Anda di halaman 1dari 1

iriman: Amu Awie 

Sumber: Turun - Temurun  Email this Recipe Print this Recipe


Hits: 1093 Rating: 6.55 Review: 0

Bahan-Bahan:

(Sukatan Berikut Untuk 1kg Tepong Sahaja) 

Bahan-bahan :- 

1- 1 kilo tepung gandum 


2- 4 sudu majerin 
3- 500ml air 
4- 3 sudu susu pekat 
5- 1 sudu kecil garam 
6- 2 sudu besar gula 
7- 1 biji telur 

Cara:

Cara-cara :- 

1- Taburkan tepung di atas meja/dulang . 


2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah) 
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah. 
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung. 
5- Tuang air sedikit demi sedikit. 
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut. 
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam. 
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin. 
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam. 
10- Doh sedia untuk di canai.

Cadangan Hidangan:

1 kilo tepung boleh menghasilkan 9 - 13 keping roti canai. Mengikut size sendiri.

Tambahan:

Jika doh masih tidak lembut, tambahkan air sedikit. (hanya basahkan tapak tangan dan sapu pada doh sahaja).
Kemudian uli semula

Anda mungkin juga menyukai