OGOS 2011 8 OGOS 2011 INPUT DAN TUGAS Penerimaan tugas Taklimat daripada pensyarah pembimbing Membuat ringkasan sumber bahan untuk rujukan Mendraf tugasan awal Perbincangan mengenai keseragaman tugasan Menyediakan draf dan memulakan tugasan awal Berbincang dengan pensyarah mengenai draf sedia ada Memulakan tugasan awal Menyiapkan tugasan Menyambung dan mengemas kini tugasan Menyemak tugasan bersama ahli kelas Melakukan penambahbaikan terakhir Menghantar tugasan

9 OGOS 2011

7 8 9 10 11 12 13

12 OGOS 2011 13 OGOS 2011 22 OGOS 2011 30 OGOS 2011 10 SETEMBER 2011 20 SEPTEMBER 2011 30 SEPTEMBER 2011

19

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus


NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN UNIT MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : : : : : SRI MULYANI BINTI EMBOK EPEK 900802016164 PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4 WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN ENCIK UMRAN BIN SAMSUDIN

TARIKH 26 Jun 2011 29 Julai 2011

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan

CATATAN Soalan diteliti dan rangka awal dikenal pasti Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 4 April 2011 Mengenal pasti pembahagian tugas

TANDATANGAN

(Sri Mulyani)

Taklimat daripada pensyarah

(En. Umran)

30 Julai hingga 5 Ogos 2011

Memahami kehendak soalan tugasan, mendraf tugasan serta mencari maklumat dari Internet dan sumber lain

Membuat jadual kerja Cetakan maklumat internet Nota ringkas Catatan bibliografi Menaip draf Mencatat maklumat berkaitan (Sri Mulyani)

hingga 7

Mendraf tugasan awal

Menyusun atur kerja20

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Ogos 2011

kerja tugasan (Sri Mulyani) Membetulkan tugasan awal yang telah dibuat

8 Ogos 2011

Berbincang bersama ahli kelas bagi memastikan keseragaman tugasan

Memperincikan maklumat Mencatat maklumat tambahan yang diperoleh (Sri Mulyani) (Nor)

9 hingga 11 Ogos 2011 Menyediakan semula draf dan memperbaiki draf sedia ada 12 Ogos 2011 13 hingga 21 Ogos 2011 22 hingga 29 ogos Menyiapkan tugasan Memulakan tugasan awal Berbincang dengan pensyarah berkenaan draf sedia ada

Menyusun maklumat Menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan Menghubungkaitkan maklumat yang relevan Membuat huraian terperinci Menaip draf Membetulkan tugasan Mencatat maklumat tambahan Menyusun maklumat mengikut keutamaan Memperincikan huraian Memperbaiki cara penulisan Membuat pembahagian tugasan Menyiapkan tugasan berdasarkan soalan
21

(Sri Mulyani)

(En. Umran)

(Sri Mulyani)

Sri Mulyani Embok Epek PISMP PSV2/PJ/BM SEM 4

WAJ 3107 : SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

2011 30 Ogos hingga 4 September 2011 9 September 2011 11 hingga 25 September 2011 30 September 2011 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing Melakukan penambahbaikan terakhir Menyemak tugasan bersama ahli kelas Memperbaiki cara penulisan Menyemak pembetulan Memasukkan segala lampiran yang perlu ada Menjilidkan tugasan dengan kemas Diterima dan direkodkan Menyambung dan mengemaskini tugasan lengkap Melengkapkan segala maklumat

(Sri Mulyani)

(Sri Mulyani)

(Nor)

(Nor)

(En. Umran)

22

Anda mungkin juga menyukai