Anda di halaman 1dari 6

Fakta Tuntutan Royalti Yang Perlu Diketahui

Written by admin on November 26, 2011 FAKTA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN. A. UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN. - Tahun 1974 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13

(1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan. - Pada 9 Mei 1975 Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. [NOTA: Berdasarkan perjanjian itu Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.] - 12 Noember 1975 Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya. - Kenyataan Mantan Perdana Menter, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara. B. HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU LEBIH DEKAT 110KM. - Tahun 2005 Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

- Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) Penafian HAK Kelantan buat kali pertama! - Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh, Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak? C. SEKALI LAGI HAK NEGERI KELANTAN INGIN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN MENDARATKAN MINYAK KELANTAN KE TERENGGANU. - 24 Ogos 2011 PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang 200km dan dijangkan siap 2013. - 2 telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay Basin yang berada di perairan Kelantan. - 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga. - USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia. - 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun. - RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan. Sebagai Rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan bersatu padu dan bangkit menuntut HAK ROYALTI minyak+gas dan HAK PENDARATAN minyak dan gas di bumi Kelantan demi kedaulatan Negeri, kemakmuran ekonomi anak bangsa hadapan. Ayuh Rakyat kita BANGKIT! Royalti Hak Rakyat Kelantan, Tuntut Sampai Dapat! Disusun oleh; Syam Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) Ghaz

Asas Tuntutan Royalti Kelantan


1. PENGELUARAN MINYAK DAN GAS KELANTAN DI MEDAN [PETA MINYAK & GAS DILAMPIRKAN] MEDAN Pertindihan Kelantan Terengganu Pengeluaran adalah mengikut Sempadan Laut 1987 (DILAMPIRKAN), maka Medan Lawit, Medan Jerneh dan Medan Bintang adalah berada dalam sempadan Kelantan Terengganu. Blok PM 301 dan PM 302 (100 % milik Kelantan tanpa pertindihan) Ekpslorasi di PM301 & PM302 diberikan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd. Syarikat milik 50:50 Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Exploration And Production Malaysia BV. 8 kawasan yang disahkan mempunyai simpanan minyak mentah dan gas asli. 3 April 2006, CS Mutiara mengumumkan penggerudian di zon Bunga Dahlia Penemuan gas di blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati. Penemuan gas di blok PM302 pula adalah di zon Bergading, Bunga Dahlia dan Bunga Teratai. Blok Malaysia Thailand Joint Development Area (JDA) Kawasan seluas 7,250 km persegi (1.8 juta ekar) dan terbahagi kepada 3 blok (C19, A18 & B17). Bertindih tuntutan antara Malaysia Thailand. Pengeluaran bermula pada 2 Januari 2005. Pembahagian 50:50. Anggaran pengeluaran gas 790 juta kaki padu sehari (284 trillion kaki padu setahun).Anggaran Pengeluaran minyak 23,000 tong sehari. Blok PM3 Commercial Arrangement Area (CAA)- (Malaysia-Vietnam) Kawasan seluas 1,408 km persegi .Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di Block 46-Cai Nuoc. Pengeluaran minyak bermula pada 1997 dan mencapai kemuncaknya pada tahun 2004. Telaga yang terlibat adalah West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya dan Bunga Seroja. Talisman: Pengeluaran minyak 60,000 tong dan 270 mm cfpd of gas sehari. Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip 24in, sejauh 170km ke Platform Resak.

2. BAYAR ROYALTI MENGIKUT PDA 1974

Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( PDA), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas. Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah di daratan (On-Shore) dan luar pantai (Off-Shore) untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.

3. PATUHI PERJANJIAN KELANTAN DENGAN PETRONAS PADA 9 MEI 1975 Antara isi kandungan perjanjian yang perlu dipatuhi dan termaktud dalam perjanjian: DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam Seksyen 4 Akta PDA Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan manamana Negeri yang berkenaan. 4. KERAJAAN NEGERI KELANTAN MEMPUNYAI HAK MENUNTUT BAYARAN TUNAI DARI PETRONAS. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 19774 dan Perjanjian Kelantan Petronas pada 9 Mei 1975, Kelantan berhak menuntut bayaran tunai. Asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Fakta di perenggan 1 membuktikan bahawa petroleum dihasilkan di Kelantan. Contoh, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai). Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu. DARIPADA Hasil kajian dan pengiraan NGO ROYALTI, JUMLAH Royalti ATAU BAYARAN TUNAI yang patut Negeri Kelantan terima daripada pengeluaran semua blok dan medan di Kelantan, adalah berjumlah RM12 Billion bermula sejak 1997 (MEDAN LAWIT APRIL 1997).

Justeru itu pihak R, menuntut ketepikan POLITIK DINOSOR dan bayar royalti 5% SEGERA kepada Kerajaan Negeri Kelantan, tanpa sebarang Jawatankuasa Khas sepertimana telah diamalkan untuk negeri-negeri Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Disediakan oleh;

Nazri Deraman Presiden R Malaysia Pengerusi R Kelantan

Anda mungkin juga menyukai