Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK DIALOG

Saya mesti pulang


sembahyang. Bunga-
bunga saya juga belum
lagi saya siram.
Bunga-bunga apa?
Azizah hairan.

TEKNIK SASPEN
Apakah yang akan
dilakukan oleh Datin
salmah untuk
menyingkirkan Hilmi dari
rumahnya?
Mungkinkah pertunangan
Hayati dengan Mohsin
akan terputus kerana
Hayati mula mencintai
Hilmi?
TEKNIK
KEJUTAN
Kemunculan Hilmi di
rumah Datuk Johari.
Kebolehan Hilmi bermain
piano tanpa
mempelajarinya.
Hilmi tidak muncul pada
malam Pertunjukan Orkes
Perdana.
Kematian Datuk Johari
secara mengejut.

TEKNIK
MONOLOG
DALAMAN

kau ini, aku tidak tahu
siapa, kata ketua pengarah
itu dalam hatinya, tetapi
kau bagiku adalah malaikat
yang datang mahu
menyelamatkan kami
semua daripada
malapetaka ini.
Teknik
Plot
TEKNIK PAMERIAN
Permainan yang luar biasa telah
diperlihatkan oleh Hilmi ketika dia diminta
bermain biola solo sebab perasaannya pada
waktu itu cukup penuh, sedikit pun tidak
cacat. Melimpah dengan keyakinan yang baru
diperolehiya daripada Hayati yang berupa
semangat dan daripada Encik Bakar yang
berupa fizikal. Ketika jam berdenting pukul
12.40 jantungnya ikiut berdetak kuat kerana
pada saat itu pesawat yang ditumpangi Hayati
terbang meninggalkan tempat pelancarannya.
TEKNIK IMBAS KEMBALI
Datuk Johari teringat akan peristiwa perkahwinannya
dengan seorang gadis di kampungnya. Isterinya itu
diceraikan dan dia bertolak ke kuala Lumpur.
Hayati teringat akan malam sebelum bertolak dari
London, dia bergaduh besar dengan Mohsin. Mohsin
menganggap bahawa perbuatan Hayati bentuk pulang
ke Kuala Lumpur adalah gila dan sia-sia.
TEKNIK PLOT
Cerita berkembang lancar dari peringkat permulaan, pertengahan,
perumitan, puncak hinggalah peleraian. Biasanya, pengarang
menggunakan beberapa teknik plot supaya ceritanya berkembang
lancar.
TEKNIK IMBAS KEMBALI
Teknik ini walaupun menyebabkan berlakunya pematahan plot dan
bentuk plot majadi tidak kronologi, tetapi teknik ini dapat
memanjangkan cerita. Teknik ini dapat menjelaskan peristiwa
masa lalu dan hubungannya dengan peristiwa masa kini.
TEKNIK DIALOG
Teknik ini dapat mengembangkan cerita melalui perbualan antara
seorang watak dengan watak lain. Teknik ini dapat bercakap dan
beraksi mengikut peranan masing-masing.
TEKNIK MONOLOG DALAMAN
Teknik ini dapat memanjangkan cerita kerana watak berdialog
dalam dirinya sendiri tanpa didengari oleh orang lain atau tanpa
memerlukan orang lain untuk bercakap dengannya.
TEKNIK SASPENS
Teknik ini dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan
pembacaan kerana pembaca sentiasa diserang oleh perasaan
ingin tahu, berdebar-debar, dan berlakunya ketegangan emosi.
TEKNIK PAMERIAN
Teknik ini bermakna pengarang memerihalkan sesuatu atau
menceritakan sesuatu secara langsung.
TEKNIK KEJUTAN
Teknik kejutan ialah satu cara pengarang mengemukakan sesuatu
peristiwa, iaitu secara tiba-tiba atau kemunculan sesuatu peristiwa
yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.

Anda mungkin juga menyukai