Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

IM PROUD TO BE A MUSLIM
ANJURAN: BIRO KEROHANIAN 1 JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR(JPP)

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.


1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, kefahaman akidah individu yang beragama Islam dalam masyarakat kita hari ini semakin terhakis.Tiada lagi penghayatan agama dalam diri malahan dapat dilihat dengan jelas berlakunya gejala-gejala yang bercanggah dengan syariat dan kehendak agama Islam dalam masyarakat hari ini. Cara kehidupan yang sebegini telah menjadikan umat Islam hari ini leka dan lalai serta semakin jauh dari Allah. Oleh yang demikian, satu program yang bersesuaian telah dirangka untuk dilaksanakan bagi guru-guru pelatih Islam yang akan bertugas untuk agama, bangsa dan negara sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru-guru yang bukan sahaja seimbang dari sudut jasmani bahkan rohani. 2.0 RASIONAL

Profesion Keguruan merupakan satu kerjaya yang mulia dan penuh dengan cabaran. Perubahan zaman yang bergerak pantas telah banyak mengubah cara hidup masyarakat hari ini. Amalan agama jelas sekali telah banyak di abaikan. Justeru tanggungjawab dan peranan seorang guru juga akan bertambah dalam memelihara agama dan juga bangsa. Atas kesedaran inilah, Biro Kerohanian JPP IPG kampus Tengku Ampuan Afzan berhasrat untuk melaksanakan Program IM PROUD TO BE MUSLIM bagi peringkat IPG kampus Tengku Ampuan Afzan. Melalui hasrat murni ini, setiap guru pelatih Islam diharapkan akan dapat mengembeling tenaga dan idea dalam usaha memartabatkan kehidupan Islam yang sebenar

3.0 MISI Melahirkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan dasar kerajaan yang amat menitikberatkan pembangunan modal insan. Oleh yang demikian, program kesedaran pendidikan dan kemasyarakatan ini amat sesuai dan dianggap sebagai medium mengetengahkan kualiti insan di kalangan guru pelatih. 4.0 MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih Islam tentang

keindahan Islam dan kepentingan berpegang teguh kepada Islam dalam kehidupan seharian. Program ini juga menyokong sepenuhnya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. 5.0 OBJEKTIF Objektif Program Im Proud to be a Muslim ini ialah :5.1 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua guru pelatih muslim tentang keindahan agama Islam dan syariat Islam apabila dilaksanakan .Hal ini secara tidak langsung dapat menimbulkan keinginan semua guru pelatih Islam untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam.

5.2 Menuju visi dan misi IPG KTAA dalam melahirkan guru pelatih yang memiliki Towering Personality : Ini merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) dan seterusnya dapat disalurkan serta diwariskan kepada generasi pelajar kini.

5.3 Melahirkan guru pelatih yang berkebolehan, bermotivasi, berdaya saing dan berkeyakinan : Nilai-nilai murni dan kerjasama yang tinggi amat diperlukan bagi menjayakan program sebegini. Justeru kejayaan dan penganjuran program berupaya membentuk modal insan yang lengkap dengan pelbagai aspek positif dan budaya murni. 6.0 TEMA Memahami, Mendalami, Memperkasa Diri dan Berkongsi 7.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih Islam IPGK TAA

8.0 TARIKH CADANGAN PERLAKSANAAN 5 Mei 2011,Hari Sabtu 9.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA Rujuk Lampiran A 10.0 TENTATIF Rujuk Lampiran B 11.0 PERBELANJAAN Rujuk Lampiran C

12.0

BIODATA PENCERAMAH

LAMPIRAN A

Rujuk Lampiran D

AHLI JAWATANKUASA KERJA BENGKEL PERMANTAPAN AKIDAH IPGKTAA

Pengerusi : Muhammad Fahmi B. Rosli Timb. Pengerusi 1 : Fauzan B. Md Tahib Timb. Pengerusi 2: Norsara Akma B. Mohd Nusir Setiausaha: Abdul Mahfuz B. Abdul Mubin Bendahari: Muhammad Izzat B. Ishak Program & Aktiviti : Mohd Izuddin B Istakal Abdul Muiz B. Ishak Muhammad Arif B Mold Mazlan Nurul Anis Binti Abu Bakar Nur Aim Bt Md Noor Mahadi Norlida Bt Husin Publisiti & Penerbitan: Mohd Khairi Hadzwan B Johari Mohd Fathi B Abd Ghani Nik Muhammad Nafis B Ahmad Mokhjamil Siti Shuhada Bt Mohammed Dahlan Nor Asmaa Bt Saad Nur Atiqah Bt Che Muhammad

Hadiah & Cenderamata :

Mohd Athooillah B. Hamzah Muhammad Hatikullah B Muhammad Muhammad Al-Hafiz B Rozali Nurul Afidah Bt Mahdom Noor Zehani Bt Mamat

Samihatul Afifah Bt Sulaiman

Makanan & Jamuan

Muhammad Syazwan B Mohd Zafarula Khan Muhammad Taqiuddin B Mohd Kamaron Laili Muhammad Farid B Supandi Siti Nurraihan Bt Khairouddin Farah Hanim Bt Ahmad Khidzar Nursyahida Bt Ahmad Tajuddin

Peralatan dan : Persediaan tempat

Mohammad Solehuddin B Abd Raub Mohammad Saiful Amin B Koh Muhammad Imanuddin B Abdul Basir Ayu Siti Jannah Bt Husin Siti Khadijah Bt Razali Norashikin Bt Harun

LAMlPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

8.00 malam 8.15 malam

: Ketibaan penceramah dan peserta : Ceramah bertajuk Im Proud To be A Muslim Oleh :Lim Jooi Soon (Lampiran D)

10.45 malam : Sesi soal jawab 11.00 malam : Majlis bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Butiran Anggaran perbelanjaan Jumlah perbelanjaan 1 Bayaran Penceramah Bayaran Penceramah 1 jam pengisian penceramah =RM 120 RM 360.00

3 Jam (Jadual 1) x RM 120 =RM 360 2 Kos perjalanan penceramah Dari Ampang ke RM 100.00 RM 100 Kuala Lipis = 171 km

Jumlah : RM 460.00

JADUAL 1 SLOT MASA JUMLAH JAM 1 8.00 malam 11 malam 3 jam

LAMPIRAN D

BIODATA PENCERAMAH

Bekas penganut Buddha dan Kristian 'Evangelical Protestant' Pernah mengikuti 'Correspondence Bible Study Training' di South Australia. Pernah mengikuti kursus 'Training the Trainer' anjuran Nuruddin Lemu dan Aisya Rodrigo daripada Islamic Education Trust, Nigeria. Penganjur kepada kursus 'Interactive Da'wah Training' (IDT), PERKIM Ampang. Penceramah jemputan untuk Jabatan Agama, Agensi Kerajaan dan Swasta, Universiti dan Gereja di dalam serta luar negara. Terlibat dalam Forum Perbandingan Agama. Penasihat PERKIM Cawangan Ampang. Menerima tauliah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dalam bidang Perbandingan Agama. Penulis buku bertajuk '7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian',Mengulas karya saudara Farhan(kristianisas dan gejala murtad di malaysia),

PENUTUP Justeru, pihak kami sangat berharap agar kertas kerja Im Proud To Be A Muslim ini dapat diluluskan dengan jayanya dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan akan kami kenang sebagai satu jasa baik yang tidak terhingga yang diberikan kepada kami.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

. (ABDUL MAHFUZ B. ABDUL MUBIN) Setiausaha , Exco Kerohanian 1 JPP , Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

( MUHAMMAD FAHMI B. ROSLI ) Pengerusi , Exco Kerohanian 1 JPP, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Disokong oleh :

Disemak oleh :

(USTAZ JAMALUDDIN B. ADAM) Penasihat Exco Kerohanian 1, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

(EN. WAHAB B ISA) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan Oleh :

(EN. ROSELAN BIN AHMAD) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai