Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803

PROFESSIONAL DEVELOPMENT

STUDENT NAME MATRICULATION NO. IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. EMAIL LEARNING CENTRE :

: : : :

MOHAMAD YAZID BIN SELAMAT 800621015463001 800621-01-5463 013 7383599 ajit_bp80@yahoo.com

OUM JOHOR BAHRU

JURNAL REFLEKTIF KESELURUHAN PERAYAAN THAIPUSAM

LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini membolehkan saya mengkaji perayaan tradisi kaum India seperti perayaan Thaipusam dengan terperinci seperti mana perayaan yang lain seperti hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Kristmas. Thaipusam biasanya disambut oleh Kaum India yang beragama hindu di Malaysia. Saya telah berusaha untuk mendapatkan nota-nota yang berkaitan dengan projek kerja kursus ini. Kerja kursus ini merupakan suatu tugasan yang amat berkesan kepada saya, terutamanya dalam mencari maklumat mengenai perayaan tradisi iaitu perayaan Thaipusam. Kerja kursus ini meninggalkan satu pengalaman yang sungguh indah kepada saya, apabila berusaha menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Dengan ini saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih. Semasa melakukan pencarian maklumat dengan melayari internet didapati pelbagai maklumat mengenai perayaan Thaipusam. Olah itu, saya membaca semua maklumat yang

diperoleh, kemudian mengambil beberapa maklumat sahaja yang dianggap penting untuk menyelitkan dalam hasil kajian saya. Dengan ini saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional mengikut tajuk yang diberikan. Walaupun menghadapi masalah ketika menemuramah beberapa golongan masyarakat India tetapi dengan kerjasama yang diberikan dapat juga saya menemuramah mereka untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang perayaan Thaipussam. Saya tidak menghadapi masalah ketika merakam perayaan Thaipussam kerana perayaan tersebut hanya diraikan dikawasan luar rumah dan ini mempermudahkan saya merakam suasana tersebut. .

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membantu saya membuat kajian ilmiah dengan cara yang betul, jelas dan betul.

Menghargai dan mempertahankan parayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan baik. Memastikan generasi yang akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah masyarakat di Malaysia. Menanam semangat patriotism di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

MANFAAT DAN KELEBIHAN PROGRAM Kajian ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya peninggalan nenek moyang saya dahulu iaitu saya dan penglibatan keluarga yang terlibat sama dengan sambutan perayaan ini seperti menyediakan bahan-bahan upacara, pakaian dan diri sendiri sempena sambutan perayaan ini. Ia juga membolehkan saya mengetahui lebih dalam mengenai perayaan Thaipusam dan menghajati perayaan Thaipusam yang disambut oleh kaum India, di Malaysia. Ini adalah kerana perayaan Thaipusam, khasnya di Malaysia unik untuk dikaji kerana menggambarkan unsur 1 Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme bersama kawan-kawan saya dan keluarga seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin. Kajian ini juga dapat membantu saya mengesan kesan perayaan ini iaitu kesan dalam peluang perniagaan, pelancongan, keagamaan/kepercayaan dan perpaduan kepada diri saya, keluarga, masyarakat serta negara saya, Malaysia

KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI Kesukaran menemuramah golongan 50 tahun k eatas Kesukaran tersebut adalah kerana perbezaan bahasa dan umur ini adalah golongan tersebut tidak berapa memahami apa soalan yang ditemuramah. Saya menanyakan soalan dengan perlahan dan menggunakan bantuan kaum india yang lebih muda untuk menterjemahkannya.

KEKURANGAN MAKLUMAT Sukar untuk mendapatkan maklumat tentang perayaan Thaipussam kerana ia bukan perayaan yang besar dan maklumat terhad. Mencari lebih banyak maklumat melalui internet dan bertanyakan maklumat dari rakan berbangsa India.

Cadangan Penambahbaikan 1) Pengisian maklumat Selain dari maklumat yang boleh di cari di internet saya juga boleh mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada kaum India. Ini adalah kerana jika saya bertanya sendiri kepada kaum tersebut lebih tepat maklumat yang saya dapat.

2) Penglibatan Oleh kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum rasanya lebih elok saya bercampur gaul dengan masyarakat berlainan kaum untuk mendapatkan sendiri suasana sebenar perayaan-perayaan yang diraikan oleh kaum India tersebut.

Anda mungkin juga menyukai