Anda di halaman 1dari 12

1

HUKUM TAJWID


QALQALAH

QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan
kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.



QALQALAH KUBRA

Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan
bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf
tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.





QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada
huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut
bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan
sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.







NUN SAKINAH DAN TANWIN
IQLAB

2
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada
huruf yang lain.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu
Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim
dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua
harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak
kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada persamaan
antara makhraj dan sifatnya.
Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal,
Infitah, Idzlaq dan Ghunnah










IDGHAM

IDGHAM terbahagi kepada 2.
IDGHAM BILA GHUNNAH
Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra'
dan Lam.
Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun
Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang
berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan
Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).










IDGHAM MA'AL GHUNNAH

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-
huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua
kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan
kadar 2 harakat.

3






IKHFA' HAQIQI

Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa'
Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa'
Haqiqi ada tiga martabat (peringkat):
1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf
To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah.
2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf
Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana
makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan
martabat terendah) Nun Sakinah.
3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan
kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah.
Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf
pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
o Surah Maryam: 1
o Surah al-Syura: 2
o Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2).
Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada dua
keadaan:
o Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-
huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha',
dan Qaf).
o Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-
huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang
telah disebutkan di atas).






MIM NUN BERSABDU
MIM BERSABDU

Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan
kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris
sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum
Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah (menzahirkan
dengungnya) dengan kadar dua harakat.

4




NUN BERSABDU

Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang
pertama sukun dan yang kedua berbaris




HUKUM MAD
MAD FAR'IE
Mad Far'ie terbahagi kepada 8.

Mad 'Aridh Lil Sukun

Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang
mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.
Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4
harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana
seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal
dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.








Mad Badal

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu
kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf
Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah
gantian daripada Hamzah.

5
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf
Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam
4 keadaan:
a. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
b. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
c. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
d. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja
(ibtida').

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.




Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas
kecuali pada huruf Ta' Marbutah.
Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie
yang terjadi kerana waqaf.











Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam
dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja.
Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-
imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli

6
dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di
dalam dua kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil
ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam
al-Quran:
1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf
Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad
dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu
kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi:
a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai
dengan Hamzah.
b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.




Mad Liin

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang
mendatang ketika waqaf sahaja.
Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.
Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca
dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil
Sukun









Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir
kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga
terdapat huruf yang berbaris.


7
Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu
selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.



Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir
kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga
terdapat huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan
selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie




Mad Tamkin

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya'
yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang
kedua sukun.



Mad Asli

Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan
Mad Tabi'ie.
Mad Asli terjadi apabila:
a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris
hadapan.
c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.
Perhatian:
Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri
dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika
waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini
dibaca dengan pendek tidak bermad.

8







HUKUM HAMZAH

PECAHAN HUKUM HAMZAH

Hamzah Qat'ie

Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan
dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah
Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap
kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan
nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim
(kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie
yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:
1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah
atau sukun (mati).
3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan
atau sukun (mati).
Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan:
1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz
'Aajami' surah Fussilat: 44.
2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat
hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal
tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283
Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.
1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan
huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah
atau hadapan.
2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada
beberapa keadaan:
Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas
maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris
bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.
Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris
hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun
kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif
sebagai rumah.
Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan
huruf Ya' sebagai rumah.
Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan
huruf wau sebagai rumah.
3. Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada
beberapa keadaan juga iaitu:
Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia
ditulis dengan huruf alif sebagai rumah.
Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka
ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka
ia ditulis dengan huruf wau.

9
2. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun)
maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.



Hamzah Wasal

Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan
dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya
terdapat pada awal kalimah.

Tanda:
Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya
secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan
kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata
nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja





















LAM TA'ARIF

PECAHAN LAM TA'ARIF

Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)

Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan
Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf
Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin,
Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.

Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:

1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia

10
terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia
terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah
selain Nun.






Sebab-sebab Idgham:

1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj
dan sifat.
2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang
mutaqariban.


Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)
Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam
Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-
huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain,
Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan
Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada Huruf-huruf
Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf
Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.










MIM SAKINAH
IKHFA' SYAFAWI
Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib dibaca
dengan Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat.
Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar
dari dua bibir.
Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

11



IZHAR SYAFAWI
Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah selain dari
huruf Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah Izhar.
Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung).
Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara dua bibir.


TAFKHIM DAN TARQIQ

LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ
Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului dengan
huruf yang berbaris bawah












PECAHAN HUKUM RA'

Ra' Tarqiq

Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:
1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah.
2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh: Surah
Ibrahim: 44
3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah
atau di hujung kalimah.

12
4. Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf
Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1
5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun
(selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf
sebelumnya lagi berbaris bawah.
6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
8. Ra' yang diimalahkan.

Anda mungkin juga menyukai