Anda di halaman 1dari 8

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

60

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 5 CEKAL
TENTANG TAJUK BUMI, BULAN DAN MATAHARI DI SEKOLAH
KEBANGSAAN DURIAN BURUNG MELALUI KAEDAH KOTAK
KOSMIK
Oleh:
Wan Mohamad Hafiz Bin Wan Ismail & Rasid Bin Chik
Jabatan Sains, IPG Kampus DatoRazali Ismail
wanmohamadhafiz@gmail.com & mdrasid@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK

Kajian tindakan ini ialah satu bentuk kajian penyelidikan pendidikan yang
mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Kotak Kosmik dimana ia
didapati amat sesuai diamalkan oleh murid tahun lima yang mengalami
masalah untuk memahami tajuk bumi, bulan dan matahari dengan lebih
mendalam. Responden kajian terdiri daripada 6 orang murid tahun 5 Cekal
dari Sekolah kebangsaan durian burung, kuala Terengganu yang dipilih
berdasarkan pencapaian yang kurang memberangsangkan di dalam kelas.
Model Kemmis dan Mc Taggard telah digunakan dalam kajian ini dan
dijalankan untuk satu kitaran. Instrumen yang digunakan adalah
pemerhatian berstruktur, soal selidik dan ujian pra dan pos. pada awal sesi
pembelajaran responden tidak menunjukkan minat yang serius dalam
mempelajari tajuk yang diajarkan, setelah sesi intervensi dijalan dengan
menggunakan kotak kosmik, responden dapat memahami dengan lebih
berkesan berkenaan dengan tajuk dan mereka lebih menunjukkan minat
untuk mempelajarinya dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman
mereka. Ini dapat dibuktikan dengan hasil dapatan kajian yang
menunjukkan kaedah ini telah meningkatkan peratus markah hasil dari
ujian pos yang telah dijalankan. Oleh sebab itu, kaedah Kotak Kosmik
dapat dibuktikan berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam
memahami tajuk Bumi, bulan, dan matahari dengan lebih jelas dan betul.
Bagi kajian lanjutan, diharapkan kaedah ini dapat diperluaskan lagi dengan
diubahsuai untuk topik yang lain dengan menggunakan format yang sama..
Kata kunci: Kaedah, Memahami, Minat, Berkesan, Meningkatkan
Kefahaman, Kotak Kosmik
PENDAHULUAN
Pengkaji telah memilih untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi murid tahun 5 Cekal
tentang tajuk Bumi, Bulan, dan Matahari. Setelah murid mempelajarinya selama satu jam
yang bersamaan dengan dua masa, saya bertanyakan kepada mereka tentang bumi dan
matahari, namun didapati mereka masih lagi belum memahaminya dengan berkesan
kerana mereka hanya melihat dari buku tentang rupa bentuk bumi dan matahari. Murid
masih menganggap matahari yang mengelilingi bumi disebabkan mereka melihat
matahari terbit dan terbenam disekililing bumi.
Apabila pengkaji menjalankan mengajaran kedua bagi tajuk tersebut, murid
didapati menjadi lebih bosan dengan pembelajaran dan mereka tidak memberi perhatian
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


61

yang serius terhadap pembelajaran yang disampaikan. Pengkaji memerhatikan wajah
murid yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu lagi mendengar penerangan
lanjut terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Malah terdapat juga
sebahagian murid yang kelihatan berangan-angan dan tidak kurang juga yang bercakap
sesama sendiri semasa pengajaran dijalankan.
Keadaan yang sebegini menyebabkan hasil pembelajaran yang dirangka tidak
dapat dicapai sepenuhnya. Apabila pengkaji membuat satu ujian ringkas mengenai tajuk
yang diajar. Murid didapati banyak meninggalkan ruang jawapan dan ini memberi
tanggapan kepada pengkaji bahawa murid tidak memahami lagi tajuk yang diajar kepada
mereka.
Mok Soon Sang (1991) menyebut bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat dan menarik. Bahan bantu mengajar
yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak
diajar.
Minat memanglah merupakan unsur penting dalam diri pelajar untuk
membolehkan pelajar itu memikirkan mata pelajaran yang akan diikutinya. Tanpa minat
terhadap matapelajaran itu adalah dipercayai pembelajaran menjadi kurang berkesan dan
ini sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. ( Abu Bakar, 1993)
Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop & Azlida (2000), penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dapat menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan dan produktif
FOKUS KAJIAN
Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji
telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk
memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis
instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu ujian pra dan pos, soal
selidik, dan pemerhatian berstruktur.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan kaedah Kotak Kosmik
dalam membantu murid untuk memahami tajuk Bumi, bulan dan matahari.
Objektif khusus kajian ini ialah untuk;
a) Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid dalam tajuk Bumi,Bulan dan
Matahari dalam keadaan yang lebih praktikal dan mudah
b) Meningkatkan minat murid dalam mempelajari tajuk Bumi, Bulan, dan Matahari
dengan menggunakan Kotak Kosmik
c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid dengan
pembelajaran yang praktikal dan mudah.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


62


Persoalan Kajian
a) Adakah kaedah Kotak Kosmik dapat meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan murid terhadap tajuk Bumi,Bulan dan Matahari?
b) Adakah kaedah ini berkesan untuk meningkatkan minat murid terhadap sains?
c) Adakah penggunaan kaedah ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih praktikal?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini mensasarkan murid Sekolah Kebangsaan Durian Burung, Kuala Terengganu
yang terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Seramai 6 orang murid tahun 5 Cekal
yang terdiri daripada 3 murid lelaki dan 3 murid perempuan telah dipilih sebagai
responden kajian ini. Responden berumur didalam lingkungan 11 tahun. Kesemua
responden berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mereka juga berasal dari Kampung
Durian Burung, Kuala Terengganu. Responden berasal dari keluarga yang berpendapatan
yang rendah dan sederhana.
Mohd Majid (2004) menjelaskan bahawa dalam menjalankan sesuatu kajian,
adalah penting kepada pengkaji untuk mengenalpasti kumpulan sasaran yang terlibat
kerana hal ini akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Dalam kajian ini,
pemilihan responden dibuat berdasarkan kepada keputusan ujian OTI 1 dimana enam
orang murid yang menunjukkan pencapaian markah terendah dalam Sains berbanding
rakan sekelas telah dipilih sebagai responden kajian.
TINDAKAN
Bagi kajian ini, pengkaji telah memilih model Stephen Kemmis sebagai panduan untuk
melaksanakan kajian tindakan. Rajah di bawah menunjukkan carta alir yang dicadangkan
dibawah model Stephen Kemmis.


SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


63

Model di atas adalah gelungan kajian tindakan yang dikemukan oleh Stephen Kemmis di
mana model ini mempunyai empat peringkat dimulai dengan peringkat refleksi, peringkat
merancang, peringkat tindakan dan akhir sekali peringkat permerhatian.
Peringkat 1: Refleksi
Pengkaji telah menjalankan tinjauan terlebih dahulu terhadap masalah yang dikenalpasti
dengan tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut dan membuat
refleksi terhadap masalah yang dikenalpasti. Tinjauan telah dilakukan dengan mengutip
data seperti membuat pemerhatian berstruktur dengan menggunakan senarai semak untuk
menganalisis tingkah laku kurang berminat murid. Kemudian pengkaji juga telah
menjalankan ujian pra kepada para responden untuk mengesan setakat mana penguasaan
responden terhadap tajuk yang dipelajari mereka.
Peringkat 2: Merancang
Setelah permasalahan dikenalpasti, pengkaji telah mengambil langkah dengan
menjalankan persediaan dengan membuat perancangan awal yang difikirkan sesuai untuk
kajian tindakan ini dilaksanakan. Pengkaji telah menyediakan perancangan kerja,
menyatakan objektif kajian, membentuk soalan-soalan kajian, membuat rujukan
literature, menentukan sampel kajian, membentuk instrument kajian yang akan digunakan
dan membuat pemilihan intervensi yang ingin dilaksanakan. Setelah meneliti
permasalahan yang ada, pengkaji telah merancang untuk menghasilkan satu kaedah yang
diberi nama Kotak Kosmik bagi membantu responden untuk menyelesaikan masalah yang
telah dikenalpasti.
Peringkat 3: Tindakan
Pada peringkat ini responden ditunjukkan ditunjukkan Kotak Kosmik dan mereka diminta
untuk membuat aktiviti hands-on dengan dibimbing oleh pengkaji. Ia adalah satu kotak
yang didalamnya terdapat model bumi, bulan dan matahari dalam skala yang kecil. Pada
bahagian luar kotak tersebut pula terdapat arahan dan nota ringkas dan padat serta
pelbagai lagi info yang berguna dan penting yang berkenaan dengan tajuk pelajaran.
Pada model tersebut, murid perlu menghidupkan suis dan memutarkan model
mengikut putaran bumi. Selepas itu murid perlu melihat dari bahagian memerhati dari
kotak tersebut untuk melihat pergerakan dan putaran bumi dan bagaimana kejadian siang
dan malam boleh terjadi. Selepas membuat pemerhatian terhadap model, murid juga perlu
melihat dan membaca nota dan info yang diolah dengan menarik dan terperinci pada
kotak tersebut.Responden dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama adalah
kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan.
Peringkat 4: Memerhati
Seterusnya ialah peringkat pemerhatian, sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji akan
membuat pemerhatian seperti melakukan soal selidik, pemerhatian berstruktur serta ujian
pos untuk melihat sejauh mana keberkesanan terhadap kefahaman dan penguasaan
responden terhadap tajuk Bumi, bulan dan matahari. Data-data yang telah diperoleh dan
dikumpul akan melalui proses triangulasi. Selesai proses pengumpulan data, pengkaji
mula menganalisis dan mentafsir data menerusi pengiraan, penilaian dan juga membuat
penulisan laporan. Prosedur pelaksanaan tindakan telah diringkaskan seperti jadual
dibawah.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


64

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Adakah kaedah Kotak Kosmik dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
murid terhadap tajuk Bumi,Bulan dan Matahari?
Pengkaji menggunakan ujian pra dan pos untuk menguji pencapaian responden dalam
tajuk Bumi,bulan dan matahari. Pengkaji menggunakan soalan yang berbeza, namun
mengekalkan tajuk dan tahap yang sama. Pengkaji hanya menukarkan nombor soalan
sahaja supaya responden tidak merasa bosan dengan soalan yang sama. Dapatan daripada
analisis keputusan ujian yang yang dijalankan menunjukkan terdapat peningkatan
peratusan markah yang ketara bagi markah kesemua responden dalam ujian pos
berbanding ujian pra.


Berdasarkan rajah 5, R5 mendapat markah 40 dan kesemua responden yang lain
mendapat markah yang sama iaitu 20. Walaubagaimanapun, setelah sesi intervensi
diimplementasikan, perbezaan markah yang jelas dapat dilihat dari segi pencapaian
markah bagi setiap rsponden yang ada. Ujian pos menunjukkan dua responden telah
mendapat markah yang tertinggi iaitu 90 markah, markah ini diperoleh oleh R3 dan R4.
Manakala R2, R5, dan R6 mendapat 70,80, dan 60 markah dan dapat diperhatikan
peningkatan yang agak tinggi berbanding markah ujian pra. Selain itu, R1 terdapat
peningkatan yang agak kurang memberangsangkan dengan hanya mendapat 50 markah
dan hanya mendapat peningkatan 30% daripada ujian pra yang terdahulu.



0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
R1 R2 R3 R4 R5 R6
Peningkatan Markah Ujian Pra dan Pos
Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


65

Adakah kaedah ini berkesan untuk meningkatkan minat murid terhadap sains?
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan soal selidik tertutup iaitu soalan yang hanya
mempunyai dua pilihan jawapan sahaja samada YA atau TIDAK. Pengkaji
menjalankan soal selidik pada sebelum dan selepas intervensi dijalankan terhadap
responden untuk mengetahui sejauh mana penggunaan kaedah Kotak Kosmik dapat
meningkatkan minat responden terhadap tajuk Bumi, bulan dan matahari dan juga untuk
subjek Sains.
Jadual 2
Soal Selidik Sebelum Dan Selepas Intervensi
no soalan % Sebelum
intervensi
% Selepas
intervensi
%
peningkatan

YA

TIDAK

YA

TIDAK

1 Saya meminati mata
pelajaran sains

33

67

83


17


50
2 Saya tidak suka
membaca buku

50

50

66

34

16
3 Saya suka pada
perkara yang senang

100

0

100

0

0
4 Saya meminati tajuk
bumi, bulan dan
matahari

17

83

100

0

83
5 Saya mendapati
tajuk Bumi, Bulan
dan Matahari adalah
sukar

83

17

17

83

50
6 Saya suka bermain
sambil belajar

100

0

100

0

0

Adakah penggunaan kaedah ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih praktikal?
Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur untuk memerhati tingkah laku
tidak berminat responden semasa pengajaran dijalankan. Aktiviti memerhati tingkahlaku
responden dibuat semasa sesi pengajaran biasa dan juga semasa sesi pengajaran dengan
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


66

menggunakan kaedah Kotak Kosmik. Pemerhatian dijalankan dengan memerhatikan
segala tingkah laku tidak berminat murid dan menandakannya dalam satu jadual yang
telah disediakan, setiap kali responden membuat tingkahlaku tidak berminat, pengkaji
akan menandakan pada borang pemerhatian dengan mencatat pada petak dimana
responden diperhatikan menjalankan perlakuan yang dimaksudkan.



Pengajaran dengan menggunakan Kotak Kosmik memberi impak yang sangat mendalam
kepada responden. Sebagai contoh, pada pengajaran biasa responden 5 menunjukkan
perlakuan tidak berminat sebanyak 27 kali, akan tetapi semasa sesi pembelajaran
menggunakan Kotak Kosmik, responden 5 menunjukkan penurunan sebanyak 21
perlakuan dengan hanya 6 sahaja.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DATA
Adakah kaedah Kotak Kosmik dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
murid terhadap tajuk Bumi,Bulan dan Matahari?
Kaedah ini terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid, ini
dapat dilihat dari segi pencapaian responden dalam ujian pos yang memberansangkan.
Dalam ujian pra, responden menunjukkan pencapaian yang kurang memberansangkan,
rata-rata responden hanya mendapat 20 markah sahaja dan hanya satu orang responden
sahaja yang mendapat 40 markah. Selepas intervensi dijalankan, markah bagi semua
responden meningkat dengan mendadak dengan dua orang responden mendapat 90
markah dalam ujian pos.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


67

Adakah kaedah ini berkesan untuk meningkatkan minat murid terhadap sains?
Mata pelajaran sains adalah salah satu subjek yang dianggap sukar oleh murid berbanding
subjek-subjek yang lain. Ini dapat dilihat sendiri apabila melalui hasil soal selidik yang
mendapati hanya 33% sahaja murid yang menyatakan bahawa mereka minat pada mata
pelajaran sains sebelum sesi intervensi dijalankan. Akan tetapi, selepas sesi intervensi
dilaksanakan dan berdasarkan hasil analisis soal selidik yng dijalankan, kaedah ini
sememangnya mampu meningkatkan minat responden dalam pembelajaran.
Adakah penggunaan kaedah ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih praktikal?
Melalui hasil pemerhatian secara berstruktur yang dijalankan,tingkah laku tidak berminat
responden didapati berkurangan dari yang sebelumnya iaitu semasa pengajaran biasa
sedang berlangsung. Analisis perlakuan tidak berminat terhadap responden selepas
intervensi mendapati mereka menunjukkan perlakuan tidak berminat yang kurang iaitu
kurang dari 10 tingkah laku setiap responden. Ini membuktikan kaedah ini telah
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebh praktikal dan responden lebih
menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

RUJUKAN
Crow Dan Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan (Terjemahan Habibah
Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kee, H. L. (2006). A Teachers Personal Reflection On The Usage Of Cooperative
Learning Strategies In Teaching Primary School Science.Jurnal Penyelidikan
Indakan. 01. 12-28.
Effandi Zakaria & Zanaton Iksan. (2007). Promoting Cooperative Learning In Science
And Mathematics Education: A Malaysian Perspective.Eurasia Journal Of
Mathematics, Science & Technology Education.3(1), 35-39
Mimi Mohaffyza, Md Nazaruddin Sarji, Masitah Misman. Strategi Pengajaran
Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek.
Tesis Tidak Diterbitkan. Diperoleh Pada 01 Oktober 2010 Daripada
Eprints.Uthm.Edu.My/114/1/Mimi_Mohaffyza_Mohamad.Pdf
Mohd Nizam Ijom (2007), Gaya Pembelajaran Dan Penguasaan Kemahiran Proses
Sains Pelajar Aliran Sains, Daerah Tawau. Jurnal Akademik Institut
Perguruan Tawau Sabah, Bil. 2, 48-65.
Wrutheran Sinnadurai (2002), Amali Sains Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Teras Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat.Jurnal Penyelidikan. Jld 2, 70-
79.
Mok Soon Sang (1991). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sd. Bhd.
Nur Hidayah Binti Ibrahim (2010). Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Subjek
Sains Menggunakan Kaedah Simulasi (Permainan) Bagi Tajuk

Anda mungkin juga menyukai