Anda di halaman 1dari 16

NAMA:

KELAS:.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2 BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 Tingkatan 4 (JULAI 2013) BAHAGIAN A [30 Markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan faktor penyebab keracunan makanan. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab keracunan makanan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Makanan yang tercemar

Penggunaan racun serangga perosak

Kurang mementingkan amalan kebersihan 1

Makanan tamat tempoh

BAHAGIAN B [100 Markah] [Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Pengaruh negatif dari Barat begitu menular dalam kalangan remaja kita. Faktor jati diri sering dikaitkan dengan isu ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh budaya kurang sihat tersebut? 2. Gejala pembuangan bayi kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Peningkatan kes pembuangan bayi membimbangkan banyak pihak. Tulis sebuah rencana tentang peranan keluarga untuk menangani hal ini. 3. Kenaikan harga minyak merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan tetapi yang paling mendukacitakan ialah kenaikan harga barangan secara sewenang-wenang oleh peniaga telah membebankan pengguna. Anda ingin menulis surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mencadangkan beberapa langkah mengatasi perkara tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. 4. Masalah pendatang asing secara haram ke negara-negara tertentu memerlukan kerjasama negara-negara tersebut. Nyatakan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh negara-negara terbabit untuk membendung kemasukan pendatang asing secara haram. 5. Cerpen-cerpen dalam antologi Harga Remaja begitu memikat hati anda. Ada banyak faktor yang menyebabkan sebuah cerpen itu memikat hati pembaca. Ulas salah sebuah cerpen dalam antologi tersebut selengkapnya. --------------KERTAS SOALAN TAMAT------------Disediakan oleh: Pn. Noorhashida bt Hashim (Guru Mata Pelajaran) Disemak oleh: ..... En Zaidi b. Samsudin ( Guru Mata Pelajaran) Disahkan oleh: .. En Sidek b. Pawi (Ketua Bidang Kemanusiaan)

Jadual Spesifikasi Ujian SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2 BAHASA MALAYSIA Tingkatan 4 (KERTAS 1) (JULAI 2013)

Aras soalan
Soalan/ Kemahir an Bahagian A Bahagian B Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintaksis Penilaian JUMLAH SOALAN %

30%

1 2 3 4 5 Jumlah

1 1 1 1 1

1 1 1 1 1 6

100 100 100 100 100 130

Disediakan oleh: Pn. Noorhashida bt Hashim (Guru Mata Pelajaran)

Disahkan oleh: .. En Sidek b. Pawi (Ketua Bidang Kemanusiaan)

SKEMA JAWAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2 BAHASA MALAYSIA Tingkatan 4 (KERTAS 1) (JULAI 2013) BAHAGIAN A [30 markah] -lebih 250 jenis penyakit telah dikenal pasti boleh dipindahkan atau menjangkiti seeorang melalui makanan. Pendahuluan -penyakit bawaan makanan dikelaskan sebagai keracunan makanan -dalam keadaan tertentu keracunan makanan dapat mneyebabkan kematian. Isi-isi penting -terdapat dalam makanan tercemar -bakteria mengeluarkan toksin yang disimpan dalam makanan Bakteria -bakteria bertindak dengan menyebabkan inflamasi pada sel di usus kecil penyebab lalu menghalang penyerapan nutrien dan air ke dalam darah keracunan berlaku cirit-birit,Contoh-makanan berasaskan susu dan makanan yang makanan terdedah pada udara Racun -buah-buahan dan sayur-sayuran disembur racun di ladang makhluk -racun ini dapat memudaratkan kesihatan pengguna. perosak -pengguna perlu membasuh sayuran sebersih-bersihnya. -buah-buahan pula perlu dikupas kulitnya Kurang -amalan kebersihan semasa menyediakan makanan kurang dititikberatkan mementingkan -tidak mempraktikan amalan membasuh tangan selepas keluar dari tandas amalan dan semasa memegang makanan kebersihan -peralatan memasak tidak dibasuh dengan kemas. -persekitaran tempat memasak terdapat tikus atau lipas. Kesimpulan -pelbagai langkah diambil untuk memastikan pengusaha makanan mengamalkan kebersihan diri -tindakan tegas dikenakan kepada pengusaha ladang yang menggunakan racun serangga dan bahan kimia tanpa mengikut piawaian.

BAHAGIAN B(100 markah) Soalan 1. Pengaruh negatif dari Barat begitu menular dalam kalangan remaja kita. Faktor jati diri sering dikaitkan dengan isu ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh budaya kurang sihat tersebut?

Pendahuluan

Isi-isi penting 1. Sikap remaja itu sendiri.

-Pengaruh Barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. -Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . -Ringkasnya,pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. - Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang remaja itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. - Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya. -Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini. -Perasaan ingin mencuba naluri manusia yang normal untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mendapatkan sesuatu kesannya/dapat memuaskan nafsu ingin tahu tidak dapat memisahkan diri daripada perkara tersebut yang pada asalnya sekadar ingin mencuba - menjadi darah daging. -Sikap remaja juga dahaga akan keseronokan apa-apa sahaja bendabenda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. -Hal menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya ketika ini perkara yang terlintas di pemikiran mereka hanya keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak. -Tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa bagai mencurah air ke daun keladi - berasa diri mereka sudah dewasa dan berhak membuat keputusan sendiri tidak suka ibu bapa mencampuri hal mereka. -Lebih suka mendengar nasihat/pandangan rakan/kekasih berasa 5

seronok apabila bersama mereka kerana bebas membuat apa-apa yang digemari tanpa pengawasan ibu bapa. -Sikap kurang berkeyakinan kepada diri sendiri menyebabkan mereka bergantung kepada rakan -rakan membuat keputusan atau mengikut sahaja telunjuk mereka. -Mangsa penderaan yang ingin mengurangkan tekanan perasaan juga akan melakukan aktiviti-aktiviti tidak sihat ini

2. Pengaruh media massa sama ada media cetak atau pun media elektronik

Pengaruh media massa (media cetak, media elektronik, internet dll) - Media elektronik menayangkan rancangan yang ada unsur keganasan kebanyakan remaja suka menonton televisyen terpengaruh dengan watak antagonis /jahat memberikan idea untuk melakukan gejala sosial. - Rancangan yang diimport dari Barat yang sering memaparkan gaya hidup yang bebas/mewah remaja mula meniru cara hidup sedemikian. - Banyak rancangan dari Barat memaparkan remaja berani melawan nasihat ibu bapa kerana memperjuangkan hak kebebasan mereka nilai hormat-menghormati semakin luntur antara ahli keluarga. - Rancangan memaparkan adegan-adegan yang mencolok mata dan mengghairahkan, lebih-lebih lagi bagi siaran yang berbayar. -Rancangan televisyen sebegini seolah-olah memberikan satu fahaman bahawa orang ramai boleh menga dakan seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan antara dua pihak. Budaya seperti inilah yang mendedahkan remaja kepada penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya. - Lambakan bahan picisan yang berunsurkan seks mudah didapati kerana dijual di merata-rata tempat harganya murah dan mampu dibeli oleh remaja. - Selain video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. - Media massa juga menyampaikan maklumat tentang fesyen-fesyen terkini remaja yang terpengaruh akan mula meniru fesyen tersebut kebanyakannya mencolok mata menyebabkan kes rogol. -Budaya kuning dari Barat disebarkan melalui media massa memperkenalkan cara hidup yang pincang seperti Hip-hop, punk, hippies, black metal, pink metal, one night stand, seks bebas. -Hubungan kekeluargaan yang longgar akibat ibu bapa terlalu sibuk/mementingkan kerjaya hingga mengabaikan anak-anak anak diriba diletakkan, kera di hutan disusui tidak menyediakan ruang untuk bermesra dengan 6

3. Institusi kekeluargaan yang goyah.

4. Pengaruh rakan sebaya.

5. Sikap masyarakat

anak-anak anak-anak kurang kasih sayang akan memberontak. -Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang negatif pergaduhan suami isteri di hadapan anak-anak/kerap bergaduh /penderaan emosi anak-anak terganggu mencari ketenangan di luar rumah berkenalan dengan remaja liar akhirnya melakukan jenayah. - Ibu bapa yang terlalu mengongkong keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup dan menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi remaja rasa tertekan jiwa remaja memberontak jika berpeluang keluar daripada keadaan itu mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang menggunakan jalan pintas menyelesaikan masalah lari dari rumah/penyalahgunaan dadah/merokok -Tersalah memilih rakan yang bersikap negatif/ mempunyai masalah disiplin rakan merupakan antara orang yang rapat dengan seseorang remaja menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan masalah setelah diabaikan oleh keluarga terpengaruh dengan kelakuan buruk rakan sebaya tertarik dengan cara rakan mengatasi masalah mereka dengan mudah vandalisme /penyalahgunaan dadah dll -Perlakuan negatif ini disokong oleh rakan-rakan menyebabkan mereka rasa kuat dan berani untuk melakukan aktiviti tersebut lagi jika ramai penyokong, dia merasakan dirinya popular dan berstatus. -Menyahut cabaran daripada rakan sebaya - sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengekalkan persahabatan/menjadi ahli sesuatu kumpulan / takut disingkirkan diugut dan mendapat balasan jika tidak melakukannya - merokok/penyalahgunaan dadah dll mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan - dalam keadaan ini ramai remaja terjerumus dalam gejala sosial. - Sebahagian masyarakat bersikap apati ( tidak peduli), individualistik dan materialistik - remaja ialah produk sistem sesebuah masyarakat - masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. -Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu -isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.Menurut kajian, kebanyakan masalah sosial banyak berlaku di bandar golongan remaja melakukan gejala sosial 7

bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. - Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa-apa perkara yang berlaku di sekeliling mereka - golongan remaja merasakan diri m Kesimpulan -Remaja harus sedar bahawa pengaruh luar akan menjadikan mereka seperti sampah masyarakat -remja harus insaf bahawa pengaruh Barat perlu di saring kerana bukan semua perkara yang datang dari Barat boleh diikut.

Soalan 2 Tulis sebuah rencana tentang peranan keluarga untuk menangani gejala pembuangan bayi.

Pendahuluan

-Gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. -Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita -ada bayi yang dibuang meninggal dunia -ada bayi yang dapat diselamatkan -gejala ini membimbangkan banyak pihak -perilaku masyarakat zaman jahiliah ini perlu dihentikan. -ibu bapa perlu memastikan anak-tidak tidak terperangkap dalam gejala cinta monyet yang kian merosakkan akhlak dan jiwa remaja -mendedahkan remaja dengan pelbagai salah laku yang tidak bermoral. -Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anakanak. -Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. - Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. - Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak agar dapat mengellkan mereka terjebak dalam gejala yang tidak bermoral ini. -pegangan agama dapat dijadikan benteng untuk menghalang remaja terjebak dalam amalan seks bebas -Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan 8

Isi-isi penting 1. ibu bapa memantau pergaulan anakanak

2. Ibu bapa menerapkan nilai

murni dan ajaran agama kepada anak-anak

3. Ibu mencurahkan kasih sayang yang sempurna dan kamil kepada anak-anak

4.Ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah dan anggota masyarakat

didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. - Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . -Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. - Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. - Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. - Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. -Ekoran daripada itu, ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. - Kejadian ini berlaku-kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. -Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. -Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. -Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. - Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras Gejala pembuangan bayi. -meminta pihak sekolah melaporkan perilaku anak-anak -meminta kerjasama anggota masyarakat menegur sikap keterlaluan anakanak. -Ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak sekolah dan masyarakat sekeliling supaya dapat mengetahui sebarang perubahan di kawasan persekitaran mereka. -kerjasama yang padu dapat membendung gejala pembuangan bayi bermula dari hubungan yang terjalin ini. - Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. -Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. -Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah dalam perhubungan anak dengan rakan sebaya, masalah pelajaran,masalah komunikasi dan sebagainya. -Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu 9

5. Setiap ahli keluarga terutamanyan ibu bapa juga perlu sentiasa berkongsi

masalah dengan anak-anak.

Kesimpulan

bapa mereka. -Anak-anak perlu sentiasa berkongsi masalah mereka dengan ibu bapa -Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga sekaligus terhindar daripada terpengaruh dengan gejala negatif seperti pembuangan bayi Ibu bapa sebagai pihak yang paling rapat dan berautoriti terhadap anakanak perlu peka akan hal ini. -janganlah tunggu sehingga nasi menjadi bubur baru mahu bertindak. -ibu bapa perlu berusaha mewujudkan konsep rumahku Syurgaku dalam rumah masing-masing.

Soalan 3 Kenaikan harga minyak merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan tetapi yang paling mendukacitakan ialah kenaikan harga barangan secara sewenang-wenang oleh peniaga telah membebankan pengguna. Anda ingin menulis surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mencadangkan beberapa langkah mengatasi perkara tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Pendahuluan

-Format surat rasmi -Menulis surat untuk memberikan cadangan untuk menangani masalah kenaikan harga barangan di pasaran -kenaikan harga barang membebankan pengguna. -Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa,tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Isi-isi penting Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan 1.penguatkuasaan yang ampuh untuk membendung inflasi. Demi mencegah penyelewengan undang-undang peniaga yang tamak haloba, pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja. -Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja. Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini. Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa belas kasihan. 10

2. kerajaan boleh menubuhkan satu Suruhanjaya Kenaikan Harga Barang yang berfungsi untuk mengawal dan memantau polemik ini secara sistematik

- Rentetan daripada itu, kompaun dan hukuman penjara mandatori harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga yang licik. --Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti Rakan Cop untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga . - Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh. Selain itu, kerajaan boleh menubuhkan satu Suruhanjaya Kenaikan Harga Barang yang berfungsi untuk mengawal dan memantau polemik ini secara sistematik. -Kewujudan suruhanjaya ini menyebabkan masalah kenaikan barang ini bukannya diketahui apabila musim perayaan hampir tiba sahaja tetapi sepanjang masa diawasi oleh suruhanjaya tersebut. -Anggota suruhanjaya ini haruslah mereka yang berkecuali dan mampu melaksanakan tugas mereka dengan penuh wibawa dan telus. -Oleh itu, penubuhan suruhanjaya seperti ini menyebabkan peniaga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang tanpa sekatan.

3. kerajaan boleh menggubal satu akta yang boleh mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah dalam isu ini.

4. kerajaan menjalankan kempen.

Malah, kerajaan boleh menggubal satu akta yang boleh mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah dalam isu ini. -Akta ini hendaklah memliki keterangan yang jelas, hukuman yang berat dan aspek-aspek pencegahan yang berkesan untuk menangani masalah kenaikan harga barang di negara kita. -Hukuman yang lebih berat dan praktikal menyebabkan peniaga tidak berani untuk melakukan tindakan menipu pengguna sesuka hati terutama dalam aspek harga barang. -Sesungguhnya, kewujudan akta yang berkesan menyebabkan peniaga tidak lagi berani melakukan kesalahan kerana bimbang dan takut akan kesannya itu. - Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah Kempen Berhemat. -Kata orang tua-tua, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji. - Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. -Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. - Sebagai contoh, telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di 11

5. polisi kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkan inflasi.

Kesimpulan

pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. -Jika setiap rakyat dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan, nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran. . -Sebagai cerucuk kepimpinan negara, anggota kabinet harus menentukan segala polisi kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkan inflasi. - Pemimpin dan para pegawai awam yang terlibat harus memantapkan defisit pendapatan negara, meningkatkan produktiviti masyarakat kita, menjamin kestabilan mata wang Malaysia, menaikkan kadar faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji secara rasional serta memastikan pengagihan barangan keperluan di dalam negara. -Hal ini dapat mengelakkan pengaliran mata wang yang terlalu banyak di dalam pasaran tempatan sehingga berlakunya inflasi. Sebarang tindakan kerajaan akan memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat jelata. --Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan lagi dengan inflasi kerana berapa berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana seperti peribahasa, menarik rambut di dalam tepung. -Sebelum memansuhkan subsidi terhadap bahan keperluan asas, kerajaan patut membuat kaji selidik dan analisis tentang kesannya terhadap indeks inflasi di negara kita. Konklusinya, kerajaan memang mempunyai tanggung jawab untuk memastikan masalah ini tidak berlanjutan dengan melaksanakan semua peranan di atas. - Tindakan kerajaan yang tidak telus dan tegas telah memberikan satu imej bahawa kerajaan tidak serius dalam menangani kemelut pengguna ini. --Dalam masa yang sama pengguna juga harus bekerjasama dengan membuat laporan atau menjauhi kedai-kedai yang menaikkan harga barang keterlaluan. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat membuktikan bahawa pengguna dan kerajaan harus bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.

12

Soalan 4 Nyatakan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh negara-negara terbabit untuk membendung kemasukan pendatang asing secara haram. - Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. -Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. -Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi. - Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. -Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. -Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. - Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. -Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita. - Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undangundang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin . -Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. -Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. -Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undangundang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Pendahuluan

Isi-isi penting 1. pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita.

2. pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing

3. semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula

- Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. - Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. -Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. -Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini 13

pekerjapekerja tanpa izin.

amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan. . Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan. -Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. -Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. -Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. -Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif - Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal. -Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. -Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita

4. kerjasama masyarakat

5. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran

Kesimpulan

14

Soalan 5 Cerpen-cerpen dalam antologi Harga Remaja begitu memikat hati anda. Ada banyak faktor yang menyebabkan sebuah cerpen itu memikat hati pembaca. Ulas salah sebuah cerpen dalam antologi tersebut selengkapnya. -cerpen Ibu dan Ceper karya Shahnon Ahmad antara cerpen yang menarik dalam antologi Harga Remaja -Cerpen ini membawa dimensi baharu dalam hubungan antara ibu dan anak -penulis cuba menggambarkan ibunya denga sungai ceper yang terdapat di kampungnya. -mengetengahkan watak seorang ibu yang kehidupannya dikaitkan dengan Sungai Ceper -Kesukaran hidup yang dialami oleh watak itu digambarkan menerusi likuliku dan keadaan sungai yang kian tercemar.

Pendahuluan

Isi-isi penting 1.Cerpen ini mengisahkan keadaan alam sekitar yang mempunyai kaitan dengan ragam kehidupan masyarakat kampung 2. Tema cerita ini memaparkan kisah pengorbanan seorang ibu 3. Persolaan yang cukup menarik

4. watak yang menyakinkan pembaca 5. Mesej yang ingin disampaikan banyak Kesimpulan

-Ibu penulis yang bekerja sebagai seorang petani banyak berkorban untuk keluarganya -musim hujan yang mengakibatkan banjir menyebabkan ibu penulis bersusah payah kerana suaminya enggan membantu kerana asyik menjerat burung -musim kemarau juga menjejaskan hasil padinya. -Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya -Penulis menjaga ibunya yang telah tua dan sakit. -Walaupun dia pernah menjerit kerana kerenah ibunya, namun dia cepat sedar akan kesilapannya. -watak-watak yang berlatar belakangkan masyarakat kampong digambarkan dengan menyakinkan oleh pengarang -dialog antara watak menyentuh hati pembaca. -antaranya kepentingan air dalam kehidupan manusia -kepentingan menjaga alam sekitar -keperluan anak menjaga ibu bapa ketika mereka sakit -Menghargai pengorbanan ibu bapa. -Jelas sekali cerpen ibu dan Ceper begitu menarik hati pembaca -banyak elemen menarik diselitkan dalam cerpen -malahan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang juga menarik 15

minat pembaca -Cerpen ini adalah antara cerpen yang menarik untuk dibaca

16

Anda mungkin juga menyukai