Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN TUJU PARA ALATAN YANG DIPERLUKAN 1. Sejumlah getah 2. Dua batang kayu lurus kira-kira 30cm.

PERSEDIAAN PERMAINAN Dirikan para dengan memacakkan dua batang kayu pada tanah dengan jarak lebih kurang 1 kaki. Regangkan getah untuk dijadikan para tempat letak getah yang ingin dilastik. CARA BERMAIN Permainan dimulakan dengan meletakkan getah di atas para. Pemain berada di belakang garisan dan melastik getah menggunakan getah khas dipanggil ibu getah atau gundu tagan sehingga getah yang berada di atas para jatuh. Getah yang jatuh sepenuhnya dari para akan dimiliki oleh pemain manakala getah yang jatuh tetapi masih bersambung-sambung dengan para tidak boleh dimiliki oleh pemain. Pemain yang mengumpulkan getah paling banyak dikira pemenang.

Ibu getah atau gundu tagan

INOVASI PERMAINAN TUJU PARA ALATAN YANG DIPERLUKAN 1. Sejumlah getah yang mempunyai dua jenis warna (biru dan merah). 2. Kertas yang dilipat 3. Dua batang kayu lurus kira-kira 30cm. PERSEDIAAN PERMAINAN Dirikan para dengan memacakkan dua batang kayu pada tanah dengan jarak lebih kurang 1 kaki. Regangkan getah untuk dijadikan para tempat letak getah yang ingin dilastik. CARA BERMAIN Permainan dimulakan dengan meletakkan getah di atas para. Pemain bermain secara dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan kumpulan biru. Pemain berada di belakang garisan. Pemain perlu melastik getah mengikut warna kumpulan mereka sahaja menggunakan lastik kertas seperti dalam rajah. Sekiranya getah yang jatuh adalah getah yang sama dengan warna kumpulan, getah tersebut akan dimiliki oleh kumpulan tersebut. Sebaliknya, jika terdapat getah warna kumpulan lain yang dijatuhkan, getah berwarna lain itu akan diberi secara percuma kepada kumpulan lawan. Kumpulan yang mengumpulkan getah terbanyak sama ada getah melalui lastik sendiri atau getah melalui kesilapan pihak lawan dikira pemenang.

Peluru lastik kertas

Lastik kertas

Anda mungkin juga menyukai