Anda di halaman 1dari 152

1 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 1 Muzik, Gerakan Badan dan Drama

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenal pasti tujuan aktiviti muzik, gerakan badan dan drama di prasekolah, sekolah rendah dan menengah. 2. Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti (a) nyanyian; (b) muzik, gerakan badan; (c) memainkan alatan genderang atau perkusi serta (d) drama dan tarian dalam pengajaran. 3. Memahami aktiviti muzik, gerakan badan, drama dan perkembangan murid-murid berkeperluan khas.

PENGENALAN

omponen Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan Drama dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan aktiviti- aktiviti seni persembahan yang

merangkumi aktiviti nyanyian; muzik dan gerakan; genderang serta drama dan tarian. Aktiviti muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif juga diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Aktiviti-aktiviti ini terkandung dalam komponen kreativiti untuk perkembangan daya kreativiti murid. Aktiviti berlakon pula terkandung dalam Tunjang Komunikasi- Bahasa Malaysia untuk memberi peluang kepada murid untuk meniru aksi, berlakon bebas dan berlakon bersama boneka.

2 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN

A
mereka.

ktiviti-aktiviti nyanyian, muzik, gerakan badan, memainkan alatan genderang atau perkusi, drama dan tarian perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut kemampuan seseorang murid yang dapat mempertingkatkan minat, bakat dan potensi mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga dapat melahirkan murid- murid yang

berkemahiran, berpengetahuan dan beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan masa depan

Tujuan aktiviti muzik, gerakan badan dan drama


Muzik, gerakan badan dan drama dilaksanakan dalam pengajaran adalah bertujuan mempertingkatkan bakat dan potensi murid-murid berkeperluan khas di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Di peringkat prasekolah, Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan

(Masalah Pembelajaran) menyenaraikan tujuan aktiviti seni adalah untuk mempertingkatkan bakat dan potensi murid-murid dalam bidang seni dan muzik. Oleh itu, guru-guru perlu merancang aktiviti-aktiviti seni yang sesuai dengan tahap perkembangan dan kemampuan murid-murid untuk mencungkil bakat dan potensi mereka. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia menyenaraikan aktiviti-aktiviti seni dilaksanakan bertujuan; (i) Mempertingkatkan bakat dan minat murid-murid dalam bidang seni persembahan yang merangkumi nyanyian, tarian dan lakonan, (ii) Meningkatkan kemahiran insaniah murid-murid supaya mereka dapat mempraktikkan semangat kerjasama dan berdisplin dalam kumpulan semasa menyertai aktiviti seni, (iii) Melatih muridmurid supaya mempunyai kemahiran untuk menggunakan alatan muzik perkusi, tiupan dan bertali, (iv) Membimbing murid-murid untuk melaksanakan pergerakan mengikut lagu yang pelbagai rentak dan mud seperti sedih, gembira dan bersemangat, (v) Melatih murid-murid untuk mengenal jenis-jenis lagu berdasarkan dinamik (perubahan bunyi kuat dan lembut) serta melodi (susunan pic), (vi) Melatih muridmurid supaya dapat mengawal anggota badan semasa aktiviti gerakan, (vii) Menghayati pelbagai watak dalam aktiviti lakonan teater atau drama serta (viii) Dapat membaca dan mengingati dialog dengan baik untuk produksi teater atau drama.

3 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Senarai tujuan aktiviti muzik, gerakan badan dan drama untuk murid-murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
Prasekolah

(i)_______________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

Sekolah Rendah dan Menengah

(i)______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (ii)_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (iii)_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (iv)_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (v)_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (vi)_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (vii)_____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (viii)____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________

4 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti nyanyian dalam pengajaran


Prasekolah Aktiviti nyanyian dalam pengajaran murid-murid prasekolah adalah untuk menarik minat murid-murid untuk belajar dan memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan kreativiti dan meluahkan perasaan. Fokus Kreativiti dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran) menyatakan bahawa murid-murid dilatih menyanyi lagu secara Humming, menyanyi berdasarkan lagu yang diperdengarkan secara berulangan dan menyanyi tanpa muzik dengan mengikut melodi dan lirik lagu. Jadual berikut menunjukkan aktiviti nyanyian murid-murid prasekolah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Jadual 1.1 Aktiviti nyanyian dalam pengajaran murid-murid prasekolah Fokus Kreativiti Standard Kandungan 2.2 Menyanyi lagu Standard Pembelajaran Aras 1 2.2.1 Humming mengikut melodi Standard Pembelajaran Aras 2 2.2.2 Menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan 2.2.3 Menyanyi tanpa muzik
Sumber: Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran).

Sekolah Rendah dan Menengah Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, aktiviti nyanyian dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah melatih murid-murid supaya dapat menguasai kemahiran mendengar jenis-jenis bunyi dan nada, meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian.

5 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Jadual 1.2 Aktiviti nyanyian dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah Nyanyian Objektif Membolehkan murid: 1.1 1.2 Menguasai kemahiran mendengar Meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian Kandungan 1.1.1 Jenis-jenis bunyi dan nada 1.2.1 Nyanyian

Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai guru pendidikan khas, anda diberi bertanggungjawab untuk merancang aktiviti nyanyian yang dapat mempertingkatkan bakat dan potensi murid-murid. Catatkan kemahiran yang boleh digabungjalinkan dalam aktiviti nyanyian dan juga objektif pengajaran yang sesuai bagi aktiviti ini. (i) Perancangan aktiviti nyanyian untuk murid-murid prasekolah Aktiviti Nyanyian Kemahiran Objektif pengajaran

(ii) Perancangan aktiviti nyanyian untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah Aktiviti Nyanyian Kemahiran Objektif pengajaran

6 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti muzik dan gerakan badan dalam pengajaran


Prasekolah Aktiviti muzik dan gerakan badan dalam pengajaran murid-murid prasekolah adalah Fokus Kreativiti dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran) menyatakan bahawa murid-murid diberi peluang mendengar muzik, membuat pergerakan mengikut rentak muzik, membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu serta membuat persembahan pergerakan kreatif. Jadual berikut menunjukkan aktiviti muzik dan gerakan badan murid-murid prasekolah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Jadual 1.3 Aktiviti muzik dan gerakan dalam pengajaran murid-murid prasekolah Fokus Kreativiti Standard Kandungan Standard Pembelajaran Aras 1 Standard Pembelajaran Aras 2

2.1 Mendengar pelbagai 2.1.1 Membuat pergerakan 2.1.2 Membuat pergerakan kreatif rentak muzik mengikut: i. rentak muzik; ii. Lirik lagu
Sumber: Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran).

Sekolah Rendah dan Menengah Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, aktiviti muzik dan gerakan badan dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah memberi peluang kepada murid-murid membuat pergerakan dengan menggunakan aggota badan. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan dapat membantu perkembangan fizikal serta kreativiti murid-murid. Selain itu,

7 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

aktiviti muzik dan gerakan badan juga memberi peluang kepada murid-murid membuat persembahan
tarian, gimrama dan senamrobik mengikut irama.

Jadual 1.4 Aktiviti muzik dan gerakan badan dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah Nyanyian Objektif Membolehkan murid: Kandungan

2.1 Melakukan gerakan untuk menghasilkan 2.1.1 Anggota badan bunyi; 2.2 Melakukan gerakan mengikut irama 2.2.1 Gerakan mengikut irama a. bebas b. terkawal c. kreatif 2.2.2 Apresiasi muzik 2.2.3 Jenis-jenis tarian 2.2.4 Asas gimrama 2.2.5 Asas senamrobik

Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senaraikan jenis-jenis aktiviti gerakan mengikut irama yang boleh dapat mempertingkatkan bakat dan potensi murid-murid.

Peringkat Prasekolah

Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah

8 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi dalam pengajaran


Prasekolah Aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi dalam pengajaran murid-murid prasekolah adalah Fokus Kreativiti dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran) menyatakan bahawa murid-murid dilatih menghasilkan bunyi dengan genderang atau genderang atau alat perkusi seperti gendang, kompang dan angklung. Jadual berikut menunjukkan aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi murid-murid prasekolah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Jadual 1.5 Aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi dalam pengajaran murid-murid prasekolah Fokus Kreativiti Standard Kandungan Standard Pembelajaran Aras 1 Standard Pembelajaran Aras 2
2.3.2 Memainkan alat perkusi 2.3.2 Memainkan alat dengan iringan muzik perkusi

2.3 Menghasilkan 2.3.1 Membunyikan alat perkusi bunyi dengan alat perkusi

Sumber: Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran).

Sekolah Rendah dan Menengah Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan menengah melatih murid-murid Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan supaya dapat mengenal dan menyebut nama-nama alatan genderang atau perkusi dan memainkan alat denderang atau perkusi.

9 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Jadual 1.6 Aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah Nyanyian Objektif Membolehkan murid:
3.1 mengenal dan memainkan alat denderang

Kandungan
3.1.1 Genderang

Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senaraikan alatan genderang atau perkusi yang digunakan untuk aktiviti memainkan alatan genderang atau perkusi dalam pengajaran.

Alatan Genderang atau Perkusi

10 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti drama dan tarian dalam pengajaran


Prasekolah Aktiviti drama dan tarian dalam pengajaran murid-murid prasekolah adalah Fokus Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran) menyatakan bahawa murid-murid dibimbing untuk berlakon secara bebas, berlakon menggunakan boneka dan berlakon secara meniru orang atau aksi yang diperhatikan. Jadual berikut menunjukkan aktiviti drama dan tarian murid-murid prasekolah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Jadual 1.7 Aktiviti drama dan tarian dalam pengajaran murid-murid prasekolah
Fokus Bahasa Malaysia

Standard Kandungan
2.10 Berlakon

Standard Pembelajaran Aras 1


2.10.1 Meniru aksi yang dilihat

Standard Pembelajaran Aras 2


2.10.2 Berlakon boneka menggunakan

2.10.3 Berlakon secara bebas


Sumber: Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran).

Sekolah Rendah dan Menengah

Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, aktiviti drama dan tarian dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah melatih murid-murid supaya dapat menguasai kemahiran berlakon dan menari. Produksi drama memerlukan murid berimaginasi dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghayati watak dan skrip persembahan. Produksi tarian memerlukan murid mengingati langkah-langkah tarian, menari secara bertenaga dan menggunakan ruang pentas secara bijak.

11 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Jadual 1.8 Aktiviti drama dan tarian dalam pengajaran murid-murid sekolah rendah dan menengah Nyanyian Objektif Membolehkan murid:
4.1 Melakukan latihan asas lakonan

Kandungan
4.1.1 Latihan asas lakonan

4.2 meningkatkan imaginasi melalui tingkah 4.2.1 Penghayatan watak laku/pergerakan 4.3 meningkatkan berkomunikasi pengusaan kemahiran 4.3.1 Penghayatan skrip/dialog

4.4 menambah minat terhadap kerjaya melalui 4.4.1 Watak lakonan 4.4.2 Drama 4.4.3 Penerbitan drama
Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fikirkan aktiviti seni persembahan yang dapat mencungkil bakat dan potensi murid-murid berkeperluan khas. Tulis cadangan anda dalam ruang yang disediakan. Aktiviti untuk mencungkil bakat dan potensi murid-murid berkeperluan khas Murid Masalah Pembelajaran Pertuturan Penglihatan Pendengaran Pintar cerdas Cadangan Aktiviti

12 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

MUZIK, GERAKAN BADAN, DRAMA DAN PERKEMBANGAN MURID-MURID


Aktiviti muzik, gerakan badan dan drama dapat mencungkil bakat dan potensi, membantu perkembangan imaginasi dan kreativiti, sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi, kognitif dan psikomotor serta moral dan kerohanian murid-murid berkeperluan khas. Bakat dan Potensi Murid-murid berkeperluan khas adalah insan yang istimewa. Mereka mempunyai bakat dan potensi yang terpendam. Aktiviti muzik, gerakan badan dan drama dilaksanakan untuk mencungkil bakat dan potensi mereka. Mereka mungkin akan menjadi pelakon, penyanyi, ahli muzik dan penari yang terkenal. Imaginasi dan Kreativiti Aktiviti muzik, gerakan badan dan drama memerlukan pemikiran simbolik dan kreativiti murid-murid. Mereka perlu menyampaikan idea yang asli dan berupaya menyelesaikan masalah secara kreatif. Mereka perlu berimaginasi untuk mencipta watak, kreatif dalam mengubah lagu dan menunjukkan gerak geri tarian yang mempunyai estetika. Sosial dan Emosi Sepanjang aktiviti muzik, gerakan badan dan drama, murid-murid perlu berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran, bekerjasama dalam kumpulan, menyatakan pendapat dan menerima pendapat orang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga memberi perluang kepada murid-murid untuk meluahkan perasaan mereka. Bahasa dan Komunikasi Berkomunikasi secara berkesan akan menjayakan sesuatu persembahan. Murid-murid perlu mendengar dan mengikut arahan guru dan ahli lain yang terlibat dalam persembahan. Murid-murid pekak boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli dalam persembahan.

13 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Kognitif dan Psikomotor Seni persembahan melibatkan aktiviti mental yang dapat membantu perkembangan kognitif murid. Aksi dan gerak geri dalam persembahan dapat menguatkan kawalan otot murid-murid, melatih koordinasi dan kepantasan fizikal mereka. Moral dan Kerohanian Nilai-nilai murni dapat disampaikan menerusi aktiviti seni persembahan. Murid-murid perlu bertolak ansur, bekerjasama, menghargai diri dan orang lain sepanjang aktiviti. Mereka akan berasa yakin pada diri sendiri kerana dapat membuat persembahan dan bersyukur kepada Tuhan yang menganugerahkan bakat kepada mereka.

Pilih salah satu daripada aktiviti seni persembahan untuk kanak-kanak seperti drama, muzik dan tarian. Dengan mengambil kira objektif pengajaran yang anda rangka, tulis rancangan pengajaran slot bagi satu sesi pengajaran. Rancangan Pengajaran Slot Tajuk: Masa: Objektif: Bahan Bantu Mengajar: Langkah/ masa Set Induksi Langkahlangkah Isi kandungan Aktiviti guru Aktiviti pengajaran Aktiviti murid BBM/Catatan

Penutup

14 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

RINGKASAN
1. Aktiviti nyanyian; muzik dan gerakan; genderang serta drama dan tarian terkandung dalam Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan Drama dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Aktiviti muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif terkandung dalam Komponen Kreativiti dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). 3. Aktiviti berlakon terkandung dalam Tunjang Komunikasi- Bahasa Malaysia untuk memberi peluang kepada murid untuk meniru aksi, berlakon bebas dan berlakon bersama boneka. 4. Aktiviti muzik, gerakan badan dan drama dapat mencungkil bakat dan potensi, membantu perkembangan imaginasi dan kreativiti, sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi, kognitif dan psikomotor serta moral dan kerohanian murid-murid berkeperluan khas. 5. Bakat dan Potensi. Murid-murid berkeperluan khas adalah insan yang istimewa. Mereka mempunyai bakat dan potensi yang terpendam. 6. Imaginasi dan Kreativiti. Aktiviti muzik, gerakan badan dan drama memerlukan pemikiran simbolik dan kreativiti murid-murid. 7. Sosial dan Emosi. Murid-murid perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran, bekerjasama dalam kumpulan, menyatakan pendapat dan menerima pendapat orang lain serta meluahkan perasaan mereka. 8. Bahasa dan Komunikasi. Berkomunikasi secara berkesan akan menjayakan sesuatu persembahan. Murid-murid pekak boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. 9. Kognitif dan Psikomotor. Seni persembahan melibatkan aktiviti mental yang dapat membantu perkembangan kognitif murid. Aksi dan gerak geri membantu perkembangan fizikal murid. 10. Moral dan Kerohanian. Nilai-nilai murni dapat disampaikan menerusi aktiviti seni persembahan. Murid-murid yang terlibat akan berasa yakin pada diri sendiri dan bersyukur kepada Tuhan yang menganugerahkan bakat kepada mereka.

15 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP
Muzik, Gerakan Badan dan Drama (Seni Persembahan)

Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan Drama (Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah)

Muzik, Nyanyian dan Pergerakan Kreatif: Komponen Kreativiti Berlakon: Tunjang Komunikasi-Bahasa Malaysia (Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan-Masalah Pembelajaran)

Perkembangan Murid-murid -Bakat dan Potensi -Sosial dan Emosi -Kognitif dan Psikomotor -Imaginasi dan Kreativiti -Bahasa dan Komunukasi -Moral dan Kerohanian

KATA KUNCI
1. Muzik 2. Gerakan badan 3. Drama 4. Tarian 5. Seni persembahan 6. Bakat dan Potensi 7. Sosial dan Emosi 8. Kognitif dan Psikomotor 9. Imaginasi dan Kreativiti 10. Bahasa dan Komunukasi 11. Moral dan Kerohanian

16 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah aktiviti yang terkandung dalam Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan Drama dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia? 2. Apakah aktiviti seni persembahan yang terkandung dalam Komponen Kreativiti dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran)? 3. Apakah aktiviti seni persembahan yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi- Bahasa Malaysia Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran)? 4. Bagaimanakah aktiviti seni persembahan dapat mencungkil bakat dan potensi serta membantu perkembangan murid-murid berkeperluan khas?

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

17 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Aktiviti nyanyian; muzik dan gerakan; genderang serta drama dan tarian. 2. Aktiviti muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif . 3. Aktiviti berlakon. 4. Mencungkil bakat dan potensi, membantu perkembangan imaginasi dan kreativiti, sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi, kognitif dan psikomotor serta moral dan kerohanian murid-murid berkeperluan khas. -Bakat dan Potensi. Mencungkil bakat dan potensi yang terpendam. -Imaginasi dan Kreativiti. Pemikiran simbolik dan kreativiti murid-murid. -Sosial dan Emosi. Menyesuaikan diri dengan persekitaran, bekerjasama dalam kumpulan, menyatakan pendapat dan menerima pendapat orang lain serta meluahkan perasaan mereka. -Bahasa dan Komunikasi. Berkomunikasi secara berkesan akan menjayakan sesuatu persembahan. Murid-murid pekak boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. -Kognitif dan Psikomotor. Melibatkan aktiviti mental yang dapat membantu perkembangan kognitif murid. Aksi dan gerak geri membantu perkembangan fizikal murid. -Moral dan Kerohanian. Nilai-nilai murni, yakin pada diri sendiri dan bersyukur kepada Tuhan.

18 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 2 AKTIVITI GERAKAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan unsur-unsur pergerakan kreatif. 2. Mengenal jenis-jenis tarian. 3. Mengenal gimrama dan prop untuk aktiviti gimrama. 4. Mengenal aktiviti senamrobik 5. Merancang aktiviti pengajaran aktiviti gerakan untuk murid-murid berkeperluan khas.

PENGENALAN

ktiviti gerakan untuk murid-murid yang menerima pendidikan khas merangkumi pergerakan kreatif, tarian, gimrama dan senamrobik. Aktiviti-aktiviti ini berkait rapat dengan pertumbuhan dan kecergasan fizikal seseorang murid serta

kemahiran-kemahiran motor seseorang murid yang merangkumi pergerakan kemahiran asas yang menggunakan proses penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti ini dapat membantu perkembangan fizikal dan mencungkil bakat dan potensi mereka.

19 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Minta murid-murid membuat pergerakan sebagai secara bebas berdasarkan muzik tempo cepat dan perlahan. Apakah yang dapat perhatikan? Tulis pemerhatian anda dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 Pergerakan bebas tempo cepat dan perlahan

Pergerakan bebas tempo cepat

Pergerakan bebas tempo perlahan

ISI KANDUNGAN
Pergerakan Kreatif

bebas berdasarkan kemampuan dan bakat seseorang murid. Selain perkembangan fizikal, aktiviti pergerakan kreatif yang dilaksanakan dapat membantu muridmurid memahami struktur dan fungsi anggota badan diri, kemampuan diri untuk melakukan gerakan, menyelesaikan masalah semasa aktiviti dan meluahkan perasaan mereka menerusi aktiviti gerakan.

ergerakan kreatif melibatkan gerakan fizikal anggota

badan

murid

secara

menyeluruh.

Gerakan-gerakan ini dipersembahkan secara kreatif dengan bimbingan guru atau secara

20 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pergerakan serta menunjukkan unsur-unsur pergerakan yang merangkumi badan, ruang, masa dan tenaga. Badan Murid menggunakan badan untuk meyampaikan idea dan meluahkan perasaan mereka. Aktiviti pergerakan kreatif melibatkan bahagian luar tubuh badan dan juga bahagian dalam tubuh badan. Anggota badan bahagian luar tubuh badan yang terlibat adalah seperti kepala, leher, bahu, tangan, jari dan kaki. Bahagian dalam tubuh badan yang terlibat merangkumi organ-organ seperti jantung dan paru-paru serta organ-organ lain yang bergerak secara serentak tanpa kesedaran. Ruang Murid menggunakan ruang untuk membuat persembahan pergerakan kreatif. Ruang persembahan boleh dibahagikan kepada ruang persembahan peribadi dan ruang persembahan persekitaran. Ruang persembahan peribadi merujuk kepada ruang sementara yang mengelilingi seseorang murid yang tidak bergerak. Pergerakan persembahan adalah terhad dan banyak menggunakan pergerakan setempat. Ruang persembahan persekitaran merujuk kepada keseluruhan ruang aktiviti persembahan pergerakan kreatif dilaksanakan. Pergerakan persembahan lebih fleksibel dan keseluruhan ruang boleh digunakan untuk berkreatif. Masa Masa dalam pergerakan kreatif merangkumi durasi, rentak dan tempo. Durasi merujuk kepada panjang atau pendek setiap rentak yang ditunjukkan dalam persembahan pergerakan kreatif.Tempo merujuk kepada cepat atau perlahan pergerakan sesuatu gerak dalam persembahan pergerakan kreatif. Rentak merujuk kepada ritma dasar pergerakan secara berterusan. Tenaga Dalam persembahan pergerakan kreatif terdapat gerakan yang menggunakan gerakan yang bertenaga dan gerakan yang kurang bertenaga. Tenaga ditunjukkan menerusi gerakan-gerakan dalam persembahan pergerakan kreatif. Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh murid dalam sesuatu gerakan menunjukkan perasaan dan menyampaikan mesej kepada penonton.

21 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Isikan unsur-unsur pergerakan kreatif yang tertinggal.

Badan

Unsur-unsur Pergerakan Kreatif

Ruang

Tarian
Tarian merupakan pengucapan jiwa seseorang murid menerusi gerakan berirama. Tarian yang melibatkan gerakan tubuh badan seseorang murid mempunyai unsur-unsur keindahan. Keindahan tarian boleh disampaikan menerusi pergerakkan anggota tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan mata. Aktiviti tarian sebagai gerakan berirama sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan mencungkil minat, bakat dan potensi seseorang murid. Murid-murid dapat berkreatif dan mendisiplinkan diri menerusi aktiviti tarian yang berentak dan berirama. Tarian Lilin, Tarian Payung, Tarian Kipas dan Tarian Buluh boleh diperkenalkan kepada muridmurid pendidikan khas untuk mengembalikan kegemilangan tarian dan memupuk semangat cintakan tarian di kalangan murid-murid.

22 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Tarian Lilin Sebatang lilin diletakkan di dalam pinggan digunakan oleh penari-penari untuk membuat persembahan. Gerakan tarian ini adalah berdasarkan cerita seorang wanita yang sedang mencari cincin pertunangannya yang hilang. Penari-penari menunjukkan gerakan seperti membongkok, mengadah dan melirik semasa persembahan. Penari-penari yang mahir memijak piring yang diatur.

Tarian Payung Payung digunakan oleh penari-penari untuk membuat persembahan. Tarian ini dipersembahkan secara berpasangan-pasangan. Tarian ini menunjukkan aksi penari-penari lelaki mempelawa penari-penari wanita dan cuba mendekati penari-penari wanita namun penari-panari wanita cuba menjauhkan diri.

Tarian Kipas Kipas berwarna terang digunakan dalam Tarian Kipas. Kipas diperbuat daripada buluh dan kertas atau kain. Terdapat juga kipas yang berkain panjang dan berbuluh-buluh digunakan dalam tarian kipas. Kipas membawa maksud sebati dan membawa kebaikan kepada masyarakat. Tarian Kipas dipersembahkan secara berkumpulan. Tarian kipas boleh dipersembahkan oleh penari lelaki dan juga penari wanita.

Tarian Buluh Buluh panjang digunakan dalam Tarian Buluh. Irama dan gerakan tarian ini ditentukan oleh pemain buluh. Penari perlu ada kemahiran pergerakan kaki yang cekap supaya kaki tidak disepit oleh buluh.

23 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Menonton persembahan tarian-tarian berikut daripada Internet-You Tube. Apakah yang dapat perhatikan? Tulis pemerhatian anda berkaitan gerakan-gerakan tarian dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Gerakan Tarian

Tarian Lilin

Tarian Payung

Tarian Kipas

Tarian Buluh

24 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gimrama
Aktiviti gimnastik menekankan gaya pergerakan dan perkembangan murid. Setelah mengikuti aktiviti, murid dapat melakukan pergerakan pelbagai cara dengan gaya yang betul dan selamat serta memahami kemampuan diri. Menggunakan ruang persembahan dengan bijak dan mereka cipta pergerakan yang kreatif dan menarik Prop Untuk Aktiviti Gimnastik Prop yang sesuai digunakan dalam aktiviti gimnastik adalah seperti oktagon, bola, tali, belantan, reben dan gelung. Oktagon Digunakan untuk memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu aktiviti.Oktagon membantu murid melambungkan diri ke udara dan menguatkan motor kasar terutamanya bahagian kaki murid. Bola Digunakan untuk membantu perkembangan motor kanak-kanak. Murid boleh aktiviti membaling dan menangkap bola serta menggunakan menggunakan jari untuk memusing bola. Tali Sesuai untuk murid perempuan. Digunakan untuk permainan lompat tali dan menari. Aktiviti ini melatih kemahiran pergerakan kaki, tangan dan kepala murid. Belantan Digunakan untuk permainan pergerakan. Belantan berbentuk besar dihujung manakala kecil dibahagian pangkalnya digunakan untuk senaman lantai dan menghasilkan gerak yang lebih menarik. Reben Digunakan untuk permainan dan pergerakan seperti membuat corak alunan ombak untuk membantu daya imbangan dan koordinasi badan murid.

25 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gelung Gelung plastik atau rotan digunakan untuk pergerakan seperti melambung dan memusing. Permainan ini dapat menguatkan bahagian tangan, kaki dan pinggang murid.

Senaraikan prop yang boleh digunakan dalam aktiviti gimrama dan terangkan kegunaannya. Prop Kegunaan

26 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Anda diberi bertanggungjawab untuk merancang pengajaran untuk aktiviti gimrama yang dapat mempertingkatkan bakat dan potensi murid-murid. Catatkan langkah-langkah pengajaran bagi aktiviti ini. Perancangan Pengajaran
Tajuk Objektif Bahan Langkah-langkah : Kayu Balak Bergolek : Melakukan pergerakan asas: berguling : Tiada : Minta murid berbaring di atas lantai. Menggolekkan diri seperti kayu balak

Langkah/ masa Set Induksi

Isi kandungan Aktiviti guru

Aktiviti pengajaran Aktiviti murid

BBM/Catatan

Langkahlangkah

Penutup

27 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Senamrobik
Aktiviti senamrobik melibatkan penggunaan oksigen dalam badan dan pergerakan psikomotor terutamanya motor kasar secara berterusan. Pergerakan dalam senamrobik adalah berirama dan boleh dilaksanakan dengan memainkan muzik yang sesuai. Aktiviti senamrobik dapat meningkatkan tahap kardiovaskular murid secara optimun. Aktiviti senamrobik dapat membantu perkembangan fizikal dan juga mental murid. Dari segi fizikal, aktiviti ini dapat meningkatkan fisiologi dan mengawal berat badan. Dari segi mental pula, aktiviti ini dapat meningkatkan kecergasan otak dan mengurangkan tekanan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti. Peringatan kepada murid semasa aktiviti senamrobik Tidak makan dua jam sebelum melakukan aktiviti. Tidak melakukan aktiviti apabila berasa penat atau sakit. Minum air sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

Apakah perkara yang perlu diingat oleh murid-murid semasa aktiviti senamrobik?

1.

2.

3.

28 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Prosedur aktiviti senamrobik Pemanasan badan Selama 5 hingga 10 minit pada permulaan aktiviti. Pergerakan seperti berjalan dan berlari setempat.

Catatkan prosedur aktiviti senamrobik.

________________________________________________

_______________________________________________

_________________________________________________ ______

29 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Perkara-perkara yang dijalankan selepas aktiviti senamrobik Penyejukan Pergerakan berjalan secara perlahan-lahan. Tarik nafas.

Catatkan perkara-perkara yang dijalankan selepas aktiviti senamrobik.

________________________________________________

_______________________________________________

_________________________________________________ ______

30 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Merancang aktiviti gerakan


Guru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran gerakan dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya ialah kaedah latihan secara profesional daripada penggiat seni tarian, gimrama, senamrobik dan pergerakan kreatif, kaedah menonton persembahan di panggung dan tayangan video. Kaedah Latihan Profesional Guru boleh mengajar aktiviti gerakan dengan menggunakan kaedah latihan profesional kepada muridmurid. Rajah 2.1 menunjukkan prosedur pengajaran secara profesional. Menjemput jurulatih

Jurulatih membuat demonstrasi

Latihan gerakan untuk memantapkan kemahiran murid.

Pratonton kepada guru dan ibu bapa

Persembahan akhir

Rajah 2.1 Prosedur pengajaran aktiviti gerakan secara professional

31 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Kaedah Menonton Persembahan Guru boleh mengajar aktiviti gerakan dengan menggunakan kaedah menonton persembahan kepada murid-murid. Rajah 2.2 menunjukkan prosedur pengajaran menonton persembahan.

Menonton persembahan di panggung

Perbincangan

Improvisasi gerakan

Analisis gerakan

Latihan penuh

Pra tonton

Persembahan akhir

Rajah 2.2 Prosedur pengajaran tarian dan pergerakan kreatif secara menonton persembahan

32 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Kaedah Tayangan Video Guru boleh mengajar aktiviti gerakan dengan menggunakan kaedah tayangan video kepada murid-murid. Rajah 2.3 menunjukkan prosedur pengajaran menggunakan kaedah tayangan video.

Memilih jenis aktiviti gerakan. Menyatakan tujuan tayangan video. Menanyangkan persembahan gerakan

Bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan video yang ditayangkan.

Minta murid-murid meniru pergerakan. Memberi pujian kepada murid-murid. Murid-murid menyatakan perasaan. Guru membuat rumusan. Rajah 2.3 Prosedur pengajaran gerakan menggunakan kaedah tayangan video

33 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti gerakan sesuai untuk murid-murid yang mempunyai kecacatan fizikal. Bincangkan.

Tulis satu persedian mengajar yang lengkap untuk aktiviti gerakan.

RINGKASAN
1. Aktiviti gerakan berkait rapat dengan pertumbuhan dan kecergasan fizikal seseorang murid serta kemahiran-kemahiran motor seseorang murid. 2. Penglibatan murid dalam aktiviti gerakan dapat membantu perkembangan fizikal dan mencungkil bakat dan potensi mereka. 3. Aktiviti gerakan untuk murid-murid yang menerima pendidikan khas merangkumi pergerakan kreatif, tarian, gimrama dan senamrobik. 4. Pergerakan kreatif melibatkan gerakan fizikal anggota badan murid secara menyeluruh. Aktiviti pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pergerakan serta menunjukkan unsur-unsur pergerakan yang merangkumi badan, ruang, masa dan tenaga. 5. Tarian merupakan pengucapan jiwa seseorang murid menerusi gerakan berirama. Tarian Lilin, Tarian Payung, Tarian Kipas dan Tarian Buluh boleh diperkenalkan kepada murid-murid pendidikan khas untuk mengembalikan kegemilangan tarian dan memupuk semangat cintakan tarian di kalangan murid-murid. 6. Aktiviti gimnastik menekankan gaya pergerakan dan perkembangan murid. Prop yang sesuai digunakan dalam aktiviti gimnastik adalah seperti oktagon, bola, tali, belantan, reben dan gelung. 7. Senamrobik melibatkan penggunaan oksigen dalam badan dan pergerakan psikomotor. Pergerakan dalam senamrobik adalah berirama dan boleh dilaksanakan dengan memainkan muzik yang sesuai. 8. Guru boleh merancang dan melaksanakan pengajaran gerakan kaedah profesional, kaedah menonton persembahan dan tayangan video. latihan secara

34 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP

Aktiviti Gerakan

Pergerakan kreatif

Tarian

Gimrama

Senamrobik

Kaedah pengajaran latihan secara profesional menonton persembahan tayangan video

KATA KUNCI
1. Aktiviti gerakan 2. Pergerakan kreatif 3.Tarian 4.Gimrama 5.Senamrobik 6. Kaedah latihan secara profesional 7. Kaedah menonton persembahan 8. Kaedah tayangan video

35 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI
1. Huraikan unsur-unsur pergerakan kreatif. 2. Senaraikan jenis-jenis tarian. 3. Cadangkan prop yang sesuai untuk aktiviti gimrama. 4. Nyatakan kepentingan pengajaran gerakan. 5. Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran gerakan?

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Unsur-unsur pergerakan kreatif. - badan; ruang; masa; tenaga 2. Jenis-jenis tarian. Tarian lilin;Tarian payung; Tarian kipas; Tarian buluh

3. Prop yang sesuai untuk aktiviti gimrama. Oktagon; Bola; Tali; Belatan; Reben; Gelung

36 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

4. Kepentingan pengajaran gerakan. Perkembangan fizikal; Imaginasi dan kreativiti ; Mencungkil bakat dan potensi murid

5. Kaedah pengajaran gerakan. Kaedah latihan secara profesional; Kaedah menonton persembahan ; video Kaedah tayangan

37 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 3 NYANYIAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi nyanyian. 2. Mempraktikkan latihan pernafasan dalam aktiviti menyanyi. 3. Mengenal nyanyian berdasarkan mood. 4. Mengenal nyanyian yang melibatkan kinestetik. 5. Mengenal nyanyian yang melibatkan logikal. 6. Mengenal nyanyian menggunakan bunyi binatang.

PENGENALAN

nyanyian berdasarkan mood, nyanyian yang melibatkan kinestetik, nyanyian yang melibatkan perkembangan logikal murid-murid dan nyanyian menggunakan bunyi binatang. Sebelum aktiviti nyanyian, murid-murid perlu diberi latihan pernafasan yang betul.

ktiviti nyanyian merupakan aktiviti yang seronok dan dapat mencungkil bakat dan potensi muridmurid berkeperluan khas. Murid-murid boleh didedahkan dengan jenis-jenis nyanyian seperti

38 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN
Nyanyian

melodi, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu dengan iringan muzik. Selain itu, aktiviti nyanyian juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan mengembirakan hati murid-murid.

yanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara untuk menghasilkan bunyi rendah, sederhana dan tinggi serta susunan pic. Aktiviti nyanyian melatih murid-murid menyanyikan

Latihan Pernafasan dalam aktiviti nyanyian


Pernafasan yang betul dalam aktiviti nyanyian membantu murid-murid mendapatkan pic yang tepat semasa menyanyi. Oleh itu, sebelum aktiviti menyanyi, murid-murid perlu diberi latihan pernafasan secara sistematik. Perkara yang perlu diambil kira semasa latihan ialah postur pernafasan yang betul. Latihan pernafasan boleh dijalankan dengan cara bernafas dalam posisi baring dan bernafas secara senyap.

Postur Pernafasan Murid perlu berdiri tegak dengan bahu sedikit kebelakang. Angkat kepala dan pandang ke depan. Selarikan bahu, pinggang dan kaki dengan lutut, kemudian sedut dan lepas nafas.

Lakarkan postur pernafasan.

39 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Bernafas dalam posisi baring Baring di atas lantai dan sedut nafas sedalam-dalamnya dan merasakan ianya memenuhkan paru-paru. Pada masa yg sama perhatikan perut menaik semasa sedut nafas dan perut kempis semasa lepas nafas.

Melakar dan praktikkan bernafas dalam posisi baring.

Bernafas secara senyap Murid perlu mengamalkan menyedut udara dengan mulut terbuka secara senyap. Pernafasan senyap ini penting semasa menggunakan pembesar suara dan rakamkan lagu supaya tidak ada bunyi nafas.

Melakar dan praktikkan bernafas secara senyap.

40 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Pengajaran menyanyi lagu Nyanyian berdasarkan mood, nyanyian melibatkan kinestetik, nyanyian melibatkan logikal dan nyanyian menggunakan bunyi binatang. Aktiviti nyanyian boleh dikendalikan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Nyanyian berdasarkan mood Nyanyian dan lagu jenis ini melatih murid memahami emosi sendiri, emosi orang lain dan mengawal emosi sendiri. Murid dapat meluahkan perasaan sendiri dan menceritakan pengalaman emosi seperti gembira, sedih, marah dan takut menerusi aktiviti nyanyian.

Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x) Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya Kalau rasa gembira tepuk tangan Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x) Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya Kalau rasa gembira hentak kaki Kalau rasa gembira petik jari...(2x) Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya Kalau rasa gembira petik jari Kalau rasa gembira pukul peha...(2x) Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya Kalau rasa gembira pukul peha Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x) Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya Kalau rasa gembira sebut HURRAY Kalau rasa gembira buat semua...(2x) Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya Kalau rasa gembira buat semua.

41 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Menyanyi dengan perasaan Sedih, Marah dan Takut.

Kalau Rasa ___________ Tepuk Tangan Kalau rasa _________ tepuk tangan...(2x) Kalau rasa ________ dan ingin menunjuknya Kalau rasa ________ tepuk tangan Kalau rasa _________ hentak kaki...(2x) Kalau rasa ________ dan ingin menunjuknya Kalau rasa ________ hentak kaki Kalau rasa ________ petik jari...(2x) Kalau rasa ________ dan ingin menunjuknya Kalau rasa ________ petik jari Kalau rasa ________ pukul peha...(2x) Kalau rasa ________ dan ingin menunjuknya Kalau rasa ________ pukul peha Kalau rasa ________ sebut HURRAY...(2x) Kalau rasa _________ dan ingin menunjuknya Kalau rasa _________ sebut HURRAY Kalau rasa ________ buat semua...(2x) Kalau rasa ________ dan ingin menunjuknya Kalau rasa __________ buat semua.

42 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Nyanyian melibatkan kinestetik Nyanyian dan lagu jenis ini melatih kemahiran motor halus dan motor kasar murid. Murid menggunakan jari untuk lagu permainan jari. Murid membuat pergerakan tangan, kaki dan anggota badan lain untuk lagu beraksi. Nyanyian melibatkan kinestetik-motor halus Jari Saya Mana ibu, mana ibu, Sini saya, sini saya, Apa khabar awak, Saya khabar baik, Sembunyi,sembunyi. Mana telunjuk, mana telunjuk, Sini saya, sini saya, Apa khabar awak, Saya khabar baik, Sembunyi, sembunyi. Mana hantu, mana hantu, Sini saya, sini saya, Apa khabar awak, Saya khabar baik, Sembunyi, sembunyi. Mana manis, mana manis, Sini saya, sini saya, Apa khabar awak, Saya khabar baik, Sembunyi, sembunyi. Mana kelingking, mana kelingking, Sini saya, sini saya, Apa khabar awak, Saya khabar baik, Sembunyi, sembunyi.

43 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Prosedur pengajaran lagu Jari Saya 1. 2. 3. 4. 5. Guru mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan. Guru memperkenalkan nama-nama jari iaitu ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking satu demi satu kepada murid-murid. Guru mengangkat ibu jarinya dan meminta murid-murid mengangkat ibu jari masing-masing. Guru mengangkat setiap jarinya satu persatu iaitu jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking. Murid-murid mengikut. Guru membuat demonstrasi dengan menggenggam kedua-dua belah tangan lalu bertanya (i) mana ibu? (Menunjuk dan menggerakkan ibu jari lalu menjawab) Sini saya. (ii)mana telunjuk? (Menunjuk dan menggerakkan jari telunjuk lalu menjawab) Sini saya (iii) mana hantu? (Menunjuk dan menggerakkan jari hantu lalu menjawab) Sini saya (iv) mana manis? (Menunjuk dan menggerakkan jari manis lalu menjawab) Sini saya (v) mana kelingking? (Menunjuk dan menggerakkan jari kelingking lalu menjawab) Sini saya . 6. Murid-murid memberi respon dengan dan menjawab soalan guru dan membuat aksi.

Guru diminta mengumpulkan murid-murid membuat persembahan secara individu, berpasangan dan berkumpulan.

Nyanyian melibatkan kinestetik-motor kasar

Anggota Badan Angkatlah tangan kanan, Angkatlah tangan kiri, Goyangkan tangan kanan, Goyangkan tangan kiri. Tunjukkan tangan kanan , Tunjukkan tangan kiri, Goyangkan tangan kanan, Goyangkan tangan kiri.

44 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Prosedur pengajaran lagu Anggota Badan 1. 2. 3. Guru mengumpulkan murid-murid. Guru memperkenalkan anggota badan kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid membuat pergerakan. (i) tangan kiri (ii) tangan kanan 4. 5. 6. Guru mengajar lirik lagu. Guru mengajar menyanyi. Guru mengajar menyanyi dan membuat pergerakan bersama-sama murid-murid.

Nyanyian melibatkan logikal


Nyanyian dan jenis lagu ini meningkatkan kemahiran logikal kanak-kanak serta mengajar murid mengenali nombor menerusi lirik lagu.

Ten Little Indian Boys 1 little 2, little 3, Little Indian, 4 little 5,little 6, Little Indian,. 7 little 8, little 9, Little Indian, 10 little Indian boys. 10 little 9, little 8, Little Indian, 7 little 6, little 5, Little Indian, 4 little 3, little 2, Little Indian, One little Indian boy.

45 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Tulis rancangan pengajaran lagu dan nyanyian bagi satu sesi pengajaran. Rancangan Pengajaran Slot Tajuk: Masa: Objektif: Bahan Bantu Mengajar: Langkah/ masa Set Induksi Langkahlangkah Isi kandungan Aktiviti guru Aktiviti pengajaran Aktiviti murid BBM/Catatan

Penutup

Nyanyian menggunakan bunyi binatang

Nyanyian dan lagu jenis ini membimbing murid mengenali bunyi binatang dan sifat-sifat yang ada pada bintang.

Katak kecil Katak kecil, katak kecil, Dia suka berkumpul, Tak ada ekor, tak ada ekor, Menjerit kuat kuat, Kuak... kuak, kuak, Kuak... kuak, kuak, Kuak... kuak, kuak, kuak, Kuak... kuak, kuak, Kuak... kuak, kuak, Kuak... kuak, kuak, kuak.

46 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Melakar dan membuat topeng watak katak untuk digunakan dalam persembahan nyanyian .

Murid-murid memakai topeng dan membuat persembahan menyanyi lagu.

Rakam persembahan dan menonton semula persembahan.

RINGKASAN
1. Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara untuk menghasilkan bunyi rendah, sederhana dan tinggi serta susunan pic.

47 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

2. Aktiviti nyanyian melatih murid-murid menyanyikan melodi, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu dengan iringan muzik. 3. Pernafasan yang betul dalam aktiviti nyanyian membantu murid-murid mendapatkan pic yang tepat semasa menyanyi. 4. Murid-murid perlu diberi latihan pernafasan secara sistematik. Perkara yang perlu diambil kira semasa latihan ialah postur pernafasan yang betul. 5. Latihan pernafasan boleh dijalankan dengan cara bernafas dalam posisi baring dan bernafas secara senyap. 6. Nyanyian berdasarkan mood melatih murid memahami emosi sendiri, emosi orang lain dan mengawal emosi sendiri. Murid dapat meluahkan perasaan sendiri dan menceritakan pengalaman emosi seperti gembira, sedih, marah dan takut menerusi aktiviti nyanyian. 7. Nyanyian yang melibatkan kinestetik melatih kemahiran motor halus dan motor kasar murid. Murid menggunakan jari untuk lagu permainan jari. Murid membuat pergerakan tangan, kaki dan anggota badan lain untuk lagu beraksi. 8. Nyanyian yang melibatkan logikal dapat meningkatkan kemahiran logikal kanak-kanak serta mengajar murid mengenali nombor menerusi lirik lagu. 9. Nyanyian dan lagu menggunakan bunyi binatang membimbing murid mengenali bunyi binatang dan sifat-sifat yang ada pada bintang.

48 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP

Nyanyian

Mood

Kinestetik

Logikal

Bunyi binatang

Latihan pernafasan Postur pernafasan Bernafas dalam posisi baring Bernafas secara senyap.

KATA KUNCI
1. Nyanyian 2. Latihan pernafasan 3. Postur pernafasan 4. Bernafas dalam posisi baring 5. Bernafas secara senyap 6. Nyanyian berdasarkan mood 7. Nyanyian yang melibatkan kinestetik 8. Nyanyian yang melibatkan logikal 9. Nyanyian menggunakan bunyi binatang

49 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan nyanyian? 2. Senaraikan jenis-jenis nyanyian. 3. Apakah kaedah latihan pernafasan?

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Nyanyian aktiviti membunyikan suara untuk menghasilkan bunyi rendah, sederhana dan tinggi serta susunan pic. melatih murid-murid menyanyikan melodi, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi

lagu dengan iringan muzik.

50 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

2. Jenis-jenis nyanyian. nyanyian berdasarkan mood nyanyian yang melibatkan kinestetik nyanyian yang melibatkan perkembangan logikal nyanyian menggunakan bunyi binatang

3. Kaedah latihan pernafasan. bernafas dalam posisi baring bernafas secara senyap

51 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 4 ALATAN MUZIK

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 6. Mengenal tubuh badan sebagai alatan muzik. 7. Mengenal alatan muzik daripada bahan-bahan buangan dan bahan-bahan daripada alam sekitar. 8. Mengenal alatan muzik tradisional. 9. Mengenal alatan muzik tiupan. 10. Mengenal alatan muzik bertali.

PENGENALAN

T
5.

ubuh badan, bahan-bahan daripada bahan-bahan buangan dan bahan-bahan daripada alam sekitar boleh digunakan sebagai alatan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid

berkeperluan khas. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan alatan muzik untuk membuat persembahan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran muzikal murid-murid serta mencungkil bakat dan potensi murid-murid. Alatan muzik terdiri daripada alatan muzik tradisional, alatan muzik tiupan, alatan muzik bertali dan alatan muzik perkusi atau genderang. Alatan muzik perkusi atau genderang akan dibincangkan dalam Unit

52 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Minta murid-murid membuat lakonan aksi bermain alatan muzik (tanpa alatan muzik). Kumpulan A memainkan alatan muzik tiupan, Kumpulan B memainkan alatan muzik bertali. Apakah yang dapat perhatikan? Tulis pemerhatian anda dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 Pemerhatian aktiviti lakonan aksi bermain alatan muzik (tanpa alatan muzik) Alatan muzik tiupan Alatan muzik bertali

ISI KANDUNGAN
Tubuh badan sebagai alatan muzik

mengendalikan aktiviti . Simbol T J a Gerakan Tepuk tangan Petik jari Bunyi a... Simbol K P R Gerakan Hentak kaki Tepuk peha Rehat

angan, jari, kaki dan bahagian tubuh badan yang lain boleh digunakan sebagai alatan muzik. Guru boleh menggunakan simbol-simbol untuk mewakli bahagian-bahagian tubuh badan semasa

53 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

1
T T T T P P P P K K K K

2
T T T R P P P R K K K a

3
J J a a K R J R J R J R K R J R

4
J J a a K aK a J J a a K aK a

54 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Alatan Muzik daripada Bahan-Bahan Buangan dan Bahan-Bahan daripada Alam Sekitar
Alatan muzik daripada bahan-bahan buangan dicipta menggunakan bahan-bahan buangan seperti kotak tisu dan bekas plastik. Alatan muzik yang dihasilkan adalah seperti gitar bekas plastik dan gitar kotak tisu. Alatan muzik daripada alam sekitar dicipta menggunakan daun, tempurung, cengkerang dan batu-batan. Alatan muzik yang dihasilkan adalah seperti seruling daun, marakas tempurung, marakas batu-batuan dan loceng cengkerang.

Membeza dan mengisikan alatan muzik yang diperbuat daripada bahan-bahan buangan dan bahan-bahan daripada alam sekitar dalam ruangan yang disediakan.

Alatan Muzik yang diperbuat daripada Bahan-bahan Buangan

Alatan Muzik yang diperbuat daripada Bahan-bahan daripada Alam Sekitar

55 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Alatan Muzik Tradisional Alatan muzik tradisional sebagai lambang budaya sesuatu bangsa di Malaysia. Alatan muzik tradisional digunakan untuk memainkan muzik hiburan dan juga untuk mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Alatan muzik tradisional Melayu merangkumi Serunai, Kompang dan Rebana. Alatan muzik tradisional Cina merangkumi Pipa, Er Hu dan Yang Qing. Alatan muzik tradisional India merangkumi Sitar, Dholak dan Tabla. Alatan muzik tradisional kaum Kadazandusun di Sabah merangkumi Sompotan, Tongkubung dan Tongkungon. Alatan muzik tradisional kaum Iban di Sarawak merangkumi Engkerurai dan Engkeromong.

Mengisi alatan muzik tradisional untuk kaum Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban dalam ruangan yang disediakan.

Alatan muzik tradisional Kaum Melayu

Alatan muzik tradisional Kaum Cina

Alatan muzik tradisional Kaum India

Alatan muzik tradisional Kaum Kadazandusun

Alatan muzik tradisional Kaum Iban

56 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Alatan Muzik Tiupan


Alatan muzik tiupan dimainkan secara meniup. Alatan muzik tiupan yang terdapat di sekolah merangkumi rekoder, seruling dan harmonika. Alatan muzik tiupan seperti saksofon, trumpet dan trombone terdapat dalam pancaragam adalah alatan muzik yang diperbuat daripada logam tembaga.

Alatan Muzik Bertali


Alatan muzik bertali dimainkan secara mengetik dengan jari atau bahan bantuan yang lain. Alatan muzik bertali merangkumi violin, biola, double bass yang terdapat dalam pasukan okestera. Gitar elektrik seperti rythm gitar, bass dan gitar dalam band yang dikategorikan sebagai alatan muzik bertali.

Mengisikan alatan muzik tiupan dan alatan muzik bertali dalam ruangan yang disediakan.

Alatan Muzik Tiupan

Alatan Muzik Bertali

57 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

1. Bermain alatan muzik dapat mencungkil bakat dan potensi muzikal murid-murid
berkeperluan khas. Bincangkan.

2 Murid-murid berkeperluan khas tidak perlu belajar kemahiran alatan tradisional yang
terdapat di Malaysia. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini.

RINGKASAN
1. Tangan, jari dan kaki sebagai alatan muzik. 2. Alatan muzik daripada bahan-bahan buangan dicipta menggunakan bahan-bahan buangan seperti kotak tisu dan bekas plastik. Alatan muzik yang dihasilkan adalah seperti gitar bekas plastik dan gitar kotak tisu. 3. Alatan muzik daripada alam sekitar dicipta menggunakan daun, tempurung, cengkerang dan batubatan. Alatan muzik yang dihasilkan adalah seperti seruling daun, marakas tempurung, marakas batu-batuan dan loceng cengkerang. 4. Alatan muzik tradisional sebagai lambang budaya sesuatu bangsa di Malaysia. Alatan muzik tradisional digunakan untuk memainkan muzik hiburan dan juga untuk mengiringi upacara-upacara adat tertentu. 5. Alatan muzik tradisional Melayu merangkumi Serunai, Kompang dan Rebana. 6. Alatan muzik tradisional Cina merangkumi Pipa, Er Hu dan Yang Qing. 7. Alatan muzik tradisional India merangkumi Sitar, Dholak dan Tabla. 8. Alatan muzik tradisional kaum Kadazandusun di Sabah merangkumi Sompotan, Tongkubung dan Tongkungon. 9. Alatan muzik tradisional kaum Iban di Sarawak merangkumi Engkerurai dan Engkeromong. 10. Alatan muzik tiupan dimainkan secara meniup. 11. Alatan muzik tiupan yang terdapat di sekolah merangkumi rekoder, seruling dan harmonika.

58 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

12. Alatan muzik tiupan seperti saksofon, trumpet dan trombone terdapat dalam pancaragam adalah alatan muzik yang diperbuat daripada logam tembaga. 13. Alatan muzik bertali dimainkan secara mengetik dengan jari atau bahan bantuan yang lain. 14. Alatan muzik bertali merangkumi violin, biola, double bass yang terdapat dalam pasukan okestera. 15. Gitar elektrik seperti rythm gitar, bass dan gitar dalam band yang dikategorikan sebagai alatan muzik bertali.

PETA KONSEP

Alatan Muzik

Tubuh badan

Tradisional

Tiupan

Bertali

Pengajaran dan Pembelajaran Persembahan

59 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

KATA KUNCI
1. Alatan Muzik 2. Tubuh badan sebagai alatan muzik 3. Alatan Muzik Tradisional 4. Alatan Muzik Tiupan 5.Alatan Muzik Bertali

PENILAIAN KENDIRI
6. Bagaimanakah tangan, jari dan kaki digunakan sebagai alatan muzik? 7. Nyatakan alatan muzik tradisional kaum-kaum di Malaysia. 8. Senaraikan tiga (3) jenis alatan muzik tiupan. 9. Senaraikan tiga (3) jenis alatan muzik bertali. 10. Cadangan bahan-bahan buangan dan bahan-bahan dari alam sekitar yang boleh digunakan untuk menghasilkan alatan muzik.

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

60 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Tangan, jari dan kaki sebagai alatan muzik. Tangan: tepuk tangan Jari: petik jari Kaki: hentak kaki

2. Alatan muzik tradisional kaum-kaum di Malaysia. Melayu merangkumi Serunai, Kompang dan Rebana. Cina merangkumi Pipa, Er Hu dan Yang Qing. India merangkumi Sitar, Dholak dan Tabla. Kadazandusun di Sabah merangkumi Sompotan, Tongkubung dan Tongkungon. Iban di Sarawak merangkumi Engkerurai dan Engkeromong.

3. Alatan muzik tiupan Saksofon trumpet trombone

4. Alatan muzik bertali Violin Biola double bass

5. Bahan-bahan buangan dan bahan-bahan dari alam sekitar yang digunakan untuk menghasilkan alatan muzik. Bahan-bahan buangan: botol plastik, piring kertas dan kotak tisu. Bahan-bahan alam sekitar: daun, tempurung, batu-batuan dan cengkerang.

61 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 5 PERKUSI

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 16. Mengenal alatan perkusi berpic. 17. Mengenal alatan perkusi tidak berpic. 18. Melaksanakan aktiviti perkusi.

PENGENALAN

ersembahan yang menggunakan alatan perkusi dapat membantu perkembangan psikomotor murid-murid terutamanya kemahiran koordinasi mata dan tangan, pendengaran untuk

mengecam bunyi alatan perkusi, bakat dan potensi murid-murid, daya ingatan serta memupuk rasa cintakan irama. Murid-murid perlu peka terhadap irama, tempo dan rentak muzik semasa membuat persembahan. Alatan perkusi boleh dipersembahkan bersama lagu dan muzik. Alatan muzik dimainkan secara diketuk, dipalu atau digongcang. Alatan muzik perkusi dibahagikan kepada alatan yang berpic dan tidak berpic. Alatan muzik perkusi digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran serta persembahan murid-murid berkeperluan khas. Murid-murid perlu diberi latihan secukupnya sebelum membuat persembahan di depan audien.

62 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Apakah kemahiran yang diperolehi oleh murid-murid menerusi aktiviti perkusi? Catat dalam ruangan yang disediakan.

________________ ________________ _

________________ ________________ ____

________________ ________________ ____

________________ ________________ ___

________________ ________________ _

________________ ________________ ______

ISI KANDUNGAN
Alatan muzik berpic

dalam pic yang standard dan tepat. Alatan muzik berpic dapat memainkan melodi dalam persembahan. Alatan muzik berpic merangkumi xilofon, angklung dan timpani.

ic merujuk kepada standard getaran bunyi yang terdiri daripada bunyi tinggi, sederhana dan rendah. Alatan muzik perkusi berpic dapat mengeluarkan bunyi sekurang-kurangnya dua not

63 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Xilofon Xilofon terdiri daripada beberapa palang yang diperbuat daripada logam atau kayu yang diatur di atas satu bingkai. Angklung Angklung diperbuat daripada buluh. Tiub-tiub yang ada pada angklung digetarkan agar ia berlaga untuk menghasilkan bunyi yang berpic.

Timpani Timpani merupakan alatan muzik perkusi dalam orkestra digunakan untuk memain irama. Pemain timpani perlu peka dengan bunyi untuk mendapatkan pic yang standard dan tepat.

Alatan muzik tidak berpic


Alatan muzik tidak berpic hanya dapat menghasilkan satu ton sahaja. Alatan muzik ini dimainkan dengan cara ketuk, palu atau goncang. Alatan muzik tidak berpic merangkumi kastenet, kerincing, tamborin, kayu tik tok dan loceng. Kastenet Kastanet berbentuk bulat atau bujur diperbuat daripada kayu atau plastik. Alatan muzik ini terdiri daripada dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Dimainkan dengan cara mengetuk.

Kerincing Kerincing berbentuk segitiga dan diperbuat daripada besi. Seutas tali pendek diikat pada bucu alatan muzik ini sebagai pemegang. Sebatang besi sebagai pengetuk digunakan untuk menghasilkan bunyi.

64 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Tamborin Tamborin berbentuk bulat diperbuat daripada kayu atau plastik dan kulit. Ceper-ceper besi kecil di sekeliling alatan muzik ini akan menghasilkan bunyi apabila digoncang. Kayu Tik Tok Tik-tok mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk diperbuat daripada kayu. Cara bermain ialah mengetuk.

Loceng Loceng berbentuk cawan diperbuat daripada logam yang bergeronggang. Alatan muzik ini mempunyai segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Loceng berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan.

Membeza dan mengisikan alatan muzik berpic dan alatan muzik tidak berpic dalam ruangan yang disediakan.

Alatan Muzik Berpic

Alatan Muzik Tidak Berpic

65 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti Perkusi
Alatan Muzik Kastenet Kerincing Tamborin Kayu Tik Tok Loceng Rehat Simbol net cing

ring tok ceng R

Aktiviti Perkusi

1
net net net net net R net R net net net net

2
cing cing R R
cing cing cing cing

R R cing cing

66 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

3
ring ring R ring ring R R ring ring ring ring R

4
tok tok tok R tok R tok tok

5
ceng R ceng ceng ceng ceng ceng R

Pilih lagu yang pelbagai rentak untuk bermain alatan muzik dengan iringan lagu.

67 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

1 Murid-murid perlu memahami pic, melodi dan tempo sebelum melibatkan diri dalam
aktiviti perkusi. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini.

RINGKASAN
1. Aktiviti bermain alatan perkusi dapat membantu perkembangan psikomotor murid-murid terutamanya kemahiran koordinasi mata dan tangan, pendengaran untuk mengecam bunyi alatan perkusi, bakat dan potensi murid-murid, daya ingatan serta memupuk rasa cintakan irama. 2. Alatan muzik perkusi dibahagikan kepada alatan yang berpic dan tidak berpic. 3. Alatan muzik perkusi berpic dapat mengeluarkan bunyi sekurang-kurangnya dua not dalam pic yang standard dan tepat. 4. Alatan muzik berpic merangkumi xilofon, angklung dan timpani. 5. Xilofon terdiri daripada beberapa palang yang diperbuat daripada logam atau kayu yang diatur di atas satu bingkai. 6. Angklung diperbuat daripada buluh. Tiub-tiub yang ada pada angklung digetarkan agar ia berlaga untuk menghasilkan bunyi yang berpic. 7. Timpani merupakan alatan muzik perkusi dalam orkestra digunakan untuk memain irama. Pemain timpani perlu peka dengan bunyi untuk mendapatkan pic yang standard dan tepat. 8. Alatan muzik tidak berpic hanya dapat menghasilkan satu ton sahaja. Alatan muzik ini dimainkan dengan cara ketuk, palu atau goncang. 9. Alatan muzik tidak berpic merangkumi kastenet, kerincing, tamborin, kayu tik tok dan loceng. 10. Kastanet berbentuk bulat atau bujur diperbuat daripada kayu atau plastik. Alatan muzik ini terdiri daripada dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Dimainkan dengan cara mengetuk.

68 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

11. Kerincing berbentuk segitiga dan diperbuat daripada besi. Seutas tali pendek diikat pada bucu alatan muzik ini sebagai pemegang. Sebatang besi sebagai pengetuk digunakan untuk menghasilkan bunyi. 12. Tamborin berbentuk bulat diperbuat daripada kayu atau plastik dan kulit. Ceper-ceper besi kecil di sekeliling alatan muzik ini akan menghasilkan bunyi apabila digoncang. 13. Tik-tok mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk diperbuat daripada kayu. Cara bermain ialah mengetuk. 14. Loceng berbentuk cawan diperbuat daripada logam yang bergeronggang. Alatan muzik ini mempunyai segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Loceng berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan.

PETA KONSEP

Perkusi

Berpic

Tidak berpic

Pengajaran dan Pembelajaran Persembahan

69 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

KATA KUNCI
1. Perkusi 2. Berpic 3. Tidak berpic 4. Xilofon 5. Angklung 6. Timpani 7. Kastenet 8. Kerincing 9. Tamborin 10. Kayu tik tok 11.Loceng

PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan alatan muzik berpic . 2. Senaraikan alatan muzik tidak berpic. 3. Bagaimanakah aktiviti perkusi dapat membantu perkembangan murid-murid?

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

70 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Alatan muzik berpic xilofon, angklung timpani.

2. Alatan muzik tidak berpic Kastenet kerincing tamborin kayu tik tok loceng

3. Perkembangan murid-murid Psikomotor: kemahiran koordinasi mata dan tangan pergerakan dalam persembahan Pendengaran: mendengar perkusi yang berpic, melodi dan tempo dalam muzik; mengecam bunyi alatan perkusi: jenis-jenis perkusi bakat dan potensi murid-murid: persembahan daya ingatan: mengingati skor memupuk rasa cintakan irama: persembahan

71 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 6 Drama

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenal aktiviti drama di prasekolah. 2. Mengenal aktiviti drama di sekolah rendah dan menengah. 3. Melaksanakan aktiviti drama.

PENGENALAN

ktiviti drama dapat melatih murid-murid membaca dialog, berlakon dan menghayati watak serta mengembangkan bakat dan minat mereka dalam bidang lakonan. Memandangkan kebaikan

yang ada pada aktiviti drama maka Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyenaraikan drama sebagai salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid yang mengikuti pendidikan khas di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Berlakon disenaraikan sebagai salah satu Standard Kandungan dalam Tunjang Komunikasi Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Murid-murid dibimbing untuk mencapai (i) Standard Pembelajaran Aras 1 iaitu meniru aksi yang dilihat; (ii) Standard Pembelajaran Aras 2 iaitu berlakon menggunakan boneka dan berlakon secara bebas.

72 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Objektif aktiviti drama yang terkandung dalam Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti, Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah ialah melatih murid-murid berkeperluan khas (i) Melakukan latihan asas lakonan; (ii) Meningkatkan imaginasi melalui tingkah laku/pergerakan; (iii) Meningkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi dan (iv) Menambahkan minat terhadap kerjaya melalui lakonan.

Mengimaginasi dan berlakon sebagai seorang orang tua yang buta ingin melintas jalan yang sibuk. Bercerita semula watak yang dilakonkan.

ISI KANDUNGAN
Aktiviti drama di prasekolah

urid-murid suka berlakon. Aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah (i) Meniru aksi; (ii) Boneka dan (iii) Improvisasi.

Meniru aksi Murid-murid di peringkat prasekolah suka meniru aksi yang mereka lihat. Mereka mudah meniru tingkah laku orang di sekitar, gerak geri binatang, meniru bentuk objek, meniru aksi-aksi menerusi gambar, watak dalam cerita televisyen, filem dan video yang ditontonnya. Teori pembelajaran sosial Bandura (1977) mengatakan bahawa seseorang murid belajar melalui proses peniruan dengan cara memerhati bertingkah laku orang di sekitarnya. Selain itu, persekitaran juga akan mempengaruhi perlakuan seseorang murid. Sepanjang proses pembelajaran, murid akan mencari model untuk ditiru. Model boleh dibahagikan kepada dua iaitu (i) model hidup dan (ii) model simbolik.

73 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Model hidup. Murid belajar menerusi orang yang sebenar di sekitar dan gerak geri binatang yang diperhatikan, Model simbolik. Murid belajar menerusi objek-objek yang dilihat di sekitar dan gambar, lakonan watak dalam cerita televisyen, filem atau video yang ditonton. Semasa melaksanakan aktiviti drama, guru boleh membimbing murid berlakon dengan meniru aksi model hidup atau model simbolik untuk mempertingkatkan imaginasi dan kreativiti mereka. Kemahiran bahasa dan komunikasi murid juga dapat dipertingkatkan semasa mereka bercerita tentang perasaan dan pengalaman mereka meniru model.

Melaksanakan aktiviti drama meniru aksi berdasarkan model hidup dan catatkan sifat-sifat watak yang dipilih dalam lakonan. Sifat-sifat watak 1. 2. 3.

Melaksanakan aktiviti drama meniru aksi berdasarkan model simbolik catatkan sifat-sifat watak yang dipilih dalam lakonan. Sifat-sifat watak 1. 2. 3.

74 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Boneka Boneka merupakan peniruan objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog oleh pemain boneka. Boneka mempunyai imej yang pelbagai seperti manusia, fauna dan flora. Ia mempunyai daya tarikan yang istimewa dalam pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. Menurut Teori Perkembangan Piaget (1963) murid prasekolah di peringkat praoperasi. Mereka menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihat di sekitarnya. Boneka bersifat imaginatif dan simbolik sesuai digunakan untuk pembelajaran murid peringkat prasekolah. Penggunaan boneka juga menggalakkan murid untuk bercerita dan meluahkan perasaan mereka. Boneka mudah seperti boneka jari dan boneka sarung tangan sesuai digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran untuk murid di prasekolah. Boneka jari merupakan boneka yang disarungkan ke jari dan dimainkan dengan menggunakan jari. Boneka jari boleh digunakan untuk permainan jari dan lakonan. Boneka sarung tangan pula merupakan boneka yang disarungkan ke tangan dan dimainkan dengan menggunakan tangan. Boneka sarung tangan boleh digunakan untuk bercerita dan berlakon. Kedua-dua jenis boneka ini boleh dipersembahkan dengan menggunakan pentas atau tanpa pentas boneka.

Melakar dan membina boneka berimej manusia menggunakan surat khabar lama.

75 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Improvisasi Improvisasi merupakan teknik berlakon secara bebas dan tidak dirancang berdasarkan situasi, kostum, watak, gambar atau alatan. Murid dirangsang untuk berinteraksi secara bebas dengan rakan yang lain. Walaupun teknik lakonan ini adalah tidak dirancang, tetapi dalam keadaan tertentu, murid perlu berfikir dan menyusun dialog dalam lakonan. Improvisasi berdasarkan situasi Guru atau murid mereka suatu situasi, situasi yang direka dilakonkan secara bebas sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. Contoh, Anda dan ibu berjalan-jalan di pasar malam. Tiba-tiba anda berpisah dengan ibu. Apakah yang patut anda lakukan? Improvisasi berdasarkan kostum dan barang hiasan Guru memberi rangsangan kepada murid untuk berlakon bebas dengan menyediakan kostum dan barang hiasan seperti topi, selendang, rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Dengan menggunakan kostum dan barang hiasan yang disediakan, murid memakai kostum atau barang hiasan yang dipilih lalu membuat lakonan. Contoh, Pilih salah satu kostum yang disediakan, pakai dan berlakon secara spontan. Improvisasi berdasarkan watak Guru membimbing murid mengingat satu watak, berdasarkan watak yang dipilih, murid melakonkannya secara bebas. Cadangkan murid mengingat kembali watak yang mereka lihat setiap hari. Contoh, Ingat kembali penjual nasi lemak di tepi jalan dan melakonkannya. Improvisasi berdasarkan gambar Murid menggunting gambar peristiwa seperti kebakaran dan kebakaran daripada surat khabar. Dengan tidak dirancang, berlakon secara bebas berdasarkan gambar yang dipilih.

76 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Contoh, Murid menunjukkan gambar kebakaran lalu melakonkan situasi semasa berlaku kebakaran.

urutan berikut. Pendahuluan

Memerhati lakonan improvisasi kawan dan catatkan cerita yang dilakon berdasarkan

Perkembangan

Konflik

Pengakhiran

Lakonan mimik muka Lakonan jenis ini tidak perlu berdialog. Murid membuat lakonan bisu dengan menggunakan mimik muka dan pergerakan badan. Muzik atau kesan bunyi boleh digunakan semasa lakonan. Aktiviti lakonan ini sesuai untuk murid yang bermasalah bertuturan dan murid yang malu. Murid yang menjadi penonton diminta meneka gerak geri lakonan dan diminta menceritakan semula gerak geri yang diperhatikan. Aktiviti lakonan ini dapat melatih murid untuk menumpu perhatian, memahami dan mengamati lakonan serta mempertingkatkan imaginasi dan kreativiti murid yang menyertai aktiviti. Contoh, menghasilkan lakonan mimik muka berdasarkan kisah pendek.

77 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

urutan berikut. Pendahuluan

Memerhati lakonan mimik muka kawan dan catatkan cerita yang dilakon berdasarkan

Perkembangan

Konflik

Pengakhiran

Aktiviti drama di sekolah rendah dan menengah


Latihan asas lakonan Lakonan memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan melalui ekspresi wajah, bahasa tubuh dan intonasi suara. Guru perlu membimbing pelajar melakukan latihan asas lakonan dari segi fizikal dan mental. Fizikal Dari segi fizikal, pelajar perlu membuat latihan olah tubuh dan vokal. Olah tubuh merangkumi latihan gerakan kepala, tangan, kaki dan anggota tubuh badan yang lain. Latihan vokal bermula dengan latihan olah pernafasan. Teknik pernafasan sama ada menggunakan dada, diafragma atau perut akan melahirkan vokal yang baik untuk berdialog.

78 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Mental Dari segi mental pelajar perlu membuat latihan seperti aktiviti improvisasi yang dijalankan secara spontan, memahami bahasa tubuh dan emosi pelajar lain yang menjadi pelakon serta membuat pemerhatian dan penghayatan sesuatu watak dalam lakonan. Imaginasi melalui tingkah laku atau pergerakan Pelajar sebagai pelakon perlu menghayati watak yang dilakon supaya watak yang dipegang menjadi hidup dan dipercayai penonton. Penghayatan watak memerlukan pemerhatian dan imaginasi untuk melakukan tingkah laku atau pergerakan sesuatu watak yang dipegang. Kemahiran berkomunikasi Penghayatan skrip atau dialog Pelajar perlu menghayati skrip atau dialog dengan menganalisis tema cerita, memahami jalan cerita serta watak dan perwatakan dalam cerita. Watak dan perwatakan Dari segi penciptaan watak, perwatakan perlu jelas supaya penonton dapat membuat gambaran tentang paras rupa watak yang dilakonkan benar-benar wujud. Minat terhadap kerjaya melalui lakonan Memupuk minat pelajar dalam bidang drama supaya mereka boleh menceburi diri dalam kerjaya drama seperti penerbit, pelakon, pengarah dan penulis skrip drama.

79 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Merancang persembahan drama dan membahagikan tugas. Tajuk: Masa: Tempat: Tujuan:

Jawatan Pengarah

Tugas

Penulis skrip

Pelakon

Latar dan prop

Kostum dan tatarias

Pengurus pentas

Pengurus produksi

80 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

RINGKASAN
1. Aktiviti Aktiviti drama di prasekolah merangkumi (i) Meniru aksi; (ii) Boneka dan (iii) Improvisasi. 2. Murid-murid di peringkat prasekolah suka meniru aksi yang mereka lihat. Mereka mudah meniru tingkah laku orang di sekitar, gerak geri binatang, meniru bentuk objek, meniru aksiaksi menerusi gambar, watak dalam cerita televisyen, filem dan video yang ditontonnya. 3. Murid akan mencari model untuk ditiru. Model boleh dibahagikan kepada dua iaitu (i) model hidup dan (ii) model simbolik. 4. Model hidup. Murid belajar menerusi orang yang sebenar di sekitar dan gerak geri binatang yang diperhatikan, 5. Model simbolik. Murid belajar menerusi objek-objek yang dilihat di sekitar dan gambar, lakonan watak dalam cerita televisyen, filem atau video yang ditonton. 6. Boneka merupakan peniruan objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog oleh pemain boneka. Boneka mempunyai imej yang pelbagai seperti manusia, fauna dan flora. Ia mempunyai daya tarikan yang istimewa dalam pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. 7. Improvisasi merupakan teknik berlakon secara bebas dan tidak dirancang berdasarkan situasi, kostum, watak, gambar atau alatan. 8. Lakonan mimik muka. Lakonan jenis ini tidak perlu berdialog. Murid membuat lakonan bisu dengan menggunakan mimik muka dan pergerakan badan. 9. Perancangan dan aktiviti drama di sekolah rendah dan menengah. Latihan asas lakonan. Lakonan memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan melalui ekspresi wajah, bahasa tubuh dan intonasi suara. 10. Dari segi fizikal, pelajar perlu membuat latihan olah tubuh dan vokal. Olah tubuh merangkumi latihan gerakan kepala, tangan, kaki dan anggota tubuh badan yang lain. Latihan vokal bermula dengan latihan olah pernafasan. Teknik pernafasan sama ada menggunakan dada, diafragma atau perut akan melahirkan vokal yang baik untuk berdialog.

81 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

11. Dari segi mental pelajar perlu membuat latihan seperti aktiviti improvisasi yang dijalankan secara spontan, memahami bahasa tubuh dan emosi pelajar lain yang menjadi pelakon serta membuat pemerhatian dan penghayatan sesuatu watak dalam lakonan. 12. Meningkatkan imaginasi melalui tingkah laku atau pergerakan. Pelajar sebagai pelakon perlu menghayati watak yang dilakon supaya watak yang dipegang menjadi hidup dan dipercayai penonton. Penghayatan watak memerlukan pemerhatian dan imaginasi untuk melakukan tingkah laku atau pergerakan sesuatu watak yang dipegang. 13. Meningkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi. Penghayatan skrip atau dialog 14. Pelajar perlu menghayati skrip atau dialog dengan menganalisis tema cerita, memahami jalan cerita serta watak dan perwatakan dalam cerita. 15. Watak dan perwatakan. Dari segi penciptaan watak, perwatakan perlu jelas supaya penonton dapat membuat gambaran tentang paras rupa watak yang dilakonkan benar-benar wujud. 16. Menambahkan minat terhadap kerjaya melalui lakonan. Memupuk minat pelajar dalam bidang drama supaya mereka boleh menceburi diri dalam kerjaya drama seperti penerbit, pelakon, pengarah dan penulis skrip drama.

PETA KONSEP
Drama

Prasekolah

Sekolah rendah dan menengah

Pengajaran dan Pembelajaran Persembahan

82 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

KATA KUNCI
1. Drama 2. Meniru aksi 3. Model hidup 4. Model simbolik 5. Boneka 6. Improvisasi 7. Lakonan mimik muka 8. Perancangan dan aktiviti drama 9. Latihan asas lakonan 10. Imaginasi melalui tingkah laku atau pergerakan 11. kemahiran berkomunikasi 12. Watak dan perwatakan 13. Kerjaya melalui lakonan

PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan aktiviti drama yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan model simbolik dalam aktiviti meniru aksi? 3. Bagaimanakah guru membimbing pelajar melakukan latihan asas lakonan dari segi fizikal dan mental?

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L.

83 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


4. Aktiviti drama kana-kanak parsekolah 5. Meniru aksi Boneka dan Improvisasi

Maksud model simbolik Murid belajar menerusi objek-objek yang dilihat di sekitar dan gambar, lakonan watak dalam cerita televisyen, filem atau video yang ditonton.

6. Bimbingan pelajar melakukan latihan asas lakonan: Fizikal Pelajar perlu membuat latihan olah tubuh dan vokal. Olah tubuh merangkumi latihan gerakan kepala, tangan, kaki dan anggota tubuh badan yang lain. Latihan vokal bermula dengan latihan olah pernafasan. Teknik pernafasan sama ada menggunakan dada, diafragma atau perut akan melahirkan vokal yang baik untuk berdialog. Mental Pelajar perlu membuat latihan seperti aktiviti improvisasi yang dijalankan secara spontan, memahami bahasa tubuh dan emosi pelajar lain yang menjadi pelakon serta membuat pemerhatian dan penghayatan sesuatu watak dalam lakonan.

84 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 7 Terapi Muzik

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami terapi muzik. 2. Mengenal terapi muzik untuk murid yang bermasalah. 3. Mengenal cara-cara terapi muzik.

PENGENALAN

uzik, lagu dan nyanyian untuk murid berkeperluan khas mempunyai kekuatan untuk memperkukuhkan kemahiran bahasa dan berkomunikasi serta psikomotor dan pergerakan murid.

Tahap bahasa, kognitif dan taraf kesihatan seseorang murid juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila terapi muzik diaplikasikan kepada mereka yang mengalami masalah pembelajaran dan pertumbuhan. Terapi muzik menglibatkan pendengaran, penghayatan dan psikomotor yang melibatakan pergerakan anggota badan seperti mulut, tangan, kaki dan jari. Terapi muzik yang diaplikasikan dalam pendidikan khas merupakan salah satu teknik klinikal untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tahap bahasa, kognitif dan kesihatan seseorang murid.

85 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Terapi muzik dalam pendidikan khas dilaksanakankan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Perlaksanaan terapi muzik dapat mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya bagi kelas pendidikan khas. Terapi muzik dapat meningkatkan bahasa, kognitif dan kesihatan murid bermasalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran, pertuturan, terencat akal dan autistik.

Mencari muzik terapi dari You tube. Mendengar muzik terapi bunyi alam sekitar. Bercerita berkenaan perasaan.

ISI KANDUNGAN
Definisi Muzik Terapi

melodi.

uzik merupakan gabungan bunyi-bunyian semula jadi di alam sekitar atau gabungan bunyibunyian alatan ketukan, petikan dan tiupan yang disusun serta mengandungi rentak, ton dan

Muzik yang disusun mempunyai kuasa untuk menenangkan jiwa dan sebagai ubat yang memulihkan seseorang murid yang mengalami masalah. Muzik, lagu dan nyanyian mampu menukar tingkah laku dan emosi seseorang yang negatif berubah menjadi positif. Terapi muzik mempunyai kuasa penyembuh bagi jiwa dan tubuh seseorang. Terapi muzik sangat berguna dan merupakan salah satu cara alternatif dalam rawatan moden bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tahap bahasa dan komunikasi, kognitif dan taraf kesihatan seseorang.

86 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Terapi muzik untuk murid yang bermasalah


Terapi muzik dan murid bermasalah pembelajaran Murid bermasalah pembelajaran mengalami kecacatan dari segi perkembangan dan kebolehan dari segi bahasa, sosial, emosi, bahasa, kognitif dan fizikal. Terapi muzik dapat meningkatkan kemahiran perkembangan dan kebolehan murid bermasalah pembelajaran. Menerusi rawatan, murid yang bermasalah dapat belajar dalam situasi yang berseronok. Mereka akan berasa yakin pada diri sendiri, meluahkan emosi mereka dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain. Terapi muzik dan murid bermasalah penglihatan Kecacatan penglihatan meninggalkan kesan yang negatif terhadap perkembangan dan kebolehan seseorang murid. Walau bagaimanapun, murid yang mengalami masalah penglihatan boleh menggunakan pendengaran dan imaginasi mereka untuk menghayati muzik. Terapi muzik untuk murid yang bermasalah penglihatan dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan menyesuaikan diri dalam masyarakat. Terapi muzik dan murid bermasalah pendengaran Murid bermasalah pendengaran tidak bertindak balas terhadap bunyi di sekeliling mereka. Mereka yang mengalami masalah pendengaran boleh menerima rawatan terapi muzik menerusi isyarat tangan, membaca not muzik secara visual, membaca bibir orang yang menyanyi dan mempelajari mood dalam muzik dengan cara meneliti ekspresi muka pengajar. Mengenal rentak dan nada muzik dapat membantu murid meningkatkan kemahiran pendengaran dan pencapaian akademik mereka. Terapi muzik dan murid bermasalah pertuturan Murid bermasalah pertuturan menghadapi gangguan pertuturan yang mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Terapi muzik dapat membantu murid yang bermasalah pertuturan meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan mereka menerusi lirik lagu dan mengekspresi perasaan mereka selepas rawatan terapi muzik.

87 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Terapi muzik dan murid terencat akal Perkembangan dan pembelajaran murid terencat akal lebih lambat berbanding dengan murid biasa. Murid yang terencat akal yang teruk tidak boleh berjalan atau bercakap. Fungsi mental murid terencat akal terhad. Mereka menghadapi masalah mengurus dan berasa rendah diri berhadapan dengan orang lain. Terapi muzik dapat memulihkan kecergasan fizikal, kecerdasan dan kebolehan mental murid terencat akal serta meningkatkan keyakinan mereka. Terapi muzik dan murid autistik Masalah utama murid autistik ialah kemahiran sosial. Mereka tidak tahu cara untuk berinteraksi dengan orang lain di sekeliling mereka. Terapi muzik membolehkan murid autistik lebih memahami dirinya sendiri dan seterusnya berinteraksi dengan orang lain. Rangsangan muzik dapat membantu murid autistik mengenal diri sendiri dan meluahkan emosi mereka dan seterusnya meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa, kemahiran sosial supaya mereka dapat berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan harian.

Melaksanakan sesi terapi muzik untuk murid-murid bermasalah. Catatkan pemerhatian anda dan nyatakan tindakan yang perlu diambil untuk membantu murid-murid yang bermasalah . Terapi Muzik Nama murid: Tarikh: Nama guru: Masalah: Tempoh Masa: Catatan Pemerhatian Sesi Terapi: Ke-_________

88 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Cara-cara terapi muzik


Bagi memulihkan masalah tingkah laku dan emosi murid-murid berkeperluan khas, cara-cara terapi muzik seperti mendengar dan menghayati muzik; menyanyi dan mengekspresi emosi; bercerita, mengarang dan mengubah lagu; membuat improvisasi dan memainkan alatan muzik dan membuat persembahan bersama muzik boleh dilaksanakan untuk membantu murid ke arah keharmonian dan keseimbangan. Rawatan terapi muzik ini dapat membantu murid mengekspresikan emosi mereka, mendapat ketenangan jiwa dan seterusnya mengubah tingkah laku mereka.

Mendengar dan menghayati muzik Mendengar dan menghayati muzik relaks dapat membimbing murid berada dalam situasi relaks. Mendengar irama muzik relaks dapat menghilangkan perasaan negatif seseorang murid, menguatkan sistem kekebalan tubuh mereka, memberi sokongan emosi serta peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran mereka.

Menyanyi dan mengekspresi emosi Terapi muzik ini memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menyanyi atau Humming mengikut melodi lagu kesukaan mereka. Menerusi cara ini murid dapat mengekspresi perasaan mereka seperti gembira, sedih, marah, takut, terluka, tersinggung dan kecewa. Guru menggelakkan daripada membuat andaian mengenai perasaan murid. Cara yang betul ialah bersedia mendengar dan berbincang secara terbuka mengenai perasaan mereka.

Bercerita, mengarang dan mengubah lagu Bercerita mengenai pengalaman hidup, mengarang cerita dan mengubah lagu berkenaan pengalaman atau peristiwa. Cara berkarya sedemikian akan membantu murid-murid menyelesaikan masala-masalah

89 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

yang dialami dalam hidup. Guru perlu mengingatkan murid supaya elakkan tidur dengan perasaan yang negatif dan menggalakkan mereka mengekspresikan perasaan mereka menerusi cara bercerita, mengarang dan mengubah lagu.

Membuat improvisasi dan memainkan alatan muzik Menghasilkan bunyi dengan alat perkusi, membunyikan alat perkusi, memainkan alat perkusi dan memainkan alat perkusi dengan iringan muzik mengikut perasaan. Aktiviti improvisasi ini merupakan salah satu cara persediaan murid-murid untuk membuat persembahan.

Membuat persembahan bersama muzik Membuat pergerakan mengikut rentak muzik dan lirik lagu dan membuat pergerakan kreatif dapat mencungkil bakat dan potensi murid serta memberi peluang kepada murid-murid untuk mengekspresi emosi. Menerusi aktiviti persembahan dan mengekspresi emosi, murid dapat belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya guru memahami perasaan.

Senaraikan cara-cara terapi muzik. 1. 2. 3. 4. 5.

90 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Kekuatan terapi muzik Kekuatan terapi muzik ialah dapat (i) Mengurangkan tekanan murid. Terapi muzik dapat mengurangkan tekanan murid berkeperluan khas kerana muzik dapat mewujudkan suasana yang lebih tenang. (ii) Menstabilkan emosi murid. Terapi muzik dapat membantu murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku.

Kelemahan terapi muzik Kelemahan terapi muzik ialah (i) Ruang terapi dan tempoh masa yang panjang. Sesi terapi muzik memerlukan ruang yang sesuai dan tempoh masa yang panjang dalam proses rawatan. Sesi terapi muzik memerlukan murid berkeperluan khas mendapat rawatan di ruang yang selesa dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. (ii) Kekurangan pakar dan cara rawatan yang pelbagai. Pakar terapi muzik di Negara kita adalah terhad dan cara rawatan untuk setiap murid berkeperluan khas adalah berbeza-beza. Sesetengah murid memerlukan muzik yang lembut manakala sesetengah murid memerlukan muzik yang lantang. Walau bagaimanapun, terapi muzik dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Melalui aktiviti sebegini juga, murid juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .

91 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Catatkan kekuatan dan kelemahan terapi muzik. Kekuatan Terapi Muzik Kelemahan Terapi Muzik

RINGKASAN
1. Terapi muzik menglibatkan pendengaran, penghayatan dan psikomotor yang melibatakan pergerakan anggota badan seperti mulut, tangan, kaki dan jari. 2. Terapi muzik yang diaplikasikan dalam pendidikan khas merupakan salah satu teknik klinikal untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tahap bahasa, kognitif dan kesihatan seseorang murid. 3. Terapi muzik mempunyai kuasa penyembuh bagi jiwa dan tubuh seseorang. 4. Terapi muzik dapat meningkatkan kemahiran perkembangan dan kebolehan murid bermasalah pembelajaran. 5. Murid yang mengalami masalah penglihatan boleh menggunakan pendengaran dan imaginasi mereka untuk menghayati muzik. 6. Murid bermasalah pendengaran tidak bertindak balas terhadap bunyi di sekeliling mereka. Mereka yang mengalami masalah pendengaran boleh menerima rawatan terapi muzik menerusi isyarat tangan, membaca not muzik secara visual, membaca bibir orang yang menyanyi dan mempelajari mood dalam muzik dengan cara meneliti ekspresi muka pengajar. 7. Terapi muzik dapat membantu murid yang bermasalah pertuturan meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan mereka menerusi lirik lagu dan mengekspresi perasaan mereka selepas terapi muzik. 8. Terapi muzik dapat memulihkan kecergasan fizikal, kecerdasan dan kebolehan mental murid terencat akal serta meningkatkan keyakinan mereka.

92 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

9. Muzik terapi dapat membantu murid autistik mengenal diri sendiri dan meluahkan emosi mereka dan seterusnya meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa, kemahiran sosial supaya mereka dapat berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan harian. 10. Cara-cara terapi muzik merangkumi mendengar dan menghayati muzik; menyanyi dan mengekspresi emosi; bercerita, mengarang dan mengubah lagu; membuat improvisasi dan memainkan alatan muzik dan membuat persembahan bersama muzik.

93 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP

Terapi Muzik

Terapi muzik untuk murid yang bermasalah

Cara-cara terapi muzik

Kelemahan dan Kekuatan

KATA KUNCI
1. Terapi muzik 2. Terapi muzik untuk murid yang bermasalah 3. Cara-cara terapi muzik 4. masalah pembelajaran 5. masalah penglihatan 6. masalah pendengaran 7. masalah pertuturan 8. autistik

94 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan terapi muzik? 2. Bagaimanakah guru menjalankan sesi terapi muzik untuk murid-murid yang bermasalah?

RUJUKAN
Flowers, T. (1992). Reaching the Child with Autism through Art. USA: Future Horizons. Hallahan,D.P., &. Kaufman,J.M. (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education. 7th Edition. Needham Heights M.A.: Allyn & Bacon. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Nocera, S. (1990). Reaching the Special Learner throuhg Music. New Jersey: Silver Burdett Co.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Maksudkan terapi muzik. mempunyai kuasa penyembuh bagi jiwa dan tubuh seseorang. Terapi muzik sangat berguna dan merupakan salah satu cara alternatif dalam rawatan moden bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tahap bahasa dan komunikasi, kognitif dan taraf kesihatan seseorang.

2. Sesi terapi muzik untuk murid-murid yang bermasalah. mendengar dan menghayati muzik; menyanyi dan mengekspresi emosi; bercerita, mengarang dan mengubah lagu; membuat improvisasi dan memainkan alatan muzik dan membuat persembahan bersama muzik.

95 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 8 SENI SUAIAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami seni suaian untuk kanak-kanak khas; 2. Mengetahui aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan dengan menggunakan bahan media seperti pensel dan krayon; dan 3. Mengenal pasti strategi pengajaran yang berkesan untuk mempertingkatkan kreativiti kanakkanak.

PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia telah digubal berdasarkan empat bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akedemik dan berfungsi, bidang kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan kreativiti. Komponen seni terletak di bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti. Komponen ini mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu berkeperluan khas. Selain dari itu, Pendidikan Seni dalam kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk menggembangkan potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaaran supaya mereka dapat mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Tidak dilupakan juga, kepentingan pendidikan seni dalam meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus, serta kemahiran persepsual-motor, dan kreativiti seni.

96 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN
Dalam modul ini kita akan berbincang mengenai seni suaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas khususnya melalui aktiviti dan kemahiran lukisan pensel dan krayon. Seni suaian memberi fokus kepada empat aspek utama iaitu penumpuan secara aktif, interaksi secara kritis dan kreatif melalui alat dan bahan, ekspresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai positif dalam aspek kehidupan.

a) Penumpuan Secara Aktif Merangkumi kesedaran secara keseluruhan dan berfokus serta merangkumi perkembangan pancaindera. Secara tidak langsung dapat membantu perkembangan emosi dan imaginasi murid. Murid akan dilatih untuk memberi tumpuan pada objek buatan manusia dan objek semulajadi, ini membolehkan murid merasainya secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan sebegini dapat membantu murid menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Alat dan Media Penerangan

Pensel

Arang

Pen Dakwat

Pen Mata Bola

Merupakan media serba boleh dan boleh digunakan di atas pelbagai permukaan. Dikategorikan mengikut nilai kekerasan, 6H (paling keras) sehingga 8B (paling lembut). Pensel jenis HB atau B adalah pilihan dalam menghasilkan lukisan biasa. Merupakan bahan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Media ini senang dipadam dengan menggunakan kain dan dibaiki apabila melakukan kesalahan pada karya. Hasil karya yang telah siap perlu disembur dengan bahan pemati dan dilindungi dengan tisu bagi mengelakkan comotan. Salah satu media lukisan yang mudah untuk digunakan dengan mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan legap manakala dakwat biasa adalah kurang legap tetapi akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh menjadi bahantara pada dakwat jika warna yang terang diperlukan. Digunakan untuk lakaran ringkas atau contengan, tetapi sukar menghasilkan lukisan yang mempunyai pelbagai nilai ton warna

97 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

dengan menggunakan pen yang sama. Pen Felt Conte Krayon Krayon Lilin Digunakan untuk lakaran dan contengan. Cara menggunakannya adalah sama seperti media arang dan mempunyai kekerasan yang berbeza. Media ini lembut, tetapi sukar untuk memadamkannya setelah dilukis. Ciri istimewa pada media krayon lilin adalah gurisan yang dilakukan di atas lukisan akan menimbulkan kesan yang menarik. Media ini lebih lembut dari krayon serta mempunyai banyak warna. Merupakan alat lukisan yang telah lama digunakan terutama pada karya-karya dari Jepun dan Cina. Berus besar menghasilkan garisan nipis jika dikawal dengan betul, manakala berus kecil mampu menghasilkan garisan tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

Pastel Berus

b) Interaksi Kritis dan Kreatif melalui Alat dan Bahan Kepelbagaian kegiatan kreatif menggunakan alat dan bahan dapat mengalakkan murid meneroka dan mencuba dalam proses pembelajaran. Proses ini, secara tidak langsung dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas Seni Visual. Melalui pendedahan secara tidak langsung ini, murid dapat mengenali perbezaan dan perubahan yang dapat mereka lakukan dalam menghasilkan karya seni dengan menggunakan pelbagai alat dan media. c) Apresiasi Seni Visual secara Mudah Peringkat ini memberi pengalaman kepada murid membuat perbandingan dan membuat apresiasi melalui hasil kerja. Selain itu, murid dapat mengenali kegunaan Seni Visual dalam kehidupan seharian. Penyataan apresiasi dapat dilakukan dengan menggunakan cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan sebagainya.

98 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

d) Menghargai Nilai Positif dalam Kehidupan Menghargai nilai positif dalam kehidupan, murid akan dipupuk dengan nilai menyayangi dan menghargai aspek-aspek yang wujud dipersekitaran dan kehidupan. Nilai-nilai ini termasuklah nilai alam sekitar, nilai patriotism, nilai kebersihan dan nilai kepekaan. Perkara-perkara ini penting agar murid dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam pelbagai situasi kehidupan.

Alat dan Media Dalam modul ini kita akan memprektiskan seni suaian menggunakan media krayon atau pensel warna.

Aktiviti menggunakan Pensel dan Krayon

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

99 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar-gambar di atas menunjukkan contoh aktiviti yang menggunakan pensel warna.

100 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP
Seni Suaian

Alat dan Media


Pensel warna Krayon

Kemahiran Lukisan
Membuat corak dan rekaan

Aktiviti
Menggunakan teknik gosokan di atas permukaan yang timbul

KATA KUNCI
1. Seni suaian 2. Pensel 3. Krayon 4. Kemahiran lukisan

101 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

A PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan tiga (3) jenis alat dan media serta penerangannya.
Alat dan Media Penerangan

2. Bincangkan aktiviti lain yang dapat dilaksanakan menggunakan media pensel, pensel warna atau krayon.

RUJUKAN
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas: Dunia Seni Visual Suaian Tahun Dua (2011). Kementerian Pelajaran Malaysia. Atas talian: http://www.scribd.com/doc/14066683/Terapi-Muzik-Dan-Seni-Suaian, melayari pada 10 Desember 2012

102 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


Alat dan Media Penerangan

Pensel

Merupakan media serba boleh dan boleh digunakan di atas pelbagai permukaan. Dikategorikan mengikut nilai kekerasan, 6H (paling keras) sehingga 8B (paling lembut). Pensel jenis HB atau B adalah pilihan dalam menghasilkan lukisan biasa. Merupakan bahan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Media ini senang dipadam dengan menggunakan kain dan dibaiki apabila melakukan kesalahan pada karya. Hasil karya yang telah siap perlu disembur dengan bahan pemati dan dilindungi dengan tisu bagi mengelakkan comotan. Salah satu media lukisan yang mudah untuk digunakan dengan mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan legap manakala dakwat biasa adalah kurang legap tetapi akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh menjadi bahantara pada dakwat jika warna yang terang diperlukan.

Arang

Pen Dakwat

2. i. Contengan ii. Melukis iii. Mewarna

103 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 9 CETAKAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami mengenai bahan-bahan flora dan fauna yang boleh digunakan dalam membuat cetakan; 2. Mengetahui jenis-jenis cetakan; 3. Mengenal pasti strategi pengajaran yang berkesan untuk mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak; dan 4. Merancang pengajaran dalam aktiviti cetakan.

PENGENALAN
Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian.

104 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Manakala dari sudut seni pula, cetakan adalah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan. Keistimewaan cetakan terletak pada penghasilan kepingan karya dalam kuantiti yang banyak serta serupa dan masih dianggap asli untuk setiap satu dari karya tersebut. Siri hasil cetakan asli karya digelar sebagai edisi.

ISI KANDUNGAN
Jenis-Jenis Cetakan A. Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil imej adalah berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang telah disapu terlebih dahulu dengan dakeat atau pewarna. Antara contoh cetakan dari jenis ini adalah seperti yang berikut; i. Cetakan kayu Proses penghasilan cetakan blok kayu 1. Selepas melakar di atas sekeping blok kayu, alat pengukir digunakan untuk mengukir corak atas lakaran pada blok. 2. Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat. Bahagian ini akan meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek. 3. Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga tiada kesan bubble dan kemudian penggelek berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang siap diukir.

105 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

4. Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu untuk meratakan dakwat. Kertas diangkat daripada blok kayu. Kesan cetakan terhasil. Bahagian yang timbul pada blok kayu dicetak secara terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong. Jika menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna. ii. Cetakan lino Proses penghasilan cetakan lino adalah sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. Bezanya hanya imej yang hendak dicetak diukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran buat di atas blok kayu. iii. Cetakan kolograf/timbul/kolaj Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di atas permukaan kertas. B. Cetakan Stensil atau Skrin Cetakan jenis ini seringkali dikenali sebagai cetakan sutera saring, stensil dan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) sebagai asasnya ataupun base latar cetakan, dan akan direnggangkan di atas pemidang kayu sebelum proses cetakan dilaksanakan. Proses stensilan bermula dengan menggunakan kaedah menggambar dengan menggunakan alat yang telah ditebuk, dan secara tidak langsung akan menghasilkan imej positif atau negatif dari keratan kertas pendua atau profilem. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam cetakan ini;

i.

Kaedah Potongan Kertas Pendua Merupakan kaedah yang memerlukan proses paling ringkas dan mudah. Hanya memerlukan sebuah pemidang skrin dan kertas pendua yang telah digunting mengikut

106 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

imej yang telah dilukis. Ketika proses mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar bahagian yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dakwat atau warna dituang. Gunakan sekuji untuk meratakan warna tersebut di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Hasilnya, imej yang dipotong itu akan terlekat pada pemidang skrin. Kelemahan kaedah ini adalah, cetakan jenis ini tidak dapat menghasilkan edisi dalam kuantiti yang banyak, kerana kertas pendua yang dipotong akan menjadi lembab dan mengakibatkan dakwat atau warna terkeluar. ii. Kaedah Filem Leker/ skrin foto Cetakan filem leker turut dikenali sebagai kaedah skrin foto. Proses penghasilannya dimulakan dengan menyediakan lakaran imej sebelum melukiskannya pada bahagian belakang filem leker tersebut. Seterusnya, dengan menggunakan pisau pemotong NT. Filem leker terbahagi kepada dua lapisan iaitu lapisan yang berlilin dan lapisan kertas biasa. Bahagian yang perlu dipotong adalah bahagian yang berlilin. Apabila selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker akan diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Gosokkan cetakan tersebut dengan seterika elektrik yang sederhana panas, hasilnya, bahagian yang berlilin akan melekat pada pemidang. C. CETAKAN LITHOGRAFI/ PLANOGRAF/ CETAKAN DATAR Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder, sebelum muncul dalam bentuk berwarna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec. Turut dikenali sebagai cetakan Plonografi. Penghasilan imej dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Perbezaan antara cetakan lithografi atau cetakan planografi dengan cetakan datar hanya pada persembahan imej, di mana cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan adalah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensil. Cetakan sebegini dihasilkan menggunakan mesin pencetak.

107 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

D. CETAKAN BENAMAN (INTAGLIO) i. Cetakan ini berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, imej yang terbentuk adalah berdasarkan dakwat atau pewarna yang berada pada permukaan lakaran yang ditimbulkan, akan tetapi, berbeza bagi cetakan benaman, di mana dakwat atau warnanya akan berada di dalam ukiran turisan yang akhirnya akan membentuk imej. Proses membuat cetakan ini adalah melalui cara mengukir plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat ke dalam hasil turisan yang telah dibuat. Terdapat beberapa kaedah penghasilan cetakan jenis ini, antaranya adalah kaedah turisan, kaedah gurisan asid (etching), kaedah akuantin (aquantint) dan kaedah mesotin (mezzotint). Aktiviti Capan

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

108 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Gambar-gambar di atas menunjukkan contoh aktiviti menggunakan kaedah capan.

109 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP
Cetakan

Cetakan Timbul (Relief)

Cetakan Stensil Atau Skrin

Cetakan Lithografi/ Planograf/ Cetakan Datar

Cetakan Benaman

KATA KUNCI
1. Cetakan 2. Pisau pemotong TNT 3. Relief 4. Stensilan 5. Lithografi

110 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI

1. Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis, pilih gaya cetakan yang sering digunakan oleh guru dalam pembelajaran di dalam kelas dan berikan sebabnya. 2. Berdasarkan contoh aktiviti capan yang telah diberikan, nyatakan bahan-bahan lain yang dapat digunakan dalam menghasilkan karya murid.

RUJUKAN
Atas talian:
http://secretofart.blogspot.com/2011/02/jenis-jenis-cetakan.html , melayari pada 20 December 2012 http://cool.conservation-us.org/coolaic/sg/bpg/annual/v18/bp18-13.html , melayari pada 20 December 2012 http://www.memsnet.org/mems/processes/etch.html , melayari pada 20 December 2012 http://pinterest.com/pin/134474738843966571/,melayari pada 20 December 2012

Wye, D: 2004. Artists & Prints Masterworks from the Museum of Modern Art. New York: The Museum of Modern Art.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan warna pada permukaan tapak cetakan, hasil imej adalah berdasarkan kesan garisan di atas permukaan yang telah disapu terlebih dahulu dengan pewarna. Penghasilannya yang mudah dan ringkas menjadikannya pilihan aktiviti pembelajaran di kelas. Selain dari itu, bahan-bahan yang diperlukan murah dan mudah didapati di sekeliling murid memudahkan aktiviti dilaksanakan dengan menambah pengetahuan baru melalui pengalaman sedia ada. 2. Bendi, keratan batang pisang, bawang, daun kering, ukiran pada kentang dan semua media yang mempunyai jalinan di permukaannya.

111 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 10 ANYAMAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Membezakan jenis-jenis anyaman dan bahan-bahan yang boleh digunakan; 2. Mengetahui cara-cara membuat anyaman menggunakan kertas dan tali; 3. Mengenal pasti cara meningkatkan kreativiti murid dengan menggunakan teknik yang betul; dan 4. Merancang aktiviti pengajaran anyaman.

PENGENALAN
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar, perkembangan sejarah anyaman adalah seiring dengan perkembangan seni tembikar. Secara tidak langsung, anyaman begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan dari tumbuhan untuk menjadikannya satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Lidi, rotan, akar, bulih, daun pandan, daun mengkuang, jut dan sebagainya sering dijadikan bahan untuk menghasilkan anyaman secara tradisional. Dalam modul ini anda akan diperkenalkan jenis-jenis anyaman serta bahan-bahan yang digunakan untuk anyaman seperti kertas, tali dan seumpamanya.

112 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN
Jenis-Jenis Anyaman Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang Anyaman pandan Anyaman Buluh Daun pandan duri Jenis-jenis buluh yang sesuai Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu. Bahan Daun mengkuang Hasil anyaman Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lainlain Tikar sembahyang, hiasan dinding, Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lainlain Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain Lekar, bekas buah, bekas telor. Tempat tembakau, bekas sirih t

Peringkat Anyaman Anyaman terbahagi kepada lima peringkat asas iaitu lagang, anyaman, pepeh atau lepih, sisip dan kerat. Lagang merupakan tulang atau asas dalam mencipta sesuatu rekabentuk anyaman misalnya kepanjangan dan bentuk anyaman tersebut, susunan warna pada sesuatu anyaman biasanya dinamakan corak. Seterusnya, adalah memilih teknik anyaman yang hendak digunakan sewaktu proses anyaman. Anyaman terbahagi kepada tiga jenis iaitu anyaman kelerai, anyaman biasa atau anyaman sulam, anyaman kelerai biasanya lebih terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis warna kontra sering digunakan bagi menunjukkan kesan bentuk serta menyerlahkannya. Anyaman dimulakan dari bahagian

113 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

tengah langang dan dianyam ke bahagian tepi.. Pepeh atau lepih adalah peringkat mematikan atau mengakhiri anyaman dengan mengikat di penghujung anyaman. Manakala, sisip merupakan peringkat memotong serong hujung daun dan dimasukkan ke dalam agar tidak terburai. Peringkat akhir sekali adalah kerat, iaitu dengan memotong lebihan daun agar lebih kemas.

Gambar menunjukkan peringkat-peringkat asas anyaman

114 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Corak Anyaman Corak anyaman menekankan susunan wana dalam menentukan corak yang akan dihasilkan. Corak-corak ini dijalinkan secara berselang-seli hingga menghasilkan corak geometri asli. Terdapat sebelas jenis corak yang dianyam dan berbeza dari segi nama, bentuk, ukuran dan susunannya. Corak-corak yang sering dianyam adalah Corak Tapak Catur, Corak Mata Bilis, Corak Beras Patah, Corak Palembang, Corak Bugis, Corak Muar, Corak Selang-Seli, Corak Berdiri, Corak Serong, Corak Ketapang Gilir Kacang dan Corak Malaysia. Nama Corak Anyaman Corak Tapak Catur Penerangan Dianyam dalam dua atau tiga warna dan hasil cantuman warnawarna menghasilkan warna terang dan gelap pada permukaan corak anyaman. Corak Mata Bilis Menggunakan warna terang dan gelap dan dianyam satu mata sahaja dengan warna terang. Hasil persamaan dengan corak Beras Patah. Corak Beras Patah Anyaman dianyam menggunakan tiga mata warna terang dan diselang-seli dengan satu mata warna gelap. Hasil persilangan ini akan kelihatan seakan-akan beras patah. Corak Palembang Corak yang berasal dari Palembang ini menggunakan warnawarna seperti hijau,merah dan putih. Di mana, di dalam petak berbentuk empat segi atau berbentuk biji kundang, warna hijau akan dianyam di tengah-tengah dan warna merah dan putih dianyam mengelilinginya. Corak Bugis Corak berasal dari Bugis ini menggunakan dua warna yang berdekatan iaitu hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Corak Muar Bermotifkan bentuk geometri empat segi. Campuran warna merah anyaman mempunyai

115 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

dan biru dianyam bersama dan dikelilingi jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Corak Selang-Seli Penggunaan warna terang dan gelap yang dianyam sama rata dan selari. Corak Berdiri Menggunakan dua warna dan anyaman dilakukan untuk mendapatkan corak lurus. Kurang digunakan kerana penghasilan corak betul-betul lurus adalah sukar. Corak Serong Corak mudah dan pelbagai jenis kelarai dapat dianyam menggunakan corak jenis serong ini. Corak Ketapang Gilir Kacang Dianyam menggunakan dua warna iaitu terang dan gelap. Penghasilan anyaman ini seakan-akan corak selang-seli tetapi disusun dengan lebih rapat. Corak Malaysia Corak yang dianyam adalah berbentuk selang-seli dengan penggunaan warna merah, putih, hijau dan biru.

AKTIVITI ANYAMAN

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

116 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Gambar 11

Gambar 12

117 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 13

Gambar 14

PETA KONSEP

Anyaman

Anyaman Mengkuang

Anyaman Pandan

Anyaman Buluh

Anyaman Rotan

Anyaman Lidi

Anyaman Ribu-Ribu

KATA KUNCI
1. Anyaman 2. Mengkuang 3. Pandan 4. Buluh 5. Rotan 6. Lidi 7. Ribu-ribu

118 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI
1. Kita telah mempelajari kepelbagaian jenis-jenis bahan untuk dibuat anyaman seperti daun mengkuang, daun pandan, buluh, rotan, lidi dan sebagainya. Berikan contoh-contoh hasil produk dari jenis-jenis bahan yang dinyatakan. Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang Anyaman pandan Anyaman Buluh Daun pandan duri Jenis-jenis buluh yang sesuai Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu. Bahan Daun mengkuang Hasil anyaman

119 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

2. Terdapat sebelas (11) corak yang sering digunakan dalam penghasilan anyaman. Kenal pasti jenis-jenis corak anyaman berdasarkan penerangan yang telah diberikan. Nama Corak Anyaman Penerangan Menggunakan warna terang dan gelap dan dianyam satu mata sahaja dengan warna terang. Hasil persamaan dengan corak Beras Patah Anyaman dianyam menggunakan tiga mata warna terang dan diselang-seli dengan satu mata warna gelap. Hasil persilangan ini akan kelihatan seakan-akan beras patah. .Dianyam dalam dua atau tiga warna dan hasil cantuman warnawarna menghasilkan warna terang dan gelap pada permukaan corak anyaman. Menggunakan dua warna dan anyaman dilakukan untuk mendapatkan corak lurus. Kurang digunakan kerana penghasilan corak betul-betul lurus adalah sukar. Corak berasal dari Bugis ini menggunakan dua warna yang berdekatan iaitu hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Bermotifkan bentuk geometri empat segi. Campuran warna merah dan biru dianyam bersama dan dikelilingi jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Penggunaan warna terang dan gelap yang dianyam sama rata dan selari. Corak yang berasal dari Palembang ini menggunakan warnaanyaman mempunyai

120 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

warna seperti hijau,merah dan putih. Di mana, di dalam petak berbentuk empat segi atau berbentuk biji kundang, warna hijau akan dianyam di tengah-tengah dan warna merah dan putih dianyam mengelilinginya. Corak yang dianyam adalah berbentuk selang-seli dengan penggunaan warna merah, putih, hijau dan biru. Corak mudah dan pelbagai jenis kelarai dapat dianyam menggunakan corak jenis serong ini. Dianyam menggunakan dua warna iaitu terang dan gelap. Penghasilan anyaman ini seakan-akan corak selang-seli tetapi disusun dengan lebih rapat.

RUJUKAN
http://nurh4nim.tripod.com/anyaman.htm, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.hmetro.com.my/articles/Senianyamankelarai/Article, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.scribd.com/doc/64890956/kraf-anyaman-contoh-kelarai, dilayari pada 22 Desember 2012 http://anyamanmalaysia.blogspot.com/, dilayari pada 22 Desember 2012

121 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

A
1.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang Anyaman pandan Anyaman Buluh

Bahan Daun mengkuang

Hasil anyaman Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain

Daun pandan duri Jenis-jenis buluh yang sesuai

Tikar sembahyang, hiasan dinding, Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain Lekar, bekas buah, bekas telor. Tempat tembakau, bekas sirih

Anyaman Rotan

Rotan yang telah diproses

Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu

Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu.

122 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

2. Nama Corak Anyaman Corak Mata Bilis Penerangan Menggunakan warna terang dan gelap dan dianyam satu mata sahaja dengan warna terang. Hasil persamaan dengan corak Beras Patah Corak Beras Patah Anyaman dianyam menggunakan tiga mata warna terang dan diselang-seli dengan satu mata warna gelap. Hasil persilangan ini akan kelihatan seakan-akan beras patah. Corak Tapak Catur Dianyam dalam dua atau tiga warna dan hasil cantuman warnawarna menghasilkan warna terang dan gelap pada permukaan corak anyaman. Corak Berdiri Menggunakan dua warna dan anyaman dilakukan untuk mendapatkan corak lurus. Kurang digunakan kerana penghasilan corak betul-betul lurus adalah sukar. Corak Bugis Corak berasal dari Bugis ini menggunakan dua warna yang berdekatan iaitu hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Corak Muar Bermotifkan bentuk geometri empat segi. Campuran warna merah dan biru dianyam bersama dan dikelilingi jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Corak Selang-Seli Penggunaan warna terang dan gelap yang dianyam sama rata dan selari. Corak Palembang Corak yang berasal dari Palembang ini menggunakan warnawarna seperti hijau,merah dan putih. Di mana, di dalam petak anyaman mempunyai

123 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

berbentuk empat segi atau berbentuk biji kundang, warna hijau akan dianyam di tengah-tengah dan warna merah dan putih dianyam mengelilinginya. Corak Malaysia Corak yang dianyam adalah berbentuk selang-seli dengan penggunaan warna merah, putih, hijau dan biru. Corak Serong Corak mudah dan pelbagai jenis kelarai dapat dianyam menggunakan corak jenis serong ini. Corak Ketapang Gilir Kacang Dianyam menggunakan dua warna iaitu terang dan gelap. Penghasilan anyaman ini seakan-akan corak selang-seli tetapi disusun dengan lebih rapat.

124 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 11 KOLAJ

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud am kolaj; 2. Mengenal jenis-jenis penghasilan kolaj; dan 3. Merancang aktiviti pengajaran kolaj.

PENGENALAN
Seni kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kolaj disusun secara bertindih dengan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti atau pun secara bertema. Teknik ini mula diperkenalkan sewaktu zaman Kubisme Sintetik dari tahun 1912 sehingga 1919 oleh Pablo Picasso. Beliau telah menggunakan kertas yang digunting dalam penghasilan lukisannya. Secara tidak langsung, menjadikannya kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Perkembangan seni kolaj seiring dengan peredaran zaman apabila menggunakan teknik jahitan dan tampalan kain dalam penghasilan karya. Aktiviti kolaj juga amat praktikal digunakan dala pengajaran kelas pendidikan khas, kerana aktiviti ini dapat memberikan keseronokkan dan meningkatkan kemahiran motor halus murid.

125 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN
Kolaj Tema, alat dan bahan dalam penghasilan karya murid perlulah bersesuaiian dengan tahap dan umur murid terlebih dahulu. Terdapat empat jenis kolaj yang sering dilaksanakan iaitu kolaj kertas, kolaj bahan jahitan, kolaj bijirin dan kolaj bahan terbuang. Kolaj kertas adalah teknik yang menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas atau menggunakan teknik tekanan pada pen dan pensel atau menggunakan alat penebuk kertas. Kolaj bahan jahitan pula adalah kolaj yang menggunakan perca kain, manik, butang baju, kapas dan kekabu sebagai bahan media utamanya. Manakala, kolaj bijirin menggunakan bijirin-bijirin seperti beras pulut, beras, kacang hijau, biji saga atau jagung yang disusun secara teratur dengan menggunakan gam pada kadboard tebal. Jenis terakhir adalah kolaj bahan terbuang. Bahan-bahan terbuang ini termasuklah penutup botol, batang aiskrim, lidi sate, tali dan sebagainya. Seterusnya, bahanbahan ini akan disusun dan dilekatkan menggunakan gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar agar karya tahan lebih lama. Dalam modul ini kita akan berbincang mengenai cara menghasilkan kolaj dengan menggunakan teknik konyak, gunting dan tampal dalam menggerakkan motor-motor halus deria tangan murid.

Aktiviti Kolaj

Gambar 1: Alat dan bahan untuk aktiviti kolaj

126 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 2: Kertas warna dipotong kecil-kecil dan ditampal pada lukisan yang dahulu

telah dilukis terlebih

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 3 sehingga gambar 6 menunjukkan proses penghasilan seni kolaj menggunakan kertas warna.

127 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

RUMUSAN
1. Kraf mudah dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. 2. Kolaj boleh dibuat dengan menggunakan perca kain, kertas warna, bahan-bahan alam seperti rempah ratus, daun dan ranting. Kolaj dihasilkan dengan menampal medium yang dipilih untuk membuat gambar atau corak rekaan di atas sebarang permukaan. 3. Topeng boleh dibuat berdasarkan imaginasi kanak-kanak atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. 4. Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. 5. Mobail ialah hasil kerja kanak-kanak seperti lipatan, lukisan dan objek yang digantung pada imbangan yang sesuai.

PETA KONSEP
Kolaj

Kolaj Kertas

Kolaj Bahan Jahitan

Kolaj Bijirin

Kolaj Bahan Terbuang

KATA KUNCI
1. Kolaj 2. Gam 3. Gunting 4. Bahan terbuang 5. Bijirin 6. Bahan jahitan 7. Kertas

128 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan apa yang anda faham mengenai seni kolaj? 2. Lengkapkan tempat kosong bagi contoh alat media yang digunakan bagi setiap penghasilan kolaj.

KOLAJ

Kolaj Kertas

Kolaj Bahan Jahitan

Kolaj Bijirin

Kolaj Bahan Terbuang

Alat media:

Alat media:

Alat media:

Alat media:

RUJUKAN
http://www.youtube.com/watch?v=2RiO-igeMrg, dilayari pada 22 Desember 2012 http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/membuat-kolaj-buah-tembikai, dilayari pada 22 Disember 2012 http://www.scribd.com/doc/62918970/Definisi-Kolaj, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.scribd.com/doc/51003234/TEKNIK-KOLAJ, dilayari pada 22 Desember 2012

129 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Seni kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan. Kolaj disusun secara bertindih dengan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti atau pun secara bertema.

Kolaj

Kolaj Kertas

Kolaj Bahan Jahitan

Kolaj Bijirin

Kolaj Bahan Terbuang

Alat dan media:


Kertas warna Majalah Gunting

Alat dan media:


Butang baju Perca kain Gam

Alat dan media:


Biji saga Kacang hijau

Alat dan media:


Penutup botol Lidi sate Plastik sinar lut

Beras pulut

130 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

RUJUKAN
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas: Dunia Seni Visual Suaian Tahun Dua (2011). Kementerian Pelajaran Malaysia.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Seni kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan. Kolaj disusun secara bertindih dengan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti atau pun secara bertema.

131 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 12 SULAMAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 4. Menerangkan secara am cara menjahit dengan betul; 5. Mengenal jenis-jenis sulaman; dan 6. Merancang aktiviti pengajaran bagi aktiviti seperti mencucuk manik dan membenang bulu.

PENGENALAN
Motor halus adalah satu kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari kaki dan tangan dan sebagainya. Koordinasi pergerakan otot-otot kecil dan organ deria saling berkaitan seperti pergerakan jari tangan dan koordinasinya dengan mata, contoh aktivitinya adalah jahitan.

ISI KANDUNGAN
Jahitan Jahitan terbahagi kepada empat kumpulan iaitu jahitan sementara, jahitan penyambung, jahitan pengemas dan jahitan sulaman. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut mengenai topik utama modul ini, mari kita lihat peraturan asas sebelum melakukan jahitan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan mata jahitan yang bersesuaian dengan kerja yang hendak dilakukan. Gunakan saiz jarum dan jenis benang yang betul untuk kain yang digunakan. Selain dari itu, benang perlulah dicucuk ke mata jarum dengan menggunakan hujung benang yang telah diputuskan dari buku benang dan jadikan hujung benang ini lebih pendek diantara dua lembar benang agar benang tersebut tidak berbelit, berpintal, bersimpul atau

132 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

berambu. Dalam modul ini kita akan berbincang mengenai jahitan sulaman dan aktiviti latihan mencucuk manik serta membenang bulu untuk membuat sulaman. Jahitan Sulaman Jahitan sulaman turut dikenali sebagai jahitan hiasan, beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama dalam menghasilkan rupa dan kesan motif pada pakaian. Saiznya boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit, hasil gabungan ini menghasilkan motif jahitan yang menarik. Berikut merupakan contohcontoh jahitan sulaman. Jelujur Halus Jelujur Berlilit Kia Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus

Jel Panjang Pendek Bulu Ayam

Silang Pangkah

Suji Bilang

Aktiviti Mencucuk Manik (Sebentuk Cincin)

133 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Sebelum menjalankan aktiviti mencucuk manik, kanak-kanak perlu diajar membezakan warna supaya jalinan manik yang cantik dapat dihasilkan. Manik boleh dijadikan cincin, rantai tangan dan rantai leher terpulang kepada kreativiti guru.

Gambar 1

menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dalam melakukan aktiviti mencucuk manik untuk menghasilkan sebentuk cincin.

Gambar 2

aktiviti dimulakan dengan mencucuk benang ke dalam jarum jahitan.

Gambar 3

seterusnya, gunakan manik dan cucukkannya melalui jarum jahitan.

Gambar 4

bawa manik tersebut ke hujung benang yang telah dimatikan terlebih dahulu. Ulangi langkah 3 sehingga menghasilkan susunan corak mengikut krativiti..

134 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 5

menunjukkan hasil yang telah siap.

RUMUSAN
i. ii. iii. Aktiviti mencucuk manik ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid. Memerlukan ketajaman penglihatan dan pemikiran untuk melaksanakan aktiviti. Memberi impak dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid serta dapat meningkatkan kreativiti dalam mencipta sesuatu perhiasan diri.

135 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP

SULAMAN

Jahitan
Terbahagi kepada empat kumpulan: Jahitan sementara Jahitan penyambung Jahitan pengemas Jahitan sulaman

Jenis Sulaman
Jelujur halus Jelujur berlilit Kia Jahitan batang Jahitan berantai Bunga padi Jahitan sulam Jahitan lurus Jahitan panjang pendek Bulu ayam Silang pangkah Suji bilang

KATA KUNCI
Jelujur halus Jelujur berlilit Kia Jahitan batang Jahitan berantai

136 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Bunga padi Jahitan sulam Jahitan lurus Jahitan panjang pendek Bulu ayam Silang pangkah Suji bilang

PENILAIAN KENDIRI
1. Lengkapkan rajah berikut, mengikut teknik sulaman yang betul.

137 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

RUJUKAN
Atas talian: http://sulamankreatif.com/tag/teknik-sulaman-benang/, dilayari pada 13 Desember 2012 http://www.youtube.com/watch?v=vOr30SiZJ48, dilayari pada 13 Desember 2012 http://ejahitanonline.tripod.com/, dilayari pada 13 Desember 2012 Buku ilmiah:

Rosita Jaafar (2006). Sulaman Benang & Manik Labuci. Utusan Publications & Distributions

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Jelujur Halus

Jelujur Berlilit

Kia

Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus

Jel Panjang Pendek Bulu Ayam

Silang Pangkah

Suji Bilang

138 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 13 ORIGAMI
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud origami; 2. Mengenal jenis-jenis penghasilan origami; dan 3. Merancang aktiviti pengajaran origami dalam bentuk-bentuk mudah.

PENGENALAN
Seni origami adalah seni lipatan kertas yang berasal dari Negara China dengan lipatan awal berbentuk tongkang cina dan kotak. Lipatan origami mula sampai ke Jepun dan Sepanyol pada abad ke enam. Dokyo, merupakan seorang sami Buddha merupakan individu yang bertanggungjawab membawa lipatan ini ke Negara matahari terbit. Beliau juga merupakan doktor peribadi kepada Ratu Shotoku. Semenjak itu, origami mula menjadi seni turun-temurun sehingga kini, terutama dengan penghasilan kertas Jepun yang dipanggil Washi.
TAHUKAH ANDA?

Washi bermaksud kertas jepun. Kertas jenis ini adalah lebih bertekstur dan lembut jika dibandingkan dengan kertas biasa. Terdapat pelbagai jenis kertas washi yang terdiri daripada pelbagai jenis serat tumbuhan. Motif yang sering digunakan adalah corak tradisional jepun. Anda boleh melayari laman sesawang (http://www.origamiway.com/printable-origami-paper/ ) untuk memuat turun kertas origami.

139 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN
Origami Seni origami bukan hanya sesuai dijadikan sebagai hobi semata-mata. Tanpa disedari, seni lipatan kertas ini merangkumi pembelajaran matematik dan seni khususnya. Melalui lipatan kertas misalnya, kanak-kanak dapat belajar tentang konsep asas matematik berbanding secara teori semata-mata. Apa yang menarik mengenai origami ini adalah apabila dengan menggunakan sehelai kertas yang mempunyai satu dimensi boleh ditukar menjadi bentuk tiga dimensi yang menarik dan kreatif. Secara tidak langsung, dapat membuka minda dan keterampilan kanak-kanak untuk bergaul dengan dunia luar dalam meluahkan jati diri dan mengetengahkan kesedaran diri terhadap cinta terhadap alam sekitar. Terdapat enam jenis-jenis origami, antaranya adalah origami bergerak, origami moduler, origami basah, origami murni, tessellation origami dan kirigami. Kebanyakan aksi yang dapat dilakukan dengan origami bergerak adalah seperti gerakan terbang, melayang, melompat dan sebagainya. Origami kodok misalnya, dapat melompat jika ditekan bahagian belakangnya, senjata shurinken yang digunakan oleh ninja yang membolehkannya dilemparkan serta pesawat terbang yang boleh diterbangkan pada jarak dekat. Origami moduler turut dikenali sebagai origami tiga dimensi. Penghasilan beberapa lipatan kertas dengan bentuk yang sama dan mencantumkannya menjadi objek. Biasanya penghasilan objek sebegini sedikit sulit berbanding lipatan origami biasa. Seterusnya beralih pada origami basah. Wet folding origami, adalah seni lipatan kertas yang memerlukan kertas dilembabkan atau dibasahi terlebih dahulu. Seterusnya akan dibentuk menjadi objek, disebabkan teksture kertas yang lembab menjadikannya lebih fleksible berbanding kertas kering. Selesai membentuk, objek tersebut akan dibiarkan kering. Pureland origami atau origami murni merupakan sejenis lipatan kertas yang hanya boleh menggunakan lipatan langsung yang ketat untuk membentuknya. Dikembangkan oleh seniman berbangsa Inggeris bernama John Smith pada tahun 1970-an. Tessellation origami telah dipelapori oleh Shuzo Fujimoto pada akhir tahun 1960-an. Tessellation origami mempunyai visual yang kelihatan seakan-akan sama tetapi secara lahiriahnya agak berbeza. Penghasilan origami ini bukanlah dilakukan secara berasingan, tetapi terhasil dari lipatan kertas yang sama dan menghasilkan bentuk geometri yang sama. Istilah kirigami masih baru buat seni lipatan

140 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

origami. Seni kirigami adalah seni lipat dan memotong kertas untuk membentuk objek, kelihatan seperti pop-up kad. Jenis Origami Origami bergerak Contoh

Origami moduler

Origami basah

Origami murni

Origami tessellation

141 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Kirigami

Dalam modul ini kita akan mempraktiskan seni lipatan origami kertas dan membuat bentuk-bentuk yang mudah.

Aktiviti Lipatan Origami

142 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Untuk lipatan origami yang lebih menarik layari http://en.origami-club.com/

RUMUSAN
1. Lipatan origami dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. 2. Origami terbahagi kepada enam jenis iaitu origami bergerak, origami moduler, origami basah, origami murni, tessellation dan kirigami. 3. Tessellation adalah lipatan kertas yang bermotifkan corak yang sama di atas sehelai kertas. 4. Kirigami merupakan lipatan origami baru yang turut dikenali sebagai kad pop-up.

143 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

PETA KONSEP

KATA KUNCI
1. Origami 2. Lipatan 3. Kertas 4. Origami bergerak 5. Moduler 6. Tessellation 7. Kirigami

A PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan apa yang anda faham mengenai seni lipatan origami?

144 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

RUJUKAN
http://en.origami-club.com/, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.origami-instructions.com/, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.enchantedlearning.com/crafts/origami/, dilayari pada 22 Desember 2012 http://cherryartstudios.com/, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.origamiway.com/printable-origami-paper/, dilayari pada 22 Desember 2012

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Seni origami adalah seni lipatan kertas yang berasal dari Negara China dengan

lipatan awal berbentuk tongkang cina dan kotak, sebelum di bawa ke Jepun dan Spanyol.

145 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

UNIT 14 TOPENG

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif; 2. Mengenal jenis-jenis topeng; dan 3. Merancang aktiviti pengajaran serta proses dan teknik penghasilan topeng muka.

PENGENALAN
Seni topeng telah wujud sejak zaman batu lagi, dengan pelbagai jenis pelambangan dan maksud dari setiap bangsa dan tamadun sehingga kini. Topeng adalah satu fenomena yang wujud secara semulajadi di kalangan manusia di seluruh dunia, ini menunjukkan topeng sebagai bahan budaya yang sejagat bentuknya. Menurut Kamus Dewan, topeng ialah sesuatu yang menutup muka atau berselindung. Diana Devlin (1989:54) dalam bukunya yang berjudul Mask and Scene, menekankan bahawa topeng dipakai bukan untuk melakonkan watak apa yang digambarkan oleh topeng tetapi mempernyatakan kualiti topeng itu sendiri iaitu topeng itu dicipta sebagai reprsentatif simbol yang dekoratif.

146 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

ISI KANDUNGAN
Topeng Topeng merupakan suatu alat yang digunakan untuk menutup muka, dan sering digunakan di dalam persembahan drama, tarian mahupun istiadat-istiadat pemujaan. Dari segi pendidikan, topeng termasuk di dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan. Topeng biasa dibuat menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna. Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah manusia, flora dan fauna. Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata, topeng muka dan topeng serkup. Topeng muka adalah topeng yang menutup keseluruhan muka dengan menggunakan bentukbentuk seperti manusia ataupun haiwan. Diperbuat daripada kertas, kain, kulit dan sebagainya. Sebagaimananamanya, topeng mata hanya menutupi bahagian mata sahaja dan anggota bahagian muka yang lain dapat dilihat. Berlainan buat topeng jenis serkup, topeng jenis ini diklasifikasikan kepada kesenian daerah. Di mana topeng jenis ini sebagai medium utama dalam sesuatu persembahan kebudayaan atau menjelaskan watak dalam mengiringi sesuatu kesenian. Terdapat beberapa jenis topeng di dalam kesenian daerah ini, antaranya adalah Topeng Jawa, Topeng Bali, Topeng Dayak, Topeng Pajegan, Topeng Panca dan Topeng Prembon. Dalam modul ini, kita akan merancang aktiviti membuat topeng daripada pelbagai bahan yang terdapat disekeliling kita, seperti pinggan kertas.

Tugasan 1: Anda merancang untuk mengadakan pementasan bertajuk Tiga Ekor Anak Kucing. Bagi menjayakan

pementasan ini, anda perlu memikirkan watak, plot cerita, latar dan prop. Namakan watak utama dalam pementasan dan sediakan topeng yang sesuai untuk setiap watak. Sediakan juga plot cerita dan latar belakang pentas.

147 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Langkah 1 Lengkapkan Jadual 1 sebagai persediaan awal. Fikirkan nama watak, imej topeng bagi setiap watak dan tentu sekali anda perlu menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk membuat topeng. Jadual 1 Watak Persediaan awal Imej topeng Bahan yang diperlukan

Langkah 2 Sediakan plot cerita dengan mengambil kira dialog antara Puteri Salju dan watak sampingan dalam pementasan. Anda bolehlah mendapatkan buku cerita atau melayari menerusi internet untuk mendapatkan bahan yang sesuai. Langkah 3 Sediakan latar belakang dan prop yang bersesuaian dengan jalan cerita. Lukis pelan tapak bagi pentas bagi memudahkan anda menyusun prop dan menyesuaikan prop dengan lakonan. Langkah 4 Latih kanak-kanak menghafal cerita dan dialog dengan menggunakan topeng.

148 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Aktiviti Membuat Topeng Muka Kucing

Gambar 1 menunjukkan alat dan media yang digunakan di dalam penghasilan topeng kucing. Gambar 1

Gambar 2 Lakarkan gambar membentuk muka kucing dengan menggunakan pen marker. Gambar 2

Gambar 3 Tebuk lubang untuk dijadikan mata menggunakan gunting. Gambar 3

149 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar

Lukiskan

riben

dengan

menggunakan pen marker.

Gambar 4

Gambar 5 Menggunakan gunting, gunting riben yang telah dilukis.

Gambar 5

Gambar 6 Tampalkan riben tersebut di sudut telinga topeng kucing. Gambar 6

150 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 7 Lukiskan bentuk bulat untuk dijadikan gunting. hidung topeng kucing dan

Gambar 7

Gambar 8 Tampalkannya di topeng kucing.

Gambar 8

Gambar 9 Lukiskan misai pada topeng.

Gambar 9

151 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

Gambar 10 Tebuk lubang di kedua-dua belah dan masukkan gelang getah di dalam Gambar 10 lubang tersebut. Topeng siap

digunakan.

RUMUSAN 5. Penghasilan topeng dapat membantu murid mengembangkan imaginasi mereka. 6. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu topeng muka, topeng mata dan topeng serkup. 7. Topeng serkup diklasifikasikan sebagai topeng kesenian daerah. PETA KONSEP

152 Pendidikan Muzik, Seni dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas

KATA KUNCI
1.Topeng 2. Kesenian daerah 3. Mempunyai karektor

PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan apa yang anda faham mengenai topeng?

RUJUKAN
Devlin, Diana. 1989. Mask and Scene. New York: Macmillan Press http://psvisual.wordpress.com/page/2/, dilayari pada 22 Desember 2012 http://www.slideshare.net/celestie/kumpulan-7, dilayari pada Desember 2012

A JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Topeng termasuk di dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan. Topeng biasa dibuat menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna. Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah manusia, flora dan fauna.

Anda mungkin juga menyukai