Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Kem ini adalah anjuran Kelab Pendidikan Islam bersama dengan Panitia Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4). Ia dirangka bagi mengisi aktiviti murid tahun 6 selepas
menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini adalah satu inisiatif sebagai persediaan untuk menghadapi
alam remaja terutama dari aspek kerohanian dan keagamaan.
Objektif Umum
Menyediakan program permulaan kepada perubahan kendiri, pembentukan jati diri seiring dengan
keperluan syariat dengan menekankan aspek akidah, kesedaran beribadah yang tinggi, pengurusan dan
tanggungjawab sebenar sebagai hamba Allah, manusia, anak dan pelajar.
Ia juga sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut yang sudah ada dalam diri pelajar
supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna, efektif, member ruang dan peluang melalui aktiviti
yang disediakan secara terpimpin. Seterusnya akan mampu meninggalkan impak positif kepada sekolah,
masyarakat dan Negara.
Objektif Khusus
Selepas program ini pelajar dapat:
1. Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
2. Meningkatkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam dari sudut Aqidah, Ibadah dan Akhlak.
3. Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah dan kesedaran
merubah tingkahlaku yang tidak betul.
4. Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.
5. Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong pelajar ke
arah kecemelangan sahsiah.
Tarikh / Masa/ Tempat
Tarikh

: 12 November 2014

Masa

: 7.40 1.00 petang

Tempat

: Dewan tertutup

Sasaran
Seramai 88 orang murid Islam tahun 6.

Rasional
Terancangnya program ini adalah berdasarkan kepada rasional berikut :
1. Kejayaan pengaruh-pengaruh tidak sihat yang menjadi tarikan kepada golongan pelajar ini
menyebabkan golongan ini amat memerlukan bimbingan kepada pembentukan kendiri yang kukuh.
Bimbingan menyeluruh hendaklah diberi bukan sahaja kepada aspek fizikal melalui aktiviti out door
dan kesedaran tingkahlaku semata tetapi memerlukan tunjuk ajar kepada keperluan asas fardhu ain juga
kerohanian sebagai pendorong kepada segala perubahan yang diharapkan.
2. Kegagalan menjadikan syariat, asas agama, zikir munajat sebagai benteng pertahanan jati diri seorang
remaja menyebabkan mereka sering berada diluar landasan yang telah disyariatkan. Oleh yang demikian
bantuan berbentuk bimbingan kejiwaan, pendedahan agama disamping aktiviti latihan dalam kumpulan,
permainan, aktiviti lasak adalah bantuan menyeluruh yang diperlukan kepada mereka bagi memulakan
semula tindakan rasional yang selama ini mereka tidak sedar kepincangannya.

Ahli Jawatankuasa Induk


Pengerusi

: En. Yeo Sai Lim

Naib Pengerusi

: En. Ahmad Kamal Mohammed Arshed


Pn. Rohani bt Saad
Cik Lean Mei Li

Penyelaras

: En Shahrin bin Shamsuddin

Setiausaha

: Pn. Ruzita bt Ab. Rahman

Bendahari

: Pn. Sharifah Nor Aini bt Syed Zain

Kem Komandan

: Ustaz Hashnoll Hafiizh bin Saleh

Ketua Disiplin

: Ustaz Mohd Adha bin Yasir

Ketua Urussetia

:Cik Sadiah bt Ahmad Palal

Jawatankuasa Modul dan Bahan : Pn. Nur Nasirah bt Zaik


Pengurusan Peserta

: Pn. Siti Zulaikha

Makanan dan Minuman : Pn. Siti Sara


Unit Fotografi dan Dokumentasi : Ustaz Yunus b. Ab Kadir
Ketua Fasilitator

: Ustaz Ahmad Kashfi bin Abd Rahman

Tentatif Program
Masa
0745-0830
0830-10.00

Aktivti
Taklimat / Ice breaking
Ceramah

10.10-1030
10.30 -11.30

Penceramah
Tajuk : Sifat Mahmudah dan dijemput
Mazmumah dan Aurat serta
pergaulan
Rehat
Slot 2:
Bersuci dari Hadas / Mandi Wajib
Slot 3:
Tanggungjawab terhadap keluarga
Rumusan Fasilitator /

11.30-12.30
12.30 -1.00

Tindakan
Penyelaras/Fasilitator

Peralatan/Catatan

yang PA system

Anggaran Belanjawan
BIL
1

PERKARA
Makanan

KUANTITI
88 peserta x RM 4.00
JUMLAH

JUMLAH (RM)
RM352.00
RM352.00

Penutup
Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi menentukan
bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada
individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai sahsiah peribadi mantap yang membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang besar
kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..
(Ruzita bt Ab. Rahman )

..
( Ahmad Kamal Mohamed Arshed)
GPK Kokurikulum SKBUD4

Diluluskan oleh,

(
)

Anda mungkin juga menyukai