Anda di halaman 1dari 31

Fakulti

: Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Pengkhususan

: Rekabentuk Instruksional dan Teknologi

Nama

: Khairuddin bin Nisa (M20101000240)

Kursus

: KPF 6023 Rekabentuk Kurikulum

Tajuk

: Tugasan Utama Kali ke 2 Rekabentuk Kurikulum Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Pensyarah

: Dr. Mohmad Noor bin Mohmad Taib

1.0

Pengenalan Rekabentuk Kurikulum Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Bagi mempelajari ekosistem hutan paya bakau, pelajar Tingkatan 6 Atas memerlukan pengetahuan yang dijana melalui pengalaman, seperti berinteraksi alam sekitar. Hal ini demikian kerana topik ini merupakan kajian berkenaan perhubungan antara komponen biotik dan abiotik serta kepentingannya. Jika pelajar hanya mempelajari di kelas, konsep berkenaan sukar diserap dan disenergi ke dalam kognitif pelajar. Maka saya telah membuat keputusan untuk membawa pelajar ke luar dari iklim kelas ke alam hutan paya bakau, agar pelajar dapat lihat,rasa, bau dan menilai sendiri melalui perasaan mereka. Kajian luar ini juga akan diadakan selama tiga hari dua malam dan bertempat di kawasan hutan paya bakau daerah Bagan Datoh (kawasan pinggir pantai) semasa cuti pertengahan tahun iaitu pada 05 Jun 2010 hingga 07 Jun 2010. Saya akan membincangkan tugasan ini lebih lanjut pada bahagian komponen kurikulum dan jadual aktiviti nanti. Pada bahagian pengenalan ini saya akan memperjelaskan terlebih dahulu dari segi aliran falsafah pendidikan yang diambil, rekabentuk kurikulum yang dipilih, kerangka konseptual yang dicadangkan dan model kurikulum yang digunakan dalam merangka rekabentuk kurikulum projek ekosistem hutan paya bakau ini.

1.1

Pilihan Aliran Falsafah

Bagi merangka rekabentuk kurikulum kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini saya akan menggunakan aliran falsafah moden iaitu aliran falsafah Progressivism dan aliran falsafah Reconstructionism. Menurut Ornstein dan Hunkins (2009, p.56) aliran falsafah Progressivism ini lebih memfokuskan ke arah berpusatkan kepada minat pelajar manakala guru berperanan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan masalah dan eksperimen inkuiri. Aliran falsafah Reconstructionism pula dalam fokus kurikulumnya menekankan kepada menyelesaikan masalah masyarakat seperti menyelesaikan permasalah sosial, ekonomi dan politik masyarakat. Guru pula berperanan sebagai penasihat atau fasilitator dalam menyelesaikan masalah. Aliran falsafah Reconstructionism juga mengutamakan guru sebagai agen perubahan pelajar berdasarkan kehendak sesuatu masyarakat. Berdasarkan dua aliran falsafah yang saya pilih ini maka saya dapat menyediakan pula aliran rekabentuk kurikulum ekosistem hutan paya bakau.

1.2

Pilihan Aliran Rekabentuk Kurikulum

Melalui aliran falsafah Progressivism dan aliran falsafah Reconstructionism ini, saya akan menentukan aliran rekabentuk kurikulum yang digunakan dalam merangka rekabentuk kurikulum kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini. Terdapat dua aliran rekabentuk kurikulum yang dipilih iaitu aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan pelajar dan aliran rekabentuk kurikulum yang berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat. Menurut Ornstein dan Hunkins (2009, pp. 197-199) aliran reka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar ini percaya bahawa pelajar menjadi aktif dalam pembelajaran mereka berdasarkan tindak balas terhadap alam sekelilingnya. Jadi aliran ini telah menetapkan bahawa pembentukkan sesuatu kurikulum hendaklah berdasarkan kepada kehidupan pelajar, keperluan pelajar dan minat pelajar. Aliran reka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar juga mencadangkan hasil pembelajaran tidak perlu ditetapkan, sebaliknya ia perlu on the spot semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aliran ini juga Dewey mahu pendidik perlu menganalisis setiap pengalaman pelajar agar memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. Aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan penyelesaian masalah masyarkat pula berpendapat pendidikan seharusnya tidak hanya mementingkan individu atau berpusatkan pelajar sahaja, sedangkan pendidikan sewajarnya melihat juga pada sudut keperluan masyarakat. Asasnya aliran reka bentuk berpusatkan masyarakat ini berusaha untuk menjadikan pelajar berfungsi dan memberi faedah kepada masyarakat. Berdasarkan Ornstein dan Hunkins (2009, pp. 203-204). Penggunaan aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan pelajar dan berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat ini akan jelas dilihat pada bahagian komponen kurikulum kaedah nanti.

1.3

Membina Kerangka Konseptual

Setelah menentukan pilihan falsafah pendidikan yang diambil dan menetapkan pendekatan aliran rekabentuk yang dikehendaki, maka saya dapat membina pula kerangka konseptual bagi rekabentuk kurikulum kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini. Sila lihat gambar rajah 1 di bawah. Merujuk gambar rajah ini saya menetapkan terdapat empat perkara asas yang digunakan dalam membina kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya

bakau iaitu pada kurikulum menegak, (1) kesinambungan, dan (2) turutan. Pada kurikulum mendatar pula iaitu, (3) intergrasi, dan (4) skop. Mengikut Ornstein dan Hunkins (2009, pp. 186-189) kesinambungan bermaksud kemahiran yang meningkatkan dari satu tahap ke tahap. Berdasarkan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di gambar rajah 1, kesinambungan ini saya tandakan dengan warna hijau. Kemahiran-kemahiran yang terdapat pada kesinambungan ini akan semakin meningkat dari kemahiran 1 ke kemahiran 2 dan meningkat ke kemahiran 3. Kemahiran 1 iaitu mengenali hutan paya bakau adalah kemahiran pertama yang perlu dikuasai peserta. Jika kemahiran pertama telah difahami pelajar, mereka akan maju ke kemahiran 2 iaitu memahami ekosistem paya bakau. Seterusnya pelajar akan meningkat lagi kemahiran 3 iaitu kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau dan langkah mengatasinya. Turutan pula bererti bagaimana isi kandungan dan pengalaman pembelajaran sebelum itu dapat disatukan bagi proses pemahaman pembelajaran ke peringkat berikutnya. Merujuk kepada kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di gambar rajah 1, saya tandakan turutan dengan warna kuning. Turutan yang dibuat di dalam kerangka ini juga akan mengabungkan pengalaman sebelum dengan pengalaman yang baru dipelajari. Contohnya di dalam kemahiran 1 pelajar mempunyai dua isi kandungan iaitu mengenali ciri fizikal dan hidupan hutan paya bakau. Dalam kemahiran 2 pula terdapat 5 isi kandungan yang akan semakin meningkat iaitu bermula dari isi kandungan 1, memahami konsep ekosistem, isi kandungan 2, mengenali biotik dan abiotik, isi kandungan 3, rantaian dan siratan makanan, isi kandungan 4, aras trofik hutan paya bakau dan isi kandungan 5 dalam kemahiran 2 ialah kepentingan ekosistem hutan paya bakau. Di dalam kemahiran 3 pula terdapat 4 isi kandungan iaitu isi kandungan 1, kegiatan manusia di ekosistem hutan paya bakau, isi kandungan 2, kesan kegiatan manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau, isi kandungan 3, langkah mengatasi dan isi kandungan 5 di dalam kemahiran 3 ialah tindakan susulan berdasarkan langkah mengatasi tadi. Skop pula boleh dijelaskan sebagai proses pembelajaran yang meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor dari pelbagai cabang mata pelajaran. Berdasarkan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di gambar rajah 1 ini bahagian skop saya tandakan dengan warna jingga. Contohnya mata pelajaran Biologi dapat membantu pengetahuan pelajar dari sudut kognitif, mata pelajaran Tasawwur Islam dan Pendidikan Moral dapat membantu pelajar dari aspek domain afektif dan mata pelajaran Bahasa Melayu dapat membantu pelajar dari aspek psikomotor.
4

Intergrasi pula bermaksud perkaitan antara pelbagai jenis pengetahuan dan pengalaman yang terkandung dalam pelbagai mata pelajaran. Berdasarkan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di gambar rajah 1 ini bahagian intergrasi saya tandakan dengan warna merah. Contoh mata pelajaran lain yang juga mempunyai subjek ekosistem paya bakau ialah mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 dalam bab 8 (Gan Wan Yeat, 2010, pp. 247-269). Manakala mata pelajaran Tasawwur Islam Tinkatan 4 dalam bab 17 dan mata pelajaran pendidikan Moral Tingkatan 5 di dalam bab 3 juga mempunyai topik tanggungjawab manusia menjaga alam sekitar.

Gambar Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

1.4

Pilihan Model Kurikulum

Peringkat seterusnya memilih model kurikulum yang akan digunakan bagi menerangkan dan menghuraikan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau yang telah saya bina. Terdapat beberapa model kurikulum yang dikenalpasti antaranya model Tyler dan model Giles. Saya memilih model Tyler kerana model ini lebih mudah untuk menghuraikan kerangka konseptual yang saya cadangkan. Prinsip asas kurikulum dan pengajaran yang dicadangkan oleh Tyler (1949, p. 1) merangkumi empat persoalan utama iaitu : 1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah? 2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai objektif? 3. Bagaimana pengalaman pembelajaran boleh disusun (diorganisasi) untuk kegunaan pengajaran yang berkesan? 4. Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai? Melalui persoalan-persoalan ini juga, telah mencetuskan kepada komponenkomponen utama dalam kurikulum yang mengikut urutan iaitu (a) menentukan objektif, (b) memilih isi pelajaran atau isi kandungan yang boleh mencapai objektif, (c) menentukan kaedah (organisasi), dan (d) membuat penilaian berdasarkan hasil dapatan. Menurut Tyler, semua komponen ini perlu mempunyai perhubungan secara tertib. Sila lihat gambar rajah 2 di bawah. Gambar Rajah 2 : Komponen-Kompenan Dalam Model Tyler
Objektif

Penilaian

Isi Kandungan

Kaedah

Pada bahagian berikutnya saya akan memperincikan kerangka konseptual yang membentuk kurikulum ekosistem hutan paya bakau ini berdasarkan empat komponen yang dicadangkan oleh Tyler iaitu objektif, isi pelajaran, kaedah dan penilaian yang juga akan turut disepadukan bersama organisasi kurikulum menegak iaitu kesinambungan dan turutan, serta organisai kurikulum mendatar iaitu skop dan intergrasi.
6

2.0

Objektif Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Rekabentuk kurikulum kajian luar ekosistem hutan paya bakau saya tetapkan mempunyai tiga objektif utama dan satu objektif sampingan. Berikut disenaraikan objektifobjektif ini dengan lebih jelas lagi.

2.1

Objektif Utama

Objektif utama dalam rekabentuk ekosistem hutan paya bakau ini ialah untuk menguasai tiga peringkat kemahiran utama yang dikehendaki. Jika dilihat pada gambar rajah 1 terdapat tiga kemahiran utama yang diperlukan pada bahagian kesinambungan. Setiap pelajar hendaklah menguasai kemahiran pertama dahulu, kemudian baru boleh meningkat ke kemahiran ke dua dan meningkat lagi kepada kemahiran ke tiga. Kemahiran pertama terdapat di dalam objektif utama pertama, kemahiran ke dua terdapat dalam objektif utama ke dua dan kemahiran ke tiga terdapat dalam objektif utama ke tiga. Berikut dihuraikan kemahirankemahiran yang diperlukan di dalam setiap objektif utama.

2.1.1 Objektif utama 1 : Pelajar mengenali hutan paya bakau

Berdasarkan objektif utama 1 ini pelajar perlu mengenali hutan paya bakau dari segi fizikal dan hidupan yang terdapat di hutan paya bakau. Maksudnya pelajar perlu memahami 5 ciri-ciri fizikal hutan paya bakau iaitu airnya masin, terletak berhampiran laut serta kawasan pantai yang terlindung, mempunyai lumpur, dan ditengelami air semasa pasang. Pelajar juga perlu mengetahui 10 jenis hidupan di hutan paya bakau iaitu pokok bakau, monyet, ular, burung, ikan, ketam, udang, kepah, ulat beluncas dan cacing atau mana-mana hidupan di hutan paya bakau.

2.1.2 Objektif utama 2 : Pelajar memahami ekosistem hutan paya bakau

Melalui objektif utama 2 ini sasarannya ialah pelajar mesti memahami 4 konsep ekosistem dan 8 kepentingan ekosistem hutan paya bakau. Empat konsep ekosistem hutan
7

paya bakau yang mesti difahami pelajar ialah konsep ekosistem, mengenali biotik dan abiotik, rantaian dan siratan makanan, dan aras trofik. Pelajar juga perlu mengetahui lapan kepentingan ekosistem hutan paya bakau iaitu, membekalkan sumber kepada manusia, menapis pencemar dari kawasan sekitar, zon penampan kepada ribut, kitaran nutrien dan rantaian makanan, kitaran karbon dioksida dan oksigen, kepentingan ekologi dan kepelbagaian biologi, tempat pembiakan hidupan laut dan menstabilkan pesisir pantai dan muara sungai.

2.1.3 Objektif utama 3 : Pelajar mengetahui aktiviti manusia di hutan paya bakau

Tujuan objektif utama 3 ialah pelajar dapat mengetahui 5 aktiviti manusia di hutan paya bakau, 8 kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau dan 5 langkah bagi mengatasi masalah yang berlaku. Lima aktiviti manusia di hutan paya bakau seperti pertanian, petempatan, aguakultur, jalan raya dan pelancongan. Pelajar juga dikehendaki mengetahui bagaimana lima aktiviti manusia tadi memberi lapan kesan kepada ekosistem hutan paya bakau iaitu kesan kepada zon penampan ribut, kesan kepada kitaran nutrien dan rantaian makanan, kesan kepada kitaran karbon dioksida dan oksigen, kesan kepada ekologi dan kepelbagaian biologi, kesan kepada tempat pembiakan hidupan laut dan kesan di kawasan pesisir pantai dan muara sungai. Melalui pemerhatian pelajar terhadap kesan-kesan yang berlaku akan mencetuskan idea pelajar bagi mengatasi masalah ini melalui aktiviti penanaman semula, mewartakan kawasan hutan paya bakau, mengubal akta perlindungan hidupan hutan paya bakau, mengadakan kempen dan memberi kesedaran melalui pendidikan berkonsepkan lawatan ke kawasan hutan paya bakau.

2.2

Objektif Sampingan : Perubahan sikap dan pandangan pelajar terhadap ekosistem hutan paya bakau

Sasaran objektif sampingan melalui rekabentuk kurikulum ekosistem hutan paya bakau ini ialah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan bertanggungjawab untuk menjaga hutan paya bakau. Objektif ini akan tercapai sekiranya timbul rasa

bertanggungjawab dikalangan pelajar untuk menjaga hutan paya bakau setelah melihat
8

bagaimana aktiviti manusia menggangu sistem dan kepentingan hutan paya bakau. Rasa bertanggungjawab ini juga akhirnya akan mendorong pelajar untuk membuat sesuatu demi menyelamatkan hutan paya bakau seperti membuat surat bantahan atau membuat pertemuan dengan pihak yang berkaitan. Merujuk kepada gambar rajah 1, objektif sampingan ini saya letakkan di bahagian skop di dalam kerangka konseptual ekosistem hutan paya bakau. Hal ini demikian kerana objektif sampingan ini melibatkan afektif dan psikomotor pelajar. Rasa bertanggungjawab untuk menjaga hutan paya bakau merupakan sifat afektif pelajar dan tindakan pelajar seperti membuat surat bantahan merupakan sifat psikomotor pelajar. Secara keseluruhannya melalui kerangka konseptual ekosistem hutan paya bakau terdapat tiga objektif utama boleh dilihat di bahagian kesinambungan dan objektif sampingan pula boleh dilihat pada bahagian skop. Bagaimana semua objektif boleh dicapai akan dilihat pada bahagian kaedah nanti di mana saya akan menggunakan aliran rekabentuk berpusatkan pelajar untuk mencapai objektif tiga utama dan menggunakan aliran rekabentuk berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat untuk mencapai objektif sampingan.

3.0

Isi Kandungan Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Tajuk ekosistem hutan paya bakau ini sebenarnya telah dipelajari oleh pelajar Tingkatan 6 Atas semasa di Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Sila lihat gambar rajah 1 pada bahagian turutan dan intergrasi di dalam kerangka konseptual. Pelajar yang memasuki Tingkatan 6 melalui aliran sastera akan mempelajari ekosistem hutan paya bakau semasa di Tingkatan 4 dalam subjek Geografi , manakala pelajar yang memasuki Tingkatan 6 melalui aliran sains akan mempelajari ekosistem hutan paya bakau semasa di tingkatan 4 dalam subjek Biologi. Pelajar dari aliran sastera dan sains ini juga pernah mempelajari tentang ciri fizikal dan hidupan hutan paya bakau semasa di Tingkatan 3 dalam subjek Geografi. Semua pengalaman pembelajaran awal pelajar ini akan dapat membantu penguasaan peserta yang menyertai projek ekosistem hutan paya bakau selama tiga hari dua malam di Bagan Datoh. Perbincangan selanjutnya kita akan memfokuskan isi kandungan di dalam ekosistem hutan paya bakau ini, yang mana saya bahagikan kepada isi kandungan utama dan isi kandungan sampingan. Tujuan isi kandungan utama ialah supaya pelajar memahami objektif utama dan tujuan isi kandungan sampingan supaya pelajar memahami objektif sampingan. Berikut diberikan huraian lebih lanjut.

3.1

Isi Kandungan Utama

Berdasarkan gambar rajah 1, isi kandungan utama ini boleh dilihat pada bahagian turutan di dalam kerangka konseptual ekosistem hutan paya bakau. Isi kandungan utama ini saya akan huraikan berpandukan tiga kemahiran yang mesti dikuasai pelajar di dalam bahagian kesinambungan kerangka konseptual ekosistem hutan paya bakau.

3.1.1 Isi kandungan kemahiran 1

Peserta yang menyertai projek ekosistem paya bakau ini perlu menguasai isi kandungan di dalam kemahiran 1 sebelum maju ke peringkat isi kandungan di kemahiran 2 dan kemahiran 3. Pengalaman awal pembelajaran peserta semasa di Tingkatan 3 akan memudahkan mereka memahami isi kandungan di dalam kemahiran 1 ini. Isi kandungan di dalam kemahiran 1 boleh dilihat dibahagian turutan yang terpecah kepada dua pelajaran iaitu mengenali ciri-ciri hutan paya bakau dan mengenali hidupan di hutan paya bakau.

a. Isi kandungan 1 Dalam isi kandungan 1 kemahiran 1 pelajar akan didedahkan tentang ciri-ciri fizikal hutan paya bakau. Jika semasa di Tingkatan 1 pelajar telah mempelajari ciri fizikal hutan paya bakau iaitu mempunyai air masin, terletak berhampiran laut serta kawasan pantai yang terlindung, mempunyai lumpur, dan ditengelami air semasa air pasang hanya melalui buku teks namun pada kali ini peserta projek akan mempelajari perkara yang sama dengan kaedah yang berbeza. Kaedah pembelajaran isi kandungan 1 kemahiran 1 akan dihuraikan pada bahagian kaedah.

b. Isi kandungan 2 Melalui isi kandungan 2 kemahiran 1 peserta akan mempelajari tentang hidupanhidupan di hutan paya bakau seperti pokok bakau, monyet, ular, burung, ikan, ketam, udang, kepah, ulat beluncas dan cacing atau mana-mana hidupan di hutan paya bakau. Peserta pernah mempelajari tajuk yang sama menggunakan buku teks semasa di Tingkatan 3, bezanya pada kali ini peserta akan mengetahui sendiri hidupan paya bakau dengan melihatnya sendiri.

10

3.1.2 Isi kandungan kemahiran 2

Terdapat lima isi kandungan yang perlu dikuasai di dalam kemahiran 2 ini supaya membolehkan peserta maju ke isi kandungan kemahiran 3. Lima isi kandungan di dalam kemahiran 2 ini mencakupi memahami konsep ekosistem hutan paya bakau, mengenali biotik dan abiotik hutan paya bakau, rantaian dan siratan makanan, aras trofik di hutan paya bakau dan mengkaji kepentingan hutan paya bakau.

a. Isi kandungan 1 Melalui isi kandungan 1 kemahiran 2 ini pelajar akan memahami konsep ekosistem yang dapat ditakrifkan sebagai komuniti organisma hidup yang mempunyai saling kaitan erat antara satu dengan yang lain, dan antara organisma dengan alam fizikal. (Khaw Ah Seng & Habibah, 2002, p. 181)

b. Isi kandungan 2 Isi kandungan 2 di dalam kemahiran 2 ini akan membolehkan peserta mengenali maksud komponen biotik iaitu benda hidup dan abiotik benda tidak hidup. Contoh komponen biotik di hutan paya bakau ialah pokok bakau, monyet, ular, burung, ikan, ketam, udang, kepah, ulat beluncas dan cacing. Manakala contoh komponen abiotik pula di hutan paya bakau ialah cahaya matahari, air masin, udara, pasir dan lumpur.

c. Isi kandungan 3 Melalui isi kandungan 3 di dalam kemahiran 2 ini akan membolehkan pelajar mempergunakan pengetahuan sebelum ini iaitu komponen biotik dan abiotik untuk diaplikasikan di dalam rantaian dan siratan makanan. Rantaian makanan bermaksud satu siri organisma yang saling berkaitan. Setiap organisma merupakan makanan bagi organisma yang berikutnya (Khaw Ah Seng & Habibah, 2002, p. 183). Contoh rantaian makanan di hutan paya bakau ialah daun pokok bakau akan dimakan cacing, cacing akan dimakan oleh udang, udang akan dimakan oleh ikan dan ikan akan dimakan oleh burung dan burung ini mula akan dimakan oleh ular (ular kapak). Setelah pelajar memahami rantaian makanan pelajar akan mempelajari pula siratan makanan iaitu merupakan rantaian makanan yang lebih kompleks dan bertindih lapis. Contoh siratan makanan di hutan paya bakau boleh dilihat pada Lampiran 1.

11

d. Isi kandungan 4 Isi kandungan 4 dalam kemahiran 2 akan membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dari rantaian dan siratan makanan kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu aras trofik di hutan paya bakau. Melalui pembelajaran aras trofik, pelajar akan membuat pembahagian berdasarkan biotik dan siratan makanan kepada lima aras tropik iaitu pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder, pengguna tertier dan pengurai. Sila lihat Lampiran 2 bagi memahami konsep aras trofik di hutan paya bakau.

e. Isi kandungan 5 Melalui isi kandungan 5 di dalam kemahiran 2 pelajar akan mempergunakan semua pengetahuan di dalam isi kandungan 1, 2, 3 dan 4 bagi memahami isi kandungan 5 iaitu kepentingan ekosistem hutan paya bakau. Terdapat lapan kepentingan ekosistem hutan paya bakau iaitu; (1) membekalkan sumber kepada manusia seperti sumber protein, kayu arang, ubatan dan bahan binaan, (2) menapis bahan pencemar dari kawasan sekitar seperti dapat menyerap karbon dioksida, nitrogen dan fosforus, (3) sebagai zon penampan daripada ribut, (4) sebagai kitaran nutrien dan rantaian makanan, (5) kitaran karbon dioksida dan oksigen, (6)kepentingan ekologi dan kepelbagaian biologi kerana hutan paya bakau dapat menampung pelbagai flora dan fauna, (7) sebagai tempat pembiakan hidupan laut seperti ikan serta ketam dan, (8) dapat menstabilkan pesisir pantai dan muara sungai daripada hakisan.

3.1.3 Isi kandungan kemahiran 3

Pelajar akan mempergunakan pengetahuan yang diperolehi di dalam kemahiran 1 dan kemahiran 2 bagi mendalami isi kandungan di dalam kemahiran 3. Terdapat tiga isi kandungan yang perlu dikuasai di dalam kemahiran 3 ini supaya membolehkan peserta melengkapkan pengetahuan berkenaan ekosistem hutan paya bakau. Tiga isi kandungan tersebut ialah aktiviti manusia di hutan paya bakau, kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau dan langkah mengatasi masalah yang berlaku.

a. Isi kandungan 1 Berdasarkan isi kandungan 1 di dalam kemahiran 3 ini pelajar akan memerhati kegiatan dan aktiviti manusia di kawasan hutan paya bakau. Antara aktiviti manusia seperti pertanian, petempatan, aguakultur, jalan raya dan pelancongan.
12

b. Isi kandungan 2 Melalui isi kandungan 2 di dalam kemahiran 3, pelajar akan meneliti perkaitan antara aktiviti dan kesannya kepada ekosistem hutan paya bakau. Contohnya pelajar akan menyiasat bagaimana aktiviti manusia seperti pertanian, petempatan, aguakultur, jalan raya dan pelancongan akan memberi kesan kepada ekosistem hutan paya bakau iaitu kesan kepada zon penampan ribut, kesan kepada kitaran nutrien dan rantaian makanan, kesan kepada kitaran karbon dioksida dan oksigen, kesan kepada ekologi dan kepelbagaian biologi, kesan kepada tempat pembiakan hidupan laut dan kesan di kawasan pesisir pantai dan muara sungai.

c. Isi kandungan 3 Isi kandungan 3 di dalam kemahiran 3 akan melatih pelajar bagi membuat penyelesaian masalah terhadap kesan-kesan yang berlaku di ekosistem hutan paya bakau. Antara cadangan penyelesaian masalah terhadap ekosistem hutan paya bakau melalui aktiviti penanaman semula, mewartakan kawasan hutan paya bakau, mengubal akta perlindungan hidupan hutan paya bakau, mengadakan kempen dan memberi kesedaran melalui pendidikan berkonsepkan lawatan ke kawasan hutan paya bakau.

3.2

Isi Kandungan Sampingan

Isi kandungan sampingan ini sebenarnya lebih berfokus kepada perubahan sikap iaitu afektif dan tindakkan atau psikomotor pelajar. Kita fokuskan dahulu kepada perubahan afektif pelajar. Bagi pelajar Islam mereka akan diajar berkenaan tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar seperti yang dapat dilihat pada gambar rajah 1 iaitu pada bahagian skop. Contohnya di dalam Al-Quran, Surah Hud ayat 11 yang bermaksud : Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Sebahagian peserta juga pernah mempelajari tajuk yang sama jika mereka mengambil subjek Tasawwur Islam di Tingkatan 4 yang dapat dilihat pada bahagian intergrasi. Bagi pelajar bukan islam pula mereka akan mempelajari bagaimana mengurus alam sekitar dengan cekap, iaitu tajuk yang sama yang pernah mereka pelajari semasa di Tingkatan 5 dalam subjek Pendidikan Moral. Melalui pengetahuan kognitif yang ada dan didorong lagi rasa bertanggungjawab akhirnya akan membawa pelajar kepada perubahan psikomotor iaitu membuat tindakan susulan seperti membuat surat bantahan.

13

4.0

Kaedah Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Rekabentuk kurikulum kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini juga mempunyai kaedah utama dan kaedah sampingan. Kaedah utama ialah untuk merancang supaya pelajar dapat menguasai isi kandungan - isi kandungan secara berturutan supaya pada akhirnya pelajar dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki di dalam kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini. Manakala kaedah sampingan akan digunakan agar pelajar dapat mencapai perubahan afektif dan psikomotor pelajar seperti yang dikehendaki dalam kajian luar ekosistem hutan paya bakau.

4.1

Kaedah Utama

Di dalam kaedah utama ini saya akan menghuraikan isi kandungan - isi kandungan (turutan) yang ada dalam di dalam setiap kemahiran (kesinambungan) secara meningkat iaitu dari mudah ke susah atau dari abstrak ke konkrit. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kaedah utama ini juga akan berpusatkan pelajar supaya pelajar lebih memahami dan menghayati ekosistem hutan paya bakau. Bagi memahami dengan mudah kaedah pembelajaran secara berperingkat- peringkat ini sila rujuk Jadual 1, Aktiviti Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau di muka surat 15, Borang Maklumat pada Lampiran 3 dan Borang Analisa Maklumat pada Lampiran 4.

4.1.1 Kaedah isi kandungan 1 kemahiran 1

Dalam kaedah isi kandungan 1 kemahiran 1 para peserta akan membuat lawatan sesi pertama di kawasan hutan paya bakau yang terdapat di daerah Bagan Datoh Perak. Sebelum lawatan bermula guru akan mengingatkan peserta untuk mencatat ciri-ciri fizikal yang dapat dilihat disepanjang lawatan. Hasil catatan lawatan kemudian akan diperbincangkan secara perbincangan secara pelbagai hala. Kemudian pelajar sendiri melalui persetujuan ramai akan membuat keputusan bersama tentang ciri-ciri fizikal hutan paya bakau. Jika urus setia kajian luar bersetuju dengan keputusan pelajar-pelajar tadi, maka sesi lawatan yang ke dua akan dilakukan.

14

Jadual 1 : Aktiviti Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau


Tarikh Masa Aktiviti Isi Kandungan

0800-0900 Pendaftaran dan taklimat. 0900-1030 Bertolak dan sampai di tapak perkhemahan hutan paya bakau Bagan Datoh. 1030-1200 Taklimat keselamatan dan peraturan serta memasang khemah. 1200-1400 Makan tengahari dan solat zuhur berjemaah 1400-1430 Taklimat lawatan sesi 1 1430-1600 Membuat lawatan (tanpa kumpulan)
- Membuat catatan ciri-ciri fizikal hutan paya bakau bersama fasilitator.

Isi kandungan 1 Kemahiran 1

05 Jun 2010

1600-1630 1630-1700 1700-1830 1830-1930 1930-2000 2030-2100 2100-2300

Perbincangan keputusan hasil dapatan Solat asar berjemaah Riadah Makan malam dan mandi Solat magrib berjemaah Solat Isyak berjemaah Kuliah 1 (Pelajar Islam)
Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di dunia.

Isi kandungan sampingan

Kuliah 2 (Pelajar bukan Islam)


Peranan manusia dalam mengurus alam sekitar.

2300-2330 2400 0600-0630 0700-0730 0730-0830 0830-1000 1000-1100 1100-1200 1200-1400 1400-1430 06 Jun 2010

Taklimat aktiviti pada 06 Jun 2010 Tidur Solat subuh berjemaah Sarapan pagi Taklimat lawatan sesi 2 dan pembahagian kumpulan Membuat lawatan dan melengkapkan Borang Maklumat (Soalan 1 hingga soalan 3) Perbincangan dalam kumpulan Kuliah tentang ekosistem hutan paya bakau kepada peserta Makan tengahari dan solat zuhur berjemaah Menjawab soalan 1 Borang Analisa Maklumat.
(Berpandukan jawapan 1 hingga 3 di Borang Maklumat)

Isi kandungan 2 Kemahiran 1

Isi kandungan 1 Kemahiran 2 Isi kandungan 2 Kemahiran 2 Isi kandungan 3 Kemahiran 2 Isi kandungan 4 Kemahiran 2 Isi kandungan 5 Kemahiran 2

1430-1530 Secara berkumpulan dengan bantuan fasilitator setiap pelajar akan melukis rantaian dan siratan makan ekosistem hutan paya bakau 1530-1630 Secara berkumpulan dengan bantuan fasilitator setiap pelajar akan melukis aras trofik ekosistem hutan paya bakau. 1630-1730 Melengkapkan soalan 4 di Borang Maklumat secara berkumpulan dengan bantuan fasilitator. 1730-1830 Riadah 1830-1930 Makan malam dan mandi 1930-2000 Solat magrib berjemaah 2030-2100 Solat Isyak berjemaah 2100-2300 Kuliah : Aktiviti manusia di hutan paya bakau
(berpandukan soalan 3 di Borang Maklumat)

Isi kandungan 1 Kemahiran 3

2300-2330 Taklimat aktiviti pada 07 Jun 2010 2400 Tidur 15

Tarikh

Masa 0600-0630 0700-0730 0730-0800 0800-0900

Aktiviti Solat subuh berjemaah Senaman pagi Sarapan pagi Perbincangan di dalam berkumpulan bersama fasilitator tentang kesan aktiviti-aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau.
(Melengkapkan soalan 4 di Borang Analisa Maklumat)

Isi Kandungan

Isi kandungan 2 Kemahiran 3 Isi kandungan 3 Kemahiran 3

07 Jun 2010

0900-1100 Pembentangan setiap kumpulan tentang langkah-langkah mengatasi kesan aktiviti-aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau. 1100-1130 Sesi semakkan dan pembetulan Borang Maklumat dan Borang Analisa Maklumat. 1130-1230 Resolusi kajian Luar 2010 dan penyampaian sijil 1230-1430 Makan tengahari, membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan solat zuhur berjemaah 1430-1500 Persiapan balik ke sekolah 1500-1600 Tiba di SMK. Khir Johari Sg. Sumun

4.1.2 Kaedah isi kandungan 2 kemahiran 1

Pada lawatan sesi ke dua ini pelajar akan dibekalkan borang maklumat kajian luar di kawasan hutan paya bakau. Sila rujuk Lampiran 3. Sebelum lawatan dibuat para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 anggota. Lawatan akan dibuat secara berkumpulan dan dalam setiap tiga kumpulan seorang guru akan menjadi fasilitator bagi membantu kumpulan yang ingin mendapat maklumat lanjut. Setiap pelajar di dalam kumpulan juga akan mengisi maklumat-maklumat berkenaan hutan paya bakau bermula dari soalan 1 hingga soalan 3 di Borang Maklumat. Selepas sesi lawatan tamat, setiap kumpulan akan membuat perbincangan bersama ahli masing-masing bagi menyemak dan melengkapkan borang yang diberi. Borang-borang peserta yang telah lengkap diisi dan diperbincangkan akan dikumpulkan semula. Urus setia kajian luar akan membuat semakkan borang-borang yang telah diisi pelajar. Tujuannya untuk membuat penilaian sama ada para peserta telah mempunyai pengetahuan berkenaan kemahiran 1 iaitu mengenali hutan paya bakau dan supaya membolehkan mereka maju ke kemahiran 2 iaitu memahami ekosistem hutan paya bakau. Sila rujuk gambar rajah 1 kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di bahagian kesinambungan. Selepas borang-borang peserta disemak guru akan membuat sesi perbincangan semula bagi membuat pembetulan yang perlu.

16

4.1.3 Kaedah isi kandungan 1 kemahiran 2

Dalam isi kandungan 1 kemahiran 2 pelajar akan mendengar taklimat daripada guru berkenaan konsep ekosistem. Taklimat yang diberikan guru hanya berkenaan maksud ekosistem secara umum dan memberikan contoh ekosistem tasik dan ekosistem hutan hujan tropika sebagai panduan kepada pelajar. Tujuannya untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar berkenaan ekosistem hutan paya bakau pula. Jika semangat inkuiri pelajar telah berjaya dibentuk, pelajar akan maju ke isi kandungan 2 dalam kemahiran 2.

4.1.4 Kaedah isi kandungan 2 kemahiran 2

Sangat penting pelajar mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk membolehkan mereka maju dalam isi kandungan 2 hingga isi kandungan 5 dalam kemahiran 2 iaitu memahami ekosistem paya bakau. Dalam kaedah isi kandungan 2 kemahiran 2 ini pelajar akan mempergunakan semula Borang Maklumat yang telah dilengkapi bagi membantu mereka melengkapkan pula Borang Analisa Maklumat. Borang Analisa Maklumat boleh dilihat dalam Lampiran 4. Setelah borang Analisa Maklumat diberikan kepada setiap peserta, mereka akan kembali membuat sesi perbincangan kumpulan. Melalui perbincangan kumpulan sesi pertama dalam kemahiran 2 ini mereka hanya memfokuskan soalan 1 iaitu untuk melengkapkan komponen biotik dan abiotik berdasarkan benda hidup dan benda bukan hidup yang terdapat dalam Borang Maklumat. Setiap kumpulan akan dibekalkan guru yang bertindak sebagai fasilitator. Kumpulan tersebut akan maju ke isi kandungan 3 dalamm kemahiran 2 jika telah mendapat kelulusan daripada fasilitator masing-masing.

4.1.5 Kaedah isi kandungan 3 kemahiran 2

Di dalam isi kandungan 3 kemahiran 2 ini pelajar akan mempergunakan maklumat yang telah diperolehi di dalam Borang Analisa Maklumat soalan 1 bagi menghuraikan pula berkenaan rantaian dan siratan makanan di ekosistem hutan paya bakau. Contohnya membuat kedudukan ikan Talapia di dalam rantaian dan siratan makanan. Ikan Talapia ini pula telah diperolehi pelajar berdasarkan benda hidup dan di dalam komponen biotik ekosistem paya bakau dalam pembelajaran awal. Pelajar akan menyelesaikan maklumat ini juga secara
17

berkumpulan. Bagi membuat rantaian dan siratan makanan hutan paya bakau setiap kumpulan akan diberikan lukisan. Guru yang bertindak sebagai fasilitator akan menyemak gambar rajah rantaian dan siratan makanan ekosistem yang dihasilkan dan jika menepati apa yang dikehendaki dalam isi kandungan 3, pelajar akan maju ke isi kandungan 4 dalam kemahiran 2.

4.1.6 Kaedah isi kandungan 4 kemahiran 2

Kaedah perbincangan kumpulan akan tetap diteruskan di dalam isi kandungan 4 kemahiran 2 ini. Pada perbincangan kumpulan kali ini mereka akan membuat gambar rajah berkenaan aras trofik hutan paya bakau. Setiap kumpulan akan mempergunakan maklumat yang telah diperolehi di dalam isi kandungan 2 dan isi kandungan 3 bagi menyelesaikan tugasan dalam isi kandungan 4. Pelajar akan mempergunakan komponen biotik yang telah diketahui untuk diletakkan di dalam kumpulan aras trofik yang bersesuaian. Contohnya meletakkan ikan Talapia tadi di dalam kumpulan pengguna skunder aras trofik. Kumpulan yang berjaya menyiapkan gambar rajah aras trofik hutan paya bakau dengan betul akan maju ke isi kandungan 5 kemahiran 2.

4.1.7 Kaedah isi kandungan 5 kemahiran 2

Melalui isi kandungan 5 kemahiran 2 para peserta akan mempergunakan semula pengetahuan dari isi kandungan 1 hingga isi kandungan 4 bagi melengkapkan Borang Maklumat (soalan 4) yang sengaja ditinggalkan untuk isi kandungan 5 kemahiran 2. Pengetahuan yang telah diperolahi di dalam kemahiran 1 dan isi kandungan 1 hingga isi kandungan 4 dalam kemahiran 2 akan membantu pelajar menyenaraikan kepentingankepentingan ekosistem hutan paya bakau. Isi pelajaran ini merupakan aras yang tinggi jika dibandingkan dengan isi pelajaran sebelum ini di dalam kemahiran 2. Jadi guru akan menjadi fasilitator sebagai pemudah cara pelajar untuk menyelesaikan masalah. Kumpulan yang berjaya melengkapkan kepentingan-kepentingan ekosistem hutan paya bakau dengan betul akan meningkat ke kemahiran 3.

18

4.1.8 Kaedah isi kandungan 1 kemahiran 3

Berdasarkan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di bahagian kesinambungan kemahiran pelajar akan meningkat dari kemahiran 1 hingga kemahiran 3. Pada kemahiran 3 ini pelajar akan mempergunakan pengetahuan di dalam kemahiran 1 dan kemahiran 2 bagi memudahkan kefahaman isi kandungan dalam kemahiran 3. Bezanya kaedah yang digunakan di dalam kemahiran 3 adalah berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat. Berdasarkan Schiro (2008, pp. 4-6) bagi aliran the Social Efficiency ideology keutamaannya adalah untuk melatih golongan muda supaya mempunyai kemahiran dan mempunyai peraturan agar dapat diaplikasikan di tempat kerja serta berguna kepada

masyarakat. Atas cadangan Schiro ini, kemahiran 3 ini secara asasnya cuba melatih golongan muda untuk menyelesaikan masyarakat dari sudut ekosistem hutan paya bakau. Di dalam isi kandungan 1 kemahiran 3 ini para peserta akan mempergunakan semula maklumat di dalam borang maklumat (soalan 3) bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti manusia di hutan paya bakau, khususnya di kawasan Bagan Datoh secara kuliah dan sesi perbincangan. Sekiranya pelajar telah mengenalpasti lima aktiviti manusia di kawasan hutan paya bakau Bagan Datoh, peserta dalam kumpulan tersebut akan maju ke isi kandungan 2 kemahiran 3.

4.1.9 Kaedah isi kandungan 2 kemahiran 3

Melalui isi kandungan 2 kemahiran 3 pelajar akan membuat hubungkait bagaimana aktiviti manusia di dalam isi kandungan 1 akan memberi impak atau kesan kepada kepentingan-kepentingan ekosistem hutan paya bakau. Secara berkumpulan pelajar akan melengkapkan Borang Analisa Maklumat yang terdapat di soalan 4 iaitu mencari lapan kesan terhadap ekosistem hutan paya bakau. Kumpulan dan peserta yang menyenaraikan kesankesan terhadap kepentingan ekosistem hutan paya bakau akan maju ke isi kandungan 3 kemahiran 3.

19

4.1.10 Kaedah isi kandungan 3 kemahiran 3

Borang Maklumat dan Borang Analisa Maklumat yang telah lengkap diisi akan diberikan kepada urusetia kajian luar untuk penilaian. Saya akan terangkan lebih lanjut pada bahagian penilaian nanti. Fokus isi pelajaran 3 dalam kemahiran 3 ini lebih kepada bagaimana langkah mengatasi masalah yang berlaku pada isi pelajaran 2 tadi. Pada awalnya setiap kumpulan akan berbincang berkenaan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kesan kepada ekosistem hutan paya bakau. Kemudian sesi pembentangan kumpulan akan dilaksanakan bagi menyatukan idea-idea setiap kumpulan. Idea-idea yang terbaik akan didokumenkan untuk dijadikan resolusi kajian luar kali ini. Berdasarkan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau di gambar rajah 1 terdapat juga isi kandungan 4 dalam kemahiran 3 iaitu tindakan susulan. Isi kandungan 4 dalam kemahiran 3 ini akan dibincangkan dalam kaedah sampingan kerana ia akan melibatkan afektif dan psikomotor peserta kursus.

4.2

Kaedah Sampingan

Kaedah sampingan ini akan menggabungkan isi pelajaran 4 (turutan) dalam kemahiran 3 (kesinambungan) dan afektif serta psikomotor (skop) pelajar. Dalam melaksanakan kaedah sampingan ini pelajar akan diberikan persediaan dari segi afektif terlebih dahulu. Pelajar-pelajar Islam akan diberikan pendedahan tentang peranan manusia sebagai khalifah yang juga bertanggungjawab menjaga alam sekitar ( Ramlan Ahmad & Nor Aishah Raduan, 2002, p. 168). Pendedahan kepada pelajar Islam ini akan diberikan selepas solat magrib. Manakala pada waktu yang sama pelajar bukan Islam akan diberi pendedahan dari sudut afektif melalui mata pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5 dalam bab 3 iaitu peranan manusia menyelamat dan mengurus alam sekitar dengan bijaksana (Kaladevi, Chang Keng Ling & Napisah Muhammad, 2003, pp. 123-132). Kaedah ini akan dijalankan pada malam pertama kursus. Semasa pelajar maju ke isi kandungan 4 dalam kemahiran yang sama pelajar akan membincangkannya di dalam pembentangan kumpulan dan resolusi kajian luar berkenaan tindakan susulan yang boleh diambil berdasarkan langkah-langkah mengatasi masalah ekosistem yang telah diputuskan secara bersama. Pada isi kandungan inilah sikap afektif yang telah dibentuk akan mempengaruhi segala tindakan pelajar seperti membuat surat bantahan kepada pihak berwajib (psikomotor).
20

5.0

Penilaian Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Penilaian kajian luar ekosistem hutan paya bakau akan juga dipecahkan kepada penilaian utama dan penilaian sampingan. Penilaian utama akan berfungsi untuk menilai tiga kemahiran utama iaitu pada bahagian kesinambungan. Tujuannya untuk menilai adakah setiap peserta kursus kajian luar ekosistem paya bakau ini mencapai tiga tahap kemahiran yang dikehendaki. Penilaian sampingan pula bertujuan untuk menilai kesan afektif dan psikomotor (skop) pelajar di sepanjang kursus kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini diadakan.

5.1

Penilaian Utama

Terdapat tiga kemahiran yang perlu dinilai pada bahagian ini. Menilai kemahiran 1 iaitu adakah pelajar telah mengenali hutan paya bakau. Bagi menilai kemahiran 2 adakah para peserta telah memahami konsep ekosistem hutan paya bakau dan menilai kemahiran 3 iaitu pelajar dapat memahami aktiviti-aktiviti manusia di hutan paya bakau dan kesannya kepada ekosistem hutan paya bakau. Bagi menilai kemahiran 1, Borang Maklumat di dalam Lampiran 3 akan digunakan sebagai alat pengukuran kefahaman pelajar. Jika pelajar dapat menyenaraikan benda hidup yang terdapat pada soalan 1 maka secara tidak langsung pelajar telah mengetahui hidupan yang terdapat di hutan paya bakau, khususnya bagi hutan paya bakau di daerah Bagan Datoh. Pelajar yang berjaya menanda dengan betul soalan 2 pada Borang Maklumat juga bermaksud pelajar telah mengetahui ciri-ciri fizikal di hutan paya bakau. Guru cuma akan membuat ulasan berdasarkan hasil dapatan pelajar tadi pada Borang Maklumat supaya dapat mendalamkan lagi tahap kefahaman pelajar dalam kemahiran 1 ini. Dalam menilai kemahiran 2 pula, Borang Analisa Maklumat akan digunakan. Bagi menilai isi kandungan 1 di dalam kemahiran 2 ini, pelajar dianggap telah memahami konsep ekosistem jika telah melengkapkan pembelajaran berkenaan isi kandungan 2, isi kandungan 3 dan isi kandungan 4. Para peserta telah memahami isi kandungan 2 dalam kemahiran 2 jika telah melengkapkan soalan 1 pada Borang Analisa Maklumat. Sila rujuk Lampiran 4. Hal ini demikian kerana jika soalan 1 tersebut lengkap diisi ia bermaksud pelajar telah dapat membezakan biotik dan abiotik di ekosistem hutan paya bakau. Untuk menilai isi kandungan 3 pula pelajar akan membuat gambar rajah rantaian dan kitaran makanan seperti yang
21

dikehendaki dalam soalan 2 Borang Analisa Maklumat. Isi kandungan 4 pula akan dapat dinilai apabila pelajar menjawab soalan 3 di dalam Borang Analisa Maklumat. Pelajar akan membuat aras trofik hutan paya bakau pada lukisan yang disediakan dan

mengkategorikannya kepada pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertier. Bagi menilai isi kandungan 5 dalam kemahiran 3 pelajar akan melengkapkan gambar rajah berkenaan kepentingan-kepentingan ekosistem hutan paya bakau yang terdapat di soalan 4, Borang Maklumat. Aras soalan ini agak sukar kerana pelajar perlu mengisi maklumat-maklumat saintifik dalam melengkapkan kepentingan-kepentingan ekosistem hutan paya bakau ini. Contohnya kepentingan hutan paya bakau dari segi pertukaran gas karbon dioksida kepada gas oksigen. Walau bagaimanapun maklumat yang telah diperolehi dari pembelajaran awal di kemahiran 1 dan isi kandungan 1 hingga isi kandungan 4 dalam kemahiran 2 akan banyak membantu pelajar. Kemahiran 3 pula dapat dinilai berdasarkan Borang Maklumat dan Borang Analisa Maklumat yang disediakan. Dalam menilai isi kandungan 2 di dalam kemahiran 3, pelajar akan menanda pada soalan 3 yang terdapat di dalam Borang Maklumat. Pelajar akan dapat menanda lima aktiviti manusia di hutan paya bakau semasa sesi lawatan di hutan paya bakau. Bagi menilai isi kandungan 2 dalam kemahiran 3 pula, pelajar akan melengkapkan gambar rajah yang terdapat pada soalan 4 di dalam Borang Analisa Maklumat. Pada gambar rajah ini pelajar akan menyenaraikan lapan kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan paya bakau. Masalah ini tidak sukar untuk diselesaikan oleh pelajar kerana pelajar akan membuat analisis bagaimana lima aktiviti manusia akan memberi kesan terhadap lapan kepentingan ekosistem hutan paya bakau. Hasilnya pelajar dapat menjawab lapan kesan terhadap ekosistem hutan paya bakau akibat daripada aktiviti manusia tadi. Untuk menilai isi kandungan 3 dalam kemahiran 3 pula, pelajar dikehendaki mencadangkan lima langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku akibat daripada kesan aktiviti manusia di hutan paya bakau. Sesi perbincangan akan memudahkan pelajar untuk menyelesaikan ini.

5.2

Penilaian Sampingan

Penilaian sampingan ini akan dinilai berdasarkan isi kandungan 4 di dalam kemahiran 3. Isi kandungan ini tidak dijadikan isi pelajaran dalam penilaian utama disebabkan ia memerlukan perubahan sikap atau afektif pelajar. Sedangkan isi-isi kandungan yang lain lebih menekankan perubahan kognitif pelajar. Penilaian ini akan dianggap berjaya jika pelajar
22

sendiri yang sanggup membuat tindakan bagi mengatasi masalah yang berlaku tanpa didorong oleh nasihat guru. Contohnya selepas kursus kajian luar ekosistem hutan paya bakau tamat, beberapa orang pelajar secara sepakat akan bertindak menghantar surat bantahan kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kesan-kesan yang berlaku di ekosistem hutan paya bakau.

6.0

Refleksi Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Selepas kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini selesai dilaksanakan, sesi validasi akan dibuat bagi menilai sejauh manakah program yang dilaksanakan dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Melalui sesi validasi ini pendapat pelajar dan pendapat guru akan didengar demi memperbaiki program yang sama pada masa akan datang. Hasil daripada pandangan para pelajar dan guru ini akan dijadikan pula sebagai refleksi kajian luar ekosistem hutan paya bakau. Tujuannya supaya urus setia kajian luar akan dapat merangka semula kerangka konseptual yang lebih berkualiti bagi kajian akan datang.

7.0

Kesimpulan Kajian Luar Ekosistem Hutan Paya Bakau

Secara asasnya kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini dihasilkan berdasarkan aliran falsafah Progressivism dan aliran falsafah Reconstructionism. Melalui dua falsafah tadi dua aliran rekabentuk kurikulum pula telah dipilih iaitu aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan pelajar dan aliran rekabentuk kurikulum yang berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat. Maksudnya pembinaan kerangka konseptual kajian luar ekosistem hutan paya bakau ini mementingkan pengalaman pelajar dan kepentingan masyarakat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konseptual kajian luar ekosistem yang telah dibentuk ini akan menggunakan pula model Tyler kerana model ini lebih mudah untuk menghuraikan kerangka konseptual yang saya cadangkan. Prinsip asas kurikulum dan pengajaran yang dicadangkan oleh Tyler (1949, p. 1) merangkumi empat persoalan utama iaitu objektif, isi pelajaran, kaedah dan penilaian. Aliran rekabentuk berpusatkan pelajar akan membantu pelajar memahami kemahirankemahiran (kesinambungan) dan setiap isi pelajaran-isi pelajaran (turutan) yang terdapat dalam kemahiran dengan mudah. Melalui cara berpusatkan pelajar juga akan membolehkan
23

kognitif yang telah diperoleh akan lebih bersifat dinamik. Gabungan pelbagai mata pelajaran (intergrasi) iaitu Biologi, Tasawwur Islam dan Pendidikan Moral juga akan dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah kerana telah mempunyai pengalaman pembelajaran awal. Pendekatan aliran berpusatkan masyarakat melalui kajian luar ekosistem paya bakau ini pula menumpukan kepada perubahan afektif dan psikomotor (skop) pelajar. Melalui perubahan dari segi afektif dan psikomotor ini sebenarnya mampu membantu masyarakat sekitar. Misalnya apabila kawasan hutan paya bakau tidak dimusnahkan maka ia secara langsung dapat membantu golongan nelayan. Hal ini demikian kerana kawasan hutan paya bakau merupakan kawasan habitat marin yang baik. Dapatlah disimpulkan disini setiap perancangan kurikulum perlulah mempunyai kerangka konseptual yang khusus agar kurikulum yang dirancang benar-benar dapat membentuk pelajar dan masyarakat seperti yang diharapkan.

24

Rujukan.

Gan Wan Yeat. (2010). Success Biology SPM. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kaladevi., Chang Keng Ling., & Napsiah Muhammad. (2003). Pendidikan Moral Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khaw Ah Seng., & Habibah Hj. Lateh. (2002). Geografi Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Mutiara Ilmu Sdn. Bhd.

Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (2009). Curriculum : Foundations, principles and issues. Boston : Pearson Prentice Hall.

Ramlan Ahmad., Nor Aishah Raduan. (2002). Tasawwur Islam Tingkatan 4. Pulau Pinang : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Schiro, M.S. (2008) Curriculum : Theory conflicting visions and enduring concerns. London : Sage Publications

Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago : University of Chicago Press.

25

Lampiran 1 : Siratan Makanan Di Hutan Paya Bakau

26

Lampiran 2 : Aras Tropik Di Hutan Paya Bakau


PENGGUNA TERTIER Buaya dan Burung helang laut PENGGUNA SKUNDER Monyet, Burung, ular, ketam, dan ikan

PENGGUNA PRIMER Cacing, udang, tiram, siput dan ulat beluncas

PENGELUAR Pelbagai jenis pokok bakau

Perhubungan Antara Aras Trofik


PENGURAI Bakteria dan cacing

PENGGUNA PRIMER

PENGELUAR

PENGGUNA SEKUNDER

PENGGUNA PRIMER

27

Lampiran 3 : Borang Maklumat SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN PERAK Tajuk Kajian Luar Kawasan Kajian Nama Peserta Nama Kumpulan Kelas Ekosistem Hutan Paya Bakau Hutan Paya Bakau Bagan Datoh

6 Atas

1. Senaraikan benda hidup yang terdapat di hutan paya bakau.


Di pokok bakau Di daratan Di lumpur Di air masin Di udara

2. Tandakan ( ) benda bukan hidup yang terdapat di hutan paya bakau.


Cahaya Matahari Lumpur Pasir Karbon dioksida & Oksigen Air masin Air tawar

3. Tandakan ( ) aktiviti manusia yang terdapat di hutan paya bakau.


Pertanian Pembalakkan Pembinaan jalan raya pelancongan Aguakultur Petempatan Perindustrian

4. Secara perbincangan kumpulan berikan kepentingan-kepentingan hutan paya bakau.

1. 8. 2.

7.

Kepentingan Ekosistem Hutan Paya Bakau

3.

6. 5.

4.

28

Lampiran 4 : Borang Analisa Maklumat SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN PERAK Tajuk Kajian Luar Kawasan Kajian Nama Peserta Nama Kumpulan Kelas Ekosistem Hutan Paya Bakau Hutan Paya Bakau Bagan Datoh

6 Atas

1. Lengkapkan komponen biotik dan abiotik di hutan paya bakau. Biotik


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Abiotik
1. 2. 3. 4. 5.

2. Secara perbincangan kumpulan buat gambar rajah rantaian dan siratan makanan di hutan paya bakau. Gunakan kertas lukisan yang disediakan.

3. Melalui perbincangan kumpulan buat satu gambar rajah yang lengkap aras trofik di hutan paya bakau. Gunakan kertas lukisan yang disediakan. 4. Secara perbincangan kumpulan berikan kesan-kesan ke atas hutan paya bakau akibat daripada aktiviti manusia.
1. 8. 2.

7.

Kesan Terhadap Ekosistem Hutan Paya Bakau

3.

6. 5.

4.

29

Lampiran 5 : Skema Jawapan Borang Maklumat SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN PERAK Tajuk Kajian Luar Kawasan Kajian Nama Peserta Nama Kumpulan Kelas Ekosistem Hutan Paya Bakau Hutan Paya Bakau Bagan Datoh

6 Atas

1. Senaraikan benda hidup yang terdapat di hutan paya bakau.


Di pokok bakau Monyet Ulat dan ular Di daratan Musang Cacing Di lumpur Ketam Kepah Di air masin Ikan Udang Di udara Burung Burung Helang

2. Tandakan ( ) benda bukan hidup yang terdapat di hutan paya bakau.


Cahaya Matahari Ada Lumpur Ada Pasir Ada Karbon dioksida & Oksigen Ada Air masin Ada Air tawar Tiada

3. Tandakan ( ) aktiviti manusia yang terdapat di hutan paya bakau.


Pertanian Ada Pembalakkan Ada Pembinaan jalan raya Ada pelancongan Ada Aguakultur Ada Petempatan Ada Perindustrian Tiada

4. Secara perbincangan kumpulan berikan kepentingan-kepentingan hutan paya bakau.


1.Membekalkan sumber kepada manusia

8. Menstabil pesisir pantai dan muara sungai

2. Menapis pencemar dari kawasan sekitar

7. Tempat pembiakan hidupan laut

Kepentingan Ekosistem Hutan Paya Bakau

3. Zon penampan kepada ribut

6. Kitaran ekologi dan kepelbagaian biologi

5. Kitaran karbon dioksida dan kitaran oksigen

4. Kitaran nutrien dan rantaian makanan

30

Lampiran 6 : Skema Jawapan Borang Analisa Maklumat SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN PERAK Tajuk Kajian Luar Kawasan Kajian Nama Peserta Nama Kumpulan Kelas Ekosistem Hutan Paya Bakau Hutan Paya Bakau Bagan Datoh

6 Atas

1. Lengkapkan komponen biotik dan abiotik di hutan paya bakau. Biotik


1.Monyet 2.Ular 3.Burung 4.Udang 5.Ketam 6.Ulat 7.Kepah 8.Ikan 9.Pokok 10.Cacing

Abiotik
1.Cahaya 2.Lumpur 3.Pasir 4.Udara 5.Air masin

2. Secara perbincangan kumpulan buat gambar rajah rantaian dan siratan makanan di hutan paya bakau. Gunakan kertas lukisan yang disediakan. Rujuk Lampiran 1 3. Melalui perbincangan kumpulan buat satu gambar rajah yang lengkap aras trofik di hutan paya bakau. Gunakan kertas lukisan yang disediakan. Rujuk Lampiran 2 4. Secara perbincangan kumpulan berikan kesan-kesan ke atas hutan paya bakau akibat daripada aktiviti manusia. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 Sumber kepada manusia seperti sumber protein, kayu arang, ubatan dan bahan binaan akan berkurangan. Tiada lagi kawasan menapis bahan pencemar dari kawasan sekitar seperti dapat menyerap karbon dioksida, nitrogen dan fosforus. Tiada kawasan zon penampan daripada ribut. Menjejaskan kitaran nutrien dan rantaian makanan. Menjejaskan kitaran karbon dioksida dan oksigen. Kepentingan ekologi dan kepelbagaian biologi kerana hutan paya bakau yang dapat menampung pelbagai flora dan fauna akan terancam. Kawasan pembiakan hidupan laut seperti ikan serta ketam akan musnah. Kawasan pantai dan muara sungai akan mengalami hakisan.

31

Anda mungkin juga menyukai