Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK KEM TERENDAK 2 KATA-KATA ALUAN Yang Berusaha Mejar Sulaiman

bin Samrong Naib Yang Dipertua PIBG SK Kem Terendak 2. Yang Berbahagia En Mustafa Kamal bin Mohd Nor Guru Besar SK Kem Terendak 2 Yang dihormati, Majer Sulaiman bin Samrong ,Naib YDP SK Kem Terendak 2,Para AJK PIBG,Guru-guru penolong Kanan,guru-guru dan kakitangan SK Kem Terendak 2, ibubapa,seterusnya hadirin dan hadirat sakalian. Assalamualaikum.w.h.w. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kem Terendak 2 bagi tahun 2013.Semoga dengan kehadiran tuantuan dan puan-puan sakalian dapat menceriakan lagi majlis kita pada petang ini.

Majlis amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran ,NYDP PIBG,AJK PIBG,GuruGuru dan Kakitangan Sekolah serta para ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2013.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku .Hadirin diminta berdiri. -nyanyiBACAAN DOA

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Shukri bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Wan Mohd Shukri atas bacaan doa itu tadi.

PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kita teruskan lagi majlis pada petang ini dengan sama-sama kita menyaksikan persembahan tiupan rekoder oleh murid-murid tahun lima yang dipimpin oleh Puan Sabiha Salih. Dipersilakan

-PERSEMBAHANdemikian sudah persembahan dari murid- murid tahun 5. Majlis mengucapkan Tahniah dan syabas. UCAPAN ALUAN PENASIHAT/ GB Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berberusaha En Mustafa Kamal bin Mohd Nor ,Merangkap penasihat PIBG SK Kem Terendak 2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

-UCAPAN-

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha EnMustafa Kamal bin Mohd Nor ,merangkap penasihat PIBG SK Kem Terendak 2. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. UCAPAN YDP PIBG Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput ______________________,Naib YDP PIBG Sk Kem Terendak 2 untuk menyampaian bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Kem Terendak 2 tahun 2013. Dipersilakan. -UCAPAN-

Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG Majer Sulaiman bin Samrong Majlis ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mejar Sulaiman bin Samrong kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN UPSR

Kini tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada pelajar yang telah menyumbangkan kecemerlangan bidang akademik.Bagi menyempurnakan majlis,majlis dengan hormatnya mempersilakan yang berusaha ____________________________ diiringi oleh En. Mustafa Kamal bin Mohd Noor Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2 untuk menyampaikan Anugerah kepada pelajar-pelajar.Dipersilakan -HADIAHTahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada hari ini.Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang pada masa akan datang. PENYAMPAIAN CENDERAHATI Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan ________________________________ Untuk menerima cenderahati dari kami Majlis mempersilakan. . PENUTUP Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong SK Kem Terendak 2 2013. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang .. dan para jemputan sekalian, Para ibu bapa diminta tunggu kerana majlis mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi. Majlis akan diserahkan kepada pengerusi mesyuarat. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikumwhwt.

Anda mungkin juga menyukai