Anda di halaman 1dari 1

PETUA PERKAHWINAN Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih

sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut. * Sentuhlah tangannya selalu. * Ajaklah dia mandi bersama. * Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya. * Timbulkan mood anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan. * Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum. * Tulislah nota cinta buat si dia. * Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah. * Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah. * Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan. * Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang. * Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia. * Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang. * Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain. * Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda. * Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira. * Cubalah pujuk jika dia sedang berduka. * Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu . * Peluklah si dia sekerap mungkin. * Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga

Anda mungkin juga menyukai