Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT 2014


1. PENDAHULUAN
Sesungguhnya Islam amat menitik beratkan kepada umatnya untuk
mengerjakan sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan
perkara yang terkandung di dalam Rukun Islam yang mana wajib dipatuhi
oleh setiap orang Islam. Justeru itu, Islam menyuruh umatnya belajar untuk
mengetahui perlakuan perlakuan di dalam sembahyang dengan sempurna
agar segala amalan dan perbuatan kita akan diterima oleh Allah SWT.
Zaman kanak-kanak merupakan suatu fatrah (peringkat) perubahan
bagi membentuk jati diri sebelum melangkah ke alam remaja dan seterusnya
ke alam dewasa. Jika fatrah ini diisi dengan sebaik-baik amalan dan bekalan
beserta dengan bimbingan, nescaya kanak-kanak ini mampu memandu diri
ke arah yang diredhai Allah s.w.t suatu hari nanti.
Atas kesedaran ini, pihak sekolah di bawah anjuran Guru-guru j-QAF
melalui Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab menganjurkan Kem
Bestari Solat 2014 bagi menekankan penguasaan murid terhadap amalan
solat khususnya dan ibadah yang lain amnya. Di atas keberkesanan dan
kejayaan Kem bestari Solat pada tahun sebelum ini, maka program ini
diteruskan untuk memberi bimbingan yang berterusan kepada murid
murid tahun 2 hingga 6 dan memberi panduan dan pengajaran kepada
murid murid tahun 1. Di harap program ini dapat menerapkan
pembentukan sahsiah yang baik kepada murid-murid untuk melahirkan
insan yang cemerlang dan berakhlak mulia.

2. MOTTO

INSAN BERILMU DAN BERPENGETAHUAN, PEMANGKIN KE


ARAH MASYARAKAT MADANI

3. RASIONAL PROGRAM
3.1
Model Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk
memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari
segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah.

3.2
Model Bestari Solat merupakan program yang bertujuan untuk
memberi pendedahan awal tentang penguasaan murid terhadap amalan
amalan fardhu ain dan fardhu kifayah dalam pengkhususan fiqh ibadah.
3.3
Terdapat remaja hari ini kurang dalam didikan agama lantas
terumbang ambing dalam melaksanakan ibadah yang sempurna. Oleh itu,
program ini cuba menerapkan input yang terbaik dari peringkat muridmurid sekolah rendah agar mereka mendapat gambaran awal dalam
konteks perlaksanaan ibadah solat, akhlak, akidah dan sebagainya.

4. OBJEKTIF PROGRAM
4.1
4.2

4.3
4.4
4.5

Memberi bimbingan khusus kepada murid-murid mengenai


perlaksanaan wuduk dengan sempurna.
Menerapkan pemahaman kepada murid tentang fardhu sembahyang
agar dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat
dengan betul dan lancar.
Memberi pendedahan tentang pelaksanaan solat dengan sempurna,
sama ada secara bersendirian atau berjemaah.
Menerapkan rasa tanggungjawab di dalam asas ibadah iaitu
sembahyang.
Membina asas ketahanan dalaman diri (inner defense) dalam
menghadapi pelbagai cabaran semasa.

6.

TEMPAT
Sk Sungai Kem Batu 18 Bintulu.

7.

SASARAN
Semua murid tahun 1 dan 2 yang beragama Islam.
Murid tahun 1
150 Orang
Murid tahun 2
138 Orang
______________________________
Jumlah
288 Orang

8.

TARIKH PERLAKSANAAN
Tahun 1
Siri 1 21 - 22Januari 2006
Siri 2 18 19 Febuari 2006
Siri 3 01 02 Julai 2006

Siri 4 12 13 Ogos 2006


Tahun 2

Siri
Siri
Siri
Siri

1
2
3
4

21
25
22
12

- 22 Januari 2006
26 Mac 2006
23 Julai 2006
13 Ogos 2006

9.

AHLI JAWATANKUASA
Rujuk lampiran
1

10.

PENGISIAN PROGRAM
Rujuk lampiran
2

11.

BELANJAWAN
Rujuk lampiran

12.

PENUTUP

Akhirnya, pihak penganjur bersama pihak sekolah dengan penuh rasa kesedaran
mengharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya
dalam melaksanakan program ini. Di harapkan pelaksanaan kem ini akan memberi
kesan kepada murid - murid untuk meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan
rasa kebertanggungjawaban untuk melaksanakan perkara fardu ain yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. Semoga Allah menerima segala pengorbanan yang
dicurahkan sebagai satu ibadah.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

( Haslina Binti Saludin )


Setiausaha Program
Kem Bestari Solat 2006
SK Kampung Jepak, Bintulu

( Puan Hjh Lily binti Hj. Ahmad )


Guru Penolong Kanan 1
SK Kampung Jepak, Bintulu

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Penaung

Puan Hajah Lily Binti Haji Ahmad


( Guru Penolong Kanan 1 SK Kampung Jepak )

Penasihat

Pengarah
Setiausaha
Bendahari

:
:
:

Mohd Sani Bin Samuri


Nur Muhammad Faizal Bin Mohamed
Maryati Binti Mokhtar
Haslina Binti Saludin
Anis Sabirin Binti Abdul Majid

AJK FASILITATOR DAN CERAMAH


1. Maryati Binti Mokhtar
2. Haslina Binti Saludin
3. Anis Sabirin Binti Abdul Majid
AJK MAKANAN DAN MINUMAN
1. Hashimah Binti Wahab
2. Dayang Nor Asyikin
3. Rumina Binti Kamidin

4. Mariana Binti Pani


5. Noraishah Binti Nawawi
6. Kartini binti Ali
AJK TEKNIKAL DAN TUGAS TUGAS KHAS
1. Narzuan Bin Muji
2. Nafisah Binti Rosli
3. Aling Bin Abas
4. Julaihi Bin Pedol
AJK KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN
1. Nur Mohamad Faizal Bin Mohamed
2. Azlizawati Binti Abdul Rahman
AJK RIADAH DAN PERTANDINGAN
1. Norizan Bin Zaidi
2. Adi Kupon
3. Zaidah
4. Lim Mei Yong
5. Lee Chin Yean
AJK PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN
1. Nur Muhamad Faizal Bin Mohamed
2. Haslina Binti Saludin

LAMPIRAN 2

PENGISIAN PROGRAM

1. FIQH IBADAH
Penekanan khusus kepada :
- Latihan amali wuduk
- Amali solat Fardhu
- Amali Solat Berjemaah

2. AKHLAK

Konsep akhlak dalam Islam, bagaimana menjadi anak yang soleh,


kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa, guru dan masyarakat dan
bagaimana membentuk sahsiah diri yang mulia.

3. UJIAN
Ujian Pra dan Pasca Program.

LAMPIRAN 3

ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN
PERKARA
JPN
PIBG
SUMBANGAN / TAJAAN

JUMLAH
RM5 X 288 Org X 4 KBS

JUMLAH KESELURUHAN

RM 5 760.00
RM 500.00
RM 5 265.00

RM 11 525.00

PERBELANJAAN

PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH

Makan/Minum Peserta

RM8 x 288 org x 4 KBS

RM 9 216.00

Makan/Minum Urusetia

RM10 x 30 0rg x 4 KBS

RM 1 200.00

Kit Kursus/Bahan Cetak

RM 3 x 288 org (murid)


RM 3 x 15 org (fasilitator)

RM
RM

864.00
45.00

Publisiti

RM100

RM

100.00

Perbelanjaan luar jangka

RM100

RM

100.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 11 525.00

Anda mungkin juga menyukai