Anda di halaman 1dari 68

11

Prolog
KAYA-RAYA, cikgu! Nanti saya boleh tolong
ramai orang! Boleh sedekah banyak-banyak! jawab
kanak-kanak perempuan itu apabila ditanya tentang
cita-citanya. Bersemangat sungguh dia bercerita.
Senyumannya lebar. Namun, jawapannya
itu mengundang tawa daripada rakan-rakan
sekelasnya. Kanak-kanak itu segera menunduk.
Ada air jernih yang mula bergenang di tubir
mata. Bibirnya diketap. Salah ke kalau dia ada
cita-cita besar seperti itu? Walaupun selalu dapat
nombor akhir sekali daripada tiga puluh lima orang
murid dalam kelas tersebut, tak salah kan ada cita-
cita besar seperti itu?
Guru wanita yang bertanya itu, terpaksa
meninggikan suaranya untuk meredakan suasana
yang hingar bingar itu. Sudah! Sudah! Cikgu bukan
suruh kamu semua ketawakan dia!
Guru wanita itu menghampiri kanak-
kanak itu. Lantas dipeluk kemas dan berbisik di
telinganya. Satu cita-cita yang baik! Cikgu doakan
2
Dari Mata Turun ke Hati
2
kamu berjaya. Teruskan usaha. Cikgu bangga ada
anak murid macam kamu.
Kanak-kanak itu mula tersenyum. Air matanya
yang bergenang di tubir mata segera diseka.
BABAH, kahwin tu apa? Kenapa kena kahwin?
Eshan bertanya pada babahnya yang sedang duduk
berehat di beranda rumah selepas kenduri kahwin
yang dihadiri mereka sebentar tadi. Bulat matanya
mengharapkan jawapan.
Encik Raphael geleng kepala. Soalan lagi?
Aduhai anakku, Emir Eshan. Satu nafas dilepaskan.
Sampaikan dia sendiri tak tahu nak jawab apa.
Eshan memang suka bertanya sejak kecil lagi.
Soalan-soalan Eshan biasanya berbentuk soalan
yang kadang-kadang dia sendiri pun tak pernah nak
terfkir. Anaknya yang seorang ini berlainan benar
dengan si abang.
Nanti babah cerita ya! Sekarang ni babah
penat. Dia mengusap rambut lebat anak tengahnya
itu.
Tinggallah Eshan di situ termangu-mangu
tanpa jawapan. Dia menggaru kepalanya
menandakan ada soalan yang mengganggu
benaknya. Berkerut dahinya. Pelik juga dengan
babahnya, kerana sebelum ini, cepat sahaja
babahnya itu menjawab.
Eshan sarung selipar dan berlari mendapatkan
Karl Benjamin yang sedang bermain lastik di
halaman rumah. Mahu bertanya pada abangnya
pula.
3
Naurah Iman
3
Kahwin tu macam mama dan babah! terang
Ben selamba. Dia tak tengok wajah adiknya itu pun
apabila menjawab. Tidak melihat reaksi Eshan yang
sedang merenungnya dengan muka ingin tahu yang
menebal.
Kemudian Ben seluk poket seluar pendeknya
yang kembung dengan batu-batu kecil yang dikutip
di halaman rumah. Seluarnya juga sudah senget
melorot ke kanan menahan berat batu tersebut.
Kemudian dia ambil seketul batu.
Dah, jangan bisinglah, nanti burung
tu terbang! marah Ben pula. Terganggu
konsentrasinya sebentar tadi. Mata Ben terkenyit-
kenyit merenung pada sasaran. Seekor burung pipit
uban menjadi mangsa Ben kali ini.
Sakitlah dia nanti! Janganlah! marah Eshan.
Lengan abangnya itu ditarik-tarik tanda tidak suka
dengan perbuatan Ben.
Tempoh hari, Ben lastik ayam babah, habis
berkeriuk satu reban. Nasib baik tak patah kaki
ayam-ayam tu. Babah rotan, senyaplah sekejap.
Tapi selepas beberapa hari, Ben pergi lastik biawak
pula. Kasihan, separuh mati biawak tu Ben kerjakan.
Susup-sasap binatang itu lari menyelamatkan
diri. Dan kali ini, dia perlu hentikan sifat suka
menganiaya binatang abangnya ini.
Ha! Kan dah terbang dah burung tu. Tempik
Ben. Matanya dikecilkan. Nampak ada api di sebalik
sinaran mata tersebut.
Eshan sengih sahaja kerana dapat
menggagalkan rancangan Ben dan kemudian dia
terus berlari mengejek abangnya itu. Hujung lidah
dijelirkan. Yeay! Yeay! Tak kena!
4
Dari Mata Turun ke Hati
4
Ben mengejar dari belakang. Berguling-guling
mereka di atas rumput karpet apabila Ben dapat
menjatuhkan adiknya itu.
Kemudian terdengar tawa besar kedua-
duanya. Main geletek-geletek pula mereka. Sekejap
sahaja sudah dilupakan pertengkaran kecil mereka
sebentar tadi.
Seketika kemudian, terdengar guruh di
langit. Ben dan Eshan berpandangan antara satu
sama lain. Senyuman nakal terukir. Mereka sudah
mengangguk.
Hujan turun dengan lebatnya sedangkan dua
beradik tadi masih berlari-lari di halaman rumah.
Bermain air.
APA NAK JADILAH dengan anak aku yang
seorang ini! keluh Encik Salman apabila melihat
laporan kemajuan prestasi akademik anaknya, Nur
Zaara Aimy.
Semuanya pun merah. Dahinya dipegang.
Sakit kepala tiba-tiba menyerang. Berdenyut rasa
dahi. Kemudian direnungnya pula anaknya yang
sedang tunduk itu.
Zaara buat apa di sekolah ni? Belajar ke
tidak? Terasa masa menghantar dan menjemput
Zaara dari sekolah seperti satu perbuatan yang sia-
sia. Terasa sangat masa itu dibuang.
Tidak ada satu pun yang dapat dibanggakan
dengan anak sulungnya ini. Tempat tercorot di
dalam kelas. Saban tahun. Sejak bermulanya
persekolahan. Dia mengeluh.
5
Naurah Iman
5
Mujur juga hanya ada satu kelas, kalau ada
banyak kelas? Bagaimana? Agaknya Zaara berada
di dalam kelas terakhir dan tempat terakhir juga.
Sesak nafasnya melihat warna tersebut. Tak
pernahnya warna biru! Allah! Sakit hatinya hanya
Tuhan sahaja yang tahu.
Tiba-tiba dia melihat masa depan Zaara
yang kelam. Terbayang jelas di matanya. Gelap!
Hitam pekat seperti malam yang gelap-gelita
tanpa sebarang cahaya. Suara-suara halus mula
memainkan peranan. Mula cucuk jarum.
Belajar abah! jawab Zaara takut-takut.
Malu pun ada juga. Jika hendak dibandingkan
dengan Aisy, adiknya yang tengah, nyata dia jauh
ketinggalan. Tercorot. Sedihnya.
Ni belajar apa namanya, kalau semua pun
merah? tengking Encik Salman. Penat abah cari
duit siang malam, tapi ini yang Zaara bagi pada
abah dengan mak. Cubalah jadi contoh pada adik-
adik Zaara. Tak malu ke pada Aisy? Pada Aryan?
Tinggi suara Encik Salman.
Zaara tunduk merenung kakinya yang
menguis lantai. Bergenang air matanya apabila
Encik Salman cakap begitu. Kenapa nak tengking-
tengking? Tak bolehkah cakap elok-elok? Sedihnya.
Zaara angkat kepala dan memandang pada ibunya
pula. Mengharapkan bantuan.
Gagal mendapatkan bantuan ibunya, Zaara
bersuara. Nampaknya dia sendiri sahaja membela
diri seperti seorang pesalah. Zaara minta maaf,
abah. Zaara dah cuba, tersekat-sekat sahaja
suaranya.
Memang betul dia dah cuba sehabis baik, tapi
6
Dari Mata Turun ke Hati
6
dia tetap juga gagal. Nak buat macam mana. Dia tak
tipu! Dia juga ada perasaan malu apabila diejek oleh
kawan-kawan sebaya. Ada juga rasa sedih setiap
kali berhadapan dengan abah.
Abah tak tahulah apa nak jadi dengan kamu
ni, Zaara. Ikut kamulah. Coraklah masa depan
kamu sendiri.
Buku laporan kemajuan itu dihempas kuat ke
atas meja ruang tamu oleh Encik Salman. Sudah
tebal berinci-inci mukanya di sekolah, berhadapan
dengan guru kelas Zaara, semata-mata untuk
mengesahkan laporan tersebut serta menadah
telinga dengan teguran guru anaknya itu. Begitulah
saban tahun.
Penat abah hantar ke sekolah, tak ada satu
pun yang lekat di kepala kamu ni! Apalah nasib
aku dapat anak macam kamu ni? Kalau macam
ni, baik tak payah sekolah. Duduk sahaja rumah.
Tolong abah menoreh. Terduduk Encik Salman
dibuatnya. Ikutkan hati mahu sahaja dia menunjal
dahi anaknya itu. Tapi Encik Salman memilih untuk
tidak berbuat demikian. Rambutnya yang mula
menipis itu disauk. Kecewa teramat.
Apa lagi yang patut dilakukan dengan anaknya
ini? Tiada apa yang boleh dibanggakan pun. Satu
pun tiada. Langsung. Hendak dipukul, dirotan,
rasanya sudah puas. Melolong budak Zaara ini
menangis minta ampun.
Nak kata Zaara degil, dia mendengar kata. Nak
kata dia malas, rajin budak ini baca buku. Setiap
masa. Tapi kenapa keputusan peperiksaan anaknya
ini sentiasa mengecewakan? Sentiasa menyesakkan
dadanya?
7
Naurah Iman
7
Abang! tegur Puan Zaitun apabila suara
Encik Salman kedengaran begitu tegas pada Zaara
yang sudah menikus begitu. Kesian melihat Zaara
yang mengelap air matanya dengan belakang
tangan. Bukan dia tidak nampak perasaan Zaara
yang sedang sedih itu.
Sudah banyak kali suaminya itu kecewa, tapi
inilah kali pertama kata-kata seperti itu keluar
daripada mulut suaminya. Apalah yang Zaara tahu,
dia hanya kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Zaara, pergi masuk bilik. Solat. Kemudian
makan dan pergi mengaji. Suruh Puan Zaitun
lembut. Nanti tak fasal-fasal sahaja anak tunggal
perempuannya ini berbirat tangan kena rotan.
Mujur juga Zaara boleh membaca dan mengaji al-
Quran dengan baik. Cuma, itulah, Zaara sahaja
tidak pernah bernasib baik apabila berkenaan
dengan pelajaran di sekolah.
Mendengar suara ibunya, Zaara bangun. Dia
menghampiri abahnya. Lalu tangan Encik Salman
diraih. Zaara minta maaf, abah. Zaara janji, Zaara
akan buat abah dan mak bangga satu hari nanti.
Dia tunduk mengucup jemari kasar abahnya yang
bertungkus lumus siang malam bekerja untuk
menyara mereka sekeluarga.
Encik Salman tidak memandang wajah polos
Zaara yang mengharapkan pujukan daripadanya.
Yang mengharapkan kata-kata semangat.
Melihatkan perlakuan abahnya itu, Zaara
segera beredar. Perlahan langkahnya menuju ke
bilik. Dia tahu, dia dah lukakan hati abah.
Dalam usianya yang masih hijau itu, dia sudah
belajar erti kecewa. Erti terluka melihat wajah insan
8
Dari Mata Turun ke Hati
8
yang dia sayang. Hatinya terluka kerana dia tidak
dapat memberikan apa yang mak dan abahnya
harapkan. Zaara dah cuba, abah! Zaara dah cuba!
hatinya meraung pedih.
Sekali lagi Zaara berpaling memandang kedua-
dua ibu bapanya. Dilihatnya Puan Zaitun sudah
mengurut dada Encik Salman yang berombak
menahan marah. Memujuk abahnya itu. Kasihan
abah!
Zaara tak bodoh, abah! Zaara tak bodoh!
Cuma tak berapa nak pandai. Dia bertekad untuk
menjadikan abah bangga dengannya. Dia akan cuba
lagi tahun hadapan. Dia akan cuba dapatkan tempat
pertama nanti. Dia akan kotakan janji-janjinya.
Biar mak dan abah tersenyum bangga apabila
namanya dipanggil untuk menerima hadiah di
atas pentas nanti. Tunggu sahaja waktu itu. Zaara
memasang tekad.
Masuk ke dalam bilik, Zaara tersenyum.
Dia mengambil pen dan buku kecilnya. Bulat-
bulat tulisannya mencoret sesuatu di dalamnya.
Buatkan mak dan abah tersenyum, tulisnya selepas
mencatatkan azam-azamnya. Diciumnya buku
tersebut sebelum disimpan di bawah katil.
99
1
Berbelas-belas tahun kemudian
CEPATLAH, MERAH! Tolong aku ni. Jerit
Ben. Kepalanya sudah buntu memikirkan. Asyik
salah sahaja dari tadi. Pening! Pening!
Kau ni faham perkataan S-A-B-A-R tak? Kau
tak nampak aku baru keluar dari mana? bidas
Eshan. Siap eja lagi perkataan itu, supaya abang dia
yang tak reti nak sabar ini faham akan maksud lima
huruf tersebut.
Lambat sangat! Selalu tu bukan cepat je kau
sudahkan bisnes kau tu! panjang leter Ben.
Eshan kerut muka. Amboi! Sejak bila pula Ben
ambil masa dia masuk bilik kecik itu? Sudahlah
memekik-mekik begitu bagaikan kena rasuk sahaja
lagaknya. Tak puas hati Eshan dibuatnya.
Ben senyum. Dia tidak marah Eshan
menyindirnya begitu. Dia menunggu sehingga
Eshan duduk dengan selesa.
Kau nak aku tolong apa ni, Ben?
10
Dari Mata Turun ke Hati
10
Ni ha. Tolong kirakan! Ben unjuk kertas.
Segera Eshan beristighfar panjang.
Astaghfrullah al-Azim. Menjerit macam nak
terkeluar anak tekak, suruh aku keluar semata-mata
nak suruh aku kira benda ni! Terbantut panggilan
alamnya sebentar tadi gara-gara Ben yang tak
henti-henti memanggil namanya. Minta tolong tu
bukannya reti nak cakap baik-baik. Main paksa-
paksa pulak.
Rasa nak tepuk dahi Eshan dibuatnya. Aduh!
Sungguhlah kalau tidak dikenang yang Karl
Benjamin ini abang, yang lahir daripada rahim yang
sama, sudah lama diseligi abangnya ini. Macam
tak ada kalkulator! Dia tahu tak alat itu direka
untuk memudahkan manusia mengira? Kalkulator
mana?
Tinggal dekat ofs. Nak balik cepat tadi. Benda
penting ni! selamba Ben jawab.
Handphone kau kan ada kalkulator? Boleh
pakai kan? tegur Eshan. Kira-kira mudah pun nak
harapkan dia. Perutnya masih lagi memulas-mulas.
Nak kata dia salah makan, dia puasa hari ini. Sahur
pun tak sempat nak makan tadi.
Susah nak tekan, jari aku ni besar. Lagipun
dah habis bateri la! Ben tunjuk telefon. Belum
sempat nak cas. Dia tayang muka kasihan. Biasanya
mesti berjaya kalau buat muka macam tu. Adiknya
lembut hati.
Nah! Pakai aku punya. Eshan hulur telefon
dia. Malas pula rasanya hendak mengambil
kalkulator miliknya dari dalam bilik. Macam sudah
tak ada tenaga hendak bergerak. Dia pejam mata.
La! Kan aku dah cakap tadi, susah nak tekan.
11
Naurah Iman
11
Lagipun banyak ni nak kira. Tolonglah! rayu Ben
lagi.
Berkerut mukanya mendengar alasan si abang.
Kira manuallah Ben! Pakai kertas! cadang Eshan
lagi. Betul-betul tak ada daya nak melayan kerenah
Ben yang kadangkala menguji keimanannya sebagai
seorang adik. Manja tak bertempat. Kalah dia yang
adik ini.
Kertas penuh dah ni! Tengok... ulas Ben
sambil buat muka paling sedih. Kertas yang
digunakan untuk mengira tadi sudah penuh dengan
entah apa-apa nombor. Padahal Eshan sudah dapat
baca air muka abangnya itu.
Taktik hendak membodek. Faham sangat dah
Eshan dengan perangai abangnya yang seorang ini.
Tapi itulah, tak sampai hati pula kalau tak ditolong.
Pergilah ambil dalam bilik! arah Eshan pula.
Apa yang susahnya. Ambil kertas sahaja pun.
Malas! sepatah kata Ben. Dia betul-betul
malas nak bergerak. Macam longlai sahaja kakinya
hendak bangun. Kut kalau dia merangkak agaknya
dah lama dia sampai ke bilik Eshan.
Pinjam mesin kira adiknya itu ataupun ambil
kertas. Tapi untuk saat ini, dia sangat malas.
Betul-betul malas. Jadi apabila dah malas inilah
jadinya. Terlekat sahaja punggung itu di atas lantai,
harapkan bantuan Eshan.
Huh! Mendengarkan jawapan Ben
membuatkan darah menyirap naik ke kepala. Kalau
begitu punya alasan, memang tak dapat nak tolong
dah. Memang malas tu, dah tak ada ubat langsung.
Saintis pun tak jumpa penawarnya. Jawabnya
sekarang, memang Ben nak kena.
12
Dari Mata Turun ke Hati
12
Sabar Eshan! Sabar! Kau tu tengah puasa.
Nanti tak fasal-fasal pahala puasa kau tak dapat,
batal puasa, dosa pulak kau pikul sebab marah
abang kau ni. Kau kan tengah nak didik jiwa supaya
lebih sabar.
Eshan pegang dada. Menenangkan diri sendiri.
Dia mula memaniskan wajah. Habis, panggil aku
boleh selesaikan masalah kaulah ni, bang? Entah
apalah yang Ben mahu dia kira. Dia geleng kepala.
Lembut sahaja suaranya menegur Ben
walaupun tahap geram sudah sampai skala sebelas
daripada sepuluh. Eshan tetap juga melayan
abangnya itu. Masih juga bersabar. Juga dia masih
boleh tersenyum.
Ben mengangguk seperti burung belatuk. Siap
sengih-sengih nampak gigi taring dia. Eshan kalau
mengira, main congak sahaja. Mesin kira tu pun
tak perlu sebenarnya. Keperluan untuk orang yang
berdekatan dengan diri adiknya aje sebenarnya.
Otak adiknya ini cepat, cekap dan tepat betul
melakukan kira-kira yang Ben memang cukup rajin
nak buat. Ben tengok angka seperti tengok kain baju
dia yang berlonggok banyak itu. Menyampah! Tak
sukanya. Tapi kalau tengok angka dalam akaun,
yang itu tak perlu cakap banyak, suka pula dia.
Mari sini! Eshan tarik komputer abangnya.
Mengalah. Jika tidak nanti, Ben akan berterusan
berbunyi. Bising! Tak tahan telinga dia.
Eshan melihat sesuatu. Dia lepas satu nafas
berupa keluhan sebelum merenung abangnya ini.
Lagi sekali, kepalanya digelengkan. Penat sangat
agaknya Ben, sampai sudah tidak boleh berfkir.
Benda senang je kut?
13
Naurah Iman
13
Bulat terus mata Ben, apabila melihat Eshan
buat sesuatu pada paparan skrin komputernya.
Boleh kira guna ini kan? Kau cuma perlu
masukkan nombor-nombor tu kat dalam ni! arah
Eshan sambil menolak semula kerja abangnya. Tak
larat nak tolong kira. Perut dia sakit sangat ni. Otak
pun macam tak jalan sahaja. Biar Ben buat sendiri.
Telunjuknya diluruskan.
Ben hanya tergelak. Abang lupalah, Merah!
Penat sangat ni. Ben mengetuk kepalanya sendiri.
Boleh pula dia terlupa ada perisian dalam komputer
ribanya yang membolehkan dia mengira tanpa
menggunakan kalkulator.
Yalah tu lupa! tukas Eshan. Dia menyandar
kepala pada kerusi. Meluruskan badan. Mahu
berbaring sebentar sementara menunggu waktu
berbuka. Perutnya masih rasa tidak selesa.
Nasib baik kau ada! Kalau tak, masaklah
abang kau ni nak menjawab. Dia terus memasukkan
nombor tersebut. Gembira. Kertas cadangan tender
itu perlu disiapkan segera.
Hmm apa-apa pun sama-sama ya? jawab
Eshan perlahan. Sebelah tangan diletakkan di atas
dahi dan sebelah lagi diletakkan di atas perut.
Matanya dipejamkan.
Ben garu kepala. Lupa nak ucap terima kasih.
Merah ni, sempat menyindir pulak. Merah?
Hmm
Terima kasih!
K satu huruf sahaja. Kau dah asar ke
belum, Ben? soal Eshan dalam keadaan mata
terpejam itu.
Belum! laju sahaja Ben menjawab. Mata
14
Dari Mata Turun ke Hati
14
sekejap-sekejap tengok antara komputer dan kertas
kerjanya. Jari-jemarinya lincah memasukkan
nombor.
Patutlah buat kerja tak nampak jalan.
Perintah Allah suka buat lambat-lambat. Memang
macam tulah! Cukup-cukuplah subuh sahaja kita
selalu terlajak, Ben! tegur Eshan perlahan. Namun
masih pejam mata.
Terus badan Ben tegak. Menoleh sekejap
pada adiknya yang sudah terlentok pada kerusi.
Kemudian melihat jam pada komputer. Sudah
pukul 6.15 petang. Dia garu kepala. Benar-benar
lupa.
Betullah tu! Agaknya tadi Yang Di Atas bagi
peringatan. Patutlah kira asyik salah sahaja dari
tadi. Thanks, Merah!
Ben bangun. Takkan hendak kena tegur
dua tiga kali kut dengan Eshan. Malu weh! Dia
kan abang. Sudah selalu benar adiknya menegur.
Telinga pun sudah naik tebal.
By the way, jumlah dia tiga ratus lima
belas ribu dua ratus ringgit, Ben. Eshan sudah
membetulkan baringnya. Dalam tak larat hendak
berfkir itu, otaknya sudah pun mencerna angka-
angka yang membuatkan muka abangnya macam
buah pelam muda. Muka Eshan berkerut sedikit
menahan sakit.
Ben menjawab. Yalah tu! Dia tidak percaya.
Sekejap sangat Eshan tengok nombor-nombor
tu tadi. Dia tidak pernah nak percaya dengan
kepantasan Eshan mengira.
Tak percaya sudah! jawab Eshan kembali.
Orang dah mudahkan kerja dia, bukannya hendak
15
Naurah Iman
15
berterima kasih. Perli lagi ada. Ada rasa kurang
senang di situ. Lantak kaulah, Ben! Dia menguap.
Lantas mulutnya ditutup.
Sekembalinya Ben dari bilik, dilihatnya tangan
Eshan sudah tergantung keluar daripada badan
melepasi kerusi tempat dia berbaring. Adiknya
sudah terlena. Dia perasan Eshan agak tidak
bermaya. Bibirnya sedikit kering dan pucat.
Puasakah penyebabnya? Tapi tak juga rasanya.
Sebab Eshan memang rajin puasa pun. Isnin dan
Khamis. Kalau datang angin rajin dia, puasa selang
sehari. Puasa Nabi Daud.
Kalau Eshan puasa pun dia masih lasak
berkebun. Pergi gim. Tak penat. Tapi mungkin juga
sebab dia keluar masuk tandas banyak kali agaknya.
Eh? Baru Ben teringat, hari ini hari Jumaat.
Tak kerja ke adik dia ni? Puasa apa pula
dia? Ben angkat bahu. Biarlah dia rehat sekejap.
Putusnya kemudian. Dibetulkannya tangan Eshan
dan terus menyambung semula kira-kiranya.
Beberapa ketika kemudian, dia kembali
merenung Eshan yang sudah tidur mengiringkan
badan menghadap ke arahnya. Adiknya sedang
menggulung badan. Sakit sangatkah perut adiknya
ini? Tak apa, lepas maghrib nanti dia ajak Eshan
pergi klinik. Putusnya.
Kemudian Ben geleng kepala. Sekali lagi dia
melihat jumlah yang tertera. Sama. Dia tertanya-
tanya. Bagaimana jawapan Eshan boleh sama
dengan jawapannya? Kadang-kadang dia rasa
Eshan ni spesies pelik. Macam alien. Adik lelaki
dia ni, suka sangat dengan angka. Kemaruk betul
dengan nombor. Jadi sesuai sangatlah kursus yang
16
Dari Mata Turun ke Hati
16
dia ambil masa di universiti dulu. Kemudian bekerja
pula sebagai akauntan. Memang elok sangatlah tu.
Tapi, kesukaan Eshan terhadap nombor sama
sekali tidak dapat menerangkan bagaimana Eshan
boleh mengira dengan pantas.
Merah! Ben menggoncang bahu Eshan.
Hmm Eshan masih pejam mata. Namun
sudah menggeliatkan badannya. Beberapa saat
kemudian matanya memandang Ben yang sedang
tunduk memandangnya.
Bangun! Abang belanja Merah buka puasa hari
ini. Dekat pukul tujuh dah ni! Dekat-dekat maghrib
boleh pulak dia lena. Sempat Ben menyindir.
Sudah meleret senyuman di bibir Eshan. Yeay!
Jimat duit. Tak rugi rasanya tolong Ben tadi.
Puasa apa hari ni? soal Ben ingin tahu.
Nazar! sepatah sahaja Eshan jawab.
Sebab apa?
Adalah! Eshan berahsia. Dia sengih.
Dahlah! Tak nak bagi tahu sudah. Tu
pergi cuci muka dulu. Sememeh je aku tengok!
ujar Ben sambil mengemaskan kertas-kertas yang
berselerakan di atas meja.
Kau nak belanja ya. Ni yang buat aku sayang
kat kau ni, Ben! tutur Eshan. Pipi Ben sempat pula
dikucupnya.
Oi apa ni? Ben menolak badan Eshan.
Main cium-cium pulak! Tinggi suaranya dengan
tingkah adiknya itu. Terkejut sebenarnya. Itu yang
ditolaknya tubuh Eshan tadi. Pipinya dia lap dengan
tapak tangan.
Eshan hanya tertawa sebelum hilang daripada
pandangan abangnya itu.
17
Naurah Iman
17
Terkedu Ben di situ sebelum dia berkata
perlahan. Lebih untuk dirinya sendiri. Ya... aku
pun sayang kau jugak, Merah. Kau kan adik aku.
Aku nak sayang siapa lagi kat sini. Mak dan abah
kat kampung. Ning pula jauh dari mata.
Hatinya tenang. Setiap kali Eshan
mengucapkannya, setiap kali itulah dia rasa macam
air dingin dicurahkan pada hatinya.
Ben aku nak makan laksa tau! jerit Eshan
dari dalam bilik air.
Hai... sakit perut pun nak bedal laksa jugak
ke? Nasi tak mahu?
Tak kira! Aku nak laksa juga.
Yalah. Tapi cepatlah sikit! jerit Ben juga.
18 18
2
WEH baklah balik! pintanya. Zaara cuba
menggapai kertas yang dipegang adiknya. Namun
disebabkan Aisy yang tinggi macam tiang bendera
itu, memang tak dapatlah nak ambil balik kertas
tersebut.
Cubaan gagal beberapa kali membuatkan
Zaara berputus asa. Hmm malas dah! Zaara lepas
satu nafas panjang. Dia akhirnya duduk di pangkin
luar rumah.
Apasal akak balik cepat sangat? Tak sempat
Aisy nak tahu keputusan akak! Aisy sudah mula
membaca tulisan pada slip keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) kakaknya.
Zaara yang pada mulanya hendak sangat
menyembunyikan perkara tersebut, akhirnya hanya
membiarkan Aisy melihatnya. Lambat laun Aisy
akan tahu juga.
Gilalah kak! Itu ucapan pertama yang
keluar daripada mulut Aisy. Tak lama selepas itu
dia ketawa bersungguh-sungguh. Kejang rasa urat
19
Naurah Iman
19
perut! Hujung mata yang berair segera dikesat. Dia
menyerahkan semula kertas tersebut pada Zaara.
Zaara capai dan terus sembunyikan kertas
itu bawah punggung dia. Ya akak tahu! Akak
ni bukannya pandai macam Aisy. Meleret sahaja
jawapan Zaara. Macam sayu pun ada juga. Dahlah
tengah sedih. Budak Aisy ni bantai gelak pula.
Aisy sudah mula melabuhkan punggungnya
di sisi Zaara. Wajah Zaara muram. Aisy pula serba
salah. Salah sebab ketawakan saudaranya itu. Tapi
dah nama pun Aisy. Perasaan serba salahnya itu
hanya sekejap sahaja. Dia garu kepala. Harap-harap
dapat keluar idea bagaimana mahu memujuk Zaara.
Akak! Aisy panggil Zaara sambil menolak
bahunya pada bahu Zaara. Cubaan untuk memujuk.
Zaara senyap. Tidak melawan. Dia mengesot
sedikit. Menjauhkan jarak mereka berdua.
Aisy tidak putus asa. Dia mahukan respons
Zaara dan menolak lagi bahu Zaara dengan bahunya.
Beberapa kali perkara itu diulang sehingga Zaara
naik bosan. Naik rimas.
Apa? Zaara jeling. Malas nak melayan. Lama-
lama duk main laga bahu dan mengesot begitu,
mahu terduduk atas tanah dibuatnya Zaara nanti.
Bukan boleh kira sangat budak Aisy ni. Sudahlah
tubuh Aisy ni lagi besar daripada dia. Tak fasal
sahaja karang punggung dia sakit.
Alah! Janganlah merajuk. Sorry eh? pinta
Aisy. Matanya dikecilkan.
Strawberi dalam peti, bawa bersama pisang
berangan, boleh jalanlah kau punya sorry. Huh!
Kau tu bukannya makan saman. Nak sorry-sorry
konon. Zaara tahu ucapan maaf itu tidak ikhlas
20
Dari Mata Turun ke Hati
20
pun daripada Aisy. Dah biasa sangat.
Pantun empat kerat itu mengundang tawa Aisy
sekali lagi. Kan? Zaara dah agak dah. Perkataan
maaf tu, tiada makna pun untuk dituturkan. Zaara
sekadar mencemik.
Terkekek-kekek Aisy ketawa melihat mimik
muka kakaknya. Bergegar bahunya dengan tawanya
yang sebegitu.
Kalau bab berbahasa, bermadah puisi ini
bagi sahajalah pada Nur Zaara Aimy binti Salman.
Tapi yang peliknya, walaupun Zaara begitu, subjek
Bahasa Melayunya tetap gagal. Kalau setakat lulus
masih boleh terima lagi.
Ini tidak, sudah tiga kali Zaara ambil
peperiksaan SPM, keputusannya tetap begitu juga.
Daripada sekadar lulus pada dua peperiksaan yang
lalu, kali ini dia dapat G pula. Kus semangat!
Tak ke bebal namanya? Memang tak dapat
nak masuk universitilah jawabnya. Syarat utama
untuk kemasukan, adalah lulus Bahasa Melayu
sekurang-kurangnya C. Bercakap hari-hari bahasa
kebangsaan itu, siap boleh berpantun lagi, tapi
tengoklah, tetap juga gagal.
Siapakah yang bersalah? Salah guru yang
mengajarkah atau salah ibu yang mengandungkah?
Eh! Apa kes ibu mengandung pula terbabit sama?
Dengar ya. Aisy beli pantun akak! Aisy
berdeham-deham terlebih dahulu. Tangan
kanannya diletakkan di hadapan mulutnya seperti
mikrofon.
Testing-testing cubaan suara. Ha! Okey
pun. Akak dengar eh Aisy tarik nafas. Tidak
dipedulikannya akan jelingan tajam Zaara itu.
21
Naurah Iman
21
Punyalah tinggi terbang si gagak, singgah nak
tengok orang bersilat. Macam mana aku tak gelak,
result kau tu bagus sangat! Tidak kesahlah walau
bagaimana bunyinya. Janji terbalas. Aisy ketawa
lagi. Dia tahu Zaara pasti membalas.
Anak itik anak puyu, sedap dimakan dengan
budu. Wah, wah, wah! Sedapnya kau mengutuk aku,
debik sekali kang baru tahu. Zaara acu penumbuk.
Aisy tahan tangan pada muka. Dia tahu,
bukannya Zaara nak pukul pun. Itu namanya,
tindakan refeks. Gagak datang beramai-ramai,
bertenggek tengok orang bersilat. Aku bukan gelak
mengilai-ilai, aku tanya sebab ambik berat!
Berkerut dahi Zaara mendengar jawapan
bersahaja Aisy. Eleh! Ya ke? Tak payahlah nak
berpantun. Asyik gagak je dari tadi. Tak ada binatang
lain ke? Berbulu telinga akak ni dengar. Aisy punya
macam mana? Meh! Sini akak nak tengok. Kata
Zaara. Malas nak berpantun-pantun sudah.
Letih!
Penat kepala, penat jiwa!
Tahun lepas, Zaara dan Aisy sama-sama
mengambil SPM. Aisy kali pertama, dia kali ketiga.
Kalau tak ditanya pun memang Zaara dah tahu. Aisy
lulus! Tadi terserempak dengan kawan adiknya,
Bakhtiar semasa nak balik tadi. Bertembung dekat
simpang rumah. Sahabat adiknya itulah yang
memberitahunya.
Kejap! Badan Aisy sudah senget ke kanan.
Mengambil sesuatu dari kocek belakang seluar
jeannya dengan tangan kiri. Jeng, jeng, jeng! Eh...?
Nanti dulu! Akak janji jangan koyak tau! Aisy tarik
tangannya semula apabila Zaara hendak mengambil
22
Dari Mata Turun ke Hati
22
kertas putih itu daripada tangan kirinya.
Ya! Zaara pandang atas. Macam tak percaya
pada dia pula. Takkanlah dia nak buat macam tu.
Bukannya dia tak kenal adiknya ini. Satu sekolah
tahu fasal dia. Popularlah katakan.
Akademik bagus, sukan pun bagus. Tentulah
orang sayang. Nak-nak pulak ada rupa. Tang mana
handsomenya pun dia tak tahu. Macam kurang
seposen je Zaara tengok. Itu, belum tengok budak
Aisy ni tidur lagi dengan bantal busuk dia. Mahu
ada yang pengsan tengok peta dunia kat bantal dia.
Tak ada sarung pulak tu! Isy! Tak senonoh.
Mengingatkan perangai adiknya ini, Zaara
mencemikkan mukanya. Bukannya apa, setiap kali
pun, mesti ada sahaja kiriman salam yang harus dia
sampaikan apabila pulang dari sekolah. Tak adalah
Zaara nak dengki, cuma dia sudah naik muak.
Asyik-asyik kirim salam, bagi hadiah. Huh! Kut ada
imbuhan mahu juga dia menyampaikan. Ini jadi
posmen tak bergaji.
Setiap tahun sejak dari tadika lagi Aisy sentiasa
menggondol gelaran pelajar terbaik. Tiap-tiap tahun
mesti muka dia sajalah yang naik ke pentas. Selang-
seli dengan Aryan. Mak dan abah bukan main
bangga lagi. Zaara kalau dia naik ke pentas pula
semata-mata untuk jadi emsi sahaja. Sebab suara
dia yang lunak itu, sesuai untuk mengacara majlis.
Itu cikgulah yang kata. Bukan dia yang kata. Dah
orang kata sedap, dia iakan sahaja. Alhamdulillah!
Setiap kali nama Aisy atau Aryan dipanggil naik
ke pentas, setiap kali itulah dia akan memandang
wajah Encik Salman dan Puan Zaitun. Nampak riak
gembira pada wajah mereka. Sedangkan dia, tidak
23
Naurah Iman
23
pernah sekali pun memberikan rasa itu kepada
mereka.
Setiap kali itu juga, Zaara akan pegang dada
kiri. Rasa sedih, terkilan semua pun ada. Tidak
tahu bila dia akan memberikan sinar kebahagiaan
kepada mak dan abahnya.
Zaara pernah sekali sahaja naik atas pentas.
Itu pun sebab dia menang pertandingan melukis
potret. Bangga tak terkata. Senyum tak lekang
daripada bibirnya yang mongel itu selama beberapa
hari.
Namun, perasaan terkilan bertandang lagi,
apabila ibu dan bapanya tidak hadir untuk majlis
itu. Tak apalah! Zaara pujuk hati sendiri. Abah cuma
kata hmm sahaja tatkala Zaara tunjuk hadiah yang
dia dapat. Sebuah buku nota dan juga peralatan
melukis. Tak ada sebarang komen.
Tapi Zaara tetap tersenyum bangga dengan
pencapaiannya. Lukisan tu pun masih ada dalam
simpanan Zaara. Tempat pertama tu!
Janji? soal Aisy sekali lagi. Mengembalikan
Zaara pada realiti.
Tak ada maknanya aku nak dengki kat adik
sendiri! Bak sini, akak nak tengok. Itu benar.
Setiap kali nama adiknya, Aisy Zahil dilaung naik ke
pentas, dialah manusia yang paling gembira. Yang
paling bahagia kerana dia dilahirkan untuk menjadi
kakak kepada manusia yang sangat dia kagumi.
Berbangga kerana adiknya dianugerahkan otak
yang cerdas walaupun mereka dilahirkan daripada
rahim yang sama.
Tak macam Zaara. Apa ke susah sangat nak
faham pelajaran di sekolah? Macam belajar dalam
24
Dari Mata Turun ke Hati
24
bahasa Uganda pulak. Tak faham-faham.
Tidak pernah sekelumit pun dia ada rasa hasad
dengki kepada adiknya itu. Allah dah tetapkan
itu bahagian Aisy. Bahagian dia mesti ada kan?
Kan Allah dah janji masa di alam rahim lagi. Tak
mungkinlah Allah nak kecewakan hamba-Nya
kan? Nanti, apabila dia dah sedia betul-betul Allah
bagilah kan!
Rezeki dia macam mana, umur dia macam
mana, jodoh dia dan segala-galanya sudah
ditentukan di lohmahfuz lagi. Cuma mungkin rezeki
dia bukan dalam bidang akademik kut? Mungkin
dalam bidang lain rasanya. Dia hanya perlu
bersabar.
Ya, seperti kata adiknya juga sabar dan solat!
Itulah yang dia lakukan sekarang ini. Dia tayang
muka ceria walaupun pedih dalam hati.
Tidak mahu dia melihat wajah duka kedua-dua
orang tuanya. Nak buat macam mana. Bukannya
dia tak usaha. Semua pun dia buat. Yang penting,
jangan menjawab! Kena marah pun tak apa. Zaara
rela. Janji tak derhaka pada ibu bapa sendiri.
Rasa itu, dia tidak pernah kongsi. Rasa itu
terbuku di hati dan dia simpan dalam buku catatan
bergelar diari.
Aisy gigit bibir bawah. Menanti reaksi
kakaknya membuka lipatan keputusan peperiksaan
tersebut. Berdebar pula rasanya. Mak dan abahnya
pun belum tahu lagi. Zaara orang pertama ni. Dia
dan Zaara sangat rapat. Kawan-kawan dia pun tak
tahu. Katanya tunggu dulu.
Dia nak kongsi kegembiraan ini dengan
kakaknya. Tadi, apabila tak nampak kelibat Zaara
25
Naurah Iman
25
di sekolah, dia dah tahu keputusan Zaara macam
mana. Bukan nak tunggu dia pun, balik sama-sama
walhal mereka datang bersama tadi.
Dia tahu Zaara sedih. Tadi tu, memang dia
tak sengaja nak gelakkan Zaara. Terkeluar sendiri.
Serius tak tipu! Aisy sanggup kerat rambut dan
kerat kuku! Cis!
Sepuluh A satu! terpekik Zaara di situ. Jauh
sungguh beza keputusan dia dengan Aisy. Daripada
duduk dia terus berdiri. Kedua-dua pipi adiknya itu
dipegang.
Aisy hanya sengih-sengih melihat Zaara yang
berair mata. Kalau tak kena gaya mahu dia juga
menangis sama. Almaklumlah jiwa sensitif. Aisy
hanya mengangguk.
Tadi Bakhtiar kata Aisy hanya lulus. Tak
sangka pula adiknya lulus dengan cemerlang. Uuu
bangga ni! Kemudian, rambut pendek potongan ala
tentera adiknya itu digosok berkali-kali. Sayangnya
Zaara pada Aisy hanya Tuhan yang tahu. Sekurang-
kurangnya, Aisy tidak memalukan keluarga.
Aisy pula serba tak kena melihat genang air
mata Zaara. Bersalahnya dia kerana mentertawakan
kegagalan Zaara sebentar tadi. Maaf kak! Aisy tak
sengaja.
Dalam genang air mata, Zaara kemudiannya
ketawa. Dipeluk adiknya itu. Gembira sangat-
sangat. Terlalu! Keputusan dia yang teruk itu pun
tak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya
pada si adik.
Tahniah Aisy! Akak tumpang gembira!
ucap Zaara setelah reda perasaan terujanya. Dia
menyerahkan semula slip peperiksaan tersebut pada
26
Dari Mata Turun ke Hati
26
Aisy. Nampaknya, cita-cita Aisy hendak menjadi
seorang arkitek hebat bakal tercapai. Entah-entah
lebih daripada itu pun Aisy boleh dapat. Sebelah
kakinya sudah terjamin.
Aisy mengangguk. Aisy mintak maaf kak. Tak
sengaja nak gelak macam tu! Aisy berubah nada
suara. Kali ini ucapan itu lahir daripada hatinya.
Zaara sekadar beri isyarat tangan. Dia angkat
bahu, tanda dia tidak kesah. Dah selalu sangat
gagal! Kena beritahu pada keluarga segera ni. Mesti
mak dan abah nak buat kenduri doa selamat, tanda
kesyukuran.
Tiba-tiba Zaara mencerlung memandang
Aisy sehingga Aisy jadi pelik. Sedikit gerun dengan
pandangan tersebut.
Dah buat sujud syukur? soal Zaara.
Aisy pamer reaksi muka supaya tak kena
marah. Dia senyum sikit sambil letak satu tangan di
belakang kepala.
Belum buatlah tu! tukas Zaara dalam hati.
Belum! Tak sempat lagi. Jawab Aisy
akhirnya.
Dah tu, yang Aisy tunggu lagi buat apa? Pergi
buat cepat. Akak pun nak buat juga ni! Ketika ini
mereka berdua sudah beriringan menaiki tangga
kayu menuju ke atas rumah mereka yang senyap
sunyi itu.
Mak dan abah belum balik lagi. Dua-dua
sedang mengajar sekarang. Anak murid mereka
terdiri daripada 150 batang pokok getah yang
terletak kira-kira dua kilometer dari rumah.
Aryan, adik mereka yang darjah enam itu
masih belum pulang lagi. Mungkin balik selepas
27
Naurah Iman
27
jam lima nanti. Katanya ada latihan badminton di
sekolah.
Eh... tapi keputusan akak kan... takkan
nak buat jugak? Aisy bertanya. Tak sampai hati
nak sebut perkataan GAGAL. Yang lulus hanya
Pendidikan Seni dan Pendidikan Agama Islam.
Yang lain haih hampas!
Ewah-ewah! Sedapnya mulut nak mengutuk
aku. Perkataan gagal tu tak ada dalam kamus hidup
aku ni tau. Kita ni patut bersyukur walau apa pun
yang mendatang, apa pun yang kita dapat. Jangan
sampai kufur nikmat pulak. Jangan jadi seperti
kacang lupakan kulit. Lupa pada Pencipta. Zaara
telan air liur sebelum menyambung. Heh! Ni kira
baguslah ada dua subjek yang lulus. Zaara tunjuk
dua batang jari, menyembunyikan rasa kecewa.
Okeylah ni. Buatnya semua G. Tak haru ke?
Tapi tak pe, tahun-tahun depan akak cuba lagi.
Zaara cekak pinggang. Dia tiada sebarang kekesalan.
Dia dah belajar bersungguh-sungguh
sampaikan budak Aisy ini yang dipaksanya menjadi
guru terhebatnya. GTO. Great Teacher Onizuka.
Eh... salah! GTAZ. Great Teacher Aisy Zahil.
Namun dia tidak bernasib baik. Masih gagal juga
walaupun sudah belajar dan bertapa dengan cikgu
paling hebat; Aisy Zahil bin Salman.
Cuma yang dibimbangkan, bagaimana dia
harus menjawab dengan mak dan abahnya. Kali
pertama mungkin tidak apa. Tapi ini sudah tiga kali.
Macam mana ya?
Alah, macam biasalah, Zaara. Buat-buat tak
faham pulak! Tadah ajelah telinga tu. Terima
sahajalah, Zaara. Bukannya kau tak pernah kena
28
Dari Mata Turun ke Hati
28
marah apabila gagal. Dah banyak kali pun kan!
Sudah mangli.
Lepas ini, maknanya dia kena tumpukan
perhatian pada perniagaannya yang baru hendak
menjadi itu. Hmm... entahlah. Boleh berjaya ke
tak... Zaara pun tak tahu.
Rasa nak menitik air mata Aisy mendengar
ucapan Zaara. Saudaranya ini tidak pernah menoleh
ke belakang pun. Tidak pernah fkir yang buruk-
buruk walaupun kakaknya itu teruk kena kutuk.
Kena marah sudah pasti. Kena gelak pun sama.
Pedih telinga kena sindir. Zaara selalu berfkiran
positif dan jauh ke depan. Zaara akan terus berjalan
ke hadapan. Tak menoleh ke belakang.
Tapi... itulah, dia yang mendengar pun kena
tempias perasaan marah apabila orang mencerca
saudaranya. Dia pula yang jadi sakit hati. Sedangkan
Zaara macam mati rasa sahaja. Dia tayang muka
selamba dia saja. Bengang juga Aisy kadang-kadang
dibuatnya.
Muka Zaara ni sentiasa tenang. Sentiasa
ceria. Macam tak ada masalah pun. Relaks sahaja
dia. Zaara selalu cakap pada dia, yang lepas itu
sudahlah. Ambil iktibar! Kita kena bergerak ke
hadapan. Sudah jatuh beberapa kali pun, kena
bangun semula. Jangan terus meratapi nasib. Gagal
bukan pilihan hidup. Semua yang berlaku itu adalah
proses untuk mematangkan diri. Cuma kita ni sedar
atau tidak sahaja. Ujar Zaara pada suatu ketika
dahulu.
Semoga Kau memberikan rahmat-Mu kepada
kakakku ini. Berilah dia kebahagiaan Ya Allah.
Biarlah senyuman manis di bibir kakakku ini
29
Naurah Iman
29
sentiasa terukir. Aku sayang dia, Ya Allah! Aisy
senyum.
Lepas ni apa agaknya rencana Zaara? Satu
impian paling besar hidup dia dan ditulis dekat
pintu bilik dia tak ada lain. Dari kecik sampai dah
besar. AKU JUTAWAN. Itu yang Zaara selalu cakap
pada dia. Tapi bagaimana?
Mak dan abah pun, sampai dah naik pening
dengan perangai Zaara yang satu itu. Macam mana
nak jadi kaya kalau SPM pun tak pernah lulus! Aisy
tak pernah dengar Zaara melawan kata, tapi dia pun
memang maklum Zaara ni lagi kuat semangat...
tambah degil! Senyap sahaja Zaara mendengar
leteran Encik Salman. Tidak berkutik walau sedikit
pun sampailah abah suruh dia masuk bilik.
Walaupun tidak bersuara tetapi kadang-
kadang dia nampak tangan Zaara akan mengelap air
mata yang jatuh menitis. Bergetar juga dada melihat
tangisan itu. Dia sebagai adik akan sentiasa menjadi
tulang belakang untuk Zaara yang sedari dulu amat
berminat dengan dunia perniagaan.
Lagipun aku nak buat untuk kau sekali. Syukur
sebab dapat adik macam Aisy ni. Buatkan mak
dan abah bangga sentiasa. Isy! Zaara mengacah
hendak menampar muka Aisy. Bukan macam aku
ni. Sambung Zaara dalam hati.
Pantas Aisy mengelak, menghalang muka
dengan tangan. Dia tersengih sambil geleng kepala.
Macam-macamlah Zaara ni. Kecoh! Macam mak
nenek kalau aura kepoh dia dah datang.
30
Dari Mata Turun ke Hati
30
SETELAH selesai melakukan sujud syukur, Aisy
kata dia nak menjejak mak dan abah di kebun untuk
memberitahu akan hal tersebut. Sudah tidak boleh
bersabar lagi, katanya.
Sedangkan Zaara pula bercekak pinggang
sebelah tangan sambil mengacau gulai. Dia masih
lagi memikirkan keputusan SPM miliknya. Macam
mana nak sambung belajar kalau macam ni? Boleh
ke nak capai semua impian aku tu, kalau exam pun
tak pernah lulus! Haih! Gagal lagi! gerutu Zaara
sambil mengeluh.
Harapan dia untuk membanggakan Encik
Salman tidak kesampaian sehinggalah hari ini.
Harapan hanya tinggal harapan. Huh!
Telinganya sudah lali dengan suara abah
yang memarahinya setiap kali Zaara menunjukkan
keputusan peperiksaan. Setiap kali pun abah akan
beri reaksi yang sama. Dia picit dahi sendiri. Sorry
abah! Zaara dah cuba.
Alamak! Tiba-tiba dia teringat. Jangan abah
suruh kahwin sudah. Teruklah dia kalau ia benar.
Bukan Zaara tak tahu tentang tunang masa kecil
dia tu! Hmm yang pasti, dia belum bersedia. Dia
ada cita-cita yang hendak dicapai.
Macam mana ni? Belajar teruk-teruk pun
macam ni jugak keputusannya. Lagi teruk adalah.
Lagi sakit hati apabila mengingatkan tawa besar
Aisy tadi. Gelak tak ingat dunia. Hantu punya adik!
Bukan nak bagi kata-kata dorongan ke apa ke. Bikin
hati panas je. Debik sebijik nanti baru dia tahu.
Bau wangi semerbak menusuk hidung
menyedarkan Zaara daripada lamunan. Masakan
tengah hari mereka, ikan kembung bakar. Sayur
31
Naurah Iman
31
kampung; cendawan busut dan pucuk salang masak
air campur daun kunyit dan buah keras untuk
menaikkan bau dan selera. Tambah sedikit belacan
dan beberapa ekor ikan bilis.
Cendawan dan pucuk salang tu, Zaara cari
semalam. Meredah hutan kecil di kebun. Adalah
dua tiga ekor pacat gigit betis dia sampai gemuk.
Selamba sahaja Zaara tarik pacat-pacat tersebut.
Darah yang meleleh tu ditampal dengan daun
senduduk yang sudah dikunyah lumat. Sekejap
sahaja darah sudah berhenti keluar.
Kemudian Zaara tumbuk sambal belacan
campur belimbing buluh. Lawan untuk juadah
yang lain. Mahu menambah dua tiga pinggan nasi
ni. Zaara tiba-tiba rasa kecur. Perutnya berbunyi.
Sudah terasa lauk-pauk itu semua dalam mulutnya.
Tapi dia kena tunggu. Kena sabar. Tunggu mem
besar dan suaminya pulang dahulu. Baru seronok
makan ramai-ramai kan?
Sedang seronok melayan bau yang enak itu,
hidung Zaara tercium sesuatu. Kembang kempis
hidungnya menahan bau. Zaara pekup hidung. Ni
mesti kerja budak bulu-bulu tu! Mana dia? Zaara
mencari. Panas hati dibuatnya.
Badanggg!!! panjang Zaara menjerit. Zaara
lihat kakinya. Melihat hasil lebihan budak
bulu-bulu itu yang kini melekat pada ibu jari kaki
kanannya. Terdengkot-dengkot Zaara masuk bilik
air. Segera dibuang najis dan dibersihkan tempat
tersebut.
Nanti kau! Selalu tak buat perangai macam ni.
Zaara keluar sambil capai penyapu lidi yang terletak
di belakang pintu. Seketika kemudian kedengaran
32
Dari Mata Turun ke Hati
32
suara Badang berbunyi dan suara Zaara berpadu.
Mereka main kejar-kejar dalam rumah!
Malam itu
ZAARA BERDIRI merenung carta impian atau
vision board yang bertampal di balik pintu. Sudah
bertahun-tahun lamanya carta itu di situ. Di situ
tertampal gambar-gambar kesukaan Zaara yang
diambil daripada majalah dan surat khabar. Sudah
ada yang berwarna kuning pun. Hmm.
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Benar-benar buntu. Masih ada masa hadapankah
untuk orang sepertinya? Bolehkah tercapai semua
impian yang dia inginkan?
Satu keluhan kasar dilepaskan. Entahlah!
Dia tidak tahu, tapi dia percaya. Tidak selamanya
awan akan mendung. Tidak selamanya bumi akan
sentiasa basah. Manalah tahu, tiba-tiba datang
pelangi. Kan cantik tu?
Ketukan di muka pintu mematikan lamunan
Zaara. Dibukanya sedikit. Nampak sengihan Aisy
Zahil. Apa jugaklah budak ni nak? Aku baru nak
layan jiwa. Hah! Nak apa? lemah Zaara bersuara.
Lepak jom? ajak Aisy.
Dah malam ni, Aisy. Akak letihlah. Tak reti
nak tidur ke?
Tak boleh tidurlah kak. Alah, kita lepak kat
pangkin depan tu je. Ajak Aisy, memujuk. Dia tahu
Zaara sedang bermuram. Manakan tidak, sudah
berkali-kali ambil SPM pun masih gagal lagi. Lepas
33
Naurah Iman
33
tu kena marah pula.
Malaslah! ujar Zaara.
Ni Aisy ada bawa aiskrim! Lantas aiskrim
Malaysia berperisa sirap merah yang disorokkan di
belakang badannya dilayangkan depan mata Zaara.
Terus Aisy ketawa tatkala ternampak Zaara
telan air liur. Memang kalahlah Zaara dibuatnya.
Pergilah dulu! ujar Zaara, mengalah. Tidak
tahan dengan kerlipan mata adiknya itu. Dia
menyuruh adiknya bergerak dahulu. Kemudian dia
melangkah longlai membuntuti dari belakang.
Akak okey ke? Aisy terus bertanya sebaik
sahaja punggung dilabuhkan di atas pangkin.
Aiskrim yang sebatang tadi, Aisy yang habiskan.
Itu umpan sahaja sebenarnya. Dah Zaara tak mahu,
baik dia yang habiskan semuanya.
Okey je! Kenapa tanya? Zaara buat muka
pelik.
Akak sedih eh? tebak Aisy. Sedikit sebanyak
dia juga simpati. Tadi pun, mak dan abah bising
apabila tahu keputusan kakaknya. Teruk kakaknya
itu kena basuh. Zaara seperti biasa, hanya senyap
sahaja. Membisu seribu kata.
Mana ada! Zaara menafkan. Wajah Aisy
dipandang sekilas.
Akak senyap je masa makan malam tadi.
Tengah hari pun sama. Selalu akak tak macam tu
pun!
Zaara lepaskan satu nafas panjang. Entahlah!
Bohonglah kalau dia tidak rasa perasaan kecewa itu.
Akak malulah, Aisy! Asyik gagal je. Mak dan abah
marah. Kawan-kawan pun kutuk. Kawan-kawan
akak semuanya belajar tinggi-tinggi. Akak je yang
34
Dari Mata Turun ke Hati
34
duduk terperuk kat sini. Macam akak tak ada masa
depan pulak. Teruk sangat ke akak ni, Aisy? Zaara
meluah rasa. Sedihnya hati hanya Tuhan yang tahu.
Bukannya dia tidak usaha. Puas dah. Asyik jumpa
jalan yang bernama kegagalan sahaja. Walhal, dia
sudah tetapkan matlamat bernama kejayaan pada
awalnya.
Kismis, kacang bijak dan air penerang hati usah
cakaplah. Sudah beribu-ribu biji yang dikunyah
dan bergelen-gelen air tersebut melepasi tekaknya,
namun takdir Tuhan siapa yang tahu. Entah apalah
yang Allah telah aturkan untuk hamba-Nya yang
bernama Zaara ini.
Sabarlah kak. Aisy percaya rezeki akak ada.
Aisy faham dengan luahan rasa Zaara yang tidak
terluah. Dia memeluk bahu Zaara.
Zaara melentokkan kepala di bahu adiknya.
Kedua-dua tangannya diletakkan di riba.
Menumpang agar beban rasa terkilan itu tidak berat
sangat untuk dipikul.
Zaara teringat perbualan dia dengan kawan
sekolah yang datang ke gerainya petang tadi. Lalu
diceritakan pada Aisy setiap patah kata kawannya
itu.
Tak guna kau belajar Zaara. Macam tu
jugaklah nasib kau. Tak berubah. Baik kau kahwin
dengan aku ajelah. Sikit lagi dapat kerja bagus, aku
suruh mak ayah aku masuk meminang eh? Nasib
baik kau ni cantik!
Apa kak??? Tinggi suara Aisy. Wajah
kakaknya ditenung dengan perasaan marah yang
35
Naurah Iman
35
mula membenih.
Terkejut Zaara dibuatnya. Lebih-lebih pula
reaksi budak Aisy ni. Aku okey je pun. Daripada
bersandar di bahu Aisy, wajah adiknya itu pula
ditenung. Aku sekadar berkongsi cerita sahaja.
Yang dia emosi terlebih ni kenapa? Itu yang Zaara
malas nak kongsi ni. Reaksi terlebih Aisy ni payah
hendak diterjemahkan. Alah! Akak kongsi cerita je.
Aisy nak marah kenapa?
Itu bukan kawan-kawanlah namanya kak.
Ada cakap macam tu pulak! Dah puas mengutuk,
lepas tu ada hati nak kahwin dengan kakak Aisy
ni. Mengada-ada. Ingat dia tu bagus sangat, nak
mempersendakan orang sampai macam tu sekali.
Kirim salamlah! Akak aku ni layak dapat yang lebih
baik daripada kaulah! Aisy mendengus marah
walaupun dia tak tahu rakan Zaara yang mana satu
yang berkata demikian.
Suara Aisy mula mengendur setelah
mengambil nafas beberapa kali. Bayangan hendak
menumbuk orang itu segera dipadamkan daripada
kotak fkiran. At least you tried sis. You never
give up. Aisy sedikit berang apabila ada yang
mempersendakan Zaara.
Zaara hanya tersenyum mendengar perkataan
itu. Hanya Aisy yang faham cita-citanya. Sentiasa
menyokongnya dari belakang. Memberinya tunjuk
ajar.
Zaara tidak pernah malu untuk mengutip ilmu
daripada adiknya yang muda itu, walaupun kadang-
kadang Aisy merungut juga padanya kerana Zaara
tak faham-faham apa yang dia ajar. Dan Zaara akan
beri senyuman paling manis apabila Aisy merungut-
36
Dari Mata Turun ke Hati
36
rungut seperti itu.
Aisy selalu sahaja memberinya buku untuk
dibaca. Dan dia banyak belajar daripada membaca.
Harta dia yang paling berharga sekarang ini ialah
buku. Bilik dia pun sudah penuh dengan buku.
Kalau dia mati esok, dia nak wakafkan semua buku
yang dia ada dekat Perpustakaan Desa yang ada di
kampung ini. Itu janjinya.
Mana kakak Aisy yang bercita-cita tinggi?
Yang nak jadi jutawan tu? Akak ingat semua orang
yang kaya-raya tu semuanya mesti bijak pandai ke?
Ada yang tak tahu membaca pun, school drop out,
tak sekolah. Belajar sekerat jalan. Jangan cetekkan
fkiranlah kak. Aisy beri nasihat pada Zaara yang
diam.
Aisy sambung lagi kemudiannya. Kakak Aisy
bukan macam ni. Dia perasan dengan perubahan
suara Zaara. Tidak sama dengan pagi tadi. Suaranya
malam ini, lebih sayu.
Entahlah Aisy! Itu sahaja respons Zaara.
Ada dalam kitab ke yang sebut kalau nak
berjaya tu kena lulus SPM, masuk universiti? Aisy
berhenti untuk melihat reaksi Zaara yang dari tadi
hanya senyap.
Zaara geleng. Dia tahu fasal itu. Memang tak
pernah sebut pun. Yang dituntut adalah mencari
ilmu. Surah pertama yang diturunkan pun maksud
dia baca.
Universiti, kolej, itu hanya salah satu cara nak
dapatkan ilmu je kak. Ilmu Allah ni luas. Banyak!
Boleh kutip kat mana-mana. Aisy tak nak dengar
lagi akak cakap macam tu tau. Janji dengan Aisy,
boleh? soal Aisy sambil tumbuk dada sendiri.
37
Naurah Iman
37
Menggambarkan rasa sakit itu.
Tolonglah Kak Zaara, Allah. Tolonglah dia!
Kasihanilah dia. Mohon Aisy dengan matanya
menghadap Zaara yang sedang menekur
memandang tanah. Jelas raut wajahnya yang
kecewa. Tak sanggup dia melihat wajah sedih itu.
Okey akak janji! Akhirnya Zaara pandang
pada Aisy dengan senyuman tawar.
Akak kena kuat tau. Jangan cakap macam tu
lagi. Apabila akak cakap macam tu, macam akak tak
percaya pada Tuhan pulak. Dia kan pemberi rezeki.
Bergetar suara Aisy.
Itu dia, Ustaz Aisy Zahil sudah bercakap. Sebut
Zaara dalam hati. Tapi macam mana, Aisy? Boleh
ke? Akak ni bukannya pandai pun. Masih ada ragu-
ragu dalam hati Zaara.
Business laksa akak tu. Akak ingat tak boleh
maju ke? Akak ingat tak boleh jadi jutawan walau
hanya jual benda simple tu? Risaunya Aisy melihat
semangat Zaara malam ini. Seperti sudah negatif.
Boleh ke? Zaara macam tak percaya sahaja.
Bulat mata Zaara. Buat duit dengan jual laksa?
Macam mustahil sahaja.
Fasal apa tak boleh? Cuba sebut pada Aisy
sebab apa tak boleh? Aisy cabar Zaara. Keningnya
terangkat.
Aaa. Mulut Zaara terbuka hendak
menjawab, tapi dia tiada jawapan. Terkatup kembali
mulutnya. Betul jugak cakap budak ni, fkir Zaara.
Cuba akak perhatikan dan faham dalam azan
yang dilaungkan lima kali sehari tu.
Zaara renung muka Aisy. Meminta penjelasan.
Tak faham!
38
Dari Mata Turun ke Hati
38
Haiyaallas solah, haiyaallal fallah.
Maksudnya, solat didahulukan barulah boleh
berjaya. Itu janji Dia kak. Allah dah janji! tekan
Aisy sekali lagi.
Aisy tengok, akak jaga solat, akak jaga hak
Dia sepanjang yang Aisy tengok. Aisy tersenyum
sewaktu menuturkan kata-kata itu. Dia nampak
Zaara boleh pergi jauh. Cuma Zaara kena yakin.
Tak mustahil kak! Tak mustahil. Apabila
Dia kata kun, semua pun boleh jadi. Sekelip mata
sahaja. Macam ni! Aisy petik jari.
Akak sabar sikit je lagi. Mana tahu, mungkin
tinggal dua tiga langkah sahaja lagi untuk akak capai
impian tu! Aisy memberikan bahasa simbolik. Dia
tahu Zaara faham maksudnya.
Lagipun, akak tahu ke takdir hidup kita ni? Tak
siapa pun tahu kak. Hidup, mati, jodoh pertemuan
dan rezeki, itu semua rahsia Dia. Kita sabar dan
reda sahaja dengan apa yang Dia bagi tanpa sesalan.
Kerana apa yang Dia bagi itu, menjadikan siapa diri
kita hari ini. Aisy angkat bahu. Tanda dia sudah
selesai. Panjang lebar Aisy bersuara. Zaara senang
faham kalau berkait falsafah hidup. Kalau dia diam,
maknanya dia sedang menghadamkan apa yang dia
dengar. Sedang fkir dengan mata hati.
Hampir menitis air mata Zaara dibuatnya
mendengar perkataan-perkataan itu. Aisy benar.
Setiap manusia yang Allah cipta, ada kekuatan
dan bakat yang Allah beri padanya. Yang tak ada
pada orang lain. Tak ada sesuatu pun yang Dia cipta
itu sia-sia tau, kak. Setiap orang daripada kita ni,
ada misi khusus yang Dia bagi hanya untuk kita
sahaja. Aisy sambung sedikit lagi.
39
Naurah Iman
39
Mendengarkan kata-kata Aisy macam tak
padan dengan umur. Matang cara dia berfkir.
Betul ke ni adik akak yang sedang bercakap?
Zaara bertanya. Dia sudah tersengih jahat. Dia
faham sebenarnya. Terpujuk sedikit hatinya yang
galau itu.
Akak! Ditamparnya lengan kakaknya itu.
Kuat! Menyampah betul kalau Zaara main-main
macam ni. Orang tengah serius ni tau.
Uit pedihnya! Zaara gosok perlahan
lengannya itu.
Nanti akak dah kaya jangan lupakan Aisy
pulak! Bawa Aisy dengan Aryan pergi umrah tau.
Lagi satu zakat jangan lupa! Itu rukun ya. Aisy
mengingatkan Zaara pada perkara masa hadapan.
Dia senyum. Kaki yang tergantung itu diayun
perlahan-lahan.
Mestilah! jawab Zaara. Mula membayangkan
yang seronok-seronok.
Kedua-dua beradik itu kemudiannya rancak
berborak sehingga tidak sedar hari sudah larut
malam. Mereka berdua kalau sudah dapat berborak
memang tak ingat masa.
Gelak tawa mereka berdua mengejutkan Encik
Salman. Ayah mereka sedang menonton rancangan
gusti.
Apa halnya tu Zaara, Aisy! Encik Salman
bergegas ke pelantar apabila mendengar kedua-dua
anak mereka yang tiba-tiba menjerit. Ingatkan ada
perkara kecemasan sebentar tadi. Rupa-rupanya
anak-anak sendiri sedang mengusik sesama sendiri.
Sedang bertepuk tampar bahu masing-masing.
Dah pukul berapa dah ni? Mata tu tak reti-reti
40
Dari Mata Turun ke Hati
40
nak pejam? Encik Salman sudah bersuara. Tinggi
suaranya memecah keheningan malam.
Zaara dan Aisy saling berpandangan.
Mencemik sebelum ketawa bersama-sama.
SEPERTI BIASA, setiap hari Zaara akan berjualan
di hadapan kedai Haji Harun. Lelaki separuh
abad itu memberikan Zaara sedikit ruang untuk
perniagaannya. Semua hasil jualan direkodkan
dalam buku. Sedikit dia simpan dan sedikit dia buat
modal untuk hari esok. Ada juga buku untuk nama
pelanggannya.
Haji Harun melihat Zaara sebagai seorang
gadis kampung yang berjiwa besar, cekal, kental
dan mempunyai matlamat hidup. Bercita-cita tinggi
untuk mengubah nasib. Dia percaya Zaara boleh
berjaya. Dan ternyata telahannya itu benar setelah
lima tahun berlalu.
Segala puji bagi Allah!
41 41
3
ESHAN! Keluar makan jom! jerit rakan sekerja
Eshan yang sedang mengemas meja kerjanya.
Eshan angkat kepala. Dah sampai waktu
makan ke? Dia lihat pergelangan tangan kanan.
Sudah lima belas minit berlalu dari waktu makan.
Terlupa sungguh dek leka buat kerja.
Fakhrul menghampiri Eshan dan menggeleng
kepala. Rajin betullah kau ni! Masa makan pun
boleh lupa. Asyik hendak diingatkan selalu. Tegur
Fakhrul. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia
akan mengingatkan Eshan tentang keperluan
tersebut. Dia tahu, Eshan tak puasa hari ini.
Eshan tersengih sambil menutup komputer
mejanya. Temannya sudah menopang dagu di
atas kubikel tempat dia bekerja. Menunggu Eshan
bergerak. Kat mana? Tak mahu jauh sangatlah, Rul.
Lambat masuk ofs pulak nanti. Eshan bertanya.
Selalunya ada sahaja tempat baharu yang ingin
dicuba oleh Fakhrul. Temannya ini, suka mencuba
makanan baharu.
42
Dari Mata Turun ke Hati
42
Alah! Dekat jelah lima minit berjalan.
Fakhrul tunjuk lima jari. Dia sedia maklum dengan
perangai Eshan yang satu ini. Mahu menepati masa
kerja. Aku pun tak rasa nak jalan jauh-jauh hari ni.
Kita makan laksa Penang nak?
Laksa? Nak! Mata Eshan terus bercahaya.
Tiba-tiba air liur rasa masam. Sudah lama makanan
itu tidak dijamahnya. Daripada seperti hendak
tak hendak, terus Eshan bangun. Perut rasa
berkeroncong tiba-tiba.
Dengar laksa ligat terus kau ya!
Eshan sengih, tidak menafkan. Restoran
baharu ke? soalnya selepas itu.
Taklah, dah lama. Aku je baru tahu.
Aik lambat pulak kau mencuba? Eshan
sedikit pelik dengan Fakhrul yang lambat kali ini.
Selalu tu, dialah nombor satu.
Itulah kan. Cuma hari ni tekak aku nak makan
masam sikit. Dengar kata laksanya sedap. Well
who knows. Lain orang lain tekaknya kan?
Eshan hanya mengangguk. Biar aku yang jadi
hakimnya dalam menentukan rasa. Jawab Eshan.
Eleh, yalah tu!
MEMANG bukan rezeki kitalah nampaknya, Rul.
Eshan pandang Fakhrul yang terhenti langkahnya
itu. Dilihat sahabatnya sedang merenung restoran
yang hendak dimasukinya dengan tidak sabar-sabar
tadi.
Hendak tergelak pun ada juga Eshan dibuatnya
melihat air muka temannya. Fakhrul memegang
43
Naurah Iman
43
perutnya. Lapar sangat kut. Muka Fakhrul macam
hendak menangis. Alahai! Kesian pulak kawan aku
ni.
Love Story Cafe. Perlahan Eshan membacanya.
Tiada yang pelik. Orang sekarang nama macam-
macam. Tapi baginya nama ini unik. Mungkin ada
kisah di sebaliknya. Ataupun mungkin pemilik
restoran ini seorang yang berjiwa halus? Eshan
ketawa kecil.
Di luarnya sudah digantung perkataan sold
out. Beberapa orang pelanggan sudah ada yang
keluar daripada barisan menunggu yang panjang.
Tengok muka ada yang kecewa sangat-sangat. Ada
yang jongket bahu.
Hmm interesting! Apa yang sedap sangat
laksa ni sampai macam ni jadinya? Sampai
melimpah-limpah orang keluar. Rasa ingin tahu
mula membuak-buak. Tapi Eshan sendiri memang
hantu laksa. Jadi, kedai makan ini memang akan
dikunjunginya. Pasti. Takkan lari gunung yang
dikejar kan?
Kita beli roti je la Eshan. Aku dah tak ada
mood nak makan. Fakhrul melangkah lemah.
Hei macam tak pernah makan laksa. Tegur
Eshan melihatkan muka monyok temannya itu.
Esok kita datang awallah. Tak pun kita buat
reservation dulu! cadang Eshan kemudiannya
sambil tangannya mengambil nombor telefon
restoran tersebut. Alahai buat muka kesian pulak
kawan aku ni.
Hmm apa-apa jelah! Fakhrul hanya
mengangguk. Malas nak ambil tahu dah!
Kempunan.
44
Dari Mata Turun ke Hati
44
Tidak tahu mengapa, Eshan menoleh ke
belakang sambil pegang dada yang tiba-tiba sahaja
berdebar, memerhatikan restoran yang dipenuhi
dengan manusia itu. Bagaikan ada rasa yang
tertinggal.
HUH! Zaara mengelap meja terakhir. Ramainya
pelanggan yang datang.
Ida sudah terduduk di meja hujung. Walaupun
penat, temannya itu angkat dua ibu jari.
Ain, Imran, Devi duduk dulu. Ambil nafas
sekejap! ujar Zaara. Dia menyeka manik peluh
yang terbentuk di dahi. Kemudian dia bergerak ke
arah pintu dan memusingkan tanda tutup.
Hari ini kedai tutup awal. Dia menyertai
pekerjanya yang bertiga itu. Lagi sekali nafas puas
dilepaskan bersama satu senyuman meleret.
Hari-hari macam ni, mahu tercabut kaki
tangan kita ni, Kak Zaara. Ujar Imran. Dia sudah
meletakkan kepala di atas meja. Keletihan. Namun
tangannya masih menggosok-gosok perlahan meja
yang sudah sedia bersih itu.
Syukur alhamdulillah. Penat-penat pun
berbaloi! balas Zaara.
Boleh naik gaji tak kak? soal Imran sambil
tersengih.
Kau ni Im, itu pulak yang dia tanya! marah
Devi.
Jealous ler tu! cemik Imran. Tapi dia dah
nampak Zaara senyum kecil.
Tapi serius kak, macam mana akak boleh
45
Naurah Iman
45
dapat idea macam tu? Diskaun tiga puluh peratus
untuk Hari Sahabat Sedunia. Kongsilah. Tanya
Devi ingin tahu. Kalau bukan sebab diskaun itu pun
kedai ini memang mendapat perhatian. Sentiasa
ada orang. Tapi hari ini, ramainya sampai tak
menang tangan.
Ha! Yang itu kamu semua kena belajar
dengan Cik Zaara kita ni. Ida menjawab bagi
pihak Zaara sambil menepuk bahu temannya yang
keletihan itu. Kedai induk ini memang banyak
memerlukan masa dan tenaga mereka berdua.
Ceritalah kak! gesa Ain.
Akak cuma praktikkan salah satu tip yang
akak baca. Jadikan setiap peluang itu sesuatu yang
menguntungkan. Tengok dari setiap sudut. Hargai
setiap peluang yang datang!
Mereka mengangguk-angguk faham.
Lepas ni apa pula rancangan akak?
soal Imran. Dia sentiasa mahu belajar daripada
majikannya ini. Tidak kedekut langsung berkongsi
ilmu. Yang dia perasan, lagi banyak Zaara kongsi,
lagi bertambah pula kesenangan yang majikan dan
rakan kongsinya dapat.
Yang paling Imran tak boleh lupa, Zaara kata
perlu sentiasa belajar dan kena sentiasa tingkatkan
diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.
Usah jemu!
Tunggu dan lihat! Sekarang ni, akak nak tutup
akaun kita hari ini. Akak nak tanya pada pengurus-
pengurus cawangan kita yang lain. Zaara tepuk
meja dan dia berdiri sambil hela nafas panjang.
Hari ini, Hari Sahabat diraikan dengan
memberi diskaun. Bukan sahaja pada kedai
46
Dari Mata Turun ke Hati
46
induk, malahan dipanjangkan pula kepada kedai
cawangan.
Penatnya! Lenguh betul belakang badan
ni. Kalau dapat kena urut seronoknya. Tiba-tiba
teringat pula pada kucing kesayangannya. Badang
kalau dapat dia berjalan atas badan, rasa macam
kena urut. Sedap! Tapi Badang tak ada. Badang
tinggal di kampung.
Zaara memusing-musingkan pinggang.
Memandang ketiga-tiga orang pekerjanya yang
merupakan bekas anak remaja bermasalah. Zaara
memberi mereka ruang dan peluang untuk berubah.
Setiap manusia yang mahu berubah perlu
diberikan peluang kedua. Lagipun ketiga-tiganya
mempunyai kelebihan masing-masing. Imran mahir
dengan komputer grafk, Ain pula dengan kata-
kata atau tulisan dan Devi, sangat teliti orangnya,
terutamanya dalam pembelian bahan mentah.
Zaara ada kejutan untuk mereka bertiga nanti.
Jom, aku tolong kau. Yang lain tolong sapu
dan kemas kedai sebelum balik ya! Esok datang awal
untuk sediakan bahan-bahan. Ida mengarahkan
pekerja-pekerjanya itu.
Baik bos! sahut mereka bertiga.
Ohh Ida buat muka apabila melihat
nombor yang bersimpang siur itu. Resit jualan perlu
disemak. Dia tutup muka dengan kertas-kertas yang
bakal membuatnya pening kepala. kenapalah
kau berhenti kerja, Min? Itulah yang Ida selalu
sebut apabila hendak tutup akaun.
Heh, kau ni. Tak ada lain. Asyik mengeluh je
kerjanya. Biarlah budak Min tu tenang tolong mak
ayah dia di kampung. Ni tak, kau asyik sebut-sebut.
47
Naurah Iman
47
Kasihan dia asyik tersedak je kena sebut nama.
Nanti kita cari yang baharulah! pujuk Zaara buat
sekian kalinya.
Bilanya tukang kira-kira ni kita nak dapat,
Zaara? Kau tahu tak sejak budak Min tu berhenti
kerja, susah nak dapat yang betul-betul bagus. Dah
lebih lima orang yang kita temu duga, satu pun
tak layak. Semuanya semacam je. Susah nak beri
kepercayaan!
Aku tahulah, Ida. Kan kita soal sama-sama.
Sabarlah sahabatku! jawab Zaara walaupun dia
kadang-kadang sampai dua tiga kali kena ulang
benda yang sama. Tak apalah susah sikit, sudah ini
jalan yang mereka pilih, jadi teruskan sahaja tanpa
rungutan.
Hmm yalah! Ida tarik kerusi dan mula
mengira. Berlawan cakap dengan Zaara, memang
dia takkan pernah menang.
Tension!!!
48 48
4
BISMILLAH... Eshan membaca doa makan
sebelum menyudu kuah laksa ke dalam mulutnya.
Sejak dia masuk tadi dia sudah tercium bau yang
menyengat hidungnya.
Dia senyum. Apabila ada mama dekat rumah
ni, seronok. Dapur rumah akan mula berasap.
Harapkan dia dan Ben, memang taklah jawabnya.
Mereka lebih rela makan di luar. Rindunya dia pada
Puan Marina dan Encik Raphael.
Perutnya berkeroncong hebat. Namun,
ditahannya nafsu tersebut. Nanti mama bising
sebab balik sahaja dari tempat kerja terus terjah
makanan. Usai membersihkan diri ala kadar,
dia duduk di meja makan sambil melemparkan
senyuman paling manis buat Puan Marina. Tak
sabar-sabar dia dibuatnya hendak menyudu
makanan kegemarannya.
Kuah laksa yang berasap itu dihirup sedikit.
Dan kuah tersebut terus merangsang deria rasa.
Tunas-tunas rasa seakan hidup dengan cecair itu.
49
Naurah Iman
49
Seperti ikan berenang-renang di dalam mulut
kemudian melepasi kerongkong.
Matanya terus membulat. Dicedoknya kuah
dan isi. Baru tengah hari tadi dia dan Fakhrul
mengidam hendak makan. Kali ini, memang rezeki
Eshanlah. Banyak pula tu. Boleh tambah banyak
kali.
Allahuakbar! Sedapnya. Dia suap lagi. Dalam
banyak-banyak laksa yang dia makan, inilah yang
paling sedap untuk tekaknya. Betul! Tak tipu. Rasa
masam, pedas, keharumannya, kewangian dan
kelembutan mi laksa tersebut bersatu di dalam
mulut.
Kuah laksa yang sangat pekat dengan rasa yang
cukup hebat. Pujinya. Eshan jilat bibir. Kepedasan
kuah itu sedikit menyengat bibir.
Amboi! Lapar sangat ke? tegur Puan Marina
apabila Eshan menambah untuk kali kedua.
Penuh mangkuk! Terangkat kening Puan Marina
melihatnya.
Terlampau sedap mama! The best in the
world! ucap Eshan. Dia angkat kedua-dua ibu jari,
senyum sekejap dan terus menyambung makan.
Tidak melihat pun mamanya yang berada di depan
mata. Nak kata dia lapar tidak juga, sebab sebelum
balik dari pejabat tadi dia sudah makan roti canai
dua keping dengan Fakhrul.
Mama beli kat mana? Burp! Alhamdulillah!
Sampai sendawa Eshan dibuatnya. Perutnya yang
sedikit senak dipegang. Bahana makan terlebih. Dia
bersandar di kerusi. Bibirnya sedikit kemerahan
apabila terkena dengan kepedasan kuah. Lidahnya
dikeluarkan sedikit. Menjilat sisa-sisa rasa yang
50
Dari Mata Turun ke Hati
50
masih ada di bibirnya.
Itulah, makan tak ingat dunia! tegur Puan
Marina sambil menuang segelas air sejuk dengan
perahan limau tanpa gula ke dalam gelas anaknya
yang kosong. Tahu sangat air kegemaran anaknya
ini. Untuk mengelakkan rasa muak.
Eshan hanya tersenyum. Tidak menidakkan
kenyataan tersebut. Nak buat macam mana, dah
memang betul. Tidak terkata kesedapannya.
Dicapainya gelas air. Dia membiarkan seketika air
di dalam mulut sebelum ditelan. Membawa bersama
rasa yang tertinggal ke dalam perut.
Sebentar tadi, sebaik sahaja makanan itu
masuk ke dalam perutnya, Eshan dapat rasa
jiwanya bergetar. Memenuhi setiap inci pembuluh
darahnya. Mengocak jantung yang selama ini
berdegup normal. Seolah-olah laksa itu dimasak
dengan penuh kasih sayang. Melimpah-ruah.
Malahan, sekilas dia dapat membayangkan si
tukang masak. Tinggi lampai, senyuman yang indah
yang sedang mencampurkan resipi cinta ke dalam
kuah laksa yang sedang mendidih. Meninggalkan
aroma yang memenuhi ruang.
Bagaikan ternampak-nampak ramuan dan
bahan-bahan yang digunakan untuk memasak laksa
tersebut. Bunyi bawang yang dihiris apabila pisau
terkena papan pemotong, bunyi periuk dibuka
dan ditutup begitu jelas kedengaran di telinganya.
Bentuk-bentuk hati jelas berterbangan di udara
sebelum turun memasuki periuk. Menjadikan kuah
laksa tersebut dilimpahi dengan rasa yang luar biasa
enak. Dia senyum sendiri.
Eshan? panggil Puan Marina. Hairan
51
Naurah Iman
51
dengan Eshan yang sedang termenung jauh dengan
sengihan di bibir secara tiba-tiba. Sampai begini
penangan laksa yang dia makan. Kemudian, ada
senyuman yang terukir di bibir Puan Marina.
Emir Eshan! Kali ini tangan kanan anaknya
disentuh. Sedikit tinggi suaranya memanggil.
Tersentak Eshan dibuatnya. Serta-merta dia
kembali ke dunia nyata. Woah! Aku berangan ke
tadi? Seriously delicious, mama! Mama beli kat
mana? Perempuan kan masak laksa ni? sekali lagi
Eshan bertanya. Menghilangkan rasa malu yang
bertandang.
Mungkin lebih sedap daripada laksa Love
Story Cafe tu. Eh! Kenapa yang perlu dibandingkan
dengan restoran tersebut? Bukannya dia pernah
rasa pun. Pelik! Tiba-tiba sahaja rasa itu bertandang.
Bibirnya dikesat dengan tisu. Eshan memang
tahu, laksa yang dia makan tadi bukan mama dia
yang buat. Kalau Puan Marina yang masak dia tahu
rasanya, lain. Maaf mama, bukan nak kata laksa
buatan mama tak sedap tapi ini, memang sangat-
sangat sedap. Thumbs up untuk cef laksa ini. Haha!
Cef Laksa. Comel pula gelaran ini.
Mamalah yang masak. Takkan beli pulak!
Puan Marina masih berahsia. Tersenyum dia
dibuatnya apabila Eshan bertanya jantina si tukang
masak. Sebelum ini tidak pernah tanya pun. Semua
Eshan telan sahaja. Sedap tak sedap belakang kira.
Kalau sedap, dia habis makan. Kalau tak kena
dengan selera dia, Eshan tinggalkan, tapi dia tak
pernah kompelin.
Yalah tu mama. Eshan kenal sangat dengan
laksa yang mama buat. Rasa dia lain!
52
Dari Mata Turun ke Hati
52
Ye ke? Nak kata mama punya laksa tak
sedaplah ya? Kenapa mama rasa macam sama je?
Puan Marina tidak terasa hati dengan pujian si anak
pada makanan tersebut. Baguslah jika Eshan suka.
Lagi mudah kerjanya nanti.
Ha betul kan? Mama beli. Eshan tunjuk
satu jari.
Puan Marina tertawa mendengarnya. Memang
tak boleh nak menipu langsung. Cepat aje kena
tangkap. Puan Marina geleng kepala. Jiran kat
kampung kita yang bagi!
Ohh terdapat sedikit bunyi kecewa pada
nada suara Eshan. bukan beli kat sinilah ya,
mama? Jauhlah pula tu kalau tiba-tiba tekak
dia teringin nak makan. Nak harapkan dia balik
kampung pun jarang sekali.
Tak ada dijual di mana-manalah tu, kalau
dah jiran yang bagi. Entah jiran mana satulah
agaknya. Sudah lama kampung itu ditinggalkan.
Sudah ramai yang dia tidak ingat. Perasaan kecewa
menghambatnya.
Mama dan babah jadi jugak ke balik kampung
esok?
Jadi!
Eshan berpaling ke belakang. Babahnya, Encik
Raphael yang menjawab. Baru pagi tadi sampai
sudah sibuk hendak balik. Bukannya ada ayam itik
hendak diberi makan.
Kemudian Encik Raphael menghilangkan diri
ke ruang tamu.
Kuat betul tarikan kampung asal babahnya itu.
Entah apalah yang ada di sana. Babahnya, Encik
Raphael terus balik tinggal di kampung sebaik
53
Naurah Iman
53
sahaja bersara dua tahun lalu. Tinggallah dia dan
Ben di dalam rumah ini berdua saja.
Dulu, puas dia memujuk agar mereka tidak
berbuat demikian. Nasib baik dia tidak menangis.
Jika tidak, tentu sahaja mama dan babahnya dapat
menghidu kisah yang cuba dia sorokkan. Kisah
yang tidak mahu diceritakan. Kisah yang hanya
Ben sahaja yang tahu. Kisah yang dia tidak mahu
ingat. Baginya, kisah itu memalukan. Namun, dia
sedar tidak mungkin dia dapat menukar keinginan
babahnya semata-mata hanya kerana dia. Hanya
kerana kisah itu.
Eshan bila nak balik? soal ibunya.
Mama dan babah dah datang sini, lambat
sikitlah kut. Sedikit merengek suara Eshan. Huh!
Mengata Ben. Dia pun sama. Anak manja. Nanti
Eshan ambil cuti panjang-panjang teman mama
dan babah ya? Kita pergi jalan-jalan. Eshan
tersenyum, menabur janji. Yang sebenarnya lebih
kepada hendak mengelak.
Kalau ambil cuti panjang-panjang baik buat
kenduri kahwin terus. Jimat! jawab Encik Raphael
dari arah belakang.
Sekali lagi Eshan berpaling ke arah babahnya.
Babah ni, macam ada magis pulak. Muncul selalu
tepat pada masanya. Segaris senyuman diberikan.
Tahu, babah perli dia. Tapi yang babah kaitkan fasal
kahwin tu kenapa? Peliknya.
Betul tu, bah! Ben setuju! Ben sudah tarik
kerusi dan duduk bersebelahan dengan adiknya itu.
Dia menyokong pernyataan babahnya.
Sudah! Yang seorang ini bila pula baliknya?
Tadi tak ada pun. Aduhai! Semua komplot nak
54
Dari Mata Turun ke Hati
54
mengusik dia ke ni?
Ben kenyit mata pada Eshan. Rahsia Eshan ada
pada dirinya. Dalam poket dia! Huh! Tahu sangat
kenapa Eshan jarang mahu pulang ke kampung.
Penakut! Balik ajelah. Bukannya pernah jumpa pun.
Sudah dua tahun orang tuanya tinggal di kampung
itu, tapi tak pernah terserempak pun. Jangankan
tuan punya badan, batang hidung pun tak pernah
bersua.
Eshan sepak kaki Ben dari bawah meja. Tapi
abangnya itu, tetap selamba berbual-bual dengan
orang tua mereka. Eshan mendengus geram.
Sahajalah tu. Asyik nak menyakat dia saja kerjanya.
55 55
5
ESHAN sedang berjalan menuju ke masjid
berdekatan apabila bajunya yang kering itu
disimbah air lumpur. Splash!!!
Allah! Zaara menjerit kuat dalam kereta. Tak
sempat dia hendak memutarkan stereng kereta ke
arah kanan. Dia berhenti selepas beberapa meter.
Dia dah langgar orang ke? Segera dia keluar dari
kereta.
Terkocoh-kocoh Zaara mendapatkan seorang
lelaki yang sudah kuyup satu badan itu. Alamak!
Lelaki itu jatuh terduduk. Terperanjat sangatlah
agaknya kut!
Jubah putih lelaki itu sudah bertukar warna
coklat dan dia sedang mengelap mukanya dengan
tangan. Mukanya terpalit dengan lumpur! Aduhai!
Sungguh Zaara tak sengaja.
Maaf ya. Walaupun tidak laju kereta itu
dipandu, namun sudah cukup untuk membuatkan
lelaki di hadapannya mandi semula.
Eshan meludah baki lumpur yang termasuk
56
Dari Mata Turun ke Hati
56
ke dalam mulutnya. Urgh... masin!!! Dia
mengulangnya beberapa kali sehingga rasa berpasir
dalam mulutnya hilang. Rambutnya yang menutup
telinga terus meleper rapat pada kulit kepala dan
menutup dahinya. Bawa kereta tak tengok orang
langsung! getus Eshan. Dia bangun. Sudah serupa
mandi dalam lumpur sahaja rupa dia sekarang.
Mengalahkan kerbau berkubang.
Eshan akhirnya memandang seseorang yang
sedang berdiri di hadapannya. Perempuan! Reti
bawa kereta ke tak ni? Bahaya betul cara memandu!
Jalan kampung bawa laju-laju pulak. Nasib tak gol
terus dia dibuatnya. Sekali lagi dia mendengus.
Mula-mula dia tengok kaki. Oh, bukan hantu!
Nasib baik. Nampak pula sarung kaki warna merah
jambu. Ada gambar kartun. Eh kaki itu nampak
macam seksi pula!
Erk!!! Seksi?
Allahuakbar! Subhanallah! Sejak bila pula
nampak kaki pakai stoking dia rasa seksi ni? Ah,
sudah! Eshan sudah menggelabah. Terasa laju
jantung mengetuk dada. Dia mula rasa sangat-
sangat tidak selesa. Astaghfrullah! Cepat-cepat
matanya diangkat dan meminta ampun.
Sorry bang! Tak sengaja. Saya tak sempat nak
elak lumpur tu! Zaara menuturkan. Sungguhlah
Zaara kasihan melihat lelaki yang sudah bermandi
air lumpur itu. Hidung Zaara bergerak apabila dia
bersuara. Mempamerkan riak bersalah.
Masya-Allah! Suaranya lunak sungguh.
Ingatkan lari daripada pandang kaki dan pandang
pada muka, Eshan bolehlah bertenang, rupa-rupanya
tidak. Lagi kuat pula jantung dia berlari. Semoga tak
57
Naurah Iman
57
kena serangan jantung sudah. Eshan tahu, dia ada
masalah yang sangat besar saat matanya menjamah
wajah wanita yang menyebabkan dia berkeadaan
seperti ini! Masalah pada jantung dan mindanya!
Tak! Tak! Jangan berfkir bukan-bukan Eshan.
Dia menggeleng kepala. Suara hatinya memberi
amaran kepada akalnya yang sudah mula hendak
menerawang jauh.
Dia tahu, dia sepatutnya tidak keluar berjalan
kaki ke masjid tadi. Patutnya, dia ikut sahaja babah
semasa babah ajak dia naik motosikal untuk ke
masjid tadi. Patutnya dia tidak menolak. Tapi
dia yang tidak mahu. Dia kata, dia nak nikmati
keindahan kampung.
Ya! Memang dia sedang menikmati keindahan
tersebut. Keindahan dalam bentuk manusia.
Keindahan yang meragut kewarasan akal fkirannya.
Oh! Tuhan, rasa apa ni? Kuatnya debaran
seolah-olah terasa jantung berada di luar badan
pula. Berdenyut-denyut sehinggakan telinga sendiri
boleh dengar. Masalah ni, Eshan. Cepat beredar
dari situ! suruh hatinya.
Itulah, degil. Cakap orang tua tak mahu
dengar! Dan sekarang ini, dia rasa dia benar-benar
patut kena tembak dengan senapang gajah. Biar
berlubang-lubang badan dia. Sebabnya, dia tak
patut rasa apa yang dia rasa sekarang ini pada yang
bukan halal untuknya. Rasa yang dia tak pernah
rasa sebelum ini pada mana-mana perempuan.
Sungguh! Pertama kali dia rasa seperti ini. Apatah
lagi yang haram untuknya.
Berdiri di hadapannya adalah seorang wanita
yang sangat-sangat membuat hatinya tidak keruan.
58
Dari Mata Turun ke Hati
58
Segera pandangan matanya dialihkan.
Hanya dua saat! Dan dua saat itu, sudah cukup
untuk membuatkannya mampu menceritakan wajah
wanita itu secara terperinci. Namun, kencangnya
degupan jantung, seakan tidak mahu berdenyut
pada kadar biasa.
Degupan jantungnya menyebarkan rasa itu
ke seluruh tubuh. Tapi itu rasa apa? Rasa itu
mengocak dada. Menggoncang iman. Mengundang
rasa. Dadanya dipegang. Jika tadi dia rasa jantung
berada di luar badan, kali ini dia rasa, seperti
jantungnya sudah jatuh bergolek-golek. Tak mampu
hendak dikutip semula.
Mama! Tolong kutip balik jantung Eshan ni!
Eshan tak sedia lagi nak beri pada orang lain.
Erm abang okey ke? Suara Zaara
kedengaran lagi. Cemas. Lelaki itu tidak memberi
respons pada ucapan maaf itu. Dia pula yang
bimbang apabila melihat lelaki itu memegang
dadanya.
Sakit jantung ke ni? Sudah! Teruklah aku.
Kena beri bantuan ni. Zaara mendekati lelaki itu,
tetapi cepat pula lelaki itu berundur dua tapak ke
belakang. Tidak mahu jarak mereka terlalu dekat.
Saya okey! Saya okey! Itu yang keluar
akhirnya. Eshan masih tunduk. Cepatlah balik
ke kereta kau! pohon Eshan dalam hati. Dia tak
peduli pada pakaiannya yang kotor itu atau riak
risau wanita itu. Dia tidak mahu menambahkan
keresahan di hati.
Maaf! Baju abang dah kotor! Saya ganti
semula? Wajah lelaki itu sudah comot. Tidak dapat
Zaara hendak melihat wajah lelaki itu di sebalik
59
Naurah Iman
59
lapisan lumpur yang sudah mula mengering.
Tak payah! tegas suara Eshan. Dia
menggoyangkan tangannya juga, tanda tidak
perlu. Dia perlu bersegera meninggalkan tempat
ini. Tubuhnya sudah menggeletar. Astaghfrullah!
Berkali-kali kalimah itu berlegar-legar di fkiran.
Saya balik dulu! terus Eshan atur langkah
panjang meninggalkan Zaara yang terpinga-pinga.
Eh? Zaara memerhatikan langkah lelaki itu
yang masih memegang dadanya. Dia memerhatikan
langkah kemas lelaki itu yang sudah menghilang
di sebalik kebun pisang. Laju betul berjalan. Apa
halnya tu? Bingung Zaara dibuatnya.
Kemudian Zaara baru perasan. Hari sudah
hampir gelap. Langit sudah berwarna oren
bercampur kelabu gelap. Zaara telan air liur. Dia
jumpa apa tadi tu? Alamak, malam ni malam
Jumaat! Tengok kanan, tengok kiri, suasana sudah
senyap sunyi.
Sejak bila kau percaya benda-benda macam ni
Zaara? Seperti ada satu suara menegurnya. Cepat-
cepat Zaara masuk ke dalam kereta semula sambil
baca ayat Kursi. Dan beberapa saat selepas itu,
terdengar azan maghrib berkumandang. Zaara tarik
nafas lega.
Oh! Itu manusia. Bukannya makhluk yang tak
nampak dek mata.
LA, kenapa basah kuyup ni Eshan? tanya Puan
Marina pada anaknya yang menunggu di muka
pintu setelah memanggilnya sebentar tadi. Dia
60
Dari Mata Turun ke Hati
60
baru nak bergerak ambil wuduk apabila dikejutkan
dengan panggilan Eshan.
Puan Marina kehairanan dengan anaknya itu.
Tadi elok sahaja berjalan kaki hendak ke masjid.
Tak sampai sepuluh minit sudah patah balik pula
anak terunanya ini. Tercongok depan pintu dengan
pakaian yang basah kuyup dan kotor.
Kena hujan lumpur, mama! terang Eshan
sambil menyambut tuala yang dihulurkan oleh
ibunya.
Hujan? Lumpur? Kat mana? Puan Marina
tidak faham. Dia menjenguk keluar. Cuaca cantik
sahaja. Tak mendung pun. Bila masa pulak hujan
turun? Dia bingung. Ke jatuh dalam sawah padi
budak ni? Jatuh dalam bendang ke? tekanya pula.
Nanti Eshan cerita. Nak mandi dulu. Maghrib
dah masuk ni. Tak baik lambat-lambatkan solat!
pesan Eshan lagi pada Puan Marina. Dia faham
dengan renungan ibunya yang nampak pelik.
Yalah! Alang-alang Eshan ada ni, kita
jemaah! arah Puan Marina kemudiannya.
Eshan pula segera menuju ke perigi di luar
rumah. Tidak mahu pakaiannya yang basah itu
mengotorkan lantai rumah pula. Kasihan pula pada
mamanya nanti. Jenuh nak mengemop rumah.
Saat air telaga yang sejuk itu mencecah
kepalanya, Eshan pejam mata. Cuba menikmati
kesejukan air. Namun, seperti menonton video,
peristiwa tadi yang terakam di benaknya kembali
tersiar. Jelas sekali.
Dua saat yang hampir-hampir membuatnya
rebah. Bayangan wanita itu tidak dapat dipadamkan.
Suara yang keluar daripada dua ulas bibir itu terlalu
61
Naurah Iman
61
lunak dan manja pada pendengarannya. Masih jelas
kedengaran.
Benda pertama yang dia nampak dalam masa
dua saat itu, adalah bibir wanita tersebut. Bibir
yang tidak diconteng dengan sebarang pewarna itu,
berlekuk di tengah. Mungkin sekadar dioles dengan
pelembap bibir tanpa pewarna kerana ia nampak
berkilat. Eshan buat andaian. Cantik. Akuinya pula.
Kemudian bayangan tadi membawa kepada
hidung. Hidung dia bulat. Macam buah jambu.
Comel. Kening? Cantik terbentuk. Tidak terlalu
lebat. Itu sahaja yang mampu dia tengok. Tak berani
nak tengok lebih-lebih pun. Kalau dia tengok mata,
habislah dia! Tak fasal-fasal kena goda pula nanti!
Hanya dengan tengok kaki yang bersarung itu pun
sudah bergoncang hebat imannya. Tapi serius, kaki
itu sangat seksi. Dia senyum senget.
Dua saat itu pun sudah buat dia rasa macam-
macam, inikan pula nak tengok lama-lama. Oh!
Memang taklah! Dia tidak mahu kalah dengan
godaan yang maha dahsyat daripada makhluk
yang tak nampak dek mata kasar itu. Itu kan sudah
janjinya. Menyesatkan anak cucu Adam sampai
akhir zaman.
Allahuakbar! Terhenti lamunan Eshan. Dia
tunduk. Air daripada rambutnya menitis-nitis ke
lantai. Digeleng-gelengkan kepalanya. Jemarinya
mengurut pelupuk mata. Besarnya dugaan.
Memang benarlah wanita ini perhiasan dunia.
Perhiasan yang boleh menterbalikkan dunia lelaki.
Namun sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang
solehah. Jawab hatinya pula.
Eshan sedar kini. Dia juga tidak bisa
62
Dari Mata Turun ke Hati
62
menghalang rasa itu daripada bertandang walaupun
selama ini dia berjaya menepis. Ya! Dia hanya
manusia biasa. Bukannya malaikat yang dicipta
tanpa hawa nafsu.
Eshan!!! Suara Puan Marina sudah nyaring
kedengaran. cepat sikit mandinya. Dah pukul
berapa ni? Lama benar pulak mandinya. Maghrib
nak habis dah ni. Tadi dia juga yang ingatkan jangan
lambat-lambatkan panggilan Tuhan, sambung Puan
Marina dalam hati. Puas dia menunggu, sampaikan
kena ambil wuduk semula dibuatnya gara-gara
terkeluar angin. Isy!
Mendengar suara ibunya itu, Eshan bersegera.
Apabila dia masuk ke rumah, dipandangnya jam
dinding. Lagi sepuluh minit ke pukul lapan. Patutlah
Puan Marina memekik memanggilnya. Sudah lama
mamanya menunggu dia.
Berjaya juga makhluk itu membuatnya leka.
Eshan melaknat makhluk terkutuk itu. Wajahnya
diraup. Terpamer perasaan bersalahnya.
SELEPAS makan malam, Eshan membawa dirinya
ke ruang tamu. Mamanya hanya tertawa apabila dia
bercerita bagaimana dia boleh bergelumang dengan
lumpur petang tadi. Eshan sekadar garu dahi.
Namun tidak pula diceritakan perasaannya
tadi. Itu namanya, nak cari nahas sebab tengok anak
dara orang sampai macam tu sekali. Eh! Mana kau
tahu dia tak kahwin lagi? Mana tahu kalau dia janda
ke? Entah! Tapi aku yakin dia belum kahwin, tegas
Eshan pada suara hatinya sendiri. Tapi kenapa tak
63
Naurah Iman
63
pernah nampak pun sebelum ni ya?
Ya Allah, cantik sungguh dia! Anak siapa
dia tu? Kalau cakap pada mama dan babah yang
dia berkenan, agak-agak mereka boleh faham
ke? Mereka kenal ke? Kalau kenal boleh masuk
meminang terus kan?
Amboi Eshan, jauh fkir nampak. Kau kenal
dia pun tak!
Itulah, babah dah ajak naik motor tadi tak
nak! Encik Raphael bersuara.
Nak buat macam mana, bah! Walaupun
sedikit terganggu dengan suara hatinya yang
tiba-tiba sahaja menegur, Eshan dengar apa yang
diperkatakan oleh Encik Raphael.
Eshan membetulkan seluarnya yang sedikit
terlondeh. Nampak sangat dia hilang berat badan.
Ada dua tiga kilo agaknya. Mana taknya, selepas
mama dan babah berpindah semula ke kampung
asal mereka, makan dan minumnya agak terabai.
Sesuka hati sahaja nak makan pada waktu bila.
Namun lazimnya, Eshan memang kadang-kadang
boleh terlupa yang dia adalah manusia yang
memerlukan makanan. Dia akan jadi sangat tekun
pada kerjanya. Kalau melibatkan angka lagilah
dia boleh lupa segalanya. Dia hanya tahu yang
dia perlu makan apabila badannya sudah sampai
tahap menggigil. Sampai pegang pen pun dah tahap
menggeletar barulah dia pergi mencari nasi. Baru
tahu yang dia lapar.
Berapa hari cuti ni, Eshan? tanya Encik
Raphael.
Minggu depan Eshan baliklah. Ambil cuti lama
sikit. Nak rehatkan kepala. Kenapa, babah? Eshan
64
Dari Mata Turun ke Hati
64
kehairanan dengan riak wajah yang dipamerkan
oleh orang tua itu.
Encik Raphael hanya menggeleng. Dia
sebenarnya seronok. Seronok melihat kepulangan
anaknya ini. Selalu tu, dia suami isteri sahaja ada
di rumah. Jika ada Ben dan Ning tentu lagi meriah.
Yalah, mereka cuma punya tiga orang anak. Yang
sudah besar-besar dan ada kehidupan sendiri.
Abang Ben?
Hmm Abang Ben tu sibuk, babah. Katanya
ada meeting kat Johor. Projek baharu! Entahlah!
Eshan tak ambil tahu sangat fasal projek abangnya
itu. Atau apa kerja abangnya.
Yang dia tahu, abangnya adalah seorang
arkitek. Apa kerja arkitek, jangan tanya dia. Dia
tidak tahu. Selalu nampak Ben kena melukis di atas
kertas. Yang lain? Haram dia tak tahu.
Apa yang dia tahu, kerjanya sekarang, iaitu
bermain dengan nombor setiap hari. Yang itu lagi
seronok walaupun bukan kira duit sendiri.
Eshan menguap. Keletihan kerana sepanjang
hari memandu. Lepas sahaja habis waktu pejabat
tadi, dia terus pecut balik kampung. Rindu pada
mama dan babahnya memanggil-manggil. Kali
terakhir bertemu mama dan babahnya adalah ketika
mereka berkunjung dulu. Ada empat bulan juga
rasa-rasanya. Eshan buat kira-kira dalam kepala.
Puan Marina nampak Eshan yang sudah dua
tiga kali menahan kantuk. Pun begitu, rajin dia
melayan babahnya berbual. Eshan agak pendiam
berbanding abang dan adiknya. Lebih banyak diam
daripada bercakap. Lebih banyak tunduk daripada
memandang.
65
Naurah Iman
65
Pergi tidurlah, Eshan. Esok kita sambung
sembang lagi! Babah nak tengok TV kejap, arah
Encik Raphael.
Eshan hanya senyum segaris. Dia bangun.
Seluar kegemarannya londeh lagi. Sikit lagi nak
jatuh melorot. Cepat-cepat dia tarik seluar. Konon
tak nak pakai kain pelekat tadi. Terlondeh kang
naya sahaja dia. Jatuh saham. Walaupun depan
mama dan babah dia, segan weh!
Ni makan ke tidak ni kat sana? Tengok,
sampai seluar pun nak terlucut, tegur Puan Marina.
Walaupun tubuh Eshan berketul-ketul, namun
susut tubuhnya nampak ketara.
Makanlah mama. Cuma tak ada selera sangat
sebab bukan mama yang masak. Eshan sengih.
Alasan sambil cuba membodek mamanya. Esok
pasti mama suruh dia makan banyak-banyak. Tak
apa. Dia rela kena paksa makan.
Seluar dipegang dengan tangan kiri. Dicapainya
tangan Encik Raphael lalu mengucupnya. Begitu
juga dengan Puan Marina. Rutin dia sejak dia
berusia lima belas tahun lagi.
Itu pun selepas dia dengar ustazah beritahu,
kalau nak berkat hidup mesti dapat reda orang
tua. Itu yang dia terus buat walaupun pada
awalnya nampak pelik. Nak tidur mesti cium
pipi mamanya dan cium tangan kedua-dua orang
tuanya. Sampaikan Ben dan Ning pun terikut
sama. Kebanyakan perkara, biasanya dia adalah
trendsetter. Alhamdulillah. Benda yang baik kan?
Macam-macamlah kamu ni Eshan. Dah,
pergi tidur! Esok mama betulkan seluar tu. Asyik
terlondeh sahaja dari tadi. Sergah Puan Marina.
66
Dari Mata Turun ke Hati
66
Okey! Thank you, mama. Good night, mama,
babah! Assalamualaikum!
Waalaikumsalam. Jawab kedua-duanya,
memerhatikan anak mereka sehingga hilang di
dalam bilik.
Aku kahwinkan jugak, Si Eshan ni nanti.
Makan minum tak terurus langsung! Ikut sukaaa
sahaja. Ujar Encik Raphael. Panjang harkat
perkataan suka tersebut. Tidak berkenan langsung
dengan sikap sambil lewa Eshan terhadap kesihatan
sendiri.
Puan Marina ketawa. Macam Eshan tu
perempuan pula gayanya. Ada pulak macam tu
babahnya. Lebih baik cari tukang masak kalau
macam tu! Isteri tu bukannya sekadar nak jaga
makan pakai je. Puan Marina mengingatkan.
Tukang masak lagi payah, Ina. Kalau jadi apa-
apa kan susah!
La Ina tak kata pun kena ambil tukang
masak perempuan, ambillah tukang masak lelaki.
Abang bukan maksudkan macam tulah,
Ina! Mata Encik Raphael masih ditala pada TV,
sementara Puan Marina masih tekun memandang
suaminya.
Dah tu apa maksud abang? Puan Marina
kurang faham dengan penerangan sang suami.
Eshan ni kawan perempuan pun tak ada.
Bukan macam Benjamin tu!
Apa kena-mengena dengan kawan perempuan
pulak ni bang? Puan Marina masih tidak faham.
Abang suka ke anak-anak lelaki kita, ada
kawan-kawan perempuan yang belum tentu lagi
jadi menantu kita? Ingat bang kita pun ada anak
67
Naurah Iman
67
perempuan! Ning tu, jauh dari mata!
Encik Raphael geleng kepala. Puan Marina
tidak faham rupa-rupanya. Lepas tu, cepat pula
buat andaian sendiri. Ina ni Encik Raphael
pegang tangan Puan Marina sambil ditepuk-tepuk
perlahan. abah tengok Eshan tu, tak ada tanda-
tanda, atau hint mengatakan dia berkenan pada
mana-mana perempuan. Asyik sangat dengan kerja
dia. Kahwin ni sunah Nabi.
Belum masanya lagi kut bang! Puan Marina
menjawab bagi pihak Eshan.
Kalau nak tunggu budak bertuah tu, sampai
sudahlah awak tak bermenantu. Kita tak terima
cucu. Nak tunggu Ben, hmm entah bila. Calon dah
ada pun asyik nak tangguh-tangguh. Kita ni juga
yang asyik menunggu.
Encik Raphael ini lupa agaknya, maksud nama
anaknya Si Eshan ni; di bawah barakah Allah. Dia
juga yang meletakkan nama tersebut. Dipanggil
pula dengan nama itu setiap masa. Kan itu doa
juga. Tentu sahaja Allah sentiasa melindunginya.
Takkanlah senang-senang pula dia nak mengurat
anak orang.
Habis tu kita nak buat apa, babahnya?
Encik Raphael petik jari. Bersinar-sinar
matanya. Kita pergi pinang anak Encik Salman dan
Puan Zaitun! Amboi, bukan main teruja lagi Encik
Raphael hendak bergelar bapa mentua ya. Sudah
tak sabar nampaknya.
Zaara? Anak Encik Salman dengan Puan
Zaitun tu? Puan Marina meminta kepastian
daripada suaminya.
Encik Raphael mengangguk.
68
Dari Mata Turun ke Hati
68
Anak kawan kita tu? Puan Marina meminta
kepastian sekali lagi.
Yang itulah. Yang mana lagi!
Nak ke budak Eshan tu? Ada nada kurang
yakin di situ. Berkerut kening Puan Marina.
Mama dah lupa ke, apa Eshan dah buat?
Erm Puan Marina garu pipi. Berfkir.
Apa yang anak nombor dua dia dah buat ya? Cuba
mengorek ingatan. Ohh! Tersengih isteri Encik
Raphael apabila memori lama mula diingati semula.
Ha ingat pun!
Mahunya tak ingat. Buat malu mama sahaja.
Tautan jemari Encik Raphael pada jarinya dibalas
selepas itu. Hendak ketawa apabila mengenangkan
perkara tersebut. Bagaimana dia boleh terlupa
pulak ni? Eshan... Eshan. Tak padan dengan umur.
Encik Raphael tersenyum senang. Menarik
rapat bahu Puan Marina agar bersandar dengannya.
Manisnya cinta mereka masih terasa sehingga saat
ini.

Anda mungkin juga menyukai