Anda di halaman 1dari 2

AMMIRUL SHAFIQ BIN NOR AZMAN

2PISMP SAINS

PERGERAKAN ASAS
Kemahiran Pergerakan Asas ini dibahagi kepada tiga komponen iaitu Kemahiran Lokomotor,
Kemahiran Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan.
Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke tempat
yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor pula adalah pergerakan setempat dan tumpuan
diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
1) Lokomotor
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran
ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan
Beritma Tidak Sekata.
Lokomotor beritma sekata:
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli)
Lokomotor beritma tidak sekata:
1. Skip
2. Melongsor
3. Galop
2) Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan Bukan Lokomotor mudah ditakrifkan dengan pergerakan statik atau setempat dan
tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka tutup, naik turun dan pusing
putar. Ia dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang.
1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Rebah
AMMIRUL SHAFIQ BIN NOR AZMAN
2PISMP SAINS

6. Menolak
3) Kemahiran Manipulatif
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari
kemahiran asas sukan. Kemahiran ini adalah penting bagi murid-murid sekolah kerana ia
membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza
dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek
iaitu:
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,
mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.

Anda mungkin juga menyukai