Anda di halaman 1dari 2

1.

0 KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Menurut Oxford Advanced Learners’ Dictionary (2010), emotion yang bermaksud emosi

dalam bahasa Melayu sebagai satu perasaan yang kuat seperti sayang, takut atau

marahdi mana ia sebahagian daripada perasaan manusia itu sendiri. Kamus Bahasa

Dewan pula mentakrif emosi sebagai perasaa pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah

dan lain-lain.

Manakala perkataan emosi menurut Azhar (2006) berasal daripada perkataan

latin, emover yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran. Menurut beliau

lagi, perkataan kecerdasan pula terdapat dua pengertian. Menurut pengertian lama, ia

meliputi kemampuan membaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus dalam

pendidikan formal di sekolah. Ia lebih mengetengahkan seseorang untuk berjaya dalam

bidang akademik. Pandangan baru pula berbentuk kecerdasan lain di luar intelligence

quotient (IQ)

Menurut A. J. Michael (2008), Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) ialah

kebolehan untuk mengecam perasaaan diri sendiri dan juga perasan orang lain serta

memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubbungan kita dengan orang

lain. KKE juga didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan

kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri aau

emosi orang lain dan seterusnya, memnfaatkan maklumat ini sebagai panduan

pemikiran dan tindakan orang itu, (Young, 1996 dalam A. J. Michael, 2008).

Komptensi kecerdasan emosi terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal iaitu

kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Yang kedua ialah

kompetensi sosial, iaitu kesedaran sosial (empati) dan kemahiran sosial.


Kompetensi personal terdiri daripada subkompetensi-subkompetensi berikut,

iaitu kesedaran kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu

itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri.

Dengan demikian individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan

membawa kesejahteraan kendiri.

Individu yang mempunyai memiliki kompetensi ini biasanya sedar emosi yang

dirasakan dan biasanya. Individu ini juga sedar akan kaitan antara perasaan dan

pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga sedar bagaimana emosinya

mempengaruhi prestasinya. Individu ini juga mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai

dan matlamat hidup dan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri.

Bersikat reflektif dan belajar dari pengalaman serta terbuka kepada maklum

balas yang jujur atau perspektif baru atau pembelajaran berterusan atau perkembangan

diri atau semuanya. Individu yang memliki kompetensi juga biasanya berupaya

menunjukkan unsure kecindan dan perspektif-perspektif lain tentang diri sendiri. Mereka

juga berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya seta berani

mengeluarkan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sasuatu yang

betul disamping berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam

ketidakpastian dan tekanan.

http://jepri7.blogspot.com/2010/03/emotional-quotient-eq-atau-

kecerdasan.html

Anda mungkin juga menyukai