Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Modul yang telah dirancang meliputi keseluruhan kurikulum kursus PJK2101 Pendidikan Jasmani Program Diploma Perguruan

Lepasan Ijazah (DPLI) Mod LPBS. Ia disediakan sebagai modul pembelajaran untuk membantu anda dalam pembelajaran kendiri. Kursus. Modul ini dirancang mengikut tajuk-tajuk Pro Forma Setiap tajuk mengandungi beberapa sub tajuk yang meliputi semua

aspek kandungan kurikulum olahraga. Modul ini mengandungi 9 tajuk. Pada setiap akhir tajuk, soalan-soalan berbentuk refleksi, latihan-latihan dan soalan-soalan tutorial disertakan untuk menguji kefahaman anda. Anda di kehendaki mencari dan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan dan latihanlatihan tersebut untuk dibawa berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan sekumpulan anda. Selain daripada belajar sendiri melaui bahan-bahan modul ini, anda juga dikehendaki membuat rujukan dan panduan dari sumber-sumber lain untuk kefahaman lanjut. Diharapkan modul ini dapat memberi segala informasi dan latihan yang anda perlukan untuk berjaya dalam kursus ini. Semoga kursus ini dapat meningkatkan minat dan komitmen anda dalam profesion perguruan.