Anda di halaman 1dari 106

PEMANTAPAN TATABAHASA BAHASA MELAYU UPSR

OLEH

SAHARDIN BIN YUSOF


GURU BESAR

SK SRI BUKIT PASIR, MUAR

ANALISIS SOALAN PEMAHAMAN


Soalan 1 hingga Soalan 30 Menjawab soalan aneka pilihan a. 3 pilihan jawapan (A, B, dan C) b. 4 pilihan jawapan (A, B, C, dan D) * Ada antara soalan disertakan gambar Calon akan diuji kemahiran berbahasa (penggunaan bahasa).

Pembahagian kemahiran berbahasa ini boleh Katogeri seperti berikut; 1. Perbendaharaan Kata 1.1 Kata Adjektif 1.2 Kata Kerja (berimbuhan/tanpa imbuhan) 1.3 Kata Arah 1.4 Kata Ganda 2. Kata Tugas 2.1 Penanda Wacana (Kata Hubung) Kata Hubung Tanpa pasangan/ berpasangan

2.2 Kata Sendi Nama (con.; akan, bagai, untuk, pada, kepada, dsb) 2.4 Kata Bantu
(con.; akan, belum, hendak, sedang, dsb)

2.5 Kata Bilangan


(con.; beberapa, sesetengah, setengah, berbagai-bagai, dsb)

2.6 Kata Pemeri


(con.; ialah, adalah)

2.7 Kata Seru


(con.; amboi, wah, cis, dsb)

2.8 Kata Perintah


(con.; tolong, harap, sila, jangan, dsb)

3. Kata Ganti Nama 3.1 Ganti Nama Pertama 3.2 Ganti Nama Kedua 3.3 Ganti Nama Ketiga
4. Penjodoh Bilangan 5. Peribahasa 5.1 Simpulan Bahasa 5.2 Perumpamaan

6. Perkataan Berlawanan/Seerti.
7. Bina Soalan Bagi Jawapan/Bina Jawapan Bagi Soalan. 8. Ayat Sama Maksud 8.1 Ayat Aktif - Ayat Pasif 8.2 Ayat Cakap Ajuk - Cakap Pindah 8.3 Ayat majmuk 8.4 Ayat Songsang

9.

Perkataan Banyak Maksud

10. Pilih Ayat Yang Betul; > Penggunaan imbuhan > Penggunaan kata sendi nama > Pemilihan Frasa

1.Perbendaharaan Kata (a) Kata Adjektif Pancaindera i. Indera Rasa manis sedap pahit masin lazat masam lemak kelat payau hambar tawar ii. Indera Pandang cantik lawa hodoh segak molek comel tampan buruk menawan indah jelita kacak

iii Indera Dengar nyaring garau merdu serak mersik bising lunak senyap sunyi iv Indera Bau wangi busuk hapak semerbak harum hancing tengit hanyir hangit hamis

v Indera Sentuh licin halus keras kesat kasar lembap lembut

(b) Kata Adjektif Perasaan kasih benci suka segan gembira sayang rindu berahi ragu sedih duka riang hiba kecewa rintih merana sengsara ceria

(c) Kata Adjektif Ukuran besar kecil panjang pendek tinggi rendah tebal nipis kerdil renek luas longgar sempit lapang singkat lebar labuh

(d) Kata Adjektif Waktu segera cepat lambat lewat baharu lampau suntuk lama awal silam pantas deras laju kencang tangkas akhir

Kata Kerja/Frasa-Frasa lain 1. potong, kerat, belah, hiris, cantas, pangkas, cincang 2. pikul, junjung, kelek, dukung, sandang, jinjing, bimbit, kepit 3. pimpin, tolak, sorong, papah, tuntun, usung 4. koyak, rabak, carik, retas

5. lalu, jalan, harung, rentas, redah 6. tamat, habis, selesai, punah, langsai, beres, 7. kisah, cerita, heboh, hebah, cakap, bisik 8. garang, bengis, buas, kuat, jinak 9. jahit, tenun, sulam, anyam 10. uli, canai, gentel, kisar, tabur, calit, lumur 11. mangu, pegun, cengang, sentak, pelik 12. segan, lembut, ayu, elok, sopan, malu, lesu, lemah, longlai 13. pandang, lihat, tonton, intai, jeling, juling, nampak

14. curam, landai, condong, rata, senget, miring 15. usik, cuit, sentuh, jamah, pegang, tangkap, genggam 16. pincang, tempang, cacat, hincut, bengkok 17. lusuh, luntur, buruk, usang, lama, baru, uzur 18. pipih, bulat, bujur, tebal, nipis 19. kait, jolok, petik, ragut, ambil 20. pantun, syair, sajak, gurindam, seloka, pepatah 21. toreh, tarah, takik, takuk, raut, larik, kikis 22. kais, cakar, garu, cengkam, patuk, sambar, pagut 23. bina, pasang, roboh, robek

24. gali, cungkil, kopek, kupas, selak 25. belakang, tepi, penjuru, atas, bawah, sebelah, antara, dalam, luar 26. tolong, minta, rayu, harap, sila, suruh, pesan, pujuk 27. ikut, kejar, susul, cari 28. batal, tutup, bubar, tangguh, rasmi, mansuh 29. jerang, kukus, celur, rebus, celup, goreng, panggang, sangai, salai, bakar 30. balut, bungkus, belit, lilit, ikat, jerut 31. resah, gusar, gentar, gugup

32. renjis, siram, simbah, jirus, rendam 33. gosok, berus, bilas, ramas, sental, cuci, sidai, ampai 34. jual, beli, sewa, pajak, gadai 35. antik, buruk, usang, kusam 36. tepis, lontar, gelecek, hantar, serang, tanduk 37. rejam, lempar, baling, campak, tikam, tusuk 38. antan, belantan, lesung, kukur, parut 39. jatuh, sungkur, humban, jerumus, pelesuk, tiarap, telentang 40. perihal, perilaku, peribadi, peribumi, peribudi peribahasa

41. uji bakat, uji kaji, temu duga, temu ramah, temu bual, soal selidik, soal jawab, tegur sapa, ramah mesra 42. jururawat, juruukur, jurutera, juruhebah, jurubahasa, jurujual, jururunding 43. seniman, budiman, sasterawan, budayawan, hartawan, wartawan, peragawan, angkasawan, karyawan, usahawan, jelitawan 44. pramugara, pramugari, prakata, prasangka, prasyarat, prasekolah, prasarana 45. mahasiswa, mahasiswi, mahaguru, maharaja, 46. dwibahasa, dwitahunan, dwimusim, dwifungsi

47. tatacara, tatabahasa, tatasusila, tatawarna, tatanegara 48. lalu-lalang, mundar-mandir, simpang-siur, compang-camping, lintang-pukang 49. kusut-masai, huyung-hayang, koyak-rabak 50. huru-hara, haru-biru, hiruk-pikuk, hingar-bingar, riuh-rendah, gegak-gempita 51. compang-camping, cirit-birit, calar-balar 52. gilang-gembilang, gerak-geri, tindak-tanduk 53. tindan-tindih, selang-seli, bolak-balik, kacau-bilau, tunggang-langgang

54 gading, tanduk, taring, sumbu 55 sungai , tasik, paya, laut, kolam

1. Perbendaharaan Kata
Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.
UPSR 2006

6. Tangan kakak berbau _____ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai. A hamis C hapak B hanyir D hancing
UPSR 2007

3. Walaupun sudah berusia seratus tahun, bangunan itu masih ________ . A gagah B teguh C kental D mantap 4. Hanizan berasa _____ apabila melakonkan watak nenek semasa pementasan drama di sekolahnya. A angkuh B kacau C gusar D kekok

UPSR 2006

8. Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan _____ semasa menyertai pertandingan itu. A cekap B petah C terang 14. Pihak sekolah akan mengadakan sesi _____ bagi meraikan kehadiran murid-murid baru. A tegur sapa B soal jawab C ramah mesra
UPSR 2005 (BERGAMBAR)

1. Encik Khalid sedang _____ roti canai direstorannya. A menguli B menebar C mencanai D mengadun 4. Beg yang berat itu tidak ______ olehnya. A bergalas B tergalas C penggalas

D menggalas

UPSR 2005

9.

Majlis ulang tahun kelahiran adik ______ dengan nyanyian beramai-ramai sebelum upacara memotong kek. A disertai B didahului C disudahkan D ditangguhkan

UPSR 2001

22. Sebuah syarikat swasta bertanggungjawab untuk _____ persisiran pantai Teluk Batik. A mengindah C memperindah B perindahkan D keindahan
UPSR 2003

23. Hari Penyampaian Hadiah sekolah saya telah ____ pada bulan Mac yang lalu. A ditetapkan B dirayakan C diraikan D diadakan

UPSR 2005 (Bergambar)

16. ______ yang bertugas kelihatan sedang melayan penumpang dengan mesra. A Mahasiswa B Pramugari C Peragawan
UPSR 2008

10.

Murid yang berminat untuk menjadi pengawas perpustakaan perlu menjalani _______ terlebih dahulu. A uji kaji B uji bakat C temu duga D temu ramah Maziah memberitahu abangnya tentang ______ keluarga mereka semasa abangnya itu berada di perantauan. A perihal B peribadi C peribumi D peribahasa

13.

9. Perkataan Banyak Maksud


Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.
UPSR 2005

Soalan 24 dan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 24. I Warna dinding rumah itu hilang akibat perubahan cuaca. II Nelayan itu hilang punca pendapatan pada musim tengkujuh. III Kapal terbang itu perlahan-lahan hilang daripada pandangan. IV Pekerja-pekerja telah hilang kepercayaan terhadap ketua mereka. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

25.

I Rumah mereka jauh dari jalan raya utama. II Anak sungai yang berhampiran dengan rumah Rizal sangat bersih. III Majlis kahwin nikah itu dijalankan secara besar-besaran. IV Cikgu Ramli menyimpan perkakas alat Kemahiran Hidup di dalam almari. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

UPSR 2006

23.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Semalam suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut. II Tali ini sangat suntuk untuk mengikat kotak itu. III Jangan mengekori kereta di hadapan terlalu suntuk. IV Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu suntuk. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

UPSR 2007

Soalan 20 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 20. I Beras yang hancur itu sesuai untuk dimasak bubur. II Tapak kakinya hancur apabila terpijak serpihan kaca. III Cermin di dalam bilik Helmi hancur apabila terhempas ke lantai. IV Hancur tayar kereta itu apabila terlanggar lubang di jalan raya itu. A I dan II C I, III dan IV B I dan III D II, III dan IV

21. Perkataan kunci 22. Perkataan keras

UPSR 2008

Soalan 22 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22. I Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti. II Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini. III Kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak, kata Pak Husin. IV Encik Selamat tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur. A I dan III sahaja C I, III dan IV sahaja B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 23. Perkataan mencungkil

KATA ARAH
(antara, dalam, tepi, sisi)

KATA HUBUNG
(dan, agar, jika)

KATA SERU
(aduh, amboi, wah)

KATA TANYA KATA BILANGAN


(beberapa, dua, beribu-ribu) (apa, mengapa, bila)

KATA PERINTAH
KATA PEMBENAR
(benar, betul, ya) (harap, sila, jangan)

KATA PANGKAL AYAT KATA SENDI NAMA


(pada, bagai, kepada, untuk)

KATA TUGAS

(adapun, alkisah)

KATA PEMERI KATA NAFI


(bukan, tidak) (ialah, adalah)

KATA PENEGAS KATA BANTU


(akan, belum, hendak, sedang) (hanya, juga, -kah, -lah)

KATA PENGUAT
(agak, amat, benar, nian)

Kata Tugas
Kata tugas merupakan perkataan yang berfungsi dalam ayat atau klausa untuk menghubungkan ayat, menegaskan ayat, menafikan, dan sebagainya. Perkataan ini tidak mempunyai makna tertentu tanpa dihubungkan dengan perkataan sebelum atau selepasnya.

KATA SENDI NAMA


Kata sendi nama ialah perkataan yang dihubungkan dengan kata nama di hadapan. Hampir setiap kata sendi nama mempunyai fungsi tersendiri dalam ayat.
Kata Sendi Nama di Fungsi / Keterangan Menunjukkan tempat Menunjukkan arah Menunjukkan tempat Menunjukkan arah Menunjukkan masa/ waktu Menunjukkan arah Menunjukkan tempat Menunjukkan waktu/ masa Contoh Penggunaan Dia tinggal di rumah besar itu. Dia duduk di bawah pokok. Saya pergi ke sekolah. Bot itu bergerak ke hulu. Dia tidur hingga ke pagi. Angin itu bertiup dari utara. Dia berasal dari Muar. Amalan ini sudah wujud dari dahulu lagi.

ke

dari

Kata Sendi Nama

Funsi / Keterangan Menunjukkan punca manusia, haiwan atau benda Menunjukkan unsur mujarad. Menunjukkan asal kejadian. Menunjukkan perbandingan Menunjukkan sasaran manusia, haiwan, dan unsur mujarad

Contoh Penggunaan Saya menerima surat daripada ayah. Dia mendapat pertolongan daripada monyetnya. Kita mendapat pengajaran daripada pertunjukan itu. Tempat duduk itu diperbuat daripada plastik. Kertas ini lebih baik daripada kertas yang dahulu. Dia menyampaikan berita itu kepada Ali. Dia memberikan makanan itu kepada kucing. Kita tumpukan kepada persoalan ini. Kami akan menderma kepada sekolah. Kawasan ini akan dipecahkan kepada dua bahagian. Kadar pendapatannya meningkat kepada paras yang lebih tinggi.

daripada

kepada

Menunjukkan sasaran institusi Menunjukkan pecahan Menunjukkan perubahan keadaan

Kata Sendi Nama


pada

Fungsi / Keterangan
Menunjukkan keterangan waktu Menunjukkan tempat Ungkapan ada pada Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu Menunjukkan bahagian yang ditentukan (untuk sahaja)

Contoh Penggunaan
Kami bercuti pada hari Ahad. Saya akan tiba pada pukul dua petang Dia memasang umpan pada mata kail. Surat itu ada pada cikgu.

untuk bagi

Pondok itu untuk murid-murid berehat. Kenderaan itu bagi kegunaan pekerja yang tinggal jauh. Kuih-muih itu untuk abang. Kemudahan itu untuk kakitangan pejabat sahaja.

Kata Sendi Nama

Fungsi Keterangan

Contoh Penggunaan

Bermaksud tujuan
Untuk membuat penegasan demi Menunjukkan berurutan tentang menunjukkan rujukan sesuatu hal

Mereka belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. Demi Allah, aku tidak akan berbohong lagi. Demi negara, aku akan berjuang menentang musuh. Dia menyusun batu-batu itu satu demi satu.
Dia menerangkan tentang projek itu.

seperti, bagai, umpama, laksana, bak


dengan

Menunjukkan perbandingan
Berserta atau bersama-sama Menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan

Air sungai itu keruh seperti susu. Dia serba salah bagai ditelan mati emak diluah mati bapa.
Saya tinggal dengan ibu bapa saya.

Dia menerima hadiah itu dengan gembira. Dia membuat kerja itu dengan pantas.

Kata Sendi Nama dengan

Fungsi Keterangan Memakai atau menggunakan Menunjukkan serupa Menunjukkan waktu/masa Menunjukkan rujukan manusia, binatang, atau benda Menunjukkan hal bersifat emosi

Contoh Penggunaan Murid itu menulis dengan pen. Kami pergi ke sekolah dengan bas. Kebolehannya setanding dengan abangnya. Dia tinggal di sini semenjak tahun lalu. Sejak memiliki kereta, dia tidak pernah naik bas lagi. Kita hendaklah hormat terhadap ibu dan bapa. Kita harus bersikap belas kasihan terhadap binatang. Binatang pun kasih akan anakanaknya. Guru itu marah akan pelajar yang tidak berdisiplin.

sejak semenjak

terhadap

akan

Kata Sendi Nama

Fungsi Keterangan

Contoh Penggunaan

Bermaksud tujuan
Untuk membuat penegasan demi Menunjukkan berurutan tentang menunjukkan rujukan sesuatu hal

Mereka belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. Demi Allah, aku tidak akan berbohong lagi. Demi negara, aku akan berjuang menentang musuh. Dia menyusun batu-batu itu satu demi satu.
Dia menerangkan tentang projek itu.

seperti, bagai, umpama, laksana, bak


dengan

Menunjukkan perbandingan
Berserta atau bersama-sama Menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan

Air sungai itu keruh seperti susu. Dia serba salah bagai ditelan mati emak diluah mati bapa.
Saya tinggal dengan ibu bapa saya.

Dia menerima hadiah itu dengan gembira. Dia membuat kerja itu dengan pantas.

Kata Sendi Nama

Fungsi Keterangan
Menunjukkan pembuat Membawa maksud sebab

Contoh Penggunaan
Surat itu ditulis oleh abang saya. Dia menderita oleh perbuatannya sendiri. Oleh kesungguhannya berusaha, akhirnya dia berjaya. Saya beri tempoh hingga esok. Bapa saya bekerja sampai petang. Dia berjalan kaki sampai bandar Muar. Dia menuntut hingga universiti.

oleh

hingga sampai dalam antara

Menunjukkan peringkat had masa/waktu Menunjukkan tempat Menunjukkan lingkungan yang tiada ruang atau jarak

Abang saya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Dia antara pelajar yang telah berjaya.

KATA PEMERI
1. Kata pemeri berfungsi untuk menyambung penerangan atau huraian sesuatu. 2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3. Kata pemeri ialah berfungsi untuk memberi penerangan sesuatu secara persamaan. 4. Kata pemeri ini hanya boleh diikuti dengan kata nama sahaja. Kata Pemeri
Pemeri ialah * Kata nama

Contoh Penggunaan
~ Minyak ialah sejenis bahan api yang amat penting. ~ Lelaki itu ialah abang saya. ~ Buku itu ialah yang diperlukan oleh murid-murid.

5. Kata pemeri adalah berfungsi untuk memberi huraian. 6. Kata pemeri adalah digunakan di hadapan kata sendi nama atau kata adjektif. 7. Kata pemeri adalah kadangkala digunakan bersama kata nafi.
Kata Pemeri Pemeri adalah * Kata sendi nama Contoh Penggunaan ~ Kemudahan itu adalah untuk golongan cacat penglihatan. ~ Rancangan yang disediakan adalah seperti berikut. ~ Cerita itu adalah baik untuk kanak-kanak. ~ Buku ini adalah sesuai untuk dibaca. ~ Pantai ini adalah tidak bersih. ~ Tempat ini adalah tidak luas. ~ Bilik itu adalah bukan untuk kami.

Pemeri adalah * Kata adjektif Pemeri adalah * Kata nafi

8.Kata pemeri digunakan hasil daripada pengaruh bahasa asing. Dalam ayat, kata pemeri boleh digugurkan tanpa mengubah maksud ayat berkenaan. Misalnya: (a) Minyak sejenis bahan api yang amat penting. (b) Kemudahan itu untuk golongan cacat penglihatan. (c) Cerita itu baik untuk kanak-kanak. (d) Pantai itu tidak bersih.

KATA PENGUAT
Perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud kata adjektif atau maksud sifat sesuatu. Misalannya perkataan cantik, maksud perkataan ini lebih kuat apabila disertaikata penguat. Contoh: amat cantik cantik sungguh Dibahagi kepada tiga jenis, iaitu: (a) Penguat hadapan (b) Penguat belakang (c) Penguat bebas Kata penguat menerangkan darjah penghabisan apabila dua kata penguat digunakan secara berurutan atau secara apitan.

(a) Kata Penguat Hadapan


Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif
Kata Penguat terlalu Contoh Penggunaan Soalan ujian kali ini terlalu mudah. Harga barang-barang di kedai itu terlalu mahal. Dia paling gemar makan nasi ayam. Murid ini paling tinggi di kelasnya. Kamal agak kecewa dengan sikapnya. Kereta api itu agak lambat tiba di stesen.

paling agak

(b) Kata Penguat Belakang


Perkataan ini digunakan di belakang kata adjektif
Kata Penguat sekali benar Contoh Pengunaan Lukisan itu cantik sekali. Dia berjalan lambat sekali. Peraturan itu baru benar kepada kita. Lama benar dia bercakap dalam mesyuarat itu. Gunung itu tinggi nian. Indah nian pemandangan di tepi laut itu.

nian

(c) KataPenguat Bebas


Perkataan ini boleh digunakan sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Kata Tugas amat Penggunaan di hadapan Sungai itu amat lebar. Dia berlari amat pantas. Suhu di sini sungguh sejuk. Sambutan pelajar sungguh hebat. Air itu sangat panas. Lembu itu sangat besar. Penggunaan di Belakang Pokok kelapa itu tinggi amat. Dia kelihatan lemah amat. Air perigi itu jernih sungguh. Ubat-ubatan itu pahit sungguh. Makanan itu banyak sangat. Dia berasa sedih sangat.

sungguh

sangat

(i) Penguat Darjah Penghabisan


Sesetengah kata penguat boleh digunakan secara berurutan di hadapan kata adjektif untuk menerangkan darjah penghabisan.
Kata Penguat sungguh amat sungguh kurang terlalu amat Contoh Penggunaan Kejadian itu sungguh amat pelik. Suaranya sungguh amat medu. Sikapnya sungguh kurang sopan. Masakannya sunguh kurang enak. Dia terlalu amat gembira mendapat keputusan peperiksaan itu. Pembunuhan itu membuktikan mereka terlalu amat zalim.

(ii)Sesetengah kata penguat juga boleh digunakan sebagai pengapit kata adjektif untuk menunjukkan darjah penghabisan.
Kata Penguat
amat sekali sangat benar

Contoh Pengunaan
Gubahan bunga itu amat cantik sekali. Pendapat itu amat baik sekali. Kawasan itu sangat luas benar. Sikap yang ditunjukkan sangat baik benar.

sungguh nian

Pemandangan di kaki gunung itu sungguh indah nian. Layang-layang itu terbang sungguh tinggi nian.

Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.


UPSR 2002

28. Dia berasa gembira _____ menerima berita kejayaan pasukan bola jaring sekolahnya. A sewaktu B sebelum C semoga D selagi 33. Jika begitu, saya akan menunggu kamu di hadapan perpustakaan. _____, saya memang hendak ke sana esok, kata Zulkifli kepada Bahrin. A Selain itu B Bahkan juga
UPSR 2005

C Oleh sebab itu D Tambahan pula

7.

Bas yang sarat dengan penumpang itu tidak berhenti_______ ditahan oleh murid-murid _____ ada penumpang yang akan turun. A walau kecuali C walhal apabila B jika sementara D ketika hingga

UPSR 2008

5.

Puan Zaleha mengambil selimut _____ menyelimutkan anaknya yang kesejukan itu. A lalu B kerana C sambil D sementara

12. Kejadian tanah runtuh di lereng bukit itu berpunca ______ hakisan tanah. A di B dari C pada D daripada 15. Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan ________ orang ibu bapa murid. A para B semua C beberapa D sesetengah
UPSR 2005

14. ______ letakkan buku yang dibaca di tempat asal, kata Nabila kepada rakan-rakannya. A Sila B Tolong C Jangan D Usah

3. Kata Ganti Nama


Ganti Nama
Pertama Kedua

Tunggal

Jamak

saya, aku, beta, kita, kami patik, hamba, (ku) awak, kamu, anda, kalian engkau, tuanku, (kau), (mu) beliau, dia, ia, mereka baginda, (-nya)

Ketiga

INFO MINDA 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama ~ menggantikan nama orang yang bercakap. 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua ~ menggantikan nama orang yang diajak bercakap.
3. Kata Ganti Nama Diri ketiga ~ menggantikan diri orang yang dicakapkan halnya.

Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.


UPSR 2001

30. Biarlah _____ menentang lanun-lanun itu, kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan. A beta B hamba C patik D baginda 31. Pegawai sukan itu meminta para peserta berkumpul di tempat permulaan. _______ mengarahkan _____ berbaris dalam dua barisan. A Dia awak C Dia kita B Beliau mereka D Beliau kami
UPSR 2006

1.

Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakan kepada ______, kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Mayang Sari. A beta B patik C hamba D tuan hamba

UPSR 2007

1.

Tolong telefon setiausaha ______ apabila _____ sampai nanti, kata Dato Rauf kepada pemandunya. A saya kita C kita mereka B awak dia D kamu awak
Menurut rakan Hashimah yang juga berjaya dalam pelajaran, antara faktor kejayaan _____ adalah kerana kerap mengadakan perbincangan. A kita B saya C kamu D mereka

UPSR 2008

4.

4. Penjodoh Bilangan i. Penjodoh bilangan ialah sejenis kata nama kerana digunakan dengan kata nama. ii. Tujuan adalah untuk menyatakan bilangan sesuatu. iii. Untuk menentukan bilangan yang lebih tepat, kata bilangan digunakan seperti se, satu, dua, sepuluh dan, sebagainya. iv. Kata bilangan ini diletakkan sebelum penjodoh bilangan dan diikuti oleh kata nama.

Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.


UPSR 2001

28. Puan Aminah hanya memerlukan _____ kain dan _____ benang untuk menampung seluar yang koyak. A sekeping sehelai C secarik sebuku B sehelai segulung D secebis selembar 29. Amir menggunakan dua _____ kayu dan beberapa _______ daun kering untuk menghidupkan api. A puntung helai C rumpun longgok B ranting carik D batang cebis
UPSR 2003

38. Puan Fauziah menggunakan ____ benang untuk menjahit _______ baju kebaya anaknya. A seurat sehelai C selembar sepotong B sebuku sepasang D segulung sepersalinan

UPSR 2006

3. Beberapa _____ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita. A helai B bidang C keping D lembar
UPSR 2007

17. Beberapa _____ kertas dan beberapa _____ perca kain yang tidak diperlukan lagi dimasukkan ke dalam tong sampah itu. A helai cebis C lembar rincik B keping bidang D kajang gulung
UPSR 2008 (gambar)

8.

Beberapa ___ cendawan tumbuh pada batang pokok getah yang reput. A kaki B kuntum C tangkai D kelopak

Masihkah Kau Ingat Penjodoh Bilangan Sehelai baju biru Sepasang kasut baldu Seberkas kunci pintu Sepotong kuih bahulu Sebatang tongkat kayu Seikat pucuk paku Setangkai buah duku segumpal benang bulu Sebentuk cincin emas Setandan pisang kapas Seekor anak lipas Seorang guru kemas

Setompok dakwat biru Sesuap nasi kerabu Seekor lebah madu Sekuntum orkid ungu Sebuah kereta baru Di sebatang Jalan Pudu Sepasang pengantin baru Terpijak sebatang paku Sekaki cendawan busut Serawan jala kusut Sekepal nasi pulut Seekor anak belut

Sepintu rumah kedai Sekawan anak keldai Sebidang tanah tergadai Di sebuah kedai pajak gadai Seuntai sajak dikarang Seketul kayu arang Seutas rantai dan gelang Segulung ijazah dipegang Sejambak mawar berseri Sebilah keris Taming Sari Sebentuk cincin di jari Sepasang burung kenari

Seulas bawang putih Sepuluh cucuk sate Sehelai daun sirih Secubit lada putih Serumpun buluh perindu Segugus jambu batu Sebaris pokok ciku Di sebuah jambatan kayu Setitik air mata Sejemput garam dirasa Sebutir telur angsa Secebis kain perca

Sahardin bin Yusof SK Tanjung Puteri Resort 2006

BAHASA KIASAN

Bukan Peribahasa Metafora Hiperbola

Peribahasa

Simpulan Bahasa Simili Perumpamaan Personifikasi

Pepatah

Bidalan

5. Peribahasa i. Simpulan Bahasa


Ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. ii. Perumpamaan Perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai, dan umpama.

DAFTAR PERIBAHASA ( Semakan 2003 PPK )

TAHUN 1
1. Anak bongsu 2. Anak kandung 3. Anak sulung 4. Anak tunggul 5. Baik hati 6. Buah tangan 7. Buta huruf 8. Cahaya mata 9. Cakar ayam 10.Celik huruf 11.Kaki ayam 12.Kaki bangku 13.Makan angin

TAHUN 2
1. Anak angkat 2. Anak tiri 3. Anak buah 4. Anak emas 5. Alas perut 6. Anak buah 7. Berat tulang 8. Buah hati 9. Mandi kerbau 10. Mandi peluh/ Mandi keringat 11. Mulut murai/ Banyak mulut 12. Murah hati 13. Otak cair 14. Ringan tulang 15. Sagu hati 16. Sakit hati 17. Tanah air 18. Ulat buku

TAHUN 3
1. Air muka 2. Ayam tambatan 3. Ajak-ajak ayam 4. Ambil hati 5. Bekas tangan 6. Berat hati 7. Berat mata 8. Berat mulut 9. Bulat hati 10.Mandi kerbau 11.Hati batu 12.Hidung tinggi 13.Ikut jejak 14.Kepala batu 15.Keras hati 16.Keras kepala 17.Langkah kanan 18.Langkah kiri 19. Mulut tempayan 20. Panjang tangan 21. Pembasuh mulut/ pencuci mulut 22. Tanda mata 23. Telinga lintah 24. Tidur-tidur ayam 25. Tidur mati

TAHUN 4
1. Ada akal 2. Ada gaya 3. Ada hati 4. Ada jalan 5. Angkat kaki 6. Berat sebelah 7. Beri muka 8. Campur tangan 9. Cari jalan 10.Dalam tangan 11.Darah daging 12.Duran runtuh 13.Harga diri 14.Harga mati 15.Ikat perut 16.Isi hati/ isi perut 17.Jejak langkah 18.Juling air 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. Kaki lima Lepas tangan Makan hati Minta diri Naik angin/ Naik darah Nyawa-nyawa ikan Pasang telinga Pekak badak Putih tulang Putih mata Serkap jarang Telinga nipis Titik peluh

TAHUN 5
1. Alim kucing 2. Angkat muka 3. Atas pagar 4. Bau-bau bacang 5. Berpaling tadah 6. Berpeluk tubuh 7. Bertikam lidah 8. Bunga dedap 9. Buruk makan 10. Buruk siku 11. Duit kopi 12. Gila-gila bahasa 13. Gulung tikar 14. Halwa telinga 15. Harga pokok 16. Hangat-hangat tahi ayam 17. Hentam keromo 18. Hilang akal 19. Hisap darah 20. Jauh hati 21. Kacang hantu 22. Kata putus 23. Kepala angin 24. Kerang busuk 25. Kutu embun 26. Lidah bercabang / Lidah biawak 27. Makan angkat 28. Makan diri 29. Makan suap 30. Penyapu baharu 31. Perang mulut 32. Pilih kasih 33. Pisau cukur

TAHUN 6
1. Adu domba 2. Akal kancil 3. Angkat diri 4. Atas angin 5. Bahasa dalam / Bahasa istana 6. Bahasa pasar 7. Bangkai bernyawa 8. Bintang terang 9. Bodoh sepat 10. Bongkok udang 11. Bongkok sabut 12. Buah pena 13. Buka tembelang / Pecah tembelang 14. Bidan terjun 15. Cahaya mata 16. Cepat tangan 17. Sengank mata 18. Sekangkang kera 19. Tali barut 20. Tebal telinga 21. Telinga tempayan 22. Emas urai 23. Ganti tikar 24. Gelap mata 25. Gigi air 26. Hisap darah 27. Hutang darah 28. Ibu keladi 29. Intan terpilih 30. Mata petai 31. Omong kosong 32. Pasar gelap

Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.


UPSR 2004

39. Setelah hilang tempat bergantung, Aliff dipelihara oleh seorang hartawan di Kuala Lumpur. A Seperti si buta mendapat tongkat B Seperti kumbang putus tali C Seperti bulan jatuh ke riba D Seperti si kudung mendapat cincin
UPSR 2005

17. Jangan membuat tuduhan secara ______ sehingga kita mendapat bukti yang kukuh. A Bidan terjun C serkap jarang B separuh tiang D hentam keromo

UPSR 2006

20. Sikap Amir yang selalu ____ menyebabkan ramai sahabatnya kurang senang. A memberi muka C angkat muka B bermuka-muka D tebal muka
UPSR 2007

15. Zulkifli telah meluahkan ____ untuk memiliki sebuah komputer kepada ibunya. A ada hati B isi hati C ambil hati D jantung hati 16. Penduduk di taman perumahan itu _____ kerana mereka saling membantu apabila melakukan sesuatu pekerjaan. A seperti cincin dengan permata B seperti bulan dengan matahari C seperti aur dengan tebing D seperti isi dengan kuku

UPSR 2008

18. Nampaknya kita terpaksa ______ kerana bekalan makanan semakin sedikit, kata ketua pengakap itu kepada rakanrakannya. A alas perut B ikat perut C makan hati D makan garam
UPSR 2002

40. Encik Khalid sebagai Penghulu Kampung Cempaka berusaha menangani masalah itu dengan berhati-hati supaya beliau dapat memuaskan hati semua pihak. A seperti gergaji dua mata B seperti aur ditarik songsang C Bagai melepaskan anjing tersepit D Bagai menarik rambut dalam tepung

6. Perkataan Seerti dan Berlawanan i. Perkataan seerti (sinonim) Kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Kata-kata ini boleh ditukarkan dalam ayat untuk menunjukkan keserupaan.
ii. Perkataan berlawanan (antonim) Kata-kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain.

Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.


UPSR 2001 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

18. Cikgu Nazri telah menyangkal berita yang mengatakan bahawa dia akan ditukarkan ke tempat lain. A melawan B menafi C menerima D mengakui
UPSR 2002

35.

Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tatatertib. A merempuh hukuman C mengingkari disiplin B menentang denda D menyalahi undang-undang Pak Musa menceritakan kisah zaman silam sebagai tentera kepada cucu-cucunya. A kini B lama C muda D lampau

UPSR 2003

UPSR 2004

35. Kita tidak mahu pasukan sekolah lain memperlekeh pasukan kita, kata guru besar kepada pemain sekolahnya. A memperlemah B memperalat
UPSR 2006

C memperkecil D mempermudah

21. Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun.
Perkataan seerti bagi unik ialah

A istimewa
UPSR 2007

B canggih

C ganjil

D pelik

18. Petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari.
Perkataan seerti bagi gigih ialah

A tegap

B tekun

C tekad

D tegas

UPSR 2008

20. Wakil rakyat selalu mengingatkan masyarakat di kawasannya supaya menjauhi persengketaan. Perkataan seerti bagi persengketaan ialah A pertarungan B perdebatan C perbalahan D persaingan
UPSR 2001

Pilih perkataan yang berlawan bagi perkataan yang bergaris. 34. Hubungan mereka semakin renggang selepas kejadian itu. A tahan B dekat C rapat D hampir
UPSR 2002

Pilih perkataan yang berlawan bagi perkataan yang bergaris. 36. Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Angsana. A berlabuh B mendarat C berhenti D tertambat

UPSR 2003 Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

36. Aida mundur beberapa langkah apabila Cikgu Zarina menghampirinya. A jalan B gerak C maju D pergi
UPSR 2004

36. Salmah berasa serba salah kerana terpaksa mungkir janji terhadap abangnya. A melaksanakan C memenuhi B mengingkari D menepati
UPSR 2005 (bergambar)

20. Perkataan berlawan bagi aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid-murid itu ialah _______ . A menyeberangi B menempuhi C merentasi D menuruni

UPSR 2006

22. Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas.
Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah

A ditutupkan B dibatalkan C dibubarkan D dimansuhkan


UPSR 2007

19. Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.
Perkataan berlawan bagi menyokong ialah

A membina
UPSR 2008

B memasang

C merobohkan

D merobekkan

21. Hanya murid yang bersemangat kental akan dipertimbangkan untuk menyertai program kembara itu.
Perkataan berlawan bagi kental ialah

A lemah

B longlai

C lembut

D lesu

7. Bina Soalan Bagi Jawapan/Bina Jawapan Bagi Soalan.


Jenis-Jenis Ayat: 1. Ayat Penyata 2. Ayat Tanya 3. Ayat Perintah 4. Ayat Seruan Ayat Tanya i. Ayat tanya pada lazimnya diucapkan dengan nada tinggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. ii. Dalam tulisan dilambangkan dengan tanda soal (?) pada akhir ayat. iii. Ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu: (a) Ayat tanya tanpa kata tanya (b) Ayat tanya dengan kata tanya

Tugas perkataan kata tanya


APA : ( nama/sesuatu - jenis/sifat ) BILA : ( waktu masa/ketika ) SIAPA : ( orang ) BAGAIMANA : ( hal/cara ) MANA : ( tempat ) MENGAPA / KENAPA: sebab apa > APA

Contoh-contoh soalan UPSR yang berkaitan.


UPSR 2005

(gambar) Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21. Apakah yang dilakukan oleh penduduk di kawasan perumahan itu? A Mereka menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan. B Mereka menyajikan makanan untuk majlis perkahwinan. C Mereka gembira ketika memasak untuk majlis perkahwinan. D Mereka berpakat untuk menyediakan hidangan majlis perkahwinan.

UPSR 2006

24. Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis? A Mereka berminat menyertai pasukan polis. B Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik. C Pesalah trafik telah membayar denda secara beramai-ramai.
UPSR 2007

23.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah kanak-kanak tidak dibenarkan mandi di sungai itu? A Arus sungai itu sangat deras. B Tidak ramai orang mandi-manda di situ. C Sebuah kilang didirikan di tepi sungai itu. D Sungai itu sangat cetek dan berpasir

UPSR 2008

24. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah kaki kamu terseliuh? A Saya tidak nampak lantai itu licin. B Saya tergelincir di bilik mandi. C Saya berlari keliling padang. D Saya kurang memberikan perhatian.
UPSR 2005

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22. Saya akan berjaya ke menara gading jika belajar dengan bersungguh-sungguh. A Mengapakah kamu tidak jemu belajar? B Siapakah yang akan berjaya ke menara gading? C Ke manakah kamu akan melanjutkan pelajaran? D Bagaimanakah kamu belajar dengan bersungguh-sungguh?

Upsr 2006

25. Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya? B Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya? C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat? D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?

UPSR 2007

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Pengusaha restoran itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya. A Bilakah pengusaha restoran itu membuat pelanggannya berasa puas hati? B Bagaimanakah pengusaha restoran itu menjaga hati pelanggannya? C Mengapakah pengusaha restoran itu mengutamakan pelanggannya? D Siapakah yang dilayan oleh pengusaha restoran itu?

UPSR 2008

25. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Murid-murid itu sedang menghias perpustakaan. A Bagaimanakah murid-murid itu menghias perpustakaan? B Siapakah yang berada di perpustakaan? C Di manakah murid-murid itu berhias? D Apakah yang dilakukan oleh murid-murid itu?

AYAT

AYAT PENYATA

AYAT TANYA

AYAT PERINTAH

AYAT SERUAN

Dengan Kata Tanya

Tanpa Kata Tanya

Suruhan

Larangan

Silaan

Permintaan

(i) Ayat Majmuk Gabungan


1. Ayat ini mengabungkan ayat yang setara atau sama taraf 2. Ayat ini digabungkan dengan kata hubung: dan, atau,

tetapi, serta, lagi, lalu, sambil, dan sebagainya.


3. Contoh ayat gabungan: Ayat tunggal: Dia pergi ke Kuala Lumpur. Dia pergi ke Perak. Ayat gabungan: Dia pergi ke Kuala Lumpur dan ke Perak.

Dia pergi ke Kuala Lumpur lalu ke Perak.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan 1. Ayat majmuk pancangan ialah gabungan ayat tunggal yang kedudukan ayat-ayat itu tidak sama. 2. Ayat ini terdiri daripada satu ayt utama dan digabungkan dengan satu atau lebih ayat yang menjadi sabahagian daripada ayat utama. 3. Perkataan yang menggabungkan ayat pancangan terdiri daripada perkataan yang berikut. (a) Ayat majmuk relatif: yang (b) Ayat majmuk komplemen: bahawa, untuk (c) Ayat majmuk keterangan: ketika, kerana, semasa, sewaktu, oleh sebab, hingga, sehingga, setelah, sungguhpun, demi, bagai, dan sebagainya.

(iii)

Ayat Majmuk Campuran 1. Ayat majmuk ini meggabungkan dua atau lebih ayat majmuk. 2. Ini bermakna, ayat majmuk campuran mengandungi beberapa ayat tunggal. 3. Contoh ayat majmuk campuran: Ayat tunggal; Murid itu rajin. Dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dia terpilih ke asrama penuh. Ayat majmuk: Murid yang rajin itu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan terpilih ke asrama penuh.

Pilih ayat sama maksud dengan ayat diberikan


1. 2. 3. 4. Ayat pasif - ayat aktif Ayat cakap ajuk - ayat cakap pindah Ayat majmuk Ayat songsang

UPSR 2005

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26. Bapa melarang Damit bermain di tepi sungai. A Damit, larang anak itu bermain di tepi sungai, kata bapanya. B Jangan bermain di tepi sungai, jerit Damit kepada bapanya. C Usah bermain di tepi sungai, kata bapa kepada Damit. D Damit bahaya bermain di tepi sungai, jerit bapanya. 27. Selepas selesai kerja itu, bolehlah kita minum kopi di kedai Pak Uda, ajak Hafiz kepada kawan-kawannya. A Setelah kerja itu selesai, Hafiz mengajak kawan-kawannya Pak Uda minum kopi di kedainya. B Hafiz mengajak kawan-kawannya minum kopi di kedai Pak Uda setelah menyiapkan kerja itu. C Hafiz dan kawan-kawanya minum kopi di kedai Pak Uda setelah menyiapkan kerja itu. D Setelah menyiapkan kerja itu, Pak Uda mengajak Hafiz dan kawan-kawannya minum kopi di kedainya.

UPSR 2006

27.

Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya. A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya. B Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya. C Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu. D Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.

UPSR 2007

26. Gamat yang telah dipotong masih dapat hidup jika dimasukkan ke dalam laut. A Gamat akan hidup walaupun dipotong sekiranya dimasukkan ke dalam laut. B Gamat yang hidup akan dimasukkan ke dalam laut setelah dipotong. C Gamat yang telah dimasukkan ke laut akan hidup apabila dipotong. D Gamat hidup yang dipotong akan dimasukkan ke dalam laut.

UPSR 2008

27.

Cikgu Aida melarang murid-muridnya memijak rumput yang baru ditanam itu. A Kita tidak dibenarkan memijak rumput yang baru ditanam ini, kata Cikgu Aida kepada murid-muridnya. B Kamu tidak dibenarkan memijak rumput yang baru ditanam ini, kata Cikgu Aida kepada murid-muridnya. C Jangan pijak rumput yang baru ditanam itu, kata murid-murid kepada Cikgu Aida. D Mereka memijak rumput yang baru ditanam ini, kata Cikgu Aida kepada murid-muridnya.

10. Pilih Ayat Yang Betul; > Penggunaan imbuhan > Penggunaan kata sendi nama > Pemilihan Frasa > Penggunaan kata nafi > Kesilapan penggandaan kata

Kesalahan menggunakan perkataan


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 agong : agung betapa : bertapa bila : apabila bina : bena cucuk : cocok culik : colek dilema : delima giling : geleng indah : endah golong : gulung hurai : urai jolok : juluk kelas : klas kenderaan : keinderaan pedalaman : pendalaman 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 qari : kari parti : pati rasmi : resmi sela : sila seri : sri sembang : simbang selok : seluk tekad : tekat tembok : tembuk setengah : sesetengah tanpa : tampa tempoh : tempuh tonton : tuntun telor : telur

IV Kesalahan pengunaan gandaan (lebih daripada satu) Contoh; 1 Para pelajar bukan para-para pelajar 2 Mereka ini bukan mereka-mereka ini 3 Beberapa buah rumah bukan beberapa buah rumahrumah 4 Satu daripada beberapa masalah bukan satu daripada beberapa masalah-masalah. 5 Semua murid bukan semua murid-murid 6 Ramai orang bukan ramai orang-orang 7 Kebanyakan guru bukan kebanyakan guru-guru 8 Rakyat negara itu bukan rakyat-rakyat negara itu 9 Bangunan-bangunan itu tinggi bukan bangunanbangunan itu tinggi-tinggi

(a) Kesilapan kerana mengandakan kata nama sebelum kata kerja berapitan ber--an yang menunjukkan jamak.

Kata kerja yang berimbuhan apitan ber--an seperti bergantungan, berguguran, berkejaran, berkibaran dan sebagainya membawa maksud perkataan yang menunjukkan jumlah banyak atau berulang-ulang. Oleh itu kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digandakan lagi.
con.; ~ Bintang-bintang berkerdipan di langit. ( X ) ~ Bintang berkerdipan di langit. ( / ) * Burung-burung berterbangan di angkasa. ( X ) * Burung berterbangan di angkasa. ( / ) > Daun-daun kering berguguran. ( X ) > Daun kering berguguran. ( / )

(b) Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau kata majmuk yang sepatutnta hanya perkataan yang pertama sahaja yang perlu didandakan. con.: + Duta besar-duta besar. ( X ) + Duta-duta besar. ( / ) = Guru besar-guru besar. ( X ) = Guru-guru besar. ( / ) # Kertas kerja-kertas kerja. ( X ) # Kertas-kertas kerja. ( / ) @ Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan. ( X ) @ Pihak-pihak berkuasa tempatan. ( / )

(c) Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak. i. Kesilapan penggunaan kata nafi tidak. Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif . con.: SALAH bukan berjaya bukan bertunang bukan berusaha bukan besar bukan hidup bukan kaya bukan manis BETUL tidak berjaya tidak bertunang tidak berusaha tidak besar tidak hidup tidak kaya tidak manis

ii. Kesilapan penggunaan kata nafi bukan. kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Con.:
SALAH BETUL

tidak dari Kuantan tidak di desa tidak di Subang tidak doktor tidak emak mertua tidak gas tidak kakak tidak Kassim tidak ke Ipoh

bukan dari Kuantan bukan di desa bukan di Subang bukan doktor bukan emak mertua bukan gas bukan kakak bukan Kassim bukan ke Ipoh

Pilih ayat yang betul. UPSR 2001 49 I Saya hendak menjumpai Ahmad pada petang ini. II Cara Fauziah bercakap terlalu merendah diri. III Anak kecil itu duduk di atas pangkuan neneknya. IV Di masa itu saya sedang memancing ikan di sungai. A I dan II sahaja C III dan IV sahaja B II dan III sahaja D I, II dan III sahaja 50 I Alwi menerima sepucuk surat dari kawan lamanya. II Golongan remaja digalakkan melabur dalam Amanah Saham Wasasan 2020. III Mereka menghayati pembacaan puisi itu dengan sepenuh hati. IV Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap ramah mesra apabila melayan tetamu . A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

UPSR 2003

49

I Rumahnya terletak di antara sekolah dengan pejabat pos. II Laporan itu diserahkan ke pihak polis. III Di manakah ikan segar itu dijual? IV Di dalam perbincangan tadi, Hasrul dilantik sebagai Ketua Murid. A I dan II sahaja C II dan IV sahaja B I dan III sahaja D III dan IV sahaja I Kebanyakan murid perempuan suka bermain bola jaring. II Semua ahli-ahli Tunas Puteri berkhemah di padang sekolah. III Banyak murid yang melibatkan diri secara aktif dalam persatuan. IV Sesetengah murid lebih suka membawa bekalan dari rumah. A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

50

UPSR 2006

Pilih ayat yang betul. 28. A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung. B Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja. C Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu. D Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman.

29. I Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan itu. II Suhailah ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik. III Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu. IV Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

UPSR 2007

Pilih ayat yang betul. 27. A Ke manakah mereka membeli tiket itu? B Kamu tidak hadir semalam mengapakah? C Bagaimanakah pasukan itu mencapai kemenangan? D Apakah kamu dan adik pergi ke kedai semalam? 28 A B C D Pramugara itu kelihatan segak ketika bertugas. Saya membeli tiga kilogram tepung ke kedai itu. Abang memiliki koleksi setem-setem luar negara. Shanti makan dua biji roti canai pagi tadi.

UPSR 2008

29. I Masalah kesesakan lalu lintas mesti diselesaikan dengan segera. II Janganlah bercakap bila sedang makan, kata ibu kepada Azman. III Karangan itu perlu disiapkan oleh Siti sebelum menghadiri kelas komputer. IV Zakiah menjadi juara di dalam pertandingan deklamasi sajak. A I dan III sahaja C I, II dan III sahaja B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja.

Soalan 31 hingga Soalan 40


Pemahaman Petikan ( Kemahiran membaca dan memahami ) Bentuk soalan 5 perkara yang diuji 1 2 3 4 5 Menguji pemahaman Menguji minda Menguji fakta / tarikh / masa / bilangan / tempat Menguji fakta penyataan Menguji makna perkataan / rangkai kata / frasa / simpulan bahasa

Daun dedalu daun selasih


Sekian dahulu

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai