Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TEMA TAHUN TAJUK MASA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 4 Cemerlang Marilah Menjaga

Kebersihan Diri 8.00 pagi 9.00 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.2

Membaca dan memahami frasa dalam petikan daripada sesuatu bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Pada akhir pengajaran, murid dapat : i) Membaca frasa kerja dalam lirik lagu dengan sebutan yang betul. OBJEKTIF ii) Menyatakan frasa kerja dalam lirik lagu dengan sebutan yang betul.

1. Murid membaca kuat lirik lagu Marilah Menjaga Kebersihan Diri yang dipaparkan pada skrin dengan bimbingan guru. 2. Guru menerangkan dan menunjukkan contoh frasa kerja beserta AKTIVITI gambar. 3. Murid membaca kuat frasa kerja yang digaris dan diwarnakan dengan warna merah di dalam rangkap pertama. 4. Guru membimbing murid menggariskan frasa kerja di dalam rangkap kedua. 5. Murid membaca petikan secara bacaan mentalis untuk menggariskan frasa kerja di dalam rangkap-rangkap seterusnya. 6. Murid membaca kuat lirik lagu beserta aksi. Murid perlu berdiri apabila membaca frasa kerja dan duduk semula.

7. Murid membina ayat menggunakan frasa kerja yang telah digarisi di dalam petikan.

Pemulihan : Menyebut sambil membuat aksi frasa kerja yang dipelajari.

Pengayaan : Membaca ayat yang telah dibina menggunakan frasa kerja yang telah dipelajari.

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Pendidikan Kesihatan NILAI : Kebersihan Diri, Bertanggungjawab EMK : TMK KB : Menjana idea, mengecam maklumat BCB : Bacaan Mekanis dan Bacaan Mentalis

BAHAN BANTU BELAJAR

LCD, lembaran kerja (lirik lagu).

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENTAKSIRAN REFLEKSI Murid membaca dan menyatakan frasa kerja dalam lirik lagu dengan sebutan yang betul.

MARILAH MENJAGA KEBERSIHAN DIRI Gelang Si paku gelang, Gelang Si Rama-rama, Pulang marilah pulang, Marilah pulang bersama-sama. Mandi setiap hari, Mandi gunakan sabun, Mandi mencuci rambut, Supaya nanti badan akan bersih. Gelang Si paku gelang, Gelang Si rama-rama, Pulang marilah pulang, Marilah pulang bersama-sama. Nak mandi gosoklah gigi, Gosok gigi setiap hari, Kalau tak gosok gigi, Gigi kan sakit merana diri. Gelang Si paku gelang, Gelang Si rama-rama, Pulang marilah pulang, Marilah pulang bersama-sama, Marilah menjaga diri, Jaga diri setiap hari, Kebersihan diutamakan, Hidup bahagia sepanjang masa.

MENCUCI MUKA

MANDI

Memakai baju

Menyikat rambut

Memotong kuku

Anda mungkin juga menyukai