Anda di halaman 1dari 42

Nama kursus : Kepemimpinan Pendidikan

Kod kursus : EDU 5811


Kredit : 3[3+0]
Pensyarah : Prof. Dr. Zaidatol Akmaliah Bte
Lope Pihie

1. Menghuraikan isu, teori, dan aplikasi berkaitan
kepemimpinan pendidikan
2. Merungkai masalah kepemimpinan melalui analisis
situasi sebenar di tempat kerja
3. Membuat analisis penambahbaikkan tentang amalan
kepemimpinan individu berdasarkan teori
kepemimpinan
SINOPSIS :
Kursus ini meliputi konsep teori dan
pendekatan kepemimpinan serta
aplikasinya dalam membuat keputusan di
institusi pendidikan.

2
KANDUNGAN KULIAH
1. Pengenalan

2. Definisi dan Peranan Kepemimpinan Pendidikan
Definisi kepemimpinan pendidikan
Peranan pemimpin pendidikan
Teori pentadbiran dan kepemimpinan pendidikan

3. Pengurusan dan kepemimpinan pendidikan

4. Tingkahlaku Kepemimpinan dan Aplikasi dalam Kepemimpinan Pendidikan
Kajian Iowa
Kajian Ohio
Kajian Michigan
Grid Pengurusan


3
5. Hubungan Kepemimpinan Dan Iklim
Organisasi Sekolah

6. Stail Kepemimpinan
Kontinum stail kepemimpinan
Stail dan grid kepemimpinan
Stail kepemimpinan 3 dimensi
Stail kepemimpinan situasi

4
7. Hubungan Kepemimpinan dengan Budaya Sekolah

8. Kepemimpinan Situasi dan Kontigensi
Teori Fiedler
Teori Hersey dan Blanchard
Teori Arah Matlamat

9. Kepemimpinan Masakini untuk Pendidikan
Kepemimpinan transactional
Kepemimpinan transformational
Kepemimpinan budaya
Kepemimpinan moral
Kepemimpinan keusahawanan


5
10. Kepemimpinan Pengajaran
Model dan konsep
Aplikasi kepemimpinan pengajaran dalam institusi pendidikan

11. Kuasa dan Kepemimpinan Pendidikan
Konsep kuasa
Sumber kuasa dan pengaruh pemimpin
Tret pemimpin yang efektif

12. Membuat Keputusan
Teori dan model
Jenis dan proses membuat keputusan
Membuat keputusan dalam bidang pengurusan pendidikan
Keputusan yang efektif


6
13. Kepemimpinan untuk Sekolah Berkesan
Definisi dan Konsep Sekolah Berkesan
Ciri-ciri sekolah berkesan
Kepemimpinan sekolah berkesan vs. sekolah
kurang berkesan

14. Aplikasi teori kepemimpinan dalam
pendidikan

7


PENILAIAN: KERJA KURSUS 70%
PEPERIKSAAN AKHIR 30%

8
RUJUKAN
Brower, R.E & Balch, B.V. (2005). Transformational Leadership &
Decision Making in Schools. California: Corwin Press.
Glickman, D.C., Gordon, P.S, & Ross-Gordon, M.J. (2006).
Supervision and Instructional Leadership: A developmental
approach. 7th Ed. MA: Allyn & Bacon.
Owen, J. (2007). The Leadership Skills Handbook. London: Kogan
Page.
Peter, G.N. (2006). Leadership: Theory and Practice. San
Francisco: Sage Publications.
Yulk, Gary. (2006). Leadership in Organizations. 6th Ed. New
Jersey: Pearson Education Inc.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Soaib Asimiran. (2011).
Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju.
Penerbit UPM.
9
Edu 5811:Tugasan (4 orang sekumpulan)
Bincangkan hubungan kepemimpinan dengan budaya dan iklim sekolah.
Penulisan hendaklah menggunakan hasil pembacaan yang dibuat secara
kritikal berpandukan pembacaan jurnal, buku teks terkini dan lain lain
bahan bacaan .
(25 Markah)
Anda diminta membuat satu kajian kes kepemimpinan dan terangkan
bagaimana teori kepemimpinan boleh membantu menghasilkan Sekolah
Berprestasi Tinggi.
(25 Markah)

* Tugasan hendaklah dihantar sebelum 17 September 2011.
10
PENGENALAN:
ASAS KEPEMIMPINAN
PENDIDIKAN
11
1.1 konsep dan definisi
kepimpinan pendidikan
KOONTZ dan ODonnel (1972), mendefinisikan
kepimpinan sebagai kemahiran untuk
mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas
masing-masing dengan penuh minat dan
keyakinan. Kepemimpinan juga merupakan satu
proses mempengaruhi orang lain untuk
melakukan sesuatu yang dikehendaki.
Kepemimpinan ini perlu untuk
menghubungkaitkan proses-proses pentadbiran
seperti perancangan, pengelolaan dan
pengawasan.
12
Memimpin, bermaksud membimbing daya
tenaga kakitangan ke arah penyempurnaan
matlamat organisasi. Pemimpin merupakan
orang yang bertanggungjawab untuk
memberitahu kakitangan tentang rancangan
yang akan dilaksanakan dan strategi untuk
mencapainya. Pemimpin hendaklah membuat
senarai tugas, yang telah dipersetujui dan
kemudian memberitahu dengan jelas fungsi-
fungsi mereka. Pemimpin juga perlu
mengubahsuai perancangan jika perlu apabila
terdapat konflik, menilaikan hasil, menyesuaikan
rancangan dengan keadaan semasa, dan
melalui proses-proses ini, pastikan kepuasan
individu dan matlamat organisasi tercapai.
13
Pemimpin membantu pekerja melalui peranan-peranan
seperti memberi kepuasan kerja, menyelesaikan
masalah, memuji dan mengkritik, memberi bimbingan
dan tunjuk ajar, memberi sokongan moral, menentukan
kriteria dan piawai prestasi, dan mendorong ke arah
pencapaian matlamat. Kakitangan hendaklah
menunjukan kesungguhan untuk bekerjasama dalam
pencapaian matlamat organisasi. Sebagai huraian
ringkasnya, Hodgets (1975), menyatakan kepimpinan
adalah sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha
kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan juga bolehlah didefinisikan sebagai satu
proses bagi seseorang pengetua mendapatkan
kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat
tertentu (Campbell, Corbally, Nystrand, 1983.)
14
Kejayaan sesebuah organisasi sekolah
dan gaya kepimpinan adalah berkait rapat.
Untuk mendapatkan kerjasama,
kakitangan yang bertanggungjawab
adalah bergantung kepada interaksi positif
antara pengetua dan kakitangan sekolah.
Mengikut teori moden, cara yang paling
berkesan untuk mencapai matlamat
bukanlah dengan cara menggunakan
kuasa tetapi memenuhi keperluan individu.
15
Memahami hubungan kepuasan keperluan
manusia dengan pretasinya adalah penting.
Masalah utama dalam pentadbiran sekolah ialah
pengetua kurang berupaya untuk
memotivasikan guru. Ini termasuklah untuk
mengambil kira faktor ketidapuasan mereka.
Setengah-setengah kakitangan kurang puas hati
dengan peranan yang mereka pegang, kurang
pengiktirafan, juga kerana bakat dan potensi
mereka tidak diberi perhatian. Punca kepada
rasa tidak puas merupakan perkara yang
sepatutnya dikesan oleh pengetua dan cuba
mengatasinya.
16
Tingkah laku harian akan mempengaruhi prestasi
pekerjanya. Kakitangan dapat mengesan dengan cepat
bagaimana tingkah laku pengetua terhadap perjalanan
organisasi.Segala tindakan pengetua akan diperhatikan
dengan teliti oleh kakitangan. Persoalan seperti sejauh
mana pemimpin bertanggungjawab untuk mencapai
matlamat organisasi, adakah aktiviti-aktiviti yang
dijalankan semata-mata untuk mempertingkatkan
perkembangan profesionalnya, adakah beliau berkesan
dalam menyelesaikan masalah,adakah beliau
mempunyai kesanggupan untuk menyokong dan
membantu kakitangan, dan adakah beliau berusaha
untuk mengenal pasti sumber-sumber ketidakpuasan
kakitangan, merupakan perkara yang akan diamati oleh
kakitangan dan sedikit sebanyaknya akan menentukan
bentuk perlakuan mereka(Morphet,John,Reller, 1982).
17
Aktiviti 1: Huraikan siapakah
pemimpin
18
1.2 Pendekatan kepimpinan
Terdapat beberapa pendekatan
kepimpinan. Mula-mulanya daya
kepimpinan dianggap sebagai suatu sifat
semula jadi, dilahirkan dan bukan dicipta
kemudian. Mereka yang layak menjadi
pemimpin dilahirkan dengan ciri-ciri
kepimpinan. Ini disebut pendekatan trait.
19
Satu pendekatan lagi ialah untuk memberi perhatian
sepenuhnya kepada pekerja. Pendekatan trait hanya
menumpukan kepada bakat semula jadi
pemimpin.terdapat rasa tidak puas hati terhadap
pendekatan ini, jadi penekanan beralih pula kepada
individu-individu yang dipimpin. Dalam pendekatan ini
kepimpinan dilihat dari segi tingkahlaku pemimpin dan
bagaimana tingkah laku itu mempengaruhi kumpulan
dan dipengaruhi oleh kumpulan pengikut. Satu lagi
pendekatan ialah memahami pembolehubah-
pembolehubah situasi yang mempengaruhi tingkah laku
pemimpinan hasil daripada sesuatu masa atau situasi.
Individu yang mempunyai kualiti atau bakat semula jadi
yang diperlukan oleh sesuatu situasi akan muncul
sebagai pemimpin.
20
Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang berjaya? Keith
Davis (1972), menyenaraikan empat sifat-sifat yang
memrumuskan ciri-ciri kejayaan seseorang pemimpin.
1. kecerdasan. Kajian menunjukkan pemimpin mempunyai
kecerdasan yang tinggi daripada kecerdasan standard
kakitangannya.
2. kematangan sosial. Pemimpin hendaklah lebih matang dan
stabil dari segi emosi dan mempunyai bidang kecenderungan
yang luas. Mereka mempunyai konsep kendiri yang patut
disanjung tinggi.
3. motivasi dalaman dan dorongan pencapaian. Pemimpin
hendaklah mempunyai motivasi ke arah kejayaan. Mereka
perlukan ganjaran dalaman dan bukan ganjaran luaran sahaja.
4. sikap hubungan manusia. Pemimpin yang berjaya akan
mengenal pasti keahlian dan potensi kakitangan, membuat
pertimbangan, dan sepatutnya mengurus dengan berpusatkan
kepada pekerja dan bukannya daya pengeluaran.
21
Aktiviti 2: Pilih seorang
pemimpin berjaya, nyatakan
ciri-ciri yang dimilikinya.
Bincangkan dalam kumpulan.
22
Pada tahun-tahun 1950-an ketidakpuasan
dengan pendekatan trait, menarik
perhatian pengkaji-pengkaji kepada
tingkah laku sebenar pemimpin.
Perhatiann diberikan kepada dua aspek
utama: apakah yang dilakukan oleh
pemimpin, dan bagaimana dia
melakukannya? Dalam pendekatan ini
wujud konsep bahawa yang dilatih dengan
tingkah laku yang sesuai boleh menjadi
pemimpin.
23
Terdapat dua fungsi penting pemimpin dalam
pendekatan ini. Pertama, fungsi yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah, dan kedua, fungsi yang berkaitan
dengan pengekalan kumpulan untuk beroperasi dengan
baik. Seseorang pentadbir sentiasa melibatkan diri
dengan pekerja-pekerjanya. Dia tidak dapat
mengelakkan diri daripada masalah-masalah
penyesuaian diri. Masalah-masalah kemanusiaan akan
menjadi masalah organisasi dan ini bermaksud masalah
manusia dan masalah organisasi tidak dapat dipisahkan.
Dalam keadaan seperti ini memahami tingkah laku
manusia akan memudahkan dan melicinkan pekerjaan
seseorang pentadbir.
24
Setiap pengetua sekolah terlibat dengan perancangan
pendidikan dan hal-ehwal perguruan. Guru-guru boleh
ditadbir melalui pendekatan tingkah laku yang
mengambil kira perkara-perkara berikut:
1. pekerja digalakkan supaya menyertai perbincangan berkenaan
kerja mereka dan juga operasi organisasi.
2. mengadakan pengayaan kerja seperti menukar bentuk
pengendalian tugas, memberi kebebasan kepada pekerja untuk
membuat keputusan berkenaan tugasnya, memberi peluang
untuk melibatkan diri dalam tugasan-tugasan yang lebih
mencabar.
3. mengadakan komunikasi dua hala antara pengetua dan guru-
guru.
4. mengambil kira kebajikan dan hal eh-wal pekerja
25
Pemimpin sesuatu institusi pendidikan patut dapat
mewujudkan suasana yang menyenangkan, seperti
bebas dari tekanan-tekanan emosi, sosial, fizikal, dan
mental.apabila pekerja berasa senang dan gembira
dengan kerja, produktiviti dapat dipertingkatkan. Mereka
akan berasa lebih berminat untuk bekerja sekiranya
mereka diempatkan dengan rakan-rakan yang mereka
boleh bekerjasama di dalam keadaan yang harmoni.
Hubungan yang baik dan mesra antara pemimpin dan
pekerja adalah perlu untuk mewujudkan suasana kerja
yang memuaskan. Pemimpin juga perlu mewujudkan
pekerjaan yang menarik dan mencabar. Pekerja yang
sungguh-sungguh mahu bekerja tidak akan berasa
senang dengan pekerjaan yang bersifat rutin. Baginya
pekerjaan yang demikian cepat membosankan.
Sebaliknya kerja yang mencabar dan perlukan daya
pemikiran akan memberi semangat dan menimbulkan
minat.
26
Banyak kajian cuba menghubungkaitkan tingkah laku
spesifik pemimpin dalam pengurusan, penyeliaan, atau
kepimpinan dengan keberkesanan kumpulan kerja, iaitu
dari segi pengeluaran dan kepuasan pekerja (Carrol dan
Tosi,1977). Memang terdapat pengetua yang tidak
diterima oleh kumpulan yang dipimpin tetapi mereka
masih memegang kedudukan sebagai pemimpin.
Perbezaan antara pemimpin yang mempunyai prestasi
tinggi dan yang rendah akan ditentukan oleh faktor-
faktor berikut:
banyaknya masa digunakan untuk merancang
bagaimana mereka mendisiplinkan kakitangan
pola komunikasi
pengiktirafan yang diberikan kepada kakitangan
tekanan dan ketegasan untuk mempertingkatkan
pengeluaran atau mutu kerja.

27
Aktiviti 3: Adakah anda
seorang pemimpin? Mengapa

Aktiviti 4: Siapakah pemimpin
berjaya yang anda pilih
28
sambungan
So, leadership can be defined as the
process of influencing people to direct
their effort towards the attainment of some
particular goal or goals.

29
Demands on Leadership
Communicate
All leaders have to be able to convey their thought in a
clear and concise manner to their followers.
Team-builder
Leaders must be good team-builders. They must be able
to keep together members from a variety of background,
interest and opposing viewpoints. They get them to focus
on a common mission.
Motivator
One of the prerequisites of good leadership is the ability to
get people to do their best. A leader knows their needs,
wants and interest, and make use of these to convey his
feelings to motivate his followers towards organizational
goals.
His goal becomes their goal. It is said that motivated
workforce needs little or no supervision.

30
Knowledge-sharing
A leader must be more knowledgeable than his
subordinates. He must also show the followers this
ability through advice and performance.

Enquirer
A leader today practices management by walking
about (MBWA) and moves around and observes what
is happening on the shop floor. Management through
remote control is not the order of the day!
The very fact that the leader is moving around,
enquiring about his followers problems, progress and
needs, would encourage them to express their ideas.
31
Warmth
A leader loves and cares for his people. Plastic
smiles will not work!

Integrity
This is a quality that can be easily felt by ones
followers. A person of integrity keeps his word.
He can be trusted, especially in difficult
circumstance.
Leaders should also display a high ethical sense
when dealing with others on behalf of the
organization

32
Following through
A leader must be tough and have the tenacity to
complete a job. Once a target is set and agreed upon,
all efforts must be made to concentrate energy and
resources to get it done.
How to Lead So Others Follow Willingly, Lunday
(1990)
Communicates and is also a willing listener
Is interested and appreciative
Is honest
Is objective, open-minded and fair
Delegates and trusts subordinates
Motivates and is a team-builder
Is knowledgeable, experienced and has good judgment
Is approachable
Is enthusiastic and positive
Is decisive, courageous and committed.
33
Leader-subordinate
Interactions
We can look at leadership by examining what leaders
do and how they behave and interact with their
followers.
Four style of leadership:-
Autocratic
Paternalistic
Democratic/participative
Laissez-faire
There is no hard-and-fast rule that a leaders style
should strictly fall into one of these categories. Though
a person has a predominant style of leadership, he
often leads by using a combination of other styles.

34
Autocratic style
Autocratic leaders would want to know
about everything that is going on within the
organization. They would want to make
practically all the decisions and have the
final say.
There is minimal information flow from
bottom up. If at all it happens, it could be
status reports or answer to specific
enquiries the leader may have asked.
35

Leader-Subordinates Interactions
Figure 4-1: Autocratic Leadership
36
Paternalistic Leadership
This style is also work-centred with the emphasis placed
on results and output. However, leaders who have this
style have more consideration for people. They tend to
behave like parents who will look after their children so
long as these children obey them.
Paternalistic leaders tend to feel that they know what is
good for their followers, and like feudal chiefs they will
look after their subordinates, pay them for loyalty, long
service, and for being in the team.
The information flow for this type of leadership style is
top-down as well as down up.
37
The workers for their part are often happy
to leave their wellbeing in the hands of
their boss.

Figure 4-2: Paternalistic Leadership
38
Democratic/Participative
Leadership
Democratic leaders believe in letting
people have a say in decision making.
Directional flow of information takes place
in an organizational that has this type of
leadership. Subordinates are allowed to
speak their mind.
39
The nature of democratic leadership allows for a
bigger role on the part of subordinates in the
running of the organization. Feedback from
subordinates is always encouraged because it is
not only good for the subordinates but also
provides for better decision-making as well.

Figure 4-3: Democratic/Participative Leadership
40
Laissez-Faire Leadership
Leader of this mould do not involve
themselves too much in the running of the
organization. Their subordinates are given
a lot of freedom to manage. The leader, by
not constantly communicating or asking for
feedback, has almost advocated free-
rein. Generally, leaders of this type are
not very effective.
41
Figure 4-4: Laissez-Faire Leadership

42

Anda mungkin juga menyukai