Anda di halaman 1dari 17

Andalus Corporation Pte Ltd

KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH


BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT

MENYEDARI HAKIKAT MATI


Setiap sesuatu yang diciptakan Allah s.w.t. akan binasa termasuk manusia. Seperti firman Allah : Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (al-Rahman:26-27)

2008

KBM 4 AKHLAK BAB 5

MENYEDARI HAKIKAT MATI


Hakikat kematian tidak dapat disangkal oleh semua manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (al-Ankabut:57)
2008 3

KBM 4 AKHLAK BAB 5

MENYEDARI HAKIKAT MATI


Kematian merupakan sesuatu yang telah ditetapkan bagi setiap manusia. Kematian itu pasti, tetapi tidak dapat ditentukan bila, di mana dan bagaimana ia berlaku. Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya.(al-Araaf:34)
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 4

MENGINGATI MATI
Rasulullah menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati tetapi tidak bermaksud perlu meninggalkan segala urusan dunia. Dengan mengingati mati, dapat memelihara diri daripada kelalaian oleh kenikmati dan kelazatan dunia.
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 5

MENGINGATI MATI
Selain itu, akan sentiasa sedar menginsafi diri bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Kita juga akan sentiasa ada rasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. serta memperbanyakkan amalan.

2008

KBM 4 AKHLAK BAB 5

MENGINGATI MATI
Wasiat Rasulullah kepada umatnya, rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara: 1. Masa muda sebelum masa tua 2. Masa sihat sebelum sakit 3. Masa senang sebelum masa susah 4. Masa hidup sebelum mati 5. Masa lapang sebelum masa sibuk
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 7

MENGINSAFI ADANYA PERSOALAN KUBUR DAN AZAB KUBUR


Kematian adalah penutup alam dunia dan permulaan kepada kehidupan yang hakiki. Seorang Muslim yang meninggal dunia wajib diuruskan jenazahnya iaitu: a. memandikan c. bersolat b. mengkafankan d. mengkebumikannya

2008

KBM 4 AKHLAK BAB 5

MENGINSAFI ADANYA PERSOALAN KUBUR DAN AZAB KUBUR


Alam kubur ( alam barzakh ) merupakan perantaraan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Merupakan alam pembalasan yang pertama bagi manusia. Ketika jenazah dimasukkan ke dalam kubur, maka tibalah malaikat Munkar dan Nakir dan mulalah persoalan kubur.
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 9

MENGINSAFI ADANYA PERSOALAN KUBUR DAN AZAB KUBUR


Keadaan jenazah di dalam kubur tergantung kepada amalannya di dunia. Jika baik amalannya, maka ringanlah ujian dan dugaan. Dan jika buruk amalannya, beratlah azabnya. Umat Islam disunatkan untuk menziarahi kubur agar mengingati mati dan hari akhirat.

2008

KBM 4 AKHLAK BAB 5

10

BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT


Percaya kepada Hari Kiamat adalah rukun Iman yang kelima. Hari Kiamat itu di antara perkara ghaib. Allah menerangkan keadaan kiamat dalam al-quran: a. Langit yang berdiri kukuh akan terbelah dan digulung

b. Bintang-bintang yang menghiasi langit akan jatuh berserakkan


2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 11

BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT


c. Gunung-gunung akan dihancurkan dan menjadi seperti bulu yang berhamburan. d. Lautan yang luas akan menjadi panas meluap-luap. e. Bumi digegarkan dan memuntahkan segala isi perutnya.

f. Manusia akan menjadi seperti kupu-kupu.


2008 12

KBM 4 AKHLAK BAB 5

BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT


Sebagai Muslim, hendaklah sentiasa beringat dan bertafakur akan amaran Allah s.w.t. mengenai kedatangan hari Kiamat kerana semua amalan akan diperlihatkan semula.

Kita hendaklah sentiasa segera dalam melaksanakan ibadah, amal kebaikan serta menyempurnakan akhlak agar termasuk dikalangan orang yang beruntung dan terselamat dari azab Allah s.w.t.
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 13

BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT


Nota Tanda-tanda KECIL hari Kiamat: Ilmu agama diremehkan dan tidak dipedulikan Perbuatan zina tersebar luas Urusan diserahkan kepada yang bukan ahli Berlakunya pembunuhan di merata tempat
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 14

BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT


Nota Tanda-tanda BESAR hari Kiamat: Munculnya Dajjal Turunnya Nabi Isa a.s. Matahari terbit dari arah barat Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

2008

KBM 4 AKHLAK BAB 5

15

KEBAHAGIAAN MANUSIA TERGANTUNG KEPADA TIMBANGAN AMALANNYA


Setelah seluruh isi dunia dihancur, manusia akan dibangkitkan semua untuk dipertanggungjawabkan segala amal perbuatannya.

Allah s.w.t tidak memandang remeh perbuatan manusia walau seberat dzarrah.
Di hari perhitungan amal, manusia tidak lagi dapat membantu antara satu sama lain.
16

2008

KBM 4 AKHLAK BAB 5

KEBAHAGIAAN MANUSIA TERGANTUNG KEPADA TIMBANGAN AMALANNYA


Sabda Nabi s.a.w: Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah (akalnya) ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah. (HR. Tirmidzi)
2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5 17

Anda mungkin juga menyukai