Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan Pelbagai cara manusia berkomunikasi untuk menyampaikan sesuatu tujuan atau maksud.

Salah satu cara berkomunikasi ialah dengan menggunakan alat yang paling maju, canggih, dan kerap digunakan oleh manusia, iaitu bahasa. Wallwork ( 1969 ) telah menyenaraikan beberapa fungsi bahasa, iaitu bahasa sebagai alat sapaan, , penyimpan rekod, untuk menyampaikan perintah dan keterangan, untuk mempengaruhi orang, curahan rasa hati, dan wadah memuatkan fikiran serta membolehkan seseorang itu berfikir. Namun begitu, fungsi bahasa yang paling utama ialah alat komunikasi antara manusia.

Definisi bahasa telah dikemukakan oleh para sarjana dan ilmuwan bahasa. John P. Huges mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan untuk menyampaikan fikiran daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Edward Sapir ( 1948 ) pula telah mentakrifkan bahasa sebagai a purely human and non-instintive method of communicating ideas, emotions, and desires by means of a system of voluntary produced symbols. Kamus Dewan ( Edisi Ketiga : 1994 ) pada halaman 87 mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Teori Fonetik dan Fonologi Fonetik dan fonologi sangat berkaitan dan keduanya berhubungan dengan satuan terkecil dari bahasa, yaitu bunyi. Menurut Okumura dalam Tjandra (2004:1), dalam linguistik ada dua ilmu yang dikenal sebagai ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa.Ilmu tersebut yaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa secara fisik, sedangkan fonologi adalah ilmu yang mempelajari fungsi dan kondisi bunyi-bunyi bahasa secara khusus di dalam tata bunyi bahasa yang bersangkutan, berdasarkan data-data yang diperoleh dari ilmu fonetik. Namun, dalam fonetik, menurut Okumura, dibagi lagi menjadi dua, yaitu:

1) Fonetik artikulatoris adalah fonetik yang mempelajari cara pembentukan bunyi bahasa di dalam rongga mulut. 2) Fonetik eksperimental adalah fonetik yang mempelajari sifat-sifat fisik bunyi bahasa menurut ilmu fisika dengan menggunakan berbagai peralatan eksperimen di dalam laboratorium fonetik.

Teori Interferensi Bahasa Dalam fonetik, sudah dapat diketahui bahwa artikulasi atau pembentukan bunyi bahasa di dalam rongga mulut dapat berpengaruh pada bunyi suatu bahasa. Bahasa yang satu dapat berbeda bunyinya dengan bahasa yang lain. Hal ini disebabkan karena perbedaan artikulasi yang terjadi pada penutur bahasa yang bersangkutan. Seseorang yang mempelajari bahasa asing, yang bukan bahasa yang biasa ia pakai, tentu akan mengalami kesulitan-kesulitan yang disebabkan oleh perbedaan artikulasi yang sering orang tersebut lakukan dalam mengucapkan bahasanya sendiri dengan artikulasi bunyi bahasa yang dipelajarinya.

Terkadang dapat terjadi penyamarataan artikulasi pada bahasa kedua yang dipelajari dengan bahasa ibu yang sering dipakai orang tersebut. Hal inilah yang disebut dengan interferensi bunyi bahasa. Menurut Kridalaksana (1993:84), definisi interferensi dapat dilihat dari dua segi, yaitu segi bilingualisme (kedwibahasaan) dan segi pengajaran bahasa. Dari segi bilingualisme, interferensi didefinisikan sebagai penggunaan unsur bahasa lain oleh bahasawan yang bilingual (menggunakan dua bahasa) secara individual dalam suatu bahasa dan ciri-ciri bahasa lain itu masih kentara. Interferensi yang terjadi juga dapat berbeda-beda sesuai dengan medium, gaya, ragam, dan konteks yang dipergunakan oleh orang yang bilingual tersebut.

Definisi Fonologi Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonologi (daripada Greek: , phn, "suara, bunyi" dan , lgos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani (phon) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan P ini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi P ini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh

manusia. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik.

Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk,

berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.

Fonetik Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi bunyi bahasa di mental dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).

Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut:

Pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik. Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut dikenali sebagai fonetik artikulasi.

Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini, ia melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula, deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan. Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi, dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut, bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-masing.. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud. Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. Fonemik Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitik beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa.

Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

Definisi Artikulasi dan Artikulator Artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerakgerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyibunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin, 1998:16-17) Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Fonem-fonem bahasa Melayu Vokal Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu: 1 2 3 Vokal hadapan Vokal tengah Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah.

Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyibunyi vokal. Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: 1 2 3 4 Hampar Separuh hampar Bundar Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau

bundar dan separuh bundar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa

Konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

satu konsonan hentian glotis. ( ? )

dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).

satu konsonan getaran bersuara ( r ).

satu konsonan sisian bersuara ( I ).

empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).

satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

Diftong Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata. Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.

Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu.

Artikulasi Fonem-Fonem Bahasa Melayu Artikulasi Fonem Vokal Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ] Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh: akhir an [beli] [cari]

awalan [ijab] [insan]

pertengahan [minum] [kilang]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ].

Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ] Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan

keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh: akhir an [kole ] [taug e]

awalan [ekor] [enak]

pertengahan [kekok] [belok]

Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Sebagai contoh: akhir an [lupa ] [ken a]

awalan [angsa] [alis]

pertengahan [rapi] [palam]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ].

Artikulasi Fonem Konsonan Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: akhira n [kelab ] [makta b]

awalan [batu] [balu]

pertengahan [lumba] [labu]

Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: akhir an [salad ] [noma d]

awalan [datuk] [diari]

pertengahan [sedut] [saderi]

Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: akhir an [beg] [jag]

awalan [gajah] [gelap]

pertengahan [megah] [sergah]

Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paruparu melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh: akhir an [pak ar] [cak ar]

awalan [rotan] [rancang]

pertengahan [kerap] [perap]

10Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhir an

[mantan] [maki] Artikulasi Fonem Diftong

[semak] [amal]

[sela m] [sura m]

Artikulasi fonem diftong [ai ] Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: akhir an [bela i] [ked ai]

awalan [aising] [aikido]

pertengahan [hairan] [kailan]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ]. Artikulasi fonem diftong [ au ] Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh: akhir an [pula u]

awalan [aur]

pertengahan [maulana]

[aurat] [saudara]

[relau]

Artikulasi fonem diftong [oi ] Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: akhira n [kaloi]

pertengahan [boikot]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi ]. Bahasa Sukuan (Dialek Terengganu) Yang dimaksudkan dengan dialek Terengganu ialah dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Di bawah ini akan diperbandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek Terengganu itu, dan di samping itu menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruh dari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu Telemong, Jerengau, Kuala Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya Kampung Manir), Ulu Nerus dan Ulu Dungun.

Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu,di anatara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu. Kawasan ini dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar. Subdialek Terengganu mempunyai enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu [ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan sebagai [ ] dalam subdialek Ulu Telemong. Sebagai contoh :Ulu Telemong [ kual ] [ di ] [ si - si ] Bahasa Standard [ kuala ] [ dia ] [ sia sia ]

Bagaimanapun, bunyi [ ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai kesejajaran dengan diftong [ ai ] dalam bahasa Malayu standard . Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ sem ] [ mis ] Bahasa Standard [ smai ] [ misai ]

Vokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir tertutup mempunyai berbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini tetap sebagai [ a ] jika konsonan yang mengikutnya itu hentian glotis atau nasalnya [ ]. Ulu Telemong [ udaq ] [ caq ] [ taha ] [ ika ] Bahasa Standard [ rodat ] [ kanda krbau ] [ tahan ] [ ikan ]

Sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu mempunyai kesejajaran dengan [ o ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh :-

Ulu Telemong [ mioh ] [ umoh ]

Bahasa Standard [ mrah ] [ rumah ]

Subdialek ini mempunyai rangkap vokal seperti berikut [ ei ], [ a], [ i ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-contoh seperti ;Ulu Telemong [ dueiq ] [ sa ] [ duni ] [ lio ] [ lio ] [ liu ] [ di ] [ kual ] [ dao ] Bahasa Standard [ duri ] [ sn ] [ dunia ] [ liar ] [ lia ] [ liur ] [ diam ] [ kuala ] [ daun ]

Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebut boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ o ]. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ tabi ] [ piki ] [ lio ] [ tido ] [ liu ] [ tlu ] [ ako ] Bahasa Standard [ tabir ] [ fikir ] [ liar ] [ tidur ] [ liur ] [ tlur ] [ akar ]

Dalam subdialek ini terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awal kata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawa pemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yang berkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau suku kata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ mmiq] [ ddal ] [ ssiniq ] [ kkapo ] Bahasa Standard [ miatkan ] [ di dalam ] [ di sini ] [ di kampu ]

Kesimpulan Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek Kelanta, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan ang seperti halnya dengan subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya ialah ang.

BIBLIOGRAFI

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.